Anda di halaman 1dari 11

Cekodok

5 cawan tepung gandum di campur dengan 2


sudu kecil soda bikarbonat. Bubuh sesudu garam. Masukkan air dan
kangkung yang dipotong kecil-kecil(masukkan batangnya sekali).
Adunkan sehingga teksturnya boleh diceduk dan terbentuk.

Kuah
1 kilo kacang tanah digoreng tanpa minyak. Buang kulit dan tumbuk
(kalau dikisar ia kurang beri kesan 'crunchy'). Asam jawa secawan
digaul dalam air dan ambil patinya. 10 tangkai cili kering dikisar
halus (buang bijinya), 1-2 biji bawang putih. Garam dan Gula melaka.
Semua bahan itu dimasak sekali, ia tidak perlu pekat sepeti kuah
rojak buah atau kuah sate. Cukup sekadar cair.

Ulam
Taugeh dicelur dan timun batang dipotong halus
Lain-lain bahan tambahan
Bahan-bahan ini menjadi penambah seri seperti keropok goreng dan
tauhu goreng yang dipotong kecil.

Rojak ini juga sedap dimakan dengan ikan celup tepung atau paru
goreng.

Resepi colek perut in saya ambil dari blog Ieena. Jom lihat
resepinya.

Bahan-bahan utama
Perut lembu (perut babat)
Paru
Timun
Taugeh

Bahan-bahan cucur tepung


2 cwn tepung gandum
1 biji telur
garam

Bahan kuah
Segengam cili kering
Gula melaka
Air asam jawa
Cuka
Garam

Cara-cara
1. Perut lembu direbus sampai empuk
2. Paru direbus sampai agak empuk..kemudian digoreng
3. Perut dan paru di hiris nipis..kalau tebal tak sedap
4. Sagat timun panjang2
5. Rendam tauge dengan air panas

Cucur tepung
1. 2 cawan tepung + garam + gula + garam + telur
2. Digoreng dan dipotong nipis juga
Kuah colek
1. Masak gula melaka + cili kering yg diblend + bawang
putih yg ditumbuk lumat + sedikit cuka + garam secukup
rasa..kalau ada kacang tumbuk pun best gak....
Cara penyediaan
1. Masukkan semua dalam pinggan...masukkan kuah
dan keropok keping diramas2 kasar....sedia untuk
dimakan..

Bahannya...

 Ayam separuh (dilumur dgn sedikit kunyit, letak black paper skit, digoreng garing, ikut
suka korang)
 4 keping tauhu (lumur ngan serbuk kunyit dan digoreng garing gak)

 Timun (dipotong ikut suka)

Untuk pencicahnya plak :

 Cili boh
 4 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)

 Sedikit gula
 Sedikit air

 Sedikit cuka

 Sedikit sos Thai

Cara buat plak :

Tumis cili boh bersama bawang putih...biarkan sampai cili masak (garing)..kemudian tambah
air skit...dah mendidih tambahkan gula, sos Thai dan cuka...perasa kan biar seimbang dgn
rasa yg korang nak...kalau umi rasa tu mesti ada masam ngan manis baru umpphhh....

Kesedapan colek ayam ni sebenarnya bergantung pada pencicah ni, kalau pencicah ni sedap
maka sedap lah ia..so korang make sure buat betul2 sos ni

Lepas siap semuanya...campurkan sekali bahan tadi cam step pic bawah ni

Timun yg dihiris
Masukkan ayam goreng yg dicincang
Masukkan plak tauhu goreng yg dipotong dadu
Pastu gaulkan dgn pencicahnya...eh lupe plak, tambah keropok skit...
So ini la rupanya colek ayam tu
Mr papa ngan mirul puji sedap...tapi tak aci betul mirul ngan nawfal amik makan ayam je...yg
lain kasi umi ngan mr papa telan uhukssss
Uols ni la rupe pencicah yg dah siap masak tu...

Bahan-bahan untuk Ayam.

2 keping dada ayam.-ambil isinya saja.


Sos perisa ayam .
Garam secukup rasa.
Lidi pencucuk sate secukupnya.
Tepung gandum.
Serbuk roti.
1 biji telur.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara

Ayam di potong kecil-agak-agak sebesar 2 jari dan panjang pun lebih kurang jari
jugak.(Jika jari besar besar lah ayam tu hikhik)
Perap ayam dengan sos perisa ayam dan garam sekejap.
Cucuk isi ayam dengan lidi sate seperti mencucuk sate.
Golekkan atas tepung gandum.(Resipi asal dicelup dengan bancuhan tepung goreng
pisang)
Kemudian celup dengan telur.
Akhirnya salutkan dengan serbuk roti dan goreng hingga masak.Goreng dengan
lidinya sekali ya...
Toskan minyaknya.

Air Lada/sos cili.

10 biji cili kering.


5 biji cili masak.
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit tepung jagung-pemekat.
2 ulas bawang putih.
Sedikit cuka.

Cara-caranya:

Kisar cili dan bawang putih hingga lumat.Guna 1 - 1 1/2 cawan air.
Masukkan cuka,gula dan garam.Masak sehingga mendidih.
Seimbangkan rasa masam,masin dan manisnya.(Cm lebih suka jika sos ni agak manis
sikit)
Masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan sosnya.
Biarkan diatas dapur sekejap agar sos cili betul-betul masak.
Selamat menjamu selera ya...oh ya Colek ayam ni sedap di ratah begitu saja .

**Boleh tambah kerepok kering goreng di ramas makan bersama2 colek ayam..

Terima kasih buat kawan persekolahanku dulu Zarina M Zain atas perkongsian bahan resepi
untuk membuat kuah colek perut ini..

Bahannya
Perut rebus hingga lembut dan dipotong kecil dan nipis
Peparu direbus dan ditoskan dipotong nipis dan digoreng garing
Taugeh dicelur
Timun potong memanjang
Kerupuk ikan

Kuah
A
Sekeping gula melaka dimasak dengan secawan air hingga hancur(air bergantung kepada
kita untuk mendapatkan kuahnya)

B
3 ulas bawang putih
6 biji cili kering
Sedikit belacan
Blender bahan B dengan sedikit air

C
Air asam jawa(sebesar 20sen)
3 sudu besar sos cili
Gula
Sedikit garam

D
Sedikit bancuhan tepung jagung

E
Bijan disangai

Masukkan bahan B dan C ke dalam A.


Masukkan bahan D dan E
Masak sehingga mendidih(biar lama sedikit)
Pastikan kuah ada rasa lebih manisnya dan sedikit masam.

Bahan tambahan
Jemput-jemput
2 sudu besar udang kering
1/2 labu bawang besar
Blender keduanya dengan sedikit air
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh mauripan
Sesudu besar gula
Air secukupnya
Adun kesemuanya seperti membuat cucur/jemput-jemput.

Cara penyediaannya
Masukkan perut, peparu, sayur taugeh dan timun
Kerupuk ikan diramas kasar dan jemput2 dipotong nipis/kecil
Tuang kuah ke atasnya.