Anda di halaman 1dari 5

Nasi Kerabu Kelantan

Oleh: Azie Kitchen

Nasi

Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika
mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut.
Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Kuah Tumis

Santan

7 ulas bawang merah

1/2 labu bawang putih

3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping

2 sb gula 
Sedikit gula melaka

2 sb budu

Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan
serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu
dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga
pecah minyak. 

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti
agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa

1 Ikan kembung - rebus & ambik isi

1/2 biji kelapa parut - goreng

4 bawang merah

2 batang serai

Garam

1
Gula

Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan
kelapa goreng. 

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan
garam dan gula.

Ulam ulaman

Kacang panjang

Kubis

Timun

Daun kesum

Bunga kantan

Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal Cili

Cili padi
Cuka
Garam
Gula 

Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.

Lauk pauk

Telur masin 

Ikan rebus goreng celup tepung

Daging bakar
Daging goreng atau ayam goreng

Keropok atau keropok lekor


Solok lada
Bawang putih jeruk

2
Atau apa apa jer yang disukai

Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung,
daging goreng dll.

Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.

Resepi Nasi Kerabu Tradisional

27 05 2011

Terdapat banyak resepi dan cara memasak nasi kerabu….ia berbeza mengikut asal tempat malahan
juga telah banyak dipengaruhi oleh negeri-negeri lain. Di Kelantan sendiri, nasi kerabu Kota Bharu
berbeza dengan nasi kerabu Pasir Putih atau Tanah Merah…walaupun rasanya hampir sama , namun
lauk pelengkap dan presentationnya akan berbeza dan kadang-kadang banyak terpengaruh dengan
resepi dari Siam/Selatan Thailand. Begitu juga nasi kerabu sangat penting di kawasan Tumpat
dimana ia bukan sekadar dihidangkan pada waktu pagi atau untuk makan di rumah tetapi juga untuk
upacara cukur jambul atau tahnik.

Walaupun sudah bermacam jenis dan variety nasi kerabu telah saya rasa, namun selera saya tetap
pada nasi kerabu masakan arwah nenek yang sungguh simple. Mungkin faktor air tangan beliau dan
juga lidah kita yang sudah terbiasa. Sebagai mengenang masakannya, di sini saya sajikan resepi
turun-temurun nasi kerabu Kampung Bukit Abal, Pasir Putih Kelantan.

3
Sambal Kelapa

Bahan-bahannya:
Sebiji kelapa parut disangai garing (warna dark brown) dan ditumbuk lumat (jangan sampai pecah
minyak)
5-6 ekor isi ikan selayang/sardin atau kembung (paling baik dibakar kerana akan kurang hanyir
berbanding dikukus atau direbus)
6 ulas bawang merah
10-15 biji lada hitam
3-4 batang serai (lihat saiz)
gula/gula melaka, garam secukup rasa (kena lebih sikit gula dan garamnya…jangan takut untuk rasa
yang lebih ummmph)

Cara:
Tumbuk halus/lumat semua bahan. Gaulkan hingga sebati/mesra. Sudah siap, tekan-tekankan hingga
rapat dan disendukkan ke dalam pinggan waktu menghidang nanti.

Sambal Tumis
Dua paket kecil santan/ agak-agak 1 atau 11/2 biji kelapa
5-7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
3-4 batang serai
5-6 biji cili kering
Gula/gula melaka
Asam keping/asam jawa
Budu
Garam- hati-hati dengan garam, jika kuah telah masin dengan budu, garam tidak perlu.

Cara memasak:
Masukkan santan dalam periuk. Biarkan hingga menggelegak tanpa perlu dikacau.
Mesinkan semua bahan kecuali asam keping. Masukkan dalam santan yang sedang menggelegak tadi
bersama asam keping. Kacau sekali-sekala.Masukkan gula,budu dan garam. Masak sampai kuah
pekat dan pecah minyak. Rasanya mesti masam, manis dan masin.

Sayur Ulam
Bahan-bahannya:
Timun
Kacang panjang
Kubis
Bunga Kantan
Daun Kesum
Taugeh
Racik halus-halus dan gaul bersama.

Ulam sebenar/asal
Pucuk Serai Kayu/ Pucuk Salam?
Kacang Panjang
Daun Kesum

4
Timun
Bunga Kantan

Air Lada (Jika masak nasi kerabu hitam)


10 biji cili padi merah
Cuka
gula
garam

Cili ditumbuk/dimesin bersama-sama dengan gula dan garam (1 bhgn garam, 2 bhgn gula) dan
dibancuh dengan cuka.

Nasi
Boleh memasak nasi biasa.
Boleh masak nasi warna biru( gunakan pewarna atau bunga nasi kerabu0
Boleh masak nasi berwarna kuning
Boleh masukkan serai dan daun limau purut untuk mewangikan nasi dan menambahkan selera.

Budu
Perahkan asam limau nipis (paling sedap limau kerat lintang tapi hanya ada di Kelantan)
Lenyekkan cili padi.

Pilihan Side dishes: (bagi saya cukup dengan keropok goreng je, baru betul-betul menikmati rasa
sambal kelapa dan tumis tadi…)
Solok lada
Daging/ayam bakar
Keropok goreng
Telor asin

Cara memasak nasi kerabu ni memang remeh, tetapi bila sudah biasa ia jadi ringkas dan berbaloi-
baloi.

Selamat mencuba…..cuti sekolah nanti bolehlah ke dapur untuk cuba resepi ini…..bye

Comments : 12 Comments »
Tags: Nasi Kerabu, resepi nasi kerabu tradisional
Categories : Duniaku.., Jom Masak...., Suka-suki...

Anda mungkin juga menyukai