Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERPISAHAN GURU

‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح مـِن الَّرِح ْيِم‬


. ‫َاْلَح ْم ُدِ ِهلل َرِّب ْالَعاَلِم ْيَن َو الَّص َالُة َو الَّس َالُم َع َلى َأْش َرِف ْاَألْنِبَياِء َو ا ُم ْر َسِلْيَن َو َع ى َء اِلِه َو َصْح ِبِه ْج َم ِع ْيَن‬
‫َأ‬ ‫َل‬ ‫ْل‬

‫َالَّلُهَّم َيا َرْح مـُن َيا َرِح ْيُم‬

Sempena majlis SEMUSIM PERTEMUAN SEUMUR KENANGAN bagi meraikan


perpisahan rakan-rakan guru yang bakal berhijrah ke tempat baharu, kami menadah tangan
memohon kehadrat-Mu ya Allah agar mereka diberkati, dikurniakan rahmat dan nikmat yang
berpanjangan , sihat walafiat yang berkekalan.

‫َالَّلُهَّم َيا َقَّهاُر‬

Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar mereka dikurniakan kekuatan fizikal dan mental
untuk meneruskan tugas mereka dalam suasana berbeza serta dapat menjalankan tugas-tugas
mereka dengan jayanya.

‫َالَّلُهَّم َيا ُمِج ْيُب‬

Jadikanlah kami yang masih dalam perkhidmatan ini agar dapat meneruskan tugas-tugas
dengan cemerlang dan berkualiti demi memajukan masyarakat dan negara serta dipelihara
dalam pemuliharaan dan keredhaan-Mu.

‫َالَّلُهَّم اْج َعْل َج ْم َعَنا َهَذ ا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًم ا َو َتَفُّر َقَنا ِم ْن َبْعِدِه َتَفُّر ًقا َم ْع ُصْو ًم ا َو َال َتْج َعْل ِفْيَنا َو َال َم َعَنا َش ِقًّيا َو َال‬
.‫َم ْط ُرْو ًدا َو َال َم ْح ُرْو ًم ا‬

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan
janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan,
dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.

‫َرَّبَنا َء اِتَنا ِفى الُّد ْنَيا َح َس َنًة َو ِفى ْاآلِخ َرِة َح َس َنًة َو ِقَنا َع َذ اَب الَّناِر َو َأْد ِخ ْلَنا اْلَج َّنَة َم َع ْاَالْبَر اِر َيا َع ِزْيُز َيا َغَّفاُر‬
. ‫َو َص َّلى هللاُ َع َلى َسِّيِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َأْج َم ِع ْيَن َو اْلَح ْم ُدِ ِهلل َرِّب اْلَعاَلِم ْيَن‬. ‫َيا َر َّب اْلَعاَلِم ْيَن‬

Anda mungkin juga menyukai