Anda di halaman 1dari 3

DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬ ْ ِ‫ب‬


َ َ
‫سيِّ ِدنا ُم َح َّم ٍد َو َعلى آلِ ِه‬ َ َ
َ ‫سال ُم َعلى‬
َّ ‫صالة ُ َوال‬ َ َّ ‫ َوال‬  َ‫ َوال َعاقِبَة لِل ُمتقِيْن‬ ,  َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َر ِّب ال َعالَ ِميْن‬
َّ ْ
َ‫ص َحابِ ِه َأ ْج َم ِعيْن‬
ْ ‫َوَأ‬

Alhamdulillah, segala puji hanya kepada Allah Tuhan sekelian alam,


selawat dan salam keatas semulia-mulia nabi dan Rasul Junjungan Nabi
Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda keseluruhannya

Ya Allah Ya Karim
Pada pagi yang berbahagia ini kami berhimpun bersempena Mesyuarat
Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Seri Gombak kali ke- 43 , sesi
23/24 . Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah,
untuk mengharap keredhaan-Mu. Ya Allah, berilah kami petunjuk dan
hidayahMu agar kami dapat bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah menjayakan
mesyuarat pada pagi ini untuk memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan
anak-anak kami .

Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha
kami, sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, gemilang dan
terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan
melahirkan murid-murid yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,


Jadikanlah kami orang-orang yg mendengar kebaikan lantas bersegera
melakukan kebaikan dan jadikan kami orang yang mendengar dan
mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan.
Sesungguhnya keburukan itu sangat keji dan jijik bagi kami

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram


Kami mohon kekuatan dari hadratMu Ya Allah supaya kami yang hadir
pada mesyuarat pagi ini dapat melaksanakan tanggungjawab kami sebagai
ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Seri Gombak yang baik.
Kurniakanlah kepada kami kebijaksanaan di dalam mengurus dan
mentadbir persatuan ini. Hadirkanlah juga kepada kami golongan –
golongan pemurah yang bersedia menghulur wang ringgit untuk menaik
taraf kemudahan yang diperlukan disekolah supaya anak-anak boleh
menuntut ilmu dengan selesa dan kondusif. Hiasilah diri kami dengan sifat
mahmudah dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan hindarilah kami
daripada fitnah, permusuhan, dendam,   pertelingkahan pendapat dan
anasir-anasir  negatif yang merosakkan perpaduan kami.

Ya Mujib Ya Samad
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami ,
jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang
membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah
yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga
pelajar di sekolah ini.

Ya Malik, Ya Muntaqim ,
Pada kesempatan ini kami memohon kepada Engkau cucurilah rahmat dan
kasih sayang ke atas mereka yang telah banyak mencurahkan jasa dan
bakti kepada sekolah ini sama ada yang masih hidup atau yang telah
meninggal dunia. mudah-mudahan mereka dalam perlindungan dan kasih
sayangMu jua Ya Allah.

Ya Allah kami juga memohon kurniakanlah kepada kami perlindungan


daripada segala penyakit khususnya wabak covid 19. Angkatlah wabak ini
daripada negara kami khasnya dan seluruh dunia amnya agar anak-anak
kami dapat melaksanakan aktiviti persekolahan dengan penuh
bersemangat dan masalah keciciran dapat diatasi. Hanya padaMu
sahajalah kami memohon petunjuk dan pertolongan.
‫اب النَّار ِ‬ ‫سنَة ًَوقِنَا َع َذ َ‬ ‫سنَة ً َوفِي األ ِخ َر ِة َح َ‬ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َ‬
‫سلَّ َم ‪َ ،‬وا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب ال َعالَ ِميْنَ‬ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو َ‬
‫ص ْحبِ ِه َو َ‬ ‫َو َ‬

Anda mungkin juga menyukai