Anda di halaman 1dari 3

Tajuk tazkirah pada pagi ini, 04 Ramadan 1444 Hijrah, bersamaan 26 Mac 2023 ialah :

Kelebihan dan Keistimewaan Bulan Ramadhan

Antara kelebihan atau keistimewaan Bulan Ramadhan berbanding bulan lain Islam
antaranya seperti di bawah :

1. Bulan disyariatkan untuk berpuasa

Bulan di mana disyariatkan agar berpuasa . Ini jelas termaktub dalam firman Allah
s.w.t seperti dibawah ini :

‫ين ِم ْن َقْبلِ ُك ْم‬ ِ َّ


َ ‫ب َعلَى الذ‬
ِ
َ ‫الص يَ ُام َك َم ا ُكت‬
ِّ ‫ب َعلَْي ُك ُم‬ ِ ِ َّ
َ ‫ين َآمنُوا يَا َأيُّ َها الذ‬
َ ‫ين َآمنُوا ُكت‬
ِ َّ
َ ‫يَا َأيُّ َها الذ‬
‫لَ َعلَّ ُك ْم َتَّت ُقو َن‬
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.

2. Bulan Kemenangan Bagi Umat Islam

Pada bulan ramadhan juga berlakunya kemenangan terbesar yang berjaya dicapai
oleh umat Islam ialah didalam peperangan Badar al-Kubra. Peristiwa ini berlaku pada
17 Ramadhan, hari Jumaat tahun 2H iaitu tahun pertama disyariatkan ibadah puasa di
bulan Ramadhan. Seperti yang kita sedia maklum Allah SWT telah mengurniakan
kemenangan kepada umat Islam walaupun bilangan tentera Islam hanya berjumlah
313 orang berbanding orang kafir seramai 1300 orang.

3. Bulan Yang Penuh dengan Keberkatan

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut “permulaan adalah rahmat,
pertengahannya keampunan dan akhirnya dijauhkan daripada api neraka”.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulallah S.A.W bersabda apabila bulan Ramadhan
telah datang maka dibuka lah pintu-pintu syurga ditutuplah pintu-pintu neraka dan
diikat lah semua syaitan.

4. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali

Bagi sesiapa yang menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu dan bagi
mereka yang melaksanakan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda.

“Daripada Salman r.a. ia berkata : Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari
terakhir bulan Syaaban dan sabdanya :
Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi
penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang
lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu
kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan
sunat”.

5. Tawaran Pengampunan Dosa-Dosa Yang Lalu

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya : “Barangsiapa yang
mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan
rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“.

Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Pintu Rahmat Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka. ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar
menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA
dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat”.

Hadis riwayat Muslim.

7. Pintu Langit Terbuka Luas

ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk
menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala
amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA.
Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka."

Hadis riwayat al-Bukhari.

8. Pintu Syurga Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga
bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang
mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA
yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga.

"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." - Hadis riwayat al-
Bukhari.
9. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat

Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia


menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang
tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan
untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk
mereka dicampakkan ke dalam api neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka
jahanam ditutup."

Hadis riwayat al-Bukhari.

10. Dikurniakan Malam Lailatul Qadar

Umat Nabi Muhamad SAW merupakan umat yang sangat istimewa kerana dikurniakan
satu malam yang mempunyai pahala melebihi 1000 bulan beribadah. iaitu malam
lailatul qadar.

11. Syaitan dan Jin Dibelenggu / Dirantai

Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari
mengganggu atau menghasut orang-orang yang beriman.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin
yang derhaka."

Hadis riwayat al-Tirmizi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai