Anda di halaman 1dari 2

P

ِ ‫اهلل ِمن ُشرو ِر أَْن ُف ِسنَا و ِمن سيِّئ‬


‫ات‬ ِ ِ‫ و َنعوذُ ب‬.‫ِهلل حَنْم ُده ونَستَعِينُه ونَسَت ْغ ِفره‬
ِ ‫اَلـحم ُد‬
ََ ْ َ ُْ ْ ُْ َ ُ ُ ْ َ ُ ْ ْ َ ُ َ َْ
‫السالَ ُم‬
َّ ‫الصالَةُ َو‬
َّ ‫ َو‬.ُ‫ي لَه‬ ِ ِ ْ ‫ ومن ي‬.‫ض َّل لَه‬
ِ ‫ من يه ِد ِه اهلل فَالَ م‬.‫أ َْعمالِنَا‬
َ ‫ضل ْلهُ فَالَ َهاد‬ ُ ْ ََ ُ ُ ُ َْ ْ َ َ
. َ ‫َج َـمعِنْي‬ ِ ِِ ‫ وع‬, ِ ‫على رسولِنَا األ َِم‬
ْ ‫َص َحابِه أ‬
ْ ‫لى آله َوأ‬ َ َ َ ‫نْي‬ ُْ َ َ َ
Ya Allah, Tuhan Semesta Alam,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan
kami untuk menyambut dan meraikan lawatan Penanda Aras
Pejabat Pelajaran Daerah ___________
Jabatan Pelajaran Negeri Johor ke Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya
pada pagi yang berbahagia ini.

Mudah-mudahan lawatan ini akan menjadi medan yang subur untuk kami
bekerjasama dan bertukar-tukar pengalaman demi memantapkan proses
pengurusan pendidikan sekolah kami khasnya dan pendidikan di Malaysia
amnya, di samping mengeratkan tali silaturrahmi antara kami.

Ya Allah, Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid,


Ya Allah bagi-Mu segala puji dan puja, dan pancaran cahaya langit dan
bumi.

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah, mengingati dan menyebut


nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu, serta badan
yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni
sepanjang zaman, justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati
yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini
dengan sebaiknya. Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan
seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat
dan keredhaan-Mu semata-mata.
Ya Munzilar Rahmat wa ya Fatihal Barakat

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami, ibu


bapa kami, keluarga dan anak-anak kami, guru-guru kami, anak-anak
didik kami di sekolah, sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang
pendidikan.

Ya Allah, Tuhan Yang Mencipta Makhluk Berpasang-pasangan,


Jadikanlah majlis permuafakatan kami ini sebagai perkongsian pintar
yang diberkati dan dirahmati. Dan berikanlah kami kekuatan untuk
menyebarluaskan pengalaman dan nikmat yang telah kami perolehi ini
untuk dikongsi pakai oleh sesama kami, moga dengan ini kami akan
berupaya sama-sama menuju kecemerlangan yang diredhai Engkau.

‫ وصلى اهلل على خري‬.‫ربنا آتنا يف الدنياـ حسنة ويف اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫خلق اهلل وخامت األنبياء واملرسلني سيدنا حممدـ وعلى آله وصحبه أمجعني واحلمد هلل‬
.‫رب العالـمني‬

Anda mungkin juga menyukai