Anda di halaman 1dari 3

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana

mengizinkan kami untuk berada dalam istiadat


Konvokesyen Tahun 6, SK Seri Mendapat 2017



Kami memohon kepada-Mu Ya Allah , agar Engkau
berkati majlis ini. Semoga segala usaha kami dalam
menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan
hidayah-Mu.


Di saat ini kami rafakan tangan kehambaan
mengharapkan ihsan-Mu memberkati anak didik kami
yang sekarang ini berada di penghujung perjalanan
sebagai pelajar yang bergelar murid sekolah rendah.
Sesungguhnya liku-liku perjalanan yang bermula dari
Pra Sekolah 6 tahun yang lalu kini intan payung
kesayangan kami, intan payung kesayangan ayahbonda
sedang berada di ambang perpisahan.



Sesungguhnya cabaran di hadapan semakin mencabar.
Semakin hebat. Musuh yang sentiasa mengambil
peluang di atas segala kelemahan. Kelemahan yang
sebahagian besarnya datang dari dalam diri, juga dari
persekitaran.
Ya Allah kami pohon agar mereka dilindungi dari
sebarang bisikan-bisikan yang memesongkan Ya Allah
wahai tuhan kami, Anak-anak kami ini akan terus
melangkah seiring dengan pencapaian masing-masing.
Samada mereka cemerlang atau sebaliknya,
sebahagian daripada mereka akan mula meninggalkan
keluarga masing-masing. Hati mereka akan lebih
cenderung kepada rakan mereka.
Kurnikanlah kepada mereka rakan-rakan yang dapat
membina kejayaan, bukan rakan-rakan yang
melalaikan. Berilah kejayaan kepada mereka dalam
apa jua bidang yang bakal mereka lalui. Peliharalah
mereka dari sebarang kekurangan dan kelemahan agar
mereka dapat melalui perjalanan hidup dengan
pimpinan Mu. Buakalah hijab seluas-luasnya. Agar
mereka dapat mengenalpasti segala cabaran. Hati yang
dilimpahi dengan cahaya petunjuk. Tidak sesat dan
tidak menyesatkan.
Ya Allah, berikan kejayaan kepada anak-anak ini dalam
peperiksaan UPSR yang telah mereka hadapi pada
bulan September yang lalu dengan kejayaan yang
cemerlang dalam semua mata pelajaran.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu


perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula
selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan
dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami
ini, dan mereka yang bersama kami, kkebinasaan, dan
menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

Anda mungkin juga menyukai