Anda di halaman 1dari 1

TEKS DOA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA DAN PROGRAM NILAM 2023

‫ الحمدهلل رب العلمين والصالة والسالم اشرف االنبياء والمرسلين وعلى اله‬،‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫وصحبه اجمعين‬
Ya Allah ya Tuhan kami, kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana
mengizinkan kami untuk berada dalam Majlis Pelancaran Kempen Galakan
Membaca dan Program Nilam peringkat SMK Seri Gombak pada hari yang
barakah ini.
Ya Allah, Ya Fa’alullimayurid
Kami memohon kepada-Mu agar Engkau memberkati malis ini dengan
limpahan Rahmat dan berkat-Mu, semoga segala usaha kami dalam
menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.
Di saat ini juga,kami ingin merafa’kan tangan kehambaan demi mengharapkan
ihsan-Mu agar engkau tanamkanlah kecintaan dalam diri kami agar istiqomah
dalam menimba ilmu-Mu yang sangat luas. Engkau anugerahkanlah ilmu yang
bermanfaat kepada kami semua dan mudahan dengannya kami mampu
mengamalkannya seterusnya dapat mendekatkan diri kepada-Mu, ya Allah.
Ya Allah Ya Ghaniyyu Ya Hamid,
Wahai Tuhan Yang Maha Melimpah Kerahmatan-Nya, kami pohonkan agar
aktiviti-aktiviti yang terangkum dalam Program NILAM ini mampu membibit
rasa kecintaan kami dalam mendalami ilmu-Mu ya Allah. Kami pohonkan agar
program yang dijalankan akan menjadikan diri kami lebih bersemangat
menimba ilmu melalui amalan membaca sepertimana yang dirintahkan oleh-
Mu, ya Allah.
Ya Allah Ya Mudabbirul Amri
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah-Mu dan bantulah kami menjadi
generasi yang mencintai agama kemudian menegakkan syariátnya, generasi
yang mencintai bangsa lalu memelihara kehormatannya, generasi yang
mencintai negara lalu memelihara kedaultannya. Seterusnya bantulah kami
menjadi generasi yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai