Anda di halaman 1dari 4

LAFAZ DOA UNTUK PEPERIKSAAN MPKAFA TAHUN 2021

‫ـــــــيم‬
ِ ‫ٱلر ِح‬ َّ ‫ـــــــــم اللَّــــــــــ ِه‬
َّ ‫ٱلر ۡحـ َم ٰـ ِن‬ ِ ‫بِ ۡس‬
َ‫ب ْال َعالَ ِميْن‬ِ ِّ ‫هلل َر‬ ِ ِ ُ ‫اَ ْل َح ْمد‬
‫لى‬
َ ‫ع‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫صالَة ُ َوال‬ َّ ‫َوال‬
‫س ِليْن‬َ ‫ف اْأل َ ْن ِب َياء ِ َو ْال ُم ْر‬ ِ ‫أَ ْش َر‬
‫ص ْح ِب ِه أَ ْج َمعين‬ َ ‫علَى َءا ِل ِه َو‬ َ ‫َو‬
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon
taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami,
dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan
dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah
kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia
yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami
lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat
dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya
Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh
guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada
mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan MPKAFA Ya
Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam
peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Azhari Sulaiman | DOA MPKAFA2021


LAFAZ DOA UNTUK PEPERIKSAAN MPKAFA TAHUN 2021

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti.
Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.
Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah
mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan
peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan
sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati guru penilai yang menilai anak kami nanti. Dorongkanlah
hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah
telinganya daripada mendengar kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-
mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan
untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka
kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia
dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak
anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai
sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan
buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang
bertakwa.
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa
yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah
mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,

Azhari Sulaiman | DOA MPKAFA2021


LAFAZ DOA UNTUK PEPERIKSAAN MPKAFA TAHUN 2021

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya
Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah
taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami
memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah.
Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa
mereka ke syurga Mu ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa
mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan
solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak
berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah.
Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka
tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat
tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat
tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana
Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang
menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha
Mengkabulkan doa doa kami ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan
memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan
mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

َ‫لم ْتَ ْغ ِف ْرلَن ََاوتَ ْر َح ْمنَا َلنَ ُك ْونَنَّا ِمنَ اْلخَا ِس ِريْن‬
َ ‫سنَا َوا ِْن‬ َ ُ‫ظلَ ْمنَا أَ ْنف‬
َ ‫ربَّنَا‬.َ
‫ان ِِ َوالَ تَ ْج َع ْل فِى قُلُ ْو ِبنَا‬ ِ ‫س َبقُ ْونَ ِبا ْ ِال ْي َم‬
َ َ‫َربَّنَا ا ْغ ِف ْرلَنَا َو ِِ ِال ْخ َوانِنَا اَّل ِذيْن‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ ٌ ‫ ِغالًّ ِللَّ ِذيْنَ آ َمنُ ْوا َربَّنَا اِنَّ َك َرؤ ُْو‬.
ِِ ‫ار‬ِ َّ‫ب الن‬ َ ‫سنَةً َوقِنَا‬
َ ْ‫عذَا‬ َ ‫اآلخ َرةِ َح‬ِ ‫سنَةً َوفِى‬ َ ‫ربَّنَا آتِنَا فِى الدُّ ْن َيا َح‬. َ

Azhari Sulaiman | DOA MPKAFA2021


‫‪LAFAZ DOA UNTUK PEPERIKSAAN MPKAFA TAHUN 2021‬‬

‫ت الت َّ َّو ُ‬
‫اب‬ ‫علَ ْينَا اِنَّ َك أَ ْن َ‬
‫س ِم ْي ُع اْلعَ ِل ْي ُم َوتُبْ َ‬ ‫ت ال َّ‬ ‫َر َِ َِ َِبَّنَا تَقَب َّْل ِمنَّا اِنَّ َك أَ ْن َ‬
‫ص ْحبِ ِه‬‫لى آ ِل ِه َو َ‬ ‫ع َ‬ ‫سي ِ ِِ ِِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َ‬ ‫لى َ‬ ‫ع َ‬ ‫صلَّى هللاُ َ‬ ‫الر ِح ْي ُم‪َ .‬و َ‬ ‫َّ‬
‫صفُ ْونَ‬ ‫ع َّما َي ِ‬ ‫ب ِِ ِِّ اْل ِع َّز ِة َ‬‫ب ِِ ِِّ َك َر ِ‬ ‫س ْب َحانَ َر ِ‬ ‫ُ‬ ‫سلَّ َم‪.‬‬‫َو َ‬
‫ب ِِ ِِّ اْل َعالَ ِميْنَ‬‫لِل َر ِ‬ ‫س ِليْنَ َواْل َح ْمدُ ِ ِ‬ ‫مر َ‬ ‫علَى اْلُ ْ‬ ‫سالَ ٌم َ‬ ‫‪.‬و َ‬ ‫َ‬

‫‪.‬امين يا رب العالمين‬

‫‪Azhari Sulaiman | DOA MPKAFA2021‬‬

Anda mungkin juga menyukai