Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA HARI PELANCARAN PROGRAM KEMPEN GALAKAN

MEMBACA, PROGRAM NILAM DAN ‘DIGITAL LEARNING’


2022

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan


kami untuk berada dalam Majlis Pelancaran KEMPEN GALAKAN MEMBACA,
PROGRAM NILAM DAN ‘DIGITAL LEARNING’ peringkat Sekolah pada hari yang
barakah ini.

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid

Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahmat dan
berkat-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan
hidayah-Mu.

Di saat ini juga kami ingin merafa’kan tangan kehambaan demi mengharapkan ihsan-Mu agar
Engkau tanamkanlah kecintaan dalam diri kami dan juga anak murid kami supaya terus
istiqamah untuk menimba ilmu-Mu yang sangat luas. Engkau anugerahkanlah ilmu yang
bermanfaat kepada kami semua dan mudahan dengannya kami mampu mengamalkan ilmu-Mu
seterusnya dapat mendekatkan diri kepada-Mu ya Allah.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,

Wahai Tuhan yang Maha Melimpah kerahmatan Nya. Kami pohonkan agar aktiviti-aktiviti
yang terangkum dalam Program yang dilancarkan pada hari ini mampu membibit rasa kecintaan
kami dan anak-anak didik kami dalam mendalami ilmu-Mu ya Allah. Kami pohonkan agar
program yang akan dijalankan ini akan menjadikan diri kami untuk lebih bersemangat
menimba ilmu melalui amalan membaca sepertimana yang diperintahkan oleh-Mu ya Allah.

Ya Allah! Ya Mudabbiral Amri

Limpahilah hati kami dengan nur hidayah-Mu dan bantulah kami menjadi generasi yang
mencintai agama kemudian menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa lalu
memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara lalu mempertahankan
kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang di dunia dan di
akhirat.

Anda mungkin juga menyukai