Anda di halaman 1dari 3

 Wakil murid akan mengambil tabik hormat daripada Puan Guru Besar sebelum majlis bermula

“Assalamualaikum Puan, Saya Koperal Tunas KRS Nur Damia Ulfa Binti Mohd Yusri, melapor
untuk mengendalikan Perhimpunan Kokurikulum pada pagi ini.
Minta kebenaran untuk menjalankan lain-lain tugas. Terima kasih Puan”.

Item/Flow Note
Yang Berbahagia, Leftenan Kolenal KRS Juriah Binti Abd Jalil, Puan Guru
Besar SKTM,
Yang Berusaha, Mejar KRS Jumawaty Binti Othman, Guru Penolong Kanan
Tadbir Dan Kurikulum,
Yang Berusaha, Mejar KRS Zurina Binti Halim, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid,
Yang Berusaha, Mejar KRS Hairmee Bin Md. Noor , Guru Penolong Kanan
Kokurikulum,
Yang dihormati, barisan Guru-Guru SKTM serta yang disayangi rakan-rakan
sekalian,
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera.
Pada pagi ini, saya Koperal Tunas KRS Nur Damia Ulfa Binti Mohd Yusri
akan mengendalikan perhimpunan Kokokurikulum yang julung-julung kalinya
diadakan di SKTM. Saya memohon kerjasama semua rakan-rakan untuk
memberikan tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya.
Perhimpunan kita akan dimulakan dengan Nyanyian 3 buah lagu, iaitu lagu *Nyanyian lagu
Negaraku, Maju Dan Sejahtera dan lagu Sekolah. Semua guru-guru dan rakan- diiringi dengan
muzik
rakan diminta berdiri tegak. Semua diminta bersedia.
Lagu Negaraku, Maju Sejahtera & lagu Sekolah dimainkan
Seterusnya, perhimpunan rasmi kita akan diteruskan lagi dengan bacaan doa,
dengan segala hormatnya, saya menjemput
*Wakil murid
_______________________________ dari kelas ________ untuk memimpin
bersedia di
bacaan doa. Semua guru dan murid beragama islam diminta menadah tangan, sebelah pentas
manakala guru dan murid bukan islam diminta bertafakur. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Bacaan Doa diketuai oleh murid
Terima kasih diucapkan kepada _____________________________ dari
kelas __________ kerana mengetuai bacaan doa kita pada pagi ini.

Bagi meneruskan perhimpunan kita, saya dengan sukacitanya menjemput *2 wakil murid
____________________________________________________________
bersedia di
Wakil Murid untuk mengetuai Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah. sebelah pentas
Dipersilakan.
Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar sekolah
Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada ________________________ dari
kelas __________ kerana mengetuai mengetuai Lafaz Ikrar Rukun Negara dan
Ikrar Sekolah.
Seterusnya, saya menjemput _______________________________ Wakil *Wakil murid
bersedia di
Murid Tahun 6 untuk mengetuai Laungan 6A Sasaran Kami. Dipersilakan. sebelah pentas
Laungan 6A Sasaran Kami
Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada ________________________ dari
kelas __________ kerana mengetuai Laungan 6A Sasaran Kami.
Rakan-rakan dipersilakan duduk dengan senyap, bermula dari hadapan hingga
ke belakang mengikut aliran. *Pastikan
murid duduk
Dimulakan dengan, murid Tahun 1, mengikut
Tahun 4, aliran satu
seterusnya Tahun 5 persatu.
dan Tahun 6
Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan.
Murid-murid duduk dengan senyap
Majlis kita akan diteruskan lagi dengan menjemput Encik/Puan ________ *Wakil Guru
___________________________ untuk perkongsian slot 5 Minit Anti Dadah bersedia ditepi
pentas.
dan Rokok. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Slot 5 Minit anti dadahdan Rokok
Terima kasih kepada Encik/Puan _____________________________ untuk
pengisian slot 5 Minit Anti Dadah dan Rokok. Semoga kita dapat mengambil
manfaat dan pengajaran daripada ucapan beliau sebentar tadi.
Perhimpunan kita pada pagi ini akan diteruskan dengan Laporan Guru
Bertugas pada minggu lepas, saya dengan sukacitanya menjemput Encik/Puan
____________________________________ untuk memberikan laporan.
Dipersilakan.
*Laporan guru bertugas minggu lepas
Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _______________________
_______________________ diatas laporan sebentar tadi.
Seterusnya, pengumuman pada pagi ini, semua murid diminta mendengar
dengan teliti.

a) Guru-guru yang bertugas pada minggu ini ialah,


_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________

b) Aktiviti Kokurikulum pada minggu ini ialah Badan Beruniform dan


__________________________________________________.

c) _________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

d)_________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

e)_________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

Pengumuman
Sebagai acara kemuncak pada pagi ini, saya dengan sukacitanya menjemput
dan mempersilakan ___________________________________________
*Ucapan
___________________________________________________________ Pentadbir
untuk memberikan ucapan. Semua diminta memberikan perhatian. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada _________________________________
___________________________________________________________
atas kesudian memberikan ucapan sebentar tadi. Semoga kita semua dapat
mengambil manfaat dan iktibar daripada ucapan itu.
Dengan berakhirnya ucapan daripada ____________________________
__________________________________________________________,
maka, berakhirlah sudah perhimpunan rasmi Kokurikulum kita pada pagi ini.
Saya dengan ini menyerahkan semula perhimpunan ini kepada guru yang *Penutup
bertugas pada minggu ini. Segala salah dan silap, saya mohon jutaan
kemaafan. Sehingga jumpa lagi. Assalamualaikum WBT dan Selamat
sejahtera.

 Wakil murid akan mengambil tabik hormat daripada Puan Guru Besar selepas selesai majlis.

“Assalamualaikum Puan, Saya Koperal Tunas KRS Nur Damia Ulfa Binti Mohd Yusri, telah
selesai mengendalikan Perhimpunan Kokurikulum pada pagi ini.
Minta kebenaran untuk menjalankan lain-lain tugas. Terima kasih Puan”.

Anda mungkin juga menyukai