Anda di halaman 1dari 1

TEKS BACAAN DOA SEMPENA MAJLIS APRESIASI TINGKATAN 5 2021

‫بسم هللا الرمحن الرحيم‬


‫احلمد هلل الذي تتم الصاحلات والصالة والسالم على رسولنا األمني وعلى آله وصحبه أمجعني‬
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya kami dalam pertemuan ini, ingin merafa’kan setinggi-tinggi
kesyukuran atas kurniaan dan nikmat-Mu yang tidak ternilai dan terhitung
banyaknya.

Allahumma Ya Hakim Ya A’zim


Pada saat dan detik yang bersejarah ini kami menghulurkan tangan pengharapan
memohon Ihsan dan Rahmat-Mu agar Engkau berkatilah Majlis Apresiasi
Tingkatan 5 SMK Pulau Gaya Tahun 2021 pada pagi yang penuh keceriaan dan
cemerlang ini.

Di kesempatan ini jua, kami memohon dari sisi-Mu agar Engkau anugerahkanlah
kesejahteraan, taufik dan inayah-Mu kepada insan yang kami raikan pada hari ini
yang akan berpisah dan meninggalkan kami. Kami sedar bahawa setiap pertemuan
itu ada perpisahannya. Lantaran itu kami akur atas kehendak Qadha’ dan Qadar-Mu
Ya Allah bahawa perpisahan ini ada hikmah di sebaliknya.

Allahumma Ya Munzilar Rahmah wa Ya Faatihal Barakah


Kurniakanlah Ya Allah kepada insan yang dirai ganjaran kebaikan, keberkatan dan
keredhaan-Mu atas jasa, dan pengorbanan serta sumbangan idea dan tenaga yang
telah dicurahkan semasa berada di SMK Pulau Gaya. Mudah-mudahan segala
pengorbanan insan yang dirai ini menjadi pendorong dan motivasi untuk kami
meneruskan perjuangan di sekolah kami dengan lebih gigih lagi.

Allahumma Ya Alim wa Ya Qadhiyal Haajat


Kami warga SMK Pulau Gaya amat mendambakan agar Engkau kurniakan kepada
insan yang dirai ini kesihatan yang baik agar mereka dapat menikmati kehidupan di
tempat baru dalam suasana yang kondusif. Ya Allah janganlah Engkau hampakan
segala hajat dan impian kami, hanya pada-Mu tempat kami bergantung harap dan
hanya Engkau sahaja yang dapat mencukupkan segala permintaan hamba-hamba-
Mu.
‫اللهم إان نعوذ بك من الربص واجلنون واجلذام ومن سيئ األسقام‬
‫اللهم اجعل مجعنا هذا مجعا مرحوما وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما وال جتعل اللهم فينا وال معنا وال من يتبعنا شقيا وال مطرودا وال‬
‫ اللهم اغفر لنا ذنوبنا وإلخواننا الذي‬.‫ اللهم اجعل خري أعماران ءاخره وخري أعمالنا خوامته وخري أايمنا يوم ألقاك فيه‬.‫حمروما‬
.‫سبقوان ابإلميان وال جتعل يف قلوبنا غال للذين ءامنوا ربنا إنك رؤوف رحيم‬
‫ وصلى هللا على حممد وعلى آله وصحبه أمجعني واحلمدهلل رب‬.‫ربنا آتنا يف الدنيا حسنة ويف اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
.‫العاملني‬

Anda mungkin juga menyukai