Anda di halaman 1dari 55

AKADEMI RAMADHAN

DI BAWAH NAUNGAN AL QURAN

AHMAD FAUZI HASAN

UNIVERSITI KING SAUD

RIYADH, SAUDI ARABIA

1
Prakata Penulis

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين‬

Buku kecil “ Akademi Ramadhan di Bawah Naungan al Quran” ini adalah nota peringatan
dan bacaan ringkas buat kaum muslimin yang diberi kesempatan mengecapi suasana
keberkataan detik-detik Ramadhan.

Anugerah umur dan peluang hidup di bulan Ramadhan bukanlah suatu nikmat yang kecil.
Rasulullah saw sempat melalui suasana Ramadhan selama sembilan kali. Segala sunnah yang
terbaik menjadi keperibadian baginda saw samada di siang Ramadhan yang menjadi adab
berpuasa atau di malam hari yang menjadi panduan menghidupkan malam Ramadhan.

Baginda saw juga menghidupkan detik-detik Ramadhan dengan menjadikannya peluang


keemasan untuk berbakti kepada Allah saw denga mendapat habuan rahmat, keampunan
dan keredhaan. Begitulah juga baginda saw menjadikan Ramadhan untuk berjasa kepada
umat manusia dengan kemurahan hatinya dan pemberian harta-benda yang tidak mengenal
erti takut kepada kefaqiran.

Buku kecil ini lebih memberikan fokus kepada sumber asal pensyariatan puasa dan kelebihan
Ramadhan. Iaitu tafsiran dan huraian yang amat sederhana kepada ayat 183-187 dari Surah
al Baqarah. Inilah 5 ayat yang memerlukan kefahaman yang jelas dari sumber tafsir yang
berwibawa agar dibina di atas kefahaman itu pelaksanaan dan penyampaian yang sahih dan
mendapat qabul di sisi Allah swt.

5 ayat inilah yang menjadi asas sandaran mereka yang terbukti kebajikan dan kesolehan di
kalangan salaf dan khalaf. Semoga dengan meningkatnya kefahaman dan penghayatan
kaum muslimin masakini terhadap 5 ayat ini, meningkatkan jualah nilai dan martabat iman
dan islam mereka ke tahap yang pernah dicapai oleh mereka yang terdahulu.

Tidak lengkap perbincangan Ramadhan jika tidak disentuh beberapa agenda besar yang
menjadi pengisian Ramadhan iaitu keutamaan Lailatul Qadr, adab dan hukum iktikaf,
keutamaan al Quran dan adab-adab utama kesempurnaan puasa. Semuanya dihurai
menurut sumber yang jelas berdasarkan nas-nas al Quran, hadith-hadith yang sahih dan
kefahaman para ilmuan Islam yang berwibawa.

Sememangnya ibadah puasa Ramadhan, jika benar kefahaman dan penghayatannya,


amatlah hebat kesan dan pulangannya kepada pembangunan dan keunggulan umat. Puasa
Ramadhan pertama umat Islam telah terbukti menatijahkan kemenangan di medan Badar.
Begitulah juga peristiwa pembukaan daerah besar seperti Andalus, Perancis, Armenia,
Kepulauan Cyprus, negara-negara Balqan dan lainnya juga kejatuhan pemerintah zalim
seperti penguasa Tatar yang tersungkur di ‘Ain Jalut dan juga Mukhtar al Thaqafi yang

2
terkenal dengan kerjanya yang merosakkan agama dan mendera agamawan di bumi Iraq,
semuanya berlaku ketika kemuncaknya nilai iman dan islam di bulan Ramadhan.

Penulis amat berharap buku kecil ini mendapat penambah baikan, pembetulan dan kritikan
membina ke arah kesempurnaan selain bercadang untuk memperluaskan perbahasan dan
perbincangan di masa akan datang – dengan izin Allah - kerana sangat optimis dengan
keberkesanan Ramadhan sebagai madrasah terbaik untuk pemulihan dan pengupayaan
umat.

Ahmad Fauzi Hasan

28 Syaaban 1430

19 Ogos 2009

3
1. PENGENALAN PUASA RAMADHAN

1. Makna puasa.

Puasa dalam bahasa arab disebut “shoum” atau “shiyam” . Kata al Raghib: “Shoum” pada
asalnya bermakna menahan diri dari perbuatan samada makan, bercakap atau berjalan.
Justeru dikatakan kepada kuda yang enggan berjalan atau makan “sho’im” (yang berpuasa).
“Shoum” juga digunakan untuk diam atau enggan bercakap.

ِ ‫فَِإ َّما َتريِ َّن ِمن الْب َش ِر َأحداً َف ُقويِل ِإيِّن نَ َذرت لِلرَّمْح ِن صوماً َفلَن ُأ َكلِّم الْيوم ِإ‬ 
ً‫نسيّا‬ َ َْ َ ْ َْ َ ُ ْ َ َ َ َ
“ Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku
bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian)
maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini ”.
Surah Maryam:26.

Puasa menurut istilah syara’ membawa maksud khusus iaitu: “menahan diri dari perkara
khusus ( syahwat kemaluan iaitu bersetubuh dan perut iaitu makan dan minum, dan semua
yang membatalkan puasa ) yang dilakukan oleh seorang yang dikhususkan ( muslim atau
muslimah yang bersih dari haid dan nifas ) pada masa yang khusus ( bermula keluarnya fajar
hingga terbenamnya matahari ) dengan sifat yang khusus ( dengan niat ibadat untuk
mendapat perkenan Allah swt ).

Sebahagian ulama’ menta’rifkan puasa sebagai : “ menahan diri dari syahawat mulut
( makan dan minum ) dan syahawat kemaluan ( jima’ ) dan yang seumpama keduanya,
kerana melawan hawa nafsu dan taat kepada Allah swt di keseluruhan waktu siang, dengan
niat sebelum terbit fajar atau bersamanya, pada hari-hari yang bukan hari haid dan nifas
atau hari-hari raya.”

Ta’rif lain pula menyebut: ” iaitu beribadat kepada Allah dengan menahan diri dari makan,
minum dan segala yang membatalkan puasa bermula terbitnya fajar sehingga tenggelam
matahari”.

2. Makna Ramadhan

4
Ibnu faris menyebut asal perkataan yang pangkalnya ra’-mim-dha’ bermksud: “ ketajaman
atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya”. Ramadh bermakna
“kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari”.

Al Raghib menyebut: “Ramadhan dari perkataan ramadh iatu teruknya kesan panas
matahari”.

Kata assamin alhalabiy tentang sebab dinamakan ramdhan : “ kerana kebetulan pada masa
mula puasa difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. Ada pula yang
berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.”

Al Qhadhi Abu Yaala al Farraa’ menyebut tentang rahsia penamaan ramadhan :” dikatakan
bahwa sebab dinamakan ramadhan kerana ianya membakar dosa-dosa dan
menyahkannya”.1

3. Nama-nama bagi bulan Ramdhan.

1- Bulan sabar.
Ini berdasarkan hadith ;

‫صوم شهر الصبر وثالثة أيام من كل شهر تعدل صوم الدهر‬

Sabda Rasulullah saw : “ Berpuasa pada bulan sabar dan tiga hari dari setiap bulan
adalah menyamai puasa setahun”

2- Bulan al Muawasah ( kasihan belas ).


Ini berdasarkan hadith ;
‫وهو شهر المواساة‬
“ Ia adalah bulan berbelas kasihan “.
3- Penghulu segala bulan.
Ini berdasarkan hadith ;
‫سيد الشهور شهر رمضان‬
“ penghulu segala bulan adalah bulan Ramadhan”
4- Bulan puasa.
Kata Abu zaid allughawi;
‫أقمت بالبصرة صومين أي رمضانين‬
“ Aku tinggal di Basrah selama dua kali bulan puasa (Ramadhan ).
5- Bulan Siyahah .

1
Ada hadith maudhu’(palsu) diriwayatkan mengenai sebab dinamakan ramadhan iaitu;
‫ " أرمض هللا فيه ذنوب المؤمنين فغفرها لهم‬: ‫" عن عائشة رضي هللا عنها أن النبي صلى هللا عليه وسلم سئل عن شهر رمضان فقال‬
Dari Aishah ra dari Nabi SAW baginda ditanya tentang bulan ramadhan, lalu baginda saw menjawab :
“ Allah membakar padanya dosa orang beriman lalu diampunkan untuk mereka segala dosa-dosa itu.”
Diriwayatkan oleh al ashbahani dan al muallimiy menyebut bahawa ianya maudhu’ (palsu).
‫ " إنما سمي رمضان ألنه يرمض الذنوب‬: ‫ وفيه‬، ‫" عن أنس رضي هللا عنه‬
Dari Anas ra pula meriwayatkan satu hadith yang antara kandungannya: “ Sesungguhnya dinamakan
Ramdan kerana ianya membakar dosa-dosa”. Diriwayatkan oleh al ashbahani dan ibnu Mardawaih
pada sanad ada perawi pembohong.

5
Berdasarkan tafsir para sahabat antaranya Abu Hurairah, Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas
RA bagi ayat 112 : surah attaubah

ِ ِ ِ َّ ‫الراكِعو َن‬ ‫التَّاِئبو َن الْعابِ ُدو َن احْل ِام ُدو َن َّ ِئ‬


ُ ‫الساج ُدو َن اآلم ُرو َن بِالْ َم ْع ُروف َوالن‬
‫َّاهو َن‬ ُ َّ ‫السا ُحو َن‬ َ َ ُ
ِِ ِ ِ ‫ِ حِل‬
َ ‫َع ِن الْ ُمن َك ِر َواحْلَافظُو َن ُ ُدود اللَّه َوبَ ِّش ِر الْ ُمْؤ من‬
‫ني‬
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang
mengembara, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang
daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-
orang yang beriman (yang bersifat demikian).

mereka menyebut;

‫السائحون أي الصائمون‬

Assa’ihun adalah orang yang berpuasa.

6
‫‪Ayat-Ayat Pensyariatan Puasa‬‬

‫ين ِم ْن َقْبلِ ُك ْم لَ َعلَّ ُك ْم َتَّتقُو َن (‬ ‫َّ ِ‬


‫ب َعلَى الذ َ‬
‫ِ‬
‫الص يَ ُام َك َم ا ُكت َ‬
‫ب َعلَْي ُك ُم ِّ‬ ‫ِ‬ ‫َّ ِ‬
‫يَ ا َأيُّ َه ا الذ َ‬
‫ين َآمنُوا ُكت َ‬
‫‪(183‬‬
‫َّ ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫َأيَّام ا مع ُد ٍ‬
‫ين‬
‫ُأخ َر ۚ َو َعلَى الذ َ‬ ‫يض ا َْأو َعلَ ٰى َس َف ٍر فَع َّدةٌ م ْن َأيَّ ٍام َ‬
‫ودات ۚ فَ َم ْن َك ا َن مْن ُك ْم َم ِر ً‬‫ً َْ َ‬
‫وموا َخْي ٌر لَ ُك ْم ۖ ِإ ْن‬
‫ص ُ‬‫ُو َخْي ٌر لَ هُ ۚ َوَأ ْن تَ ُ‬ ‫يُ ِطي ُقونَ هُ فِ ْديَ ةٌ طَ َع ُام ِمس ِك ٍ‬
‫ع َخْي ًرا َفه َ‬‫ني ۖ فَ َم ْن تَطَ َّو َ‬ ‫ْ‬
‫ُكْنتُ ْم َت ْعلَ ُمو َن (‪(184‬‬

‫ان ۚ فَ َم ْن َش ِه َد‬‫ات ِمن اهْل َُد ٰى والْ ُفرقَ ِ‬ ‫َّاس وبِّينَ ٍ‬ ‫ش هر رمض ا َن الَّ ِذي ُأنْ ِز َل فِ ِيه الْقُرآ ُن ه ً ِ‬
‫َ ْ‬ ‫َ‬ ‫ُدى للن ِ َ َ‬ ‫ْ‬ ‫َ ُْ َ َ َ‬
‫ِ ِ‬ ‫ِمْن ُك ُم َّ‬
‫يض ا َْأو َعلَ ٰى َس َف ٍر فَع َّدةٌ م ْن َأيَّ ٍام َ‬
‫ُأخ َر ۗ يُِري ُد اللَّهُ بِ ُك ُم‬ ‫ص ْمهُ ۖ َو َم ْن َك ا َن َم ِر ً‬
‫الش ْهَر َف ْليَ ُ‬
‫ْملُوا الْعِ َّد َة َولِتُ َكِّب ُروا اللَّهَ َعلَ ٰى َم ا َه َدا ُك ْم َولَ َعلَّ ُك ْم تَ ْش ُك ُرو َن‬
‫يد بِ ُكم الْعسر ولِتُك ِ‬
‫الْيُ ْسَر َواَل يُِر ُ ُ ُ ْ َ َ‬
‫(‪)185‬‬

‫ان ۖ َف ْليَ ْس تَ ِجيبُوا يِل َولُْيْؤ ِمنُوا‬


‫َّاع ِإ َذا دع ِ‬
‫يب َد ْع َو َة الد ِ َ َ‬
‫ِ‬
‫يب ۖ ُأج ُ‬
‫ِإ‬ ‫وِإ َذا سَألَ ِ ِ‬
‫ك عبَادي َعيِّن فَ يِّن قَ ِر ٌ‬
‫َ َ َ‬
‫يِب لَ َعلَّ ُه ْم َي ْر ُش ُدو َن (‪(186‬‬

‫اس هَلُ َّن ۗ َعلِ َم اللَّهُ َأنَّ ُك ْم‬ ‫ِ‬


‫اس لَ ُك ْم َوَأْنتُ ْم لبَ ٌ‬
‫ِ‬ ‫الرفَ ُ ِإ ِ ِئ‬
‫ث ىَل ٰ ن َس ا ُك ْم ۚ ُه َّن لبَ ٌ‬ ‫الص يَ ِام َّ‬
‫ُأح َّل لَ ُك ْم لَْيلَ ةَ ِّ‬‫ِ‬
‫ِ‬
‫ب اللَّهُ‬ ‫وه َّن َو ْابَتغُوا َم ا َكتَ َ‬ ‫ُكْنتُ ْم خَت ْتَ انُو َن َأْن ُف َس ُك ْم َفتَ َ‬
‫اب َعلَْي ُك ْم َو َع َف ا َعْن ُك ْم ۖ فَ اآْل َن بَاش ُر ُ‬
‫اَأْلس َو ِد ِم َن الْ َف ْج ِر ۖ مُثَّ َأمِت ُّوا‬ ‫ِ‬
‫ض م َن اخْلَْي ط ْ‬
‫ط اَأْلبي ُ ِ‬
‫اش َربُوا َحىَّت ٰ َيتََبنَّي َ لَ ُك ُم اخْلَْي ُ َْ‬
‫لَ ُك ْم ۚ َو ُكلُوا َو ْ‬
‫ُد ِ‬ ‫ِِ‬
‫ود اللَّه فَاَل َت ْقَربُ َ‬
‫وه ا‬ ‫ك حُ ُ‬ ‫وه َّن َوَأْنتُ ْم َعاكِ ُفو َن يِف الْ َم َساجد ۗ تِْل َ‬ ‫ِ‬
‫الصيَ َام ِإىَل اللَّْي ِل ۚ َواَل تُبَاش ُر ُ‬
‫ِّ‬
‫ك يَُبنِّي ُ اللَّهُ آيَاتِِه لِلن ِ‬
‫َّاس لَ َعلَّ ُه ْم َيَّت ُقو َن (‪(187‬‬ ‫ِ‬
‫ۗ َك َٰذل َ‬

‫‪7‬‬
[183]
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

[184]
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu
yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa
sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang
tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan
orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari
yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian)
berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

[185]
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan
Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan
yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang
salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam
musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang
ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah
menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung
kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya
kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

[186]
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada
mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan
permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka
menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman
kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

[187]
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri
kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai
pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia
menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu
dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta
minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam
kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu
malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang
beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu
menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian
manusia supaya mereka bertaqwa.

8
2. Pensyariatan Puasa Ramadhan

TAFSIR AYAT PENSYARIATAN PUASA I

(SURAH AL BAQARAH 183)

(‫ن‬
َ ‫َتَّتقُو‬ ‫ين ِم ْن َقْبلِ ُك ْم لَ َعلَّ ُك ْم‬ ِ َّ
َ ‫ب َعلَى الذ‬
ِ
َ ‫الص يَ ُام َك َم ا ُكت‬
ِّ ‫ب َعلَْي ُك ُم‬ ِ
َ ‫ين َآمنُوا ُكت‬
ِ َّ
َ ‫يَ ا َأيُّ َه ا الذ‬
(183

[183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

1. Makna ayat secara umum:

Allah swt mengisytiharkan suatu pensyariatan besar sebagai kurniaan yang sangat berharga
kepada hamba-hamba Allah yang beriman di kalangan umat Muhammad saw iaitu syariat
puasa Ramdhan. Pensyariatan ini dimulakan dengan seruan “ wahai orang beriman” kerana
melalui iman sahajalah syariat ini mampu dilaksanakan dengan jayanya dan dengan iman
sahajalah tercapainya segala matlamat dan sasaran yang dikehendaki Allah di dalam diri
manusia yang melaksanakannya. Melalui iman sahajalah manusia sentiasa bersedia untuk
menerima segala keputusan dan ketentuan Allah, mematuhi segala perintah dan larangan
serta pantas melaksanakan segala syariat.

Allah swt memaklumkan bahawa puasa adalah suatu bentuk syariat yang pernah
dikurniakan Allah kepada umat terdahulu sebelum umat Muhammad. Ini menjadi tanda
bahawa puasa adalah urusan syariat yang mengandungi hikmat yang sangat agung dan
mempunyai kepentingannya yang tersendiri yang sentiasa diperlukan oleh umat manusia
sepanjang zaman.

Makluman ini tentunya membangkitkan semangat ingin bersaing di kalangan umat


Muhammad saw untuk menandingi umat-umat terdahulu dalam mencapai anugerah Allah
dan memiliki segala kelebihan yang diredaiNya. Apatah lagi makluman sebegini
menimbulkan rasa keringanan dalam diri umat Muhammad saw apabila diberitahu bahawa
syariat yang dirasai keberatannya ini pernah dibebankan kepada umat terdahulu dan telah
terbukti boleh dilakukan dan mampu dilaksanakan oleh semua manusia mukallaf. Setiap
perkara itu apabila telah menjadi urusan umum maka mudah jiwa manusia menerima dan
melaksanakannya dengan penuh keyakinan dan ketenangan.

Allah saw juga menyebut dengan jelas matlamat puasa iatu “ semoga kamu bertaqwa” .
Maka puasa adalah latihan terbaik bagi mencapai ketaqwaan kerana puasa menyediakan
suatu suasana yang mampu menyempitkan laluan pergerakan syaitan di dalam tubuh
manusia dan akhirnya nafsu seluruhnya tunduk patuh kepada perintah Allah semata-mata.
Puasa mendidik umat islam meninggal syahwat yang harus dan halal seperti makan, minum
dan bersetubuh di siang hari Ramadhan.

9
Manusia yang mampu meninggalkan perkara harus dan halal dengan sendirinya mampu
untuk menjauhi perkara yang syubhat dan haram yang jelas. Inilah yang dinamakan
ketaqwaan iaitu sifat hati yang menjadikan seseorang melaksanakan segala perintah dan
meninggalkan segala larangan. Dengan matlamat yang jelas dan sasaran yang yang ingin
dicapai inilah, ibadah puasa menjadi lebih mudah dilaksanakan.

2. Sebab turun Ayat

Dari Muaz ibn Jabal ra bahawa Rasulullah saw setelah tiba di Madinah baginda berpuasa
pada hari Ashura’ ( 10 Muharram ) dan tiga hari setiap bulan. Kemudian Allah swt
menfardhukan puasa Ramadhan, lalu Allah menurutkan ayat ini ( 183: al baqarah ). Pada
awalnya, umat Islam diberi pilihan samada mahu berpuasa atau memberi makan setiap hari
seorang miskin. Maka itu telah dianggap cukup dan memadai untuknya. Kemudian Allah
mewajibkan puasa kepada mereka yang sihat dan bermukim. Kekallah hokum keharusan
berbuka dan dibayar fidyah dengan memberi makan kepada fakir miskin kepada orang tua
yang tidak mampu berpuasa.

3. Puasa umat terdahulu.

Ayat yang mulia ini memberi bayangan bahawa puasa adalah suatu syariat yang tua dalam
sejarah pensyariatan kepada umat manusia sepanjang zaman. Allah pernah
mensyariatkannya kepada umat terdahulu. Maka puasa adalah kefardhuan kepada semua
umat cuma berbeza pada cara dan masa.

Sebahagian ulama’ menyebut; Puasa diwajibkan kepada nabi-nabi dan umat-umat sejak
Adam sehingga tamatnya umur dunia. Said bin Jubair menyebut: “ Puasa umat terdahulu
bermula waktu ‘atamah ( isya’ ) hinggal ke malam keesokannya. Demikianlah juga waktu
puasa di awal Islam”. Al Hasan al Basari menyebut: “ Puasa Ramadhan pernah difardhukan
kepada kaum Yahudi, tetapi mereka meninggalkannya dan mereka hanya berpuasa sehari
dalam setahun. Mereka menyatakan itulah harinya Firaun dilemaskan di lautan. Mereka
berbohong kerana kejadian itu adalah pada hari ‘Ashura’ “

Al Thabari meriwayatkan bahawa puasa bulan Ramadhan juga pernah diwajibkan kepada
Nashara lalu mereka berpuasa dalam tempoh yang lama. Sehinggalah mereka berpuasa
berbetulan dengan musim panas yang terik. Mereka merasa susah dalam urusan kehidupan
dan perjalanan dengan sebab puasa. Maka bersepakatlah para pembesar dan ulama’ mereka
untuk menjadikan puasa mereka antara musim sejuk dan panas. Mereka jadikannya di
musim bunga dan masanya menjadi tetap tidak lagi berubah-ubah. Mereka berkata: “ Kita
tambah 20 hari sebagai kaffarah ( penghapus kesalahan ) yang telah kita lakukan”. Maka
jadilah bilangan puasa mereka 50 hari.

4. Bilakah puasa Ramadhan difardhukan?

Puasa Ramadhan difardhukan pada tahun ke dua selepas Hijrah. Rasulullah saw sempat
berpuasa sebanyak 9 kali puasa.

10
5. Rumusan ayat;
1. Kefardhuan puasa Ramadhan kepada setiap mukallaf dan ia adalah anugerah
Allah kepada Umat Islam.
2. Iman yang benar menerima segala syariat Allah samada berat atau ringan
dengan hati yang terbuka dan melaksanakannya dengan cara yang terbaik.
3. Puasa adalah syariat penting yang diperlukan oleh umat manusia sepanjang
zaman bagi kepentingan diri dan kehidupan bermasyarakat.
4. Puasa menjadi punca perolehan darjat ketaqwaan dengan sifatnya yang
mendera nafsu dan menyekat kehendak syahwat walaupun dalam batasan yang
halal seperti makan,minum dan bersetubuh.
5. Puasa melahir semangat muraqabah ( merasai pemerhatian dan pengawasan
Allah ke atas diri ) yang menjadikan seseorang hamba sanggup meninggalkan
kehendak nafsunya walaupun berkemampuan kerana sedar dengan
pemerhatian dan pengawasan Allah swt ke atas dirinya.

11
3. Kemudahan Dalam Kepayahan Berpuasa

TAFSIR AYAT PENSYARIATAN PUASA II

(SURAH AL BAQARAH 184)

ِ َّ ِ ِ ِ ٍ ‫َأيَّام ا مع ُد‬
‫ين‬
َ ‫ُأخ َر ۚ َو َعلَى الذ‬ َ ‫يض ا َْأو َعلَ ٰى َس َف ٍر فَع َّدةٌ م ْن َأيَّ ٍام‬
ً ‫ودات ۚ فَ َم ْن َك ا َن مْن ُك ْم َم ِر‬َ َْ ً
‫وموا َخْي ٌر لَ ُك ْم ۖ ِإ ْن‬
ُ ‫ص‬ُ َ‫ُو َخْي ٌر لَ هُ ۚ َوَأ ْن ت‬ ٍ ‫يُ ِطي ُقونَ هُ فِ ْديَ ةٌ طَ َع ُام ِمس ِك‬
َ ‫ع َخْي ًرا َفه‬
َ ‫ني ۖ فَ َم ْن تَطَ َّو‬ ْ
(184) ‫ُكْنتُ ْم َت ْعلَ ُمو َن‬
[184] (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara
kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa
sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang
tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan
orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari
yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian)
berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

1. Makna ayat secara umum.

Setelah diisytiharkan pensyariatan puasa Ramadhan, dimaklumkan pula bahawa puasa ini
berlansung pada tempoh hari-hari yang sangat terhad bilangannya, iaitu hari-hari di bulan
Ramadhan. Allah tidaklah mewajibkan puasa selama setahun keseluruhannya. Ini satu lagi
bentuk keringanan yang diberikan bagi tujuan galakan untuk dilaksanakan dengan penuh
rasa tenang dan senang hati selain menutup segala pintu helah dan alasan untuk merasa
berat dan terbeban dengan syariat puasa.

Seterusnya Allah swt menyebut “ Maka sesiapa di kalangan kamu sakit atau dalam
perjalanan, maka dibolehkan mereka menggantinya pada hari-hari yang lain”. Ini satu lagi
bentuk keringanan ilahi yang benar-benar membayangkan bahwa puasa ini muncul dari
rahmat Allah dan belas kasihanNya semata-semata. Maka sesiapa yang menghadapi
masyaqqah ( kesukaran ) untuk berpuasa kerana sebab-sebab mendatang iaitu sakit atau
musafir, maka mereka dibenarkan berbuka dan menggantikan puasa setelah sembuh sakit
atau setelah sampai ke tempat bermukim.

Sementara bagi mereka yang mengahadapi kesukaran berpanjangan seperti orang tua yang
berkeuzuran atau pesakit yang tidak diberi pengharapan sembuh, dibolehkan mereka
membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin bagi setiap sehari yang
ditinggalkannya. Demikianlah syariat puasa yang merupakan syiar umum agama Islam yang
memberi ruang kepada semua peringkat dan golongan manusia untuk menghidupkan

12
suasana ketaatan dan peribadatan demi mencapai redha Allah dengan kadar kemampuan
masing-masing.

2. Kesenian ayat pensyariat puasa.

Sayyid Qutb menyebut: “ Allah swt maha mengetahui bahawa bebanan taklif adalah sesuatu
yang berat kepada jiwa manusia. Jiwa perlukan bantuan, tolakan dan lonjakan untuk bangkit
menyahut, walaupun taklif itu mempunyai hikmah dan pulangan manfaat yang besar.
Melalui cara dorongan yang betul, jiwa mampu menerima baik dan berpuashati”.

3. Sebab Turun Ayat.

Diriawayatkan dari Salamah ibn al Akwa’ katanya: “ Apabila turunnya ayat ini ( ‫وعلى الذين‬
‫ ) يطيقونه فدية طعام مسكين‬maka sesiapa yang ingin berpuasa di kalangan kami boleh berpuasa,
dan sesiapa yang mahu berbuka boleh berbuka dan membayar fidyah kerana berbukanya,
sehinggalah turunnya (‫ ) فمن شهد منكم الشهر فليصمه‬.

4. Sakit dan perjalanan yang mengharuskan berbuka.

Allah swt mengharuskan berbuka puasa bagi orang yang sakit dan bermusafir sebagai
rahmat dan kemudahan yang disediakan Allah swt untuk mereka.

Menurut Jumhur ulama’ (empat mazhab) : Sakit yang diharuskan berbuka ialah sakit teruk
yang boleh mendatangkan kemudharatan pada diri, atau menambahkan kesakitan, atau
dibimbangi kelewatan sembuh dengan sebab berpuasa.

Musafir yang diharuskan berbuka pula ialah musafir jauh atau lama yang boleh membawa
kesusahan dengan sebab puasa pada kebiasaaannya.

Adapun sakit ringan yang tiada kepayahan padanya maka tidak diharuskan berbuka kerana
Allah menyebut di dalam ayat tadi “ Allah mahukan kemudahan untuk kamu dan tidak pula
dia mahukan kepayahan “ . Ayat ini menunjukan bahawa sakit dan musafir yang diharuskan
berbuka itu adalah keringanan dari asal kefardhuan. Sakit ringan dan musafir dekat tidak
boleh dinamakan kepayahan yang boleh mengangkat asal kefardhuan puasa.

5. Kadar musafir yang mengharuskan berbuka.

Setelah jumhur ulama’ bersepakat bahawa musafir yang diharuskan berbuka mestilah
musafir yang jauh yang mengundangkan kepayahan dengan sebab berpuasa, ulama
bercanggah pendapat dalam menentukan kadar musafir yang mengharuskan berbuka.

13
1. Menurut Imam al Syafei dan Imam Ahmad; iaitu perjalanan dua hari dua malam dan
dikira sejauh 16 farsakh.
Hujah mereka;
- Musafir yang syari’e sahaja yang diharuskan qasar sembahyang. Keletihan
musafir selama sehari senang untuk ditanggung. Adapun apabila berulang
keletihan sehingga masuk hari ke dua, maka ini sukar untuk ditanggung dan
sesuai untuk diberi keringanan.
- Ini disokong oleh hadith :

‫صُروا يِف َْأدىَن ِم ْن َْأر َب َع ِة بُُر ٍد ِم ْن َم َّكةَ إىَل عُ ْس َفا َن‬


ُ ‫يَا َْأه َل َم َّكةَ اَل َت ْق‬
.)3/137( ‫) والبيهقي‬1/387( ‫) والدارقطين‬11162( ‫رواه الطرباين يف املعجم الكبري‬
“ Wahai penduduk Mekah ! Janganlah kamu qasar kerana musafir ke tempat
yang lebih dekat dari empat barid ( jarak kurang dari 3 hari perjalanan ) dari
Mekah ke Usfan. ( sanad hadith lemah ).

2. Menurut Imam Abu Hanifah dan al Thauri : iaitu perjalanan tiga hari dengan
malamnya dan dikira sejauh 24 farsakh.

Hujah mereka;
- Tiga hari adalah ijma’ ( kesepakatan ) dalam rukhsah ( keringanan ). Adapan
kurang dari tiga hari masih lagi khilaf, maka puasa masih wajib kerana ihtiyath
(berhati-hati)
- Ini disokong oleh hadith mengenai sapuan khuf ;
.‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َسلَّم َ جعل للمقيم َي ْو ًما َولَْيلَة وللمسافر ثَاَل ثَة َأيَّام ولياليها‬
َ ‫َعن َعلّي َأن النَّيِب‬
‫أخرجه ُمسلم‬
“ Dari Ali bahawa Nabi saw menjadikan ( keringanan untuk menyapu khuf )
kepada yang bermukim sehari semalam, dan kepada yang musafir tiga hari dan
malamnya”.
Syara’ mensyaratkan keharuan menyapu khuf selama tiga hari musafir.
Keringanan tidak diketahui melaiankan dari jalan syara’. Maka tiga harilah yang
dikira sebagai musafir syari’e.

3. Menurut Imam al Awzae’i: iaitu perjalanan sehari.


Musafir yang kurang dari sehari boleh berlaku kepada orang yang mukim.
Kebiasannya musafir ialah orang yang tidak sempat pulang ke rumah kediamannya.
Maka semestinya sekurang-kurang tempoh musafir adalah sehari.

6. Antara berpuasa dan berbuka,mana yang lebih afdhal (diutamakan )?


1. Menurut Abu Hanifah, al Syafei dan Malik; Berpuasa lebih afdhal bagi yang
bertenaga kerana Allah meyebut “ Bahwa kamu berpuasa adalah lebih baik
untuk kamu”.

14
Bagi yang tidak terdaya pula, berbuka lebih baik kerana Allah berfirman “ Allah
swt mahukan untuk kamu kemudahan, dan tidak pula dia mahukan untuk kamu
kepayahan”.
2. Menurut Imam Ahmad ; Berbuka lebih afdhal kerana mengambil keringanan
(rukhsah) yang dihadiahkan Allah. Allah swt suka dilakukan keringanannya
sebagaimana dilakukan perkara yang ada ketegasanya (azimah).

15
4. Ramadhan Bulan Pilihan Tuhan

TAFSIR AYAT PENSYARIATAN PUASA III

(SURAH AL BAQARAH 185)

‫ان ۚ فَ َم ْن َش ِه َد‬ ِ َ‫ات ِمن اهْل َُد ٰى والْ ُفرق‬ ٍ َ‫َّاس وبِّين‬ ِ ً ‫يه الْقُرآ ُن ه‬ ِ ِ‫َش هر رمض ا َن الَّ ِذي ُأنْ ِز َل ف‬
ْ َ َ َ َ ِ ‫ُدى للن‬ ْ َ َ َ ُْ
ِ ِ َّ ‫ِمْن ُك ُم‬
َ ‫يض ا َْأو َعلَ ٰى َس َف ٍر فَع َّدةٌ م ْن َأيَّ ٍام‬
‫ُأخ َر ۗ يُِري ُد اللَّهُ بِ ُك ُم‬ ً ‫ص ْمهُ ۖ َو َم ْن َك ا َن َم ِر‬ ُ َ‫الش ْهَر َف ْلي‬
‫ْملُوا الْعِ َّد َة َولِتُ َكِّب ُروا اللَّهَ َعلَ ٰى َم ا َه َدا ُك ْم َولَ َعلَّ ُك ْم تَ ْش ُك ُرو َن‬
ِ ‫يد بِ ُكم الْعسر ولِتُك‬
َ َ ْ ُ ُ ُ ‫الْيُ ْسَر َواَل يُِر‬
(185)

[185](Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-
keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar
dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan
Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang
sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa)
sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang
demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan
Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan
supaya kamu bersyukur.

1. Makna ayat secara umum.

Setelah Allah swt menyebut tentang kewajipan puasa dalam ayat yang lepas, yang mana
kewajipan itu hanya pada bilangan hari-hari yang terhad, ayat ini menerangkan bahawa yang
dimaksudkan dengan tempoh hari-hari tersebut adalah sebulan Ramadhan.

Allah swt menyebut rahsia kelebihan bulan yang agung ini sehingga ianya terpilih khas untuk
ibadah puasa iaitu ia adalah bulan penurunan al Quran yang peranannya amat besar di
dalam kehidupan ini iaitu menjelaskan jalan-jalan hidayah (petunjuk), dan membezakan
antara kebenaran dan kebatilan.

Bagi mu’min yang mukallaf yang sempat dengan bulan Ramdhan dalam keadaan sihat tidak
sakit, bermukim tidak musafir maka hendaklah dia berpuasa Ramadhan. Puasa Ramadhan
adalah wajib ke atasnya dan menjadi antara rukun Islam yang terbesar. Mengingkari
kewajipannya adalah kufur, meninggalkan puasa tanpa uzur walaupun masih memperakui
kewajipannya adalah haram dan telah melakukan dosa besar. Pihak berkuasa hendaklah

16
menghukumnya secara ta’zir dan bertegas dengannya. Dia mesti bertaubat kepada Allah dan
menqhada’ setiap hari yang dia berbuka.

Namun Allah swt juga menjelaskan hukum-hukum berkaitan dengan golongan yang
berkeuzuran dan mendapat keizinan berbuka iaitu mereka yang sakit dan bermusafir. Bagi
mereka yang berbuka dengan kedua-dua keuzuran ini hendaklah mengqhada’kannya
( menggantikannya ) mengikut bilangan hari yang dia berbuka. Allah swt tuhan pengasih dan
penyayang memaklumkan tujuan diberi keizinan berbuka ini kerana Allah swt sentiasa mahu
kemudahan untuk hamba-hambanya, dan dia pula tidak mahukan kepayahan untuk mereka.
Ini sifat keanjalan dan keluasan yang menjadi ciri penting syariat Allah kepada umat
Muhammad saw.

Walaupun keringanan untuk berbuka diizinkan, namun hendaklah digantikan pada hari-hari
di bulan yang lain. Tujuannya ialah supaya bilangan yang dihendaki Allah menjadi lengkap
sempurna, dan supaya mereka bertakbir ( membesar dan mengagungkan ) Allah swt,
seterusnya menggolongkan diri mereka di kalangan orang yang bersyukur.

2. Kaedah penetapan masuk bulan Ramadhan.

Hadith-hadith Nabi saw menjelaskan ayat al Quran ini apabila menghuraikan cara untuk
membuktikan masuknya bulan Ramadhan bagi tujuan melaksanakan ibadah puasa. Antara
hadith yang sahih dalam masalah ini iaitu;

ِ ِ َ ‫َأن رس‬ ِ ِ ِ
َ ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ه َو َس لَّ َم ذَ َك َر َر َم‬
‫ض ا َن َف َق َال اَل‬ َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َّ ‫َع ْن َعْب د اللَّه بْ ِن عُ َم َر َرض َي اللَّهُ َعْن ُه َم ا‬
‫ أخرجه البخاري ومسلم‬. ُ‫وموا َحىَّت َتَر ْوا اهْلِاَل َل َواَل ُت ْف ِطُروا َحىَّت َتَر ْوهُ فَِإ ْن غُ َّم َعلَْي ُك ْم فَاقْ ُد ُروا لَه‬ ُ ‫ص‬ُ َ‫ت‬
.
Dari Abdullah ibn Umar ra katanya; Rasulullah saw berbicara mengenai Ramadhan lalu
baginda bersabda: “ Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan
(Ramdhan) . Janganlah kamu berbuka ( beraya idil fitri ) sehingga kamu melihatnya ( anak
bulan Syawwal ). Jika tiada kenampakan anak bulan itu maka perhintungkanlah ia ( cukupkan
bilangan 30 hari ). Riwayat Bukhari dan Muslim.

‫وموا لُِرْؤ يَتِ ِه َوَأفْ ِط ُروا لُِرْؤ يَتِ ِه‬


ُ ‫ص‬
ِ
ُ :)) ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ه َو َس لَّ َم‬ ُ ‫عن َأيَب ُهَر ْيَرةَ َر ِض َي اللَّهُ َعْن هُ َيق‬
َ ُّ ‫ُول قَ َال النَّيِب‬
‫ أخرج ه البخ اري ومس لم ولفظ ه (( ِإذَا َر َْأيتُ ْم اهْلِاَل َل‬. ((‫ني‬ ِ ِ ِ
َ ‫فَ ِإ ْن غُيِّبَ َعلَْي ُك ْم فَ َأ ْكملُوا ع َّدةَ َش ْعبَا َن ثَاَل ث‬
ِ ِ
)) ‫ني َي ْو ًما‬َ ‫وموا ثَاَل ث‬ ُ َ‫وموا َوِإذَا َر َْأيتُ ُموهُ فََأفْطُروا فَِإ ْن غُ َّم َعلَْي ُك ْم ف‬
ُ ‫ص‬ ُ ‫ص‬ُ َ‫ف‬
Dari Abu Hurairah ra katanya; Rasulullah saw bersabda:” Puasalah dengan sebab melihatnya
(anak bulan Ramdhan), berbukalah (berayalah) dengan sebab melihatnya (anak bulan
Syawwal). Jika kelam ke atas kamu, maka lengkapkanlah bulan Sya’ban 30 hari.” Riwayat
Bukhari dan Muslim. Lafaz Muslim pula;
“ Apabila kamu telah melihat anak bulan (Ramadhan), maka berpuasalah. Apabila kamu
telah melihat anak bulan (Syawwal), maka berbukalah (berayalah). Jika mendung ke atas
kamu (tidak kenampakan anak bulan Syawwal) maka berpuasalah 30 hari.

17
‫الش ْهُر تِ ْس ٌع َو ِع ْش ُرو َن‬
َّ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم قَ َال‬ ِ َ ‫َأن رس‬ ِ ِ ِ
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َّ ‫َع ْن َعْبد اللَّه بْ ِن عُ َمَر َرض َي اللَّهُ َعْن ُه َما‬
ِ ِ ِ
.‫ أخرجه البخاري‬. ‫ني‬ َ ‫وموا َحىَّت َتَر ْوهُ فَِإ ْن غُ َّم َعلَْي ُك ْم فََأ ْكملُوا الْع َّد َة ثَاَل ث‬
ُ ‫ص‬ُ َ‫لَْيلَةً فَاَل ت‬
Dari Abdullah ibn Umar ra : Rasulullah saw bersabda;” Bulan itu 29 malam (hari), maka
janganlah kamu puasa sehingga kamu melihatnya (anak bulan Ramadhan). Jika mendung
( tidak dapat melihat anak bulan, maka lengkapkanlah tempoh 30 hari”. Riwayat Bukhari.

‫وموا‬
ُ ‫ص‬ُ َ‫ (( الَ ت‬: - ‫ صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫ قَ َال رسول اهلل‬: ‫ قَ َال‬، ‫وعن ابن عباس رضي اهلل عنهما‬
‫ني َي ْوم اً )) رواه‬ِ ِ ِِ ِ ِ ِ ِ ِ ‫ ص‬، ‫َقبل رمضا َن‬
َ ‫ت ُدونَهُ َغيَايَةٌ فَأ ْكملُوا ثَالث‬
ْ َ‫ فَإ ْن َح ال‬، ‫ َوأفْط ُروا لُرؤيَت ه‬، ‫وموا لُرؤيَت ه‬
ُ ُ َ َ َْ
.‫حسن صحيح‬ ٌ ‫ حديث‬:‫ وقال‬،‫الرتمذي‬
Dari Ibn Abbas ra katanya : Rasulullah saw bersabda; “ Janganlah kamu berpuasa sebelum
Ramadhan. Berpuasalah apabila melihatnya (anak bulan Ramadhan). Berbukalah (berayalah)
apabila melihatnya (anak bulan Syawwal). Jika penglihatan terhalang oleh awan, maka
lengkapkan puasa 30 hari”. Riwayat tirmizi dan katanya: hadith ini hasan sahih.

Berdasar hadith-hadith ini, jelas terdapat dua cara untuk membuktikan masuk bulan
Ramadhan.

a- Melihat anak bulan Ramadhan apabila dapat berbuat demikian.

Ini adalah kemudahan yang diberi Allah swt dan rahmatNya apabila kewajipan puasa
diikatkan dengan petanda atau alamat yang jelas yang mudah dilihat dengan pancaindera
mata iaitu melihat anak bulan Ramadhan untuk berpuasa. Ini berlaku apabila langit kosong
tanpa dilitupi awan atau debu. Menurut Jumhur (kebanyakan) ulama’: Penyaksian seorang
saksi adil cukup untuk membuktikan masuknya bulan Ramadhan. Ini berdasar hadith berikut;

ِّ ‫ «جاء أعرايب ِإىل‬: ‫ قال‬: - ‫ رضي اهلل عنهما‬- ‫عبد اهلل بن عباس‬
:‫ فقال‬-‫صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫النيب‬
‫أتشهد أن ال ِإله ِإال اهلل ؟ قال‬
ُ : ‫ فقال‬- ‫هالل رمضا َن‬
َ ‫ يعين‬:‫ قال احلسن يف حديثه‬- ‫اهلالل‬
َ ‫رأيت‬ ُ ‫ِإين‬
‫ َأ ْن ص وموا‬:‫ أذِّن يف الن اس‬، ‫بالل‬
ُ ‫ ي ا‬: ‫ ق ال‬،‫ نعم‬: ‫ول اهلل ؟ ق ال‬
ُ ‫هد أن حمم دا رس‬
ُ ‫ أتش‬:‫ ق ال‬، ‫ نعم‬:
.»‫غدا‬

.‫أخرجه أبو داود‬


Dari Abdullah ibn Abbas ra katanya; Seorang badawi datang berjumpa Nabi saw lalu berkata:
“ Aku melihat anak bulan (Ramadhan). Nabi saw bertanya:” Adakah engkau menyaksikan
bahwa tiada tuhan melainkan Allah?” Beliau menjawab: “Ya”. Nabi saw bertanya: “ Adakah
engkau menyaksikan bahwa Muhammad itu utusan Allah?”. Dia menjawab : “Ya”. Baginda
saw bersabda: Wahai Bilal , laungkan (umumkan) kepada orang ramai, “ Hendaklah kamu
semua puasa esok hari ! “.
‫ صلى‬- ‫رسول اهلل‬
َ ‫ت‬
ُ ‫فَأخَبْر‬
ْ ، ‫اهلالل‬
َ ‫الناس‬
ُ ‫ « َت َراءى‬: ‫ قال‬: -‫ رضي اهلل عنهما‬- ‫عبد اهلل بن عمر‬
.‫ أخرجه أبو داود‬.»‫صيام ِه‬
ِ ِ‫ وأمر النَّاس ب‬، ‫ َأين رأيتُه فصامه‬-‫اهلل عليه وسلم‬
َ َُ ُ

18
Dari Abdullah ibn Umar ra katanya: “Orang ramai ingin melihat-lihat anak bulan. Lalu aku
memberitahu rasulullah saw bahawa aku telah melihatnya (anak bulan Ramadhan) lalu
baginda berpuasa dan perintahkan orang ramai berpuasa.” Riwayat Abu Dawud.

b- Melengkapkan bilangan tempoh bulan Syaaban selama 30 hari.

Ini berlaku apabila tidak nampak anak bulan dan payah untuk berbuat demikian dengan
sebab awan, debu atau sebagainya.

Ini hanya untuk penetapan bulan Ramadhan. Sementara penetapan bulan Syawal pula,
disyaratkan saksi yang melihat anak bulan Syawal sekurang-kurangnya adalah dua orang
saksi menurut kebanyakan ulama’. Jika tidak dapat disaksikan oleh dua orang saksi maka
hendaklah dilengkapkan bilangan 30 hari tempoh sebulan Ramadhan.

19
5. Kelebihan Doa Ketika Berpuasa

TAFSIR AYAT PENSYARIATAN PUASA IV

(SURAH AL BAQARAH 186)

‫ان ۖ َف ْليَ ْستَ ِجيبُوا يِل َولُْيْؤ ِمنُوا‬


ِ ‫َّاع ِإذَا دع‬
َ َ ِ ‫يب َد ْع َوةَ الد‬
ِ
ُ ‫يب ۖ ُأج‬
‫ِإ‬ ِ ِ َ‫وِإذَا سَأل‬
ٌ ‫ك عبَادي َعيِّن فَ يِّن قَ ِر‬
َ َ َ
( 186) ‫يِب لَ َعلَّ ُه ْم َي ْر ُش ُدو َن‬
[186]Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu
kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku
perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah
mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka
beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

1. Hubungan ayat ini dengan sebelumnya.


Al Imam al Baidhawi ada menyebut tentang hubungan ayat ini dengan ayat sebelumnya.
Katanya: “ Ketahuilah bahawa Allah swt setelah mana -dalam ayat yang sebelumnya-
memerintahkan umat Islam berpuasa Ramadhan, memelihara dan melengkapkan bilangan
tempoh puasa serta menggalakkan mereka melakukan tugasan takbir dan syukur, Allah
mengiringi perkara tersebut dengan memperingatkan dalam ayat ini bahwa dia maha
mengetahui tentang segala perihal mereka dan maha mendengar segala ucapan dan zikir
mereka, menyambut baik semua permohonan dan doa mereka, membalas mulia segala
amal soleh mereka. Ini semua adalah penegasan dan peransang dari Allah swt.

2. Sebab turun ayat


‫ أقريب‬: ‫أخرج ابن جرير وابن أيب حامت أن أعرابياً جاء إىل النيب صلى اهلل عليه وسلم فقال‬
‫ أم بعي د فننادي ه؟ فس كت رس ول اهلل ص لى اهلل علي ه‬- ‫ ن دعوه س را‬: ‫ أي‬- ‫ربن ا فنناجي ه‬
. ‫وسلم فأنزل اهلل هذه اآلية‬
Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim meriwayatkan bahawa seorang a’rabiy ( badawi ) datang
berjumpa Rasulullah saw lalu berkata:” Adakah tuhan kita dekat sehingga kita boleh berbisik
( munajat ) – berdoa kepadanya dengan suara perlahan – atau dia jauh lalu kita terpaksa
melaung untuk memanggilnya? Rasulullah saw berdiam lalu Allah swt memperturunkan ayat
ini.
‫ سأل بعض الصحابة رسول اهلل صلى اهلل‬: ‫ عن احلسن قال‬- ‫ بسنده‬- ‫روى ابن مردويه‬
. ‫ هذه اآلية‬-‫تعاىل‬- ‫عليه وسلم أين ربنا؟ فأنزل اهلل‬

20
Ibnu Mardawaih meriwayatkan dengan sanadnya dari al Hasan katanya: “ Sebahagian para
sahabat bertanya Rasulullah saw : “ Di mana tuhan kita? “ Lalu Allah swt menurunkan ayat
ini.

3. Makna ayat secara umum.

Allah swt mengarahkan NabiNya saw supaya memaklumkan kepada kaum mu’minin yang
sentiasa berdoa dan bermunajat kepadaNya bahawa Allah swt hampir dengan mereka,
menyaksikan segala amalan mereka, melihat segala pelakuan dan pergerakan mereka,
mengetahui segala yang nyata dan tersembunyi dari perihal mereka, rahmatnya dekat,
qudratnya pun hampir, cepat menyahut segala panggilan mereka serta pantas menyambut
segala permohonan mereka.
Ayat lain ada menyebut;
‫ب ِإلَْي ِه ِم ْن َحْب ِل الوريد‬ ِِ ‫ولََق ْد خلَ ْقنَا اإلنسان و َنعلَم ما ُتوس ِو‬
ُ ‫س به َن ْف ُسهُ َوحَنْ ُن َأْقَر‬
ُ َْ َُْ َ َ َ
“ Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa
yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada
urat lehernya.” ( Qaf : 16 )

Dalam sebuah hadith pula menyebut;


‫ كنا مع النيب صلى اهلل عليه وسلم يف سفر فجعل الناس‬: ‫عن أيب موسى األشعري أنه قال‬
‫ أي‬- ‫ أيها الناس أربعوا على أنفسكم‬: ‫ فقال النيب صلى اهلل عليه وسلم‬. ‫جيهرون بالتكبري‬
، ‫ إنكم ت دعون مسيعاً بص رياً وه و معكم‬،ً‫ ف إنكم ال ت دعون أص م وال غائب ا‬- ‫أرفق وا هبا‬
." ‫والذي تدعونه أقرب إىل أحدكم من عنق راحلته‬
Dari Abi Musa al Asyaari katanya: “ Kami pernah bersama Nabi saw dalam satu perjalanan.
Orang ramai mula mengangkat suara dengan bertakbir. Nabi saw bersabda: “ Wahai Umat
manusia ! Kasihanilah diri kamu. Sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada tuhan yang pekak
atau yang tiada. Sesungguhnya kamu berdoa kepada tuhan yang maha mendengar dan
maha melihat dan Dia sentiasa bersama kamu. Tuhan yang kamu doakan itu lebih hampir
dari tengkok binatang tunggangan kamu”. Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Allah swt menghurai maksud dan natijah hampirnya dia dengan hamba iaitu
ِ ‫ُِأجيب د ْعوةَ الداع ِإذَا دع‬
‫ان‬ ََ َ َ ُ
“ Aku menyahut doa hamba yang berdoa apabila dia berdoa” sebagai bukti hampirnya
dirinya. Demilkianlah dia menjanjikan untuk menyambut segala doa jika benar ia lahir dari
hati yang sejahtera, jiwa yang bersih, anggota yang tunduk khusyu’. Di dalam al Quran
terdapat paparan menarik mengenai contoh tauladan hamba-hamba Allah swt yang
memohon doa dengan penuh rasa ketundukan, lalu Allah swt menyahut dan menerima
segala permohonan mereka. Antaranya;

‫استَ َجْبنَا لَهُ َفنَ َّجْينَاهُ َو َْأهلَهُ ِم َن الْ َك ْر ِب الْ َع ِظي ِم‬ ِ
ْ َ‫وحا ِإ ْذ نَ َادى من َقْب ُل ف‬
ً ُ‫َون‬

21
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika ia menyeru (berdoa kepada Kami) sebelum
(Nabi-nabi yang tersebut) itu, lalu Kami perkenankan doanya serta Kami selamatkan dia dan
pengikut-pengikutnya dari kesusahan yang besar. ( al anbiya’: 76 )

ِّ ‫{ َو َز َك ِريَّآ ِإ ْذ نادى َربَّهُ َر‬


َ ‫ب الَ تَ َذ ْريِن َف ْرداً َو‬
ُ‫ فاستجبنا لَهُ َو َو َهْبنَا لَه‬. ‫َأنت َخْيُر الوارثني‬
} ُ‫َأصلَ ْحنَا لَهُ َز ْو َجه‬
ْ ‫حيىي َو‬
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan
berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak
meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.
Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami
perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami
limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka
sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami
dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat)
kepada Kami.
( al anbiya’: 89,90 )

‫استَ َجْبنَا لَهُ فَ َك َش ْفنَا َما بِِه ِمن‬ ِ‫وَأيُّوب ِإ ْذ نَادى ربَّه َأيِّن م َّسيِن الضُُّّر وَأنت َأرحم َّ مِح‬
ْ َ‫ ف‬. ‫ني‬َ ‫الرا‬ َُ ْ َ َ َ َ َُ َ َ َ
‫ين‬ ِِ ِ ِ ِِ ِ
َ ‫ضٍّر َوآَتْينَاهُ َْأهلَهُ َوم ْثلَ ُهم َّم َع ُه ْم َرمْح َةً ِّم ْن عندنَا َوذ ْكَرى ل ْل َعابد‬
ُ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan
berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih
mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".
Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang
menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya,
sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat
kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik). ( al anbiya’: 83,84 )

Hadith pula ada member petunjuk bagaimana seseorang hamba itu apabila berdoa yang ada
kebaikan, Allah swt tidak akan mensia-siakan doanya. Cuma Allah swt tidaklah menunaikan
segala tuntutan hambanya, kerana dia lebih mengetahui apa yang mendatangkan maslahah
(kebaikan dan keuntungan) kepada mereka.
Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya;
‫ عز‬- ‫ " ما من مسلم يدعو اهلل‬: ‫عن أيب سعيد اخلدري أن النيب صلى اهلل عليه وسلم قال‬
‫ إما‬: ‫ بدعوة ليس فيها إمث وال قطيعة رحم إال أعطاه اهلل هبا إحدى ثالث خصال‬- ‫وجل‬
‫ وإما أن يصرف عنه من السوء‬، ‫ وإما أن يدخرها له يف األخرى‬، ‫أن يعجل إليه دعوته‬
. " ‫مثلها‬
Dari Abi Said al Khudri; Nabi saw bersabda: “ Tiadalah seorang muslim yang berdoa kepada
Allah swt dengan satu doa yang ada di dalamnya dosa dan memutuskan hubungan silatul
rahim, melainkan Allah swt akan mengurniakan kepadanya salah satu dari tiga perkara;
1- Allah mempercepatkan permohonannya.
2- Allah menyimpankan permohonanya untuk akhirat.
3- Allah mengelakkan darinya keburukan seumpama permohonannya.

22
Allah berfirman :
‫َف ْليَ ْستَ ِجيبُواْ يِل َولُْيْؤ ِمنُواْ يِب لَ َعلَّ ُه ْم َي ْر ُش ُدو َن‬
“ Maka hendaklah mereka menyahutku dan hendaklah mereka beriman kepadaku semoga
mereka mendapat mendapat petunjuk”. Makasudnya ; Aku telah jajnjikan untuk kamu wahai
hamba-hambaku untuk menyahut doa kamu apabila kamu berdoa kepada ku. Maka
hendaklah kamu menyahut perintahku, menjaga batasanku, tetap di atas keimanan
kepadaku. Ini semua agar kamu sampai kepada jalan petunjuk dan kebahagian kamu di
dalam kehidupan dunia dan akhirat. Allah perintahkan supaya beriman selepas perintah
menyahut perintahnya kerana iman adalah asas pertama dan utama untuk berdoa dan ia
juga adalah satu bentuk ketaatan yang paling mulia untuk diterima Allah.

4. Galakan bersungguh-sungguh berdoa apabila berbuka dan menyempurnakan


tempoh berpuasa.

Kata Ibnu Kathir : Allah swt membawa ayat yang merangsang supaya berdoa di celah-celah
ayat-ayat yang menerangkan hukum-hakam puasa bagi memberi panduan supaya
bersungguh-sungguh berdoa menyempurnakan tempoh puasa, bahkan setiap kali berbuka.
Ini menepati satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud al Thayalisiy dalam Musnadnya;
‫ للصائم عند‬: ‫ مسعت رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يقول‬: ‫عن عبد اهلل بن عمرو قال‬
. ‫إفطاره دعوة مستجابة فكان عبد اهلل بن عمرو إذا أفطر مجع أهله وولده ودعا‬
Dari Abdullah ibn Amr katanya; Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; Bagi orang yang
berpuasa ketika berbukanya doa yang mustajab. Abdullah ibn Amr apabila berbuka, dia akan
kumpulkan isteri dan anaknya lalu berdoa.

Hadith lain pula dalam Sunan Ibn Majah menyebut;


‫ " إن للصائم عند فطره دعوة‬: ‫ قال النيب صلى اهلل عليه وسلم‬: ‫عن بعد اهلل بن عمرو قال‬
‫ اللهم إين أسألك برمحتك اليت وسعت كل شيء‬: ‫ما ترد " وكان عبد اهلل يقول إذا أفطر‬
" ‫أن تغفر يل‬
Dari Abdullah ibn Amar katanya; Bersabda Nabi saw : “ Sesungguhnya bagi orang yang
berpuasa ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak.” Menjadi amalan Abdullah apabila
berbuka beliau berkata: “Ya Allah ! Sesungguhnya aku memohon dari mu rahmatmu yang
melitupi segala sesuatu, supaya engkau member keampunan kepada ku”.

Imam Ahmad, alTurmuzi, al Nasaie dan Ibn Majah pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra
katanya;
‫ والص ائم‬، ‫ اِإل م ام الع ادل‬: ‫" ثالث ة ال ت رد دع وهتم‬: ‫ق ال رس ول اهلل ص لى اهلل علي ه وس لم‬
‫ يرفعها اهلل دون الغمام يوم القيامة وتفتح هلا أبواب السماء‬، ‫ ودعوة املظلوم‬، ‫حىت يفطر‬
. " ‫ بعزيت ألنصرنك ولو بعد حني‬: ‫ويقول‬
Rasulullah saw bersabda; “ Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka; Pemerintah yang
adil, orang yang berpuasa sehingga berbuka, doa orang yang dizalimi. Allah mengangkat doa
itu di bawah naungan awan di hari Kiamat dan dibuka untuknya pintu-pintu langit lalu Allah

23
berfirman: “ Demi kemegahanku! Aku tetap membantu engkau walaupun selepas beberapa
tempoh masa”.

5. Keunikanan dan keindahan ungkapan dalam ayat ini.

1. Ayat ini ada keunikannya apabila mengalih hadap cakap dari umum kaum mu’minin
mengenai hukum-hakam puasa kepada hadap cakapnya khusus kepada Nabi saw dengan
memperingatkan umatnya supaya menjaga adab-adab dalam ibadat dan doa mereka iaitu
mengikhlaslah hala tujuan niat kepada Allah swt setulusnya, melakukan segala pelakuan
ibadat dengan penuh tekun dan bertanggungjawab, di samping sedar akan pemerhatian
Allah dan pengawasanNya. Pesanan ini amat penting supaya amalan seseorang itu tidak
menjadi sia-sia dengan sebab adanya unsur-unsur yang merosakkan amalan atau merasakan
bahawa amalannya hanya sia-sia tanpa pengetahuan dan penilaian dari Allah swt.

2. Ayat ini sebagai jawapan kepada pertanyaan tetapi tidak dimulakan dengan
perkataan ‫“ قل‬katakanlah (wahai Muhammad)” sebagaimana kebiasaannya. Sebaliknya
Allah swt sendiri menjawabnya bagi membayangkan dekat Allah dengan hambanya dan
hadirnya dia bersama setiap orang yang meminta dan memohon darinya sehingga dia tidak
memerlukan orang tengah atau perantaraan dengan orang yang memohon dan berhajat
kepadanya.

3. Allah swt menyebut perkataan (‫“ )عبادي‬hambaku” dengan menisbahkan “hamba”


kepada diri keagungannya. Ini satu bentuk penghormatan dan kemuliaan yang sangat hebat
kepada kaum mu’minin menggambarkan bagaimana kehidupan mereka di bulan Ramadhan
khasnya dengan berpuasa, bermunajat dan beribadat seolah-olah mereka menjadi tetamu
Allah yang sangat istimewa dengan mendapat segala bentuk layanan terbaik dari Allah swt.

24
6. Hukum dan Amalan Malam Ramadhan

TAFSIR AYAT PENSYARIATAN PUASA V

(SURAH AL BAQARAH 187)

‫اس هَلُ َّن ۗ َعلِ َم اللَّهُ َأنَّ ُك ْم‬ ِ


ٌ َ‫اس لَ ُك ْم َوَأْنتُ ْم لب‬
ِ ‫الص ي ِام ال َّرفَ ُ ِإ ِ ِئ‬
ٌ َ‫ث ىَل ٰ ن َس ا ُك ْم ۚ ُه َّن لب‬ َ ِّ َ‫ُأح َّل لَ ُك ْم لَْيلَ ة‬
ِ
ِ
ُ‫ب اللَّه‬ َ َ‫وه َّن َو ْابَتغُوا َم ا َكت‬ َ َ‫ُكْنتُ ْم خَت ْتَ انُو َن َأْن ُف َس ُك ْم َفت‬
ُ ‫اب َعلَْي ُك ْم َو َع َف ا َعْن ُك ْم ۖ فَ اآْل َن بَاش ُر‬
‫اَأْلس َو ِد ِم َن الْ َف ْج ِر ۖ مُثَّ َأمِت ُّوا‬ ِ
ْ ‫ض م َن اخْلَْي ط‬
ِ ُ ‫ط اَأْلبي‬
َْ ُ ‫اش َربُوا َحىَّت ٰ َيتََبنَّي َ لَ ُك ُم اخْلَْي‬
ْ ‫لَ ُك ْم ۚ َو ُكلُوا َو‬
ِ ‫ُد‬ ِِ
َ ُ‫ود اللَّه فَاَل َت ْقَرب‬
‫وه ا‬ ُ ُ‫ك ح‬ َ ‫وه َّن َوَأْنتُ ْم َعاكِ ُفو َن يِف الْ َم َساجد ۗ تِْل‬ ِ
ُ ‫الصيَ َام ِإىَل اللَّْي ِل ۚ َواَل تُبَاش ُر‬
ِّ
ِ ‫ك يَُبنِّي ُ اللَّهُ آيَاتِِه لِلن‬
( 187) ‫َّاس لَ َعلَّ ُه ْم َيَّت ُقو َن‬ ِ
َ ‫ۗ َك َٰذل‬
[187] Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-
isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai
pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia
menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu
dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta
minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam
kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu
malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang
beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu
menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian
manusia supaya mereka bertaqwa.

1. Sebab turun ayat.

Imam Ahmad, Ibn Jarir dan Ibn Abi Hatim

‫ كان الناس يف رمضان إذا صام الرجل‬: ‫ قال‬. ‫عن عبد اهلل بن كعب بن مالك عن أبيه‬
- ‫حرم عليه الطعام والشراب والنساء حىت يفطر من الغد فرجع عمر بن اخلطاب‬ ّ ‫فنام‬
‫ فأراد‬، ‫ من عند النيب صلى اهلل عليه وسلم ذات ليلة وقد مسر عنده‬- ‫رضي اهلل عنه‬
‫ فغ دا‬. ‫ وص نع كعب مث ل ذل ك‬، ‫ فق ال م ا منت مث واقعه ا‬، ‫امرأت ه فق الت إين قد منت‬
. ‫عمر بن اخلطاب إىل النيب صلى اهلل عليه وسلم فأخربه فنزلت‬
Dari Abdullah ibn Kaab ibn Malik dari bapanya, dia berkata: “ Dulunya orang ramai dalam
Ramadhan apabila seseorang itu berpuasa lalu, jika dia tertidur maka menjadi haram
kepadanya makan, minum dan isteri ( berjimak ) sehingga dia berbuka semula keesokannya.

25
Tiba-tiba Umar ibn al Khattab ra pulang dari menemui Rasulullah saw pada suatu malam
kerana berjaga malam di sana. Lalu beliau ingin ( meyetubuhi ) isterinya, tiba-tiba isterinya
berkata : Sebenarnya aku telah tertidur. Umar berkata: Aku tidak tidur sehingga aku
menyetubuhinya. Kaab juga melakukan perkara yang sama. Pagi esoknya Umar ibn al
Khattab menemui Rasulullah saw dan memberitahunya, lalu turunlah ayat ini.

Imam al Bukhari pula meriwayatkan;


‫ ك ان أص حاب حمم د ص لى اهلل علي ه وس لم إذا ك ان الرج ل ص ائما‬: ‫عن ال رباء ق ال‬
‫ وإن قيس بن‬. ‫فحض ر اِإل فط ار فن ام قب ل أن يفط ر مل يأك ل ليلت ه وال يوم ه ح ىت ميس ي‬
. ‫ كان يعمل يف النخيل بالنهار وكان صائما‬: ‫صرمة األنصاري كان صائما ويف رواية‬
‫ ولكن أنطل ق‬، ‫ ال‬: ‫ أعن دك طع ام؟ ق الت‬: ‫فلم ا حض ر اِإل فط ار أتى امرأت ه فق ال هلا‬
. ‫ خيبة لك‬: ‫ فغلبته عيناه فجاءته امرأته فما رأته قالت‬، ‫فأطلب لك وكان يومه يعمل‬
‫ فذكر ذلك للنيب صلى اهلل عليه وسلم فنزلت هذه‬، ‫فلما انتصف النهار غشى عليه‬
‫ ون زلت‬، ً‫ُأح َّل لَ ُك ْم لَْيلَ ةَ الص يام ال رفث إىل نِ َس آِئ ُك ْم } ففرح وا فرح اً ش ديدا‬
ِ { ‫اآلي ة‬
. } ‫{ َو ُكلُواْ واشربوا حىت َيتََبنَّي َ لَ ُك ُم اخليط األبيض ِم َن اخليط األسود ِم َن الفجر‬
Dari al Barra’ katanya : “ Dulunya sahabat Nabi saw apabila seseorang itu berpuasa apabila
tiba masuk waktu berbuka sedang dia tertidur sebelum berbuka, dia tidak dibolehkan makan
pada malam itu dan siang keesokannya sehinggalah masuk waktu malam pula. Qais ibn
Shormah al Ansoriy telah berpuasa – dalam satu riwayat menyebut – Dia bekerja di kebun
kurma di waktu siang sedanh dia berpuasa. Apabila masuk waktu berbuka, dia mendatangi
isterinya lalu berkata padanya: “ Adakah awak ada makanan?” Dia menjawab : “Tidak, tapi
saya akan keluar mencari makanan untuk engkau ”. sedangkan dia seharian bekerja, lalu dia
tertidur keletihan. Apabila isterinya pulang dan melihatnya beliau berkata: “ Kesiannya
awak! “. Bila tengahari esoknya, dia telah pengsan. Dia menceritakannya kepada Rasulullah
saw, tiba-tiba turunlah ayat ini;

‫ث ِإىَل ٰ نِ َساِئ ُك ْم‬ َّ ‫الصيَ ِام‬


ُ َ‫الرف‬ ِ ۚ
ِّ َ‫ُأح َّل لَ ُك ْم لَْيلَة‬
“ Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri
kamu.”

Maka mereka semua sangat bergembira. Kemudia turun lagi ayat;

‫اَأْلس َو ِد ِم َن الْ َف ْج ِر‬ ِ ِ ُ ‫ط اَأْلبي‬


ْ ‫ض م َن اخْلَْيط‬ َْ ُ ‫ۖ َو ُكلُوا َوا ْشَربُوا َحىَّت ٰ َيتََبنَّي َ لَ ُك ُم اخْلَْي‬
“ dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang)
dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar.”

26
2. Makna ayat secara umum.

Hadith-hadith yang menjelaskan sebab nuzul ayat ini membayangkan bahawa umat Islam di
peringkat awal puasa, mereka berpuasa sehingga terbenamnya matahari. Apabila
terbenamnya matahari, dihalalkan mereka makan, minum dan bersetubuh selama mana
mereka belum tidur. Jika mereka tertidur, walaupun sebelum berbuka maka mereka hendak
menahan diri dengan berpuasa sehingga keesokannya. Maknanya puasa mereka bermula
dengan tidur bukannya terbit fajar. Mereka telah menghadapi kepayahan yang teruk. Ada di
kalangan sahabat yang melanggar peraturan ini kerana tidak dapat menahan diri. Maka ayat
ini memberi kelonggaran dan mengangkat kepayahan yang dihadapi mereka. Umat Islam
diizinkan makan, minum dan bersetubuh sepanjang malam-malam Ramadhan. Ketelajuran
sebahagian sahabat juga dimaafkan dan diampun tuhan.

Menurut Imam al Razi, Jumhur ulama’ berpendapat bahawa ayat ini menasakhkan apa yang
difardhukan di peringkat awal syariat puasa iaitu seorang yang berpuasa apabila telah tidur
maka tidak harus baginya makan, minum dan bersetubuh sehinggalah dia berbuka
keesokannya.

Sementara sebahagian ulama’ pula berpendapat tiada nasakh dan mansukh dalam ayat ini.
Cuma Allah swt memberi panduan apa yang dihalalkan di malam hari bulan Ramadhan iaitu
makan, minum dan bersetubuh sehinggalah terbitnya waktu fajar. Sebelum itu, para sahabat
seolah-olah merasa bersalah untuk melakukan semua itu di malam-malam Ramadhan
kerana menyangka bahwa ini adalah pelengkap kepada puasa mereka di siang hari walaupun
terpaksa menghadapi kesulitan dengan sebab demikian. Maka ayat ini menjelaskan bahwa
ini semua halal dan bukannya kesalahan. Allah swt tidak pernah mensyariatkan sesuatu yang
mendatangkan kepayahan dan kesukaran.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pendapat ini menjelaskan satu bentuk rahmat Allah swt
kepada hamba-hambanya dalam menetapkan syariat dan hukum.

Allah swt juga memerintahkan – secara galakan dan keharusan tanpa mewajibkan - supaya
mereka menyetubuhi isteri mereka bagi tujuan meramaikan bilangan kaum muslimin,
menjaga diri dari perkara yang haram selain dari melepaskan nafsu syahwat dengan cara
yang dihalalkan. Cuma Allah swt melarang dari bersetubuh bagi mereka yang sedang
melaksanakan ibadat i'tikaf kerana ianya membatalkan i'tikaf dan merosakkannnya.

Akhirnya setelah mana Allah swt menyebut semua hukum hakam ini, Allah menjelaskan
bahwa hukum hakam ini mestilah dihormati dan tidak harus bagi seseorang muslim
melampauinya atau mencerobohnya kerana ia adakah batasan dan sempadan yang
ditetapkan Allah swt. Maka sesiapa yang mematuhi hukum-hakam ini dan melaksanakannya,
selayaknya dia tergolong di kalangan golongan muttaqin.

3. Masa berakhirnya berpuasa.

Sepakat ulama’ bahawa masa berpuasa berakhir dengan tenggelamnya matahari kerana
Allah swt berfirman ;

27
ِّ ‫ۚ مُثَّ َأمِت ُّوا‬
‫الصيَ َام ِإىَل اللَّْي ِل‬
“ Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) “

.‫الصاِئ ُم‬
َّ ‫س َف َق ْد َأفْطََر‬
ُ ‫َّم‬
ْ ‫الش‬ ِ ‫وَأدبر النهار من هاهنَا و َغرب‬
‫ت‬ ََ َ ُ َ ُ ‫إذا َأْقبَ َل اللَّْي ُل من َه‬
ََ ْ ‫اهنَا‬
. ‫أخرجه أمحد والبخارى ومسلم وأبو داود والرتمذي والنسائى عن عمر‬
Maksudnya : “Apabila tibanya waktu malamnya dari arah ini, dan berlalunya siang dari arah
ini maka boleh seseorang yang berpuasa itu berbuka” . Riwayat Ahmad, alBukhari,Muslim,
Abu Dawud, al Turmuzi dan al Nasaie dari Umar.

4. Hukum bersetubuh di bulan Ramadhan.

Firman Allah ;

‫ب اللَّهُ لَ ُك ْم‬ ِ
َ َ‫وه َّن َو ْابَتغُوا َما َكت‬
ُ ‫ۚ فَاآْل َن بَاش ُر‬
“Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan
oleh Allah bagi kamu;”

Potongan ayat ini jelas memberi izin kepada pasangan suami isteri untuk melakukan
persetubuhan pada malam Ramadhan sebagaimana harusnya makan dan minum. Adapun di
siang hari Ramadhan, persetubuhan adalah perkara yang perkara haram yang sangat ditegah
dan merupakan satu dosa besar yang merupakan satu-satunya tegahan yang diwajibkan
qadha’ dan kaffarah apabila melakukannya.

Hukum ini berdasarkan hadith berikut;

‫صلى اهلل عليه‬- ‫النيب‬ ِّ ‫عند‬َ ‫ «بينما حَنْ ُن ُجلُوس‬: ‫ قال‬: - ‫ رضي اهلل عنه‬- ‫عن أيب هريرة‬
‫وقعت على‬ ُ : ‫ك ؟ قال‬ َ َ‫ مال‬: ‫ قال‬، ‫كت‬
ُ َ‫رسول اهلل َهل‬
َ ‫ يا‬: ‫ فقال‬، ‫ ِإ ْذ جاء رجل‬، -‫وسلم‬
‫ ه ل جتد َر َقبَ ة تُعتقه ا ؟‬: -‫ص لى اهلل علي ه وس لم‬- ‫ول اهلل‬ ُ ‫ فق ال رس‬، ‫ام رأيت وأن ا ص ائم‬
‫ هل جتد إطعام‬: ‫ قال‬، ‫ ال‬: ‫تصوم شهرين متتابعني ؟ قال‬ َ ‫ فهل تستطيع أن‬: ‫ قال‬،‫ ال‬: ‫قال‬
‫ فبينا‬، -‫صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫النيب‬ ُّ ‫ فمكث‬: ‫ قال‬، ‫ اجلس‬:‫ قال‬،‫ ال‬:‫ستني مسكينا ؟ قال‬
‫ املِكْتَ ُل الضخم‬: ‫والع َرق‬
َ ، ‫ بِ َع َرق فيه متر‬-‫صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫النيب‬ُّ َ ‫حنن على ذلك ُأيِت‬
‫ أعلى أ ْف َق ر‬: ‫ُل‬
ُ ‫الرج‬
َّ ‫ فقال‬، ‫َّق به‬
ْ ‫ خذ هذا فتصد‬: ‫ قال‬،‫ أنا‬: ‫ أين السائل ؟ قال‬: ‫ قال‬-
،‫َأفقر من أهل بييت‬ ُ ‫َأهل بيت‬ُ - ‫ احلَ َّرتني‬: ‫ يريد‬- ‫البَتْيها‬
َ ‫مين يا رسول اهلل ؟ فواهلل ما بني‬

28
َ ُ‫ أطْعِ ْم ه‬: ‫ مث قال‬، ُ‫ت أنيابُه‬
‫ أخرجه‬.»‫أهلك‬ ْ ‫ حىت بَ َد‬-‫صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫النيب‬
ُّ ‫فضحك‬
.‫ ومسلم‬،‫البخاري‬
Dari Abi Hurairah ra katanya: “ Kami sedang duduk di sisi Nabi saw tiba-tiba datang seorang
lelaki lalu berkata: “ Wahai Rasulullah saw ! saya telah rosak. Baginda bersabda : Apa halnya
dengan engkau ini? Katanya : “ Aku bersetubuh dengan isteriku sedangkan aku berpuasa”.
Lalu Rasulullah saw bersabda: “ Adakah engkau ada seorang hamba untuk dibebaskan
(dimerdekakan)? Katanya: “ Tidak “. Rasulullah saw bersabda: :” Adakah engkau mampu
berpuasa dua bulan berturut-turut? Katanya : “ Tidak ”. Rasulullah saw bersabda: “ Adakah
engkau mampu member makan 60 orang miskin?” Katanya: “ Tidak “. Rasulullah saw
bersabda: “ Sila duduk “. Maka Nabi saw duduk menunggu. Sedang kami begitu tiba-tiba
dibawa kepada Nabi saw satu timbangan yang berat dari tamar. Baginda saw bersabda : “
Mana lelaki yang bertanya tadi? Katanya : “Saya”. Baginda saw bersabda : “ Ambillah ini dan
bersedekah dengannya. Kata lelaki tadi: “ Kepada mereka yang lebih faqir dari sayakah
wahai Rasulullah? Demi Allah, tiada di antara dua batu hitam ini ( sempadan Madinah ) satu
keluarga pun yang lebih faqir dari keluarga aku”. Baginda saw ketawa sehingga nampak gigi
taringnya kemudian bersabda : “ Berilah makan keluarga mu “. Riwayat al Bukhari dan
Muslim.

Hadith ini menunjukkan bahawa persetubuhan yang dilakukan di bulan Ramadhan oleh
seorang yang mukallaf secara sengaja tanpa uzur adalah suatu dosa besar kerana Nabi saw
memperakui kata-kata lelaki yang datang mengadu iaitu “ aku telah rosak “ . Puasanya pada
hari itu terbatal, dia wajib mengqadha’nya dan hendaklah dia bertaubat secara bersungguh-
sungguh. Dia juga dikenakan kaffarah ( hukuman penghapus dosa ) iaitu ; membebaskan
seorang hamba, jika tidak berupaya atau tidak mendapatinya maka hendaklah dia berpuasa
selama dua bulan berturut-turut. Jika dia tidak berkemampuan maka hendaklah dia
memberi makan kepada 60 orang miskin.

Kata Imam nawawi : Telah bersepakat umat bahawa haram bersetubuh pada qubul atau
dubur kepada orang yang berpuasa membatal puasa berdasar ayat al Quran dan hadith-
hadith sahih kerana ia bertentangan dengan puasa dan membatalkannya samada keluar air
mani atau tidak.

5. Ibadah I’tikaf

Firman Allah;

‫اج ِد‬
ِ ‫اشروه َّن وَأْنتم عاكِ ُفو َن يِف الْمس‬
ََ
ِ
َ ْ ُ َ ُ ُ َ‫ۗ َواَل ُتب‬
“ janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid “.

Potongan ayat ini menjadi dalil sandaran kepada satu syariat ibadah yang besar di bulan
Ramadhan khasnya iaitu ibadah i'tikaf.

I’tikaf bermakna “ duduk atau tinggal di masjid dengan niat ibadah dari seseorang tertentu
dengan sifat tertentu.”

29
I’tikaf adalah amalan sunat menurut kesepakatan para ulama’ tidak menjadi wajib kecuali
dengan nazar. Galakan melaksanakannya sangat dipertegaskan pada 10 terakhir dalam
bulan Ramadhan.

‫ف‬ ِ ِ ُ
ُ ‫ َي ْعتَك‬- ‫ صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫رسول اهلل‬ ‫ َك ا َن‬: ‫ال‬ َ َ‫ ق‬، ‫عن ابن عمر رضي اهلل عنهما‬
. ‫متفق َعلَْي ِه‬
ٌ . ‫ضا َن‬
ِ ِ
َ ‫األواخَر م ْن َر َم‬
َ ‫الع ْشَر‬
َ
Dari Ibn Umar ra katanya : Adalah menjadi adat Rasulullah saw beriktikaf pada 10 terakhir
dalam bulan Ramadhan. Riwayat al Bukhari dan Muslim.

‫الع ْش َر‬ ِ َّ : ‫وعن عائش ة َر ِض ي اهللُ عنه ا‬


َ ‫ف‬ ُ ‫ َك ا َن َي ْعتَك‬- ‫ ص لى اهلل علي ه وس لم‬- ‫يب‬ َّ ‫أن الن‬ َ
ِ ِ ِ ِ ِ ِ
. ‫متفق َعلَْيه‬
ٌ . ‫اجهُ م ْن َب ْعده‬ َ ‫ مُثَّ ْاعتَ َك‬، ‫ َحىَّت َت َوفَّاهُ اهللُ َت َعاىَل‬، ‫ضا َن‬
ُ ‫ف ْأز َو‬ َ ‫األواخَر م ْن َر َم‬
َ
Dari Aishah ra, bahawa Rasulullah saw adalah menjadi adat Rasulullah saw beriktikaf pada
10 terakhir dalam bulan Ramadhan sehingga Allah mewafatkan baginda saw. Kemudian
isteri-isteri baginda meneruskan ibadah ini selepas pemergian baginda saw. Riwayat al
Bukhari dan Muslim.

‫ف‬ ِ
ُ ‫ َي ْعتَك‬- ‫ صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫النيب‬ ُّ ‫ َك ا َن‬: ‫ال‬ َ َ‫ ق‬، - ‫ رضي اهلل عنه‬- ‫وعن َأيب هريرة‬
ِ ِ‫ َفلَ َّما َك ا َن الع ام الَّ ِذي قُبِض ف‬، ‫ُل رمض ا َن ع ْش رةَ أيَّ ٍام‬
ِ ‫يه ْاعتَ َك‬
َ ‫ف ع ْش ِر‬
‫ رواه‬. ً‫ين َي ْوم ا‬ َ َ َُ َ َ َ َ َ ِّ ‫يف ك‬
‫ البخاري‬Dari Abi Hurairah ra katanya : Adalah menjadi adat Rasulullah saw beriktikaf pada
setiap bulan Ramadhan selama 10 hari. Apabila tiba tahun yang baginda saw diwafatkan,
baginda beriktikaf selama 20 hari. Riwayat al Bukhari.

Imam al Zuhri berkata: “ Pelik sungguh perihal kaum muslimin! Mereka boleh meninggalkan
amalan i’tikaf sedangkan Rasulullah saw tidak pernah meninggalkannya sejak tiba di
Madinah sehingga baginda saw wafat.

Imam Malik pula menyebut: “ Aku telah membuat pemerhatian terhadap perkara i'tikaf dan
riwayat-riwayat yang datang mengenainya. Aku pelik bagaimana kaum muslimin boleh
meninggalkannya sedang Nabi saw tidak pernah meninggalkannya.”

Ibnu al Qayyim menghuraikan maksud sebenar amalan i'tikaf dalam catatan berikut :

‫وش رع هلم االعتك اف ال ذي مقص وده وروح ه عك وف القلب على اهلل تع اىل‬
‫ومجعيت ه علي ه واخلل وة ب ه واالنقط اع عن االش تغال ب اخللق واالش تغال ب ه وح ده‬
‫ حبيث يص ري ذك ره وحب ه واالقب ال علي ه يف حمل مهوم القلب وخطرات ه‬، ‫س بحانه‬

30
‫ والتفكري يف‬،‫ واخلطرات كلها بذكره‬، ‫ ويصري اهلم كله به‬، ‫بدهلا‬ َ ‫فيستوىل عليها‬
‫ فيُعِ دُّه‬، ‫ فيصري أنسه باهلل بدالً عن أنسه باخللق‬، ‫قرب منه‬
ِّ ُ‫حتصيل مراضيه وما ي‬
‫ وال م ا يف رح ب ه‬،‫ب ذلك ألنس ه ب ه ي وم الوحش ة ىف القب ور حني ال أنيس ل ه‬
. ‫فهذا مقصود االعتكاف األعظم‬، ‫سواه‬
“ Allah swt mensyariatkan i'tikaf dengan tujuan dan semangatnya ialah supaya
tumpuan,fokus,hala tujuan, penyendirian dan segala kegembelingan hati hanya kepada Allah
swt. Akhirnya segala ingatan, kecintaan dan tumpuan hanya kepada Allah swt semata-mata
dan menguasai segala perkara yang menjadi kesibukan dan lintasan bicara hati. Natijahnya,
tumpuan hati dan lintasannya hanya kepada Allah swt dengan mengingatinya sentiasa dan
berfikir ke arah perkara-perkara yang mengundang keredhaannya dan berpotensi
mendekatkan diri kepadanya. Perasaannya pun senang dan selesa mendampingi Allah swt
sebagai ganti mendampingi makhluq. Ini menjadi bekalan yang sangat baik untuk
menghadapi hari-hari yang penuh dengan kesunyian dan kebosanan di dalam kubur ketika
tiada lagi teman untuk bermesra dan berdamping. Maka bagi mereka yang berbekalkan amal
i'tikaf, tiada lagi kesunyian dan kebosanan ini kerana mereka telah terbiasa dengan
membahagiakan diri bertemankan Allah swt sebagai tempat berdamping. Inilah yang
menjadi tujuan terbesar i'tikaf.

6. Petunjuk ayat.
1. Keharusan makan, minum dan bersetubuh pada waktu malam di bulan Ramadhan
bermula tenggelamnya matahari sehingga munculnya waktu fajar.
2. Keterangan mengenai tempoh masa berpuasa iaitu munculnya fajar sadik sehingga
tenggelamnya matahari di sebelah barat waktu petang.
3. Penjelasan mengenai perkara yang dikehendaki supaya ditahan oleh diri seorang
yang berpuasa iaitu makan,minum dan bersetubuh.
4. Pengsyariatan ibadah i'tikaf terutamanya di bulan Ramadhan. Seorang yang sedang
beri’tikaf tidak dihalalkan kepadanya untuk menyetubuhi isterinya sehingga
tamatnya tempoh yang dia berazam untuk melaksanakan i'tikaf.
5. Tujuan Allah membuat aturan syariat dan menetapkan batas sempadan ialah untuk
ianya dipelihara dan dihormati sebagai bukti ketaqwaan hati kepada Allah swt.

31
7. Keagungan Lailatul Qadar

   

         
         
         
    
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala
perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Antara Surah al Qadr dan Surah al 'Alaq

Surah al 'Alaq, surah sebelum surah al Qadr ditutup dengan Allah berfirman;

      


19. Ingatlah! janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah
dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Maka apabila Allah membawa kelebihan Lailatul Qadr selepas perintah supaya sujud dan
mendamping diri kepada Allah, ini menjadi bukti bahawa Lailatul Qadr adalam malam terbaik untuk
manusia sujud dan mendamping diri kepada Allah.

Surah al 'Alaq dibuka dengan perintah membaca dengan nama Allah swt;

     


1. Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),

( Surah al 'Alaq )

Ini mengisyaratkan supaya membaca kitab yang diturunkan pada Lailatul Qadr iaitu al Quran.

32
Antara Surah al Qadr dan Surah al Bayyinah

Sementara surah al Baiyyinah pula membawa lembaran hitam sikap manusia yang tidak menghargai
kehadiran bukti yang jelas nyata. Mereka ialah ahli kitab terdahulu, Yahudi dan Nasara, juga golongan
musyrikin. Firman Allah;

        


   
1. Orang-orang Yang kafir dari ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan
terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka Bukti Yang
jelas nyata, -

( Surah al Bayyinah )

Sedangkan Allah telah mengutuskan seorang Rasul untuk membacakan sebuah kitab suci untuk
mereka. Allah berfirman;

          
2. Iaitu seorang Rasul dari Allah Yang membacakan (kepada mereka) lembaran-lembaran suci,

3. Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum Yang benar.

( Surah al Bayyinah )

Lembaran-lembaran suci, pelajaran-pelajaran berharga dan hukum-hukum yang benar disebut


sebagai ciri penting al Quran menjadi bukti ketinggian dan kemulian al Quran yang diturunkan pada
Lailatul Qadr.

Rumusan:

Dari kedudukan Surah al Qadr di celah-celah surah al 'Alaq dan al Baiyyinah membuktikan bahawa;

1- Lailatul Qadr mendapat kemuliaan tertinggi dalam kelebihan amalan kerana kemuliaan al
Quran yang merupakan kitab Allah yang tertinggi kemuliannya.
2- Al Quran yang diturunkan adalah untuk menjadi bahan bacaan dan rujukan tertinggi untuk
mengenali kekuasaan dan ketuhanan pencipta ( Allah swt ) serta ajaran agamanya.
3- Justeru kelebihan Lalitul Qadr mestilah dijadilan peluang untuk mendekatkan diri kepada
Allah dan sujud kepadanya. Sujud adalah pergerakan paling hamper antara hamba dan
tuhannya.
4- Malapetaka terbesar kepada kemanusian adalah apabila tidak menghargai kurniaan tuhan
bernama al Quran ini. Sikap kufur, inkar kerana kesombongan sahajalah yang menolak
mentah-mentah pembuktian yang terang benderang dalam bentuk hujah keterangan dan
pelajaran kebenaran yang menjadi isi kandungan al Quran.

Lailatul Qadr dalam al Quran

33
         
         
         
    
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala
perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

( Surah al Qadr )

         
            
           
         
  
1. Haa, Miim.

2. Demi Al-Quran Kitab Yang menerangkan kebenaran.

3. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami berbuat
demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba
Kami ditimpa azab).

4. (Kami menurunkan Al-Quran pada malam Yang tersebut, kerana) pada malam Yang berkat itu,
dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara Yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak
berubah atau bertukar).

5. Iaitu perkara-perkara Yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan kami; Sesungguhnya telah menjadi
adat Kami mengutus Rasul.

6. (untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); Sesungguhnya Allah jualah
Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui (akan Segala keadaan hamba-hambaNya).

7. Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara
keduanya; kalau betul kamu orang-orang Yang yakin (akan hakikat itu, maka Terimalah sahaja apa
Yang diutuskan kepada kamu).

( Surah ad Dukhan )

34
        
    ...... 
185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-
Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan
petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu ...

( Surah al Baqarah )

Kenapa dinamakan Lailatul Qadr?

Makna Lailah;

Lailah bermaksud satu malam. Malam dengan keheningan dan ketenangannya membawa rahsia dan
makna tersendiri buat mereka yang mengosongkan jiwa untuk memberi tumpuan kasih dan cintanya
kepada pencipta.

Inilah rahsianya Allah swt memilih waktu malam untuk masa hambanya bersamanya. Firman Allah;

          
 
79. Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud"
padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu
pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.

( Surah al Isra' )

Allah berfirman juga;

     


40. Serta bertasbihlah kepadanya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.

(Surah Qaaf).

Allah swt juga menjelaskan kenapa dipilihnya malam, bukan siang;

           
        
 
6. Sebenarnya sembahyang dan Ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul
bacaannya.

35
7. (Kami galakkan Engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana Sesungguhnya Engkau
pada siang hari mempunyai urusan-urusan Yang panjang kira bicaranya;

8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta
tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan.

( Surah al Muzzammil )

Allah swt memuji para solihin dengan firmanNya;

        


 
17. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

18. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah
(memohon ampun).

( Surah al Zariyat )

Peristiwa al Isra' dan al Mi'raj yang mempertemukan Nabi Muhammad saw dengan Allah swt juga
berlaku pada waktu malam. FirmanNya;

        


        
    
1. Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-
Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah
Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Demikianlah kegelapan malam menjadikannya detik masa yang amat berkesan untuk pertemuan hamba
dengan tuhannya dengan meluahkan rasa pengabdian dan membisikkan rasa kecintaan dengan penuh
kejujuran dan keikhlasan tanpa diganggu oleh perasaan riya' dan sum'ah.

Makna Qadr

Qadr dalam Bahasa Arab membawa makna ketentuan dan kemuliaan. Ahli ilmu Islam berbeza
pendapat kenapa dinamakan malam al Qadr.

1- Ibnu Abbas berpendapat al Qadr ialah ketetapan baik dan buruk, rezeki dan ajal, serta segala
yang berlaku pada tahun itu. ( Tafsir al Baghawi 8/485 )
2- Al Izz ibn Abdussalam berpendapat dinamakan demikian kerana telah ditentukan penurunan
al Quran pada malam itu. ( Tafsir al Izz ( 3/473 )
3- Mujahid berpendapat kerana kemuliaan dan kelebihan amalan yang berlaku pada waktu itu
iaitu puasa dan bangun malamnya.

36
4- An Nawawi memilih maksud maksud Lailatul qadr ialah Lailatul Hukmi wal Fasl iaitu
Malam keputusan dan ketetapan. ( al Majmu' 6/447 ).
5- Al Razi membawa pendapat yang menyebut al Qadr bermakna sempit kerana sempitnya dunia
dengan sebab banyaknya bilangan para malaikat yang turun ke bumi pada malam itu. ( at
Tafsir al Kabir 28/32 ).

8. Keutamaan al Quran dan Adab Kesopanannya.

Sesungguhnya Al-Qur'an adalah kalam Allah Ta'ala, tali Allah yang


kukuh, jalanNya yang lurus dan sesiapa yang berpegang teguh
dengannya maka dia akan mendapat petunjuk. Sesiapa yang
berpaling darinya pasti akan tersesat dan binasa. Allah memujinya di
dalam banyak ayat untuk menjelaskan kepada manusia tentang
ketinggian kedudukannya. Firman Allah Ta'ala:

ِ َ‫وِإنَّهُ يِف ُِّأم الْ ِكت‬ ﴾﴿3‫ِإنَّا جع ْلنَ اه ُقرآنً ا َعربِيًّا لَعلَّ ُكم َت ْع ِقلُو َن‬
‫اب‬ َ ْ َ َ ْ ُ ََ
﴾﴿4‫يم‬ ِ ‫لَ َدينَا لَعلِي ح‬
‫ك‬
ٌ َ ٌّ َ ْ
3. Sesungguhnya kami menjadikan Al Quran dalam bahasa Arab
supaya kamu memahami(nya). 4. Dan Sesungguhnya Al Quran itu
dalam Induk Al Kitab (Lauh Mahfuzh) di sisi kami, adalah benar-benar
Tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung hikmah.2

Firman Allah Ta'ala:

2
QS. AL-Zkhuruf: 3-4

37
ِ ِ َّ‫ِإ َّن ال‬
‫اَل‬ ﴾41﴿ ‫اب َع ِزي ٌز‬ ٌ َ‫ َوِإنَّهُ لَكت‬  ۖ ‫ين َك َف ُروا بِال ِّذ ْك ِر لَ َّما َج اءَ ُه ْم‬ َ ‫ذ‬
﴿ ‫ َتْن ِزي ٌل ِم ْن َح ِكي ٍم مَحِ ي ٍد‬  ۖ ‫اط ُل ِم ْن َبنْي ِ يَ َديْ ِه َواَل ِم ْن َخ ْل ِف ِه‬
ِ ‫يْأتِي ِه الْب‬
َ َ
﴾42
41. Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari Al Quran ketika Al
Quran itu datang kepada mereka, (mereka itu pasti akan celaka), dan
Sesungguhnya Al Quran itu adalah Kitab yang mulia. 42. Yang tidak
datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan maupun dari
belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi
Maha Terpuji.3

Tidaklah ada suatu kebatilanpun kecuali telah dihapuskan oleh Al-


Qur'an dan tidak ada suatu kekeliruanpun kecuali telah dijelaskan
oleh Al-Qur'an. Firman Allah Ta'ala:

﴾33﴿ ‫َأح َس َن َت ْف ِس ًريا‬ َ َ‫ك مِب َثَ ٍل ِإاَّل ِجْئ ن‬


ْ ‫اك بِاحْلَ ِّق َو‬ َ َ‫َواَل يَْأتُون‬
33. Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa)
sesuatu yang ganjil, melainkan kami datangkan kepadamu suatu yang
benar dan yang paling baik penjelasannya.4

Firman Allah Ta'ala:

‫ َولَ ُك ُم الْ َويْ ُل مِم َّا‬ ۚ ‫ُو َز ِاه ٌق‬


َ ‫ه‬ ‫ا‬ ‫ذ‬
َ َ َ
ِ ‫ف بِ احْل ِّق علَى الْب‬
‫اط ِل َفي ْدمغُهُ فَ ِإ‬
َ َ َ ُ ِ ‫ب ل َن ْق‬
‫ذ‬ َْ
‫ص ُفو َن‬ِ َ‫ت‬
18. Sebenarnya kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu
yang hak itu menghancurkannya, Maka dengan serta merta yang batil
itu lenyap. dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati
(Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya).5

Allah menamakannya sebagai cahaya dan menjadikannya sebagai


penawar bagi penyakit yang dideritai manusia. Allah Ta'ala berfirman:

3
QS. Fushshilat: 41-42
4
QS. Al-Furqon: 33
5
QS. Al-Anbiya': 18

38
ِ ِ ‫كر‬ ِ
ُ َ‫ت تَ ْد ِري َما الْكت‬
‫اب َواَل‬ َ ‫ َما ُكْن‬ ۚ ‫وحا م ْن َْأم ِرنَا‬ ‫ِإ‬
ً ُ َ ‫ك َْأو َحْينَا لَْي‬ َ ‫َو َك َٰذل‬
ِ ِ
َ َّ‫ َوِإن‬ ۚ ‫نُورا َن ْه دي بِ ِه َم ْن نَ َش اءُ ِم ْن ِعبَادنَ ا‬
‫ك‬ ً ُ‫اه‬ ‫ن‬
َ‫ل‬ْ ‫ع‬
َ ‫ج‬َ ‫ن‬
ْ
ِ َ‫اِإْل ميَ ا ُن وٰل‬
‫ك‬ َ
 ‫اط ُم ْستَ ِقي ٍم‬ ٍ ‫لََته ِدي ِإىَل ٰ ِصر‬
َ ْ
52. Dan Demikianlah kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran)
dengan perintah kami. sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah
Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi
kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang kami tunjuki dengan dia
siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba kami. dan
Sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan
yang lurus.6

Firman Allah Ta'ala:

ُّ ‫َّاس قَ ْد َج اءَتْ ُك ْم َم ْو ِعظَ ةٌ ِم ْن َربِّ ُك ْم َو ِش َفاءٌ لِ َم ا يِف‬


‫الص ُدو ِر‬ ُ ‫يَ ا َأيُّ َه ا الن‬
﴾57﴿ ‫ني‬ ِ‫وه ًدى ورمْح ةٌ لِْلمْؤ ِمن‬
َ ُ َ ََ ُ َ
57. Hai manusia, Sesungguhnya Telah datang kepadamu pelajaran
dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada)
dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang
beriman.7

Jin pun kagum pada saat mereka mendengarnya, lalu mereka


beriman dan mengikutinya.

﴿ ‫اس تَ َم َع َن َف ٌر ِم َن اجْلِ ِّن َف َق الُوا ِإنَّا مَسِ ْعنَا ُق ْرآنً ا َع َجبًا‬


ْ ُ
‫ه‬ َّ
‫ن‬‫َأ‬ َّ ‫يَل‬‫ِإ‬ ‫ي‬
َ
ِ ‫قُل‬
‫ُأوح‬ ْ
﴾2﴿ ‫َأح ًدا‬ ‫ا‬ ‫ن‬
َ‫ب‬
ِّ ‫ر‬ِ‫ولَن نُ ْش ِر َك ب‬  ۖ ‫الر ْش ِد فَآمنَّا بِِه‬ ُّ ‫ىَل‬‫ي ْه ِدي ِإ‬ ﴾1
َ َ ْ َ َ َ
1. Katakanlah (hai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadamu
bahwasanya: Telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al Quran),
lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami Telah mendengarkan Al
Quran yang menakjubkan, 2. (yang) memberi petunjuk kapada jalan

6
QS. Al-Syuro: 52
7
QS. Yunus: 57

39
yang benar, lalu kami beriman kepadanya. dan kami sekali-kali tidak
akan mempersekutukan seseorangpun dengan Tuhan kami,8

Allah berjanji untuk menjaganya dan makhluk tidak mampu


mendatangkan yang serupa dengannya. Firman Allah Ta'ala:

﴾9﴿ ‫الذ ْكَر َوِإنَّا لَهُ حَلَافِظُو َن‬


ِّ ‫ِإنَّا حَنْن َنَّزلْنَا‬ 
ُ
9. Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan
Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya.9

Firman Allah Ta'ala:

ِ ‫ت اِإْل نْس واجْلِ ُّن علَ ٰى َأ ْن يْأتُوا مِبِثْ ِل ٰه َذا الْقُر‬


‫آن اَل يَْأتُو َن‬ ِ ‫قُل لَِئ ِن اجتَمع‬
ْ َ َ َ َُ ََ ْ ْ
﴾88﴿ ‫ض ظَ ِه ًريا‬ ٍ ‫ض ُه ْم لَِب ْع‬ ِ ِ ِ‫مِب‬
ُ ‫ثْله َولَ ْو َكا َن َب ْع‬
88. Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul
untuk membuat yang serupa Al Quran ini, niscaya mereka tidak akan
dapat membuat yang serupa dengan Dia, sekalipun sebagian mereka
menjadi pembantu bagi sebagian yang lain".10

Dari Umar bin Khattab ra sesungguhnya Nabi saw bersabda:


"Sesungguhnya Allah mengangkat suatu kaum dan menghinakan yang
lain dengannya".11

Oleh kerana kitab Allah ini memiliki kelebihan yang begitu tinggi,
maka Allah memerintahkan hambaNya untuk membacanya,
mengamalkan dan mentadabburinya. Firman Allah Ta'ala:

‫اه ْم ِس ًّرا‬ ‫ن‬‫ق‬ْ ‫ز‬ ‫ر‬ ‫ا‬َّ ‫الص اَل َة وَأْنفقُوا مِم‬
َّ ‫وا‬ ‫ام‬ ‫ق‬
َ ‫َأ‬‫و‬ ِ َّ‫ِإ َّن الَّ ِذين يْتلُو َن كِتَ اب الل‬
‫ه‬
ُ ََ َ َ َ ُ َ َ ََ
َ ‫ُور ُه ْم َويَِز‬
‫يد ُه ْم‬ ‫ج‬ ‫ُأ‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ي‬‫ف‬ِّ ‫ُو‬‫ي‬ِ‫ل‬ ﴾29﴿ ‫وعاَل نِي ةً يرجُو َن جِت ار ًة لَن َتبُور‬
َ ْ َُ َ َ ْ ََ َْ َ َ َ
‫ِمن فَ ْ ِ ِ ِإ‬
﴾30﴿ ‫ور‬ ٌ ‫ور َش ُك‬ٌ ‫ نَّهُ َغ ُف‬  ۚ ‫ضله‬ ْ
29. Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan
mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami
anuge- rahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-
8
QS. Al-Jin: 1-2
9
QS. Al-Hijr: 9
10
QS. Al-Isro': 88
11
HR. Muslim: 817

40
terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan
merugi, 30. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala
mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri 12.

Allah Ta'ala telah memberitahukan tentang kebaikan yang akan


didapatkan oleh orang yang membaca Al-Qur'an. Dari Ibnu Mas'ud ra
berkata: Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa yang membaca satu
huruf dari kitab Allah maka dia akan mendapatkan kebaikan dan
kebaikan yang akan dia dapatkan akan dilipatgandakan sehingga
mencapai sepuluh kali lipat, dan aku tidak mengatakan (alif lam mim)
satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu
huruf13.

Aisyah ra berkata: Rasulullah saw bersabda: "Orang yang mahir


dalam membaca Al-Qur'an bersama para Malaikat yang mulia lagi
agung, dan orang yang membaca Al-Qur'an dengan cara terbata-bata
dan merasa sulit dengannya, maka dia mendapat dua pahala". 14

Dan pada hari kiamat kelak akan nampak kemuliaan bagi orang yang
membaca Al-Qur'an, yaitu Al-Qur'an akan memberikan syafaat bagi
orang yang membacanya dan meningkatkan derajat pembacanya di
dalam surga seukuran dengan kadar ayat-ayat yang dibacanya.

Dari Abi Umamah ra berkata: Rasulllah saw bersabda: "Bacalah Al-


Qur'an karena dia datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat
bagi orang yang membacanya.15

Dari Abdillah bin Amr ra berkata: Rasulullah saw bersabda:


"Dikatakan kepada orang yang selalu membaca Al-Qur'an: Bacalah
dan meningkatlah dan bacalah sebagaimana engkau membacanya di
dunia, sebab kedudukanmu setingkat dengan akhir ayat yang engkau
baca.16

Dan yang sangat mengherankan dari keadaan banyak kaum


muslimin adalah kelalaian mereka dalam membaca Al-Qur'an atau
mentadabburi ayat-ayatnya dan mengamalkannya padahal mereka
mengetahui keutamaan dan pahala bagi orang yang membaca Al-
Qur'an.

12
QS. Fathir: 29-30
13
HR. Turmudzi: 2910 dan dia mengatakan hadits hasan garib.
14
HR. Bukhari: 4937 dan Muslim: 798
15
HR. Muslim: 804
16
HR. Tirmidzi: 2914 dan dia mengatakan: Hadits ini hasan shahih.

41
Amirul Mu'minin Uthman bin Affan ra, khalifah yang
bertanggungjawab mengumpulkan al Quran sebagai Mashaf pernah
berkata: " Seandainya hati kita suci nescaya dia tidak akan pernah
kenyang dengan kalam Allah Azza Wa Jalla. Dan makna inilah yang
tersirat di dalam firman Allah Ta'ala:

‫فَ ََّأما‬ ۚ ‫ُول َأيُّ ُك ْم َز َادتْ هُ َٰه ِذ ِه ِإميَانًا‬


ُ ‫ورةٌ فَ ِمْن ُه ْم َم ْن َيق‬ ْ َ‫َوِإ َذا َم ا ُأنْ ِزل‬
َ ‫ت ُس‬
‫و ََّأما الَّ ِذين يِف‬ ﴾124﴿ ‫الَّ ِذين َآمنُوا َف َز َاد ْت ُه ْم ِإميَانً ا و ُه ْم يَ ْستَْب ِش رو َن‬
َ َ ُ َ َ
﴿ ‫ض َف َز َاد ْت ُه ْم ِر ْج ًس ا ِإىَل ٰ ِر ْج ِس ِه ْم َو َم اتُوا َو ُه ْم َك افُِرو َن‬ ِ‫هِب‬
ٌ ‫ُقلُو ْم َم َر‬
125﴾
124. Dan apabila diturunkan suatu surah, Maka di antara mereka
(orang-orang munafik) ada yang berkata: "Siapakah di antara kamu
yang bertambah imannya dengan (turunnya) surah ini?" adapun orang-
orang yang beriman, Maka surah Ini menambah imannya, dan mereka
merasa gembira. 125. Dan adapun orang-orang yang di dalam hati
mereka ada penyakit[666], Maka dengan surah itu bertambah
kekafiran mereka, di samping kekafirannya (yang telah ada) dan
mereka mati dalam keadaan kafir.17

Ayat-ayat ini menjelaskan tentang keadaan orang-orang yang beriman


dan reaksi orang-orang munafk pada saat mendengar dan membaca
Al-Qur'an. Maka hendaknya bagi kaum muslimin berwaspada
terhadap dirinya agar tidak termasuk kelompok orang-orang yang
rugi, iaitu orang yang apabila mendengar Al-Qur'an tidak bertambah
pada diri mereka kecuali kerugian. Oleh kerana itulah hendaklah bagi
seorang muslim untuk memperhatikan perkara berikut ini:

Pertama: Hendaklah seseorang membaca Al-Qur'an dengan cara


mentadabburi ayat-ayatnya dan memberi tumpuan yang sepenuhnya.
Firman Allah Ta'ala:

ِ ‫ك مب ار ٌك لِي َّدبَّروا آياتِ ِه ولِيتَ َذ َّكر ُأولُو اَأْللْب‬


﴿ ‫اب‬ َ ‫ي‬
َْ‫ل‬‫اب َأْنَزلْنَ اهُ ِإ‬
ٌ ‫ت‬
َِ‫ك‬
َ َ َ َ َ ُ َ َ َ ُ
29﴾
17
QS. Al-Taubah: 124-125

42
29. Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh
dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan
supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. 18

Abdullah bin Mas'ud berkata: "Janganlah engkau menyebarkannya


seperti menyebarkan pasir, dan janganlah engkau
mendendangkannya seperti menedendangkan sya'ir. Renungkanlah
keajaiban-keajaibannya, hati-hati kalian hendaklah gementar dengan
kehebatannya dan janganlah tumpuan kalian hanya pada
menghabiskan surah hingga akhirnya".

Kedua: Mengulangi hafalan. Dari Abi Musa ra dia berkata: Rasulullah


saw bersabda: "Peliharakanlah Al-Qur'an ini. Demi tuhan yang jiwaku
berada di tanganNya, sesungguhnya ia ( al Quran ) lebih liar dari
seekor unta pada ikatannya".

Ketiga: Khusyu' saat membaca Al-Qur'an. Dari Abdullah bin Mas'ud


ra berkata: Nabi saw bersabda kepadaku: "Bacakanlah untuk aku Al-
Qur'an". Aku berkata: Apakah aku membacakannya untukmu dia
diturunkan kepadamu! Maka Nabi saw bersabda: "Ya". Maka akupun
membaca surah Al-Nisa' sehingga sampai pada ayat yang
mengatakan:

ِ ِ ٍ ِ
َ ِ‫ُل َُّأم ٍة بِ َش ِهيد َوجْئ نَ ا ب‬
ً ‫ك َعلَ ٰى َٰه ُؤ اَل ء َش ِه‬
﴿ ‫يدا‬ ِّ ‫ف ِإ َذا جْئ نَ ا ِم ْن ك‬
َ ‫فَ َكْي‬
41﴾
41. Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila kami
mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan kami
mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu
(sebagai umatmu).19

Maka beliau mengatakan: " Sekarang sudah cukup". Lalu akupun


menoleh kepadanya dan ternyata kedua mata beliau telah
berlinangan air mata.20

Keempat: Tidak meninggalkan Al-Qur'an. Firman Allah Ta'ala:

18
QS. Shad: 29
19
QS. Al-NIsa': 41
20
HR. Bukhari: 5050 dan Mslim: 800

43
30﴿ ‫ورا‬‫ج‬ ‫ه‬
ْ ‫م‬ ‫ن‬
َ ‫آ‬ ‫ر‬ ‫ق‬
ُ ‫ل‬
ْ ‫ا‬ ‫ا‬‫ذ‬َ ٰ
‫ه‬
َ ‫وا‬‫ذ‬ُ َ ‫ب ِإ َّن َقو ِمي اخَّت‬
ِّ ‫ول يَا َر‬
ُ ‫الر ُس‬
َّ ‫﴾ َوقَ َال‬
ً ُ َ ْ ْ
30. Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya kaumku
menjadikan Al Quran itu sesuatu yang ditinggalkan". 21

Termasuk meninggalkan Al-Qur'an adalah meninggalkan


pembacaannya, tadabbur ayat-ayatnya, beramal dengannya dan
berhukum dengannya seperti yang pernah dikatakan oleh Ibnul
Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah.

Maka kita harus memperhatikan kalam Allah ini baik dengan


menghafalnya, membaca dan mengamalkan sehingga seorang
muslim menjadi ahlil qur'an

21
QS. Al-Furqon: 30

44
9. Kelebihan Iktikaf Dan Hukum Hakam Berkaitannya.

Nas-Nas Iktikaf;

Firman Allah;

ۗ ‫اج ِد‬
ِ ‫اشروه َّن وَأْنتم عاكِ ُفو َن يِف الْمس‬
ََ
ِ
َ ْ ُ َ ُ ُ َ‫َواَل ُتب‬
“ janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid “.

Hadith-hadith pula ialah;

‫ف‬ ِ ِ ُ
ُ ‫ َي ْعتَك‬- ‫ صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫رسول اهلل‬ ‫ َك ا َن‬: ‫ال‬ َ َ‫ ق‬، ‫عن ابن عمر رضي اهلل عنهما‬
. ‫متفق َعلَْي ِه‬
ٌ . ‫ضا َن‬
ِ ِ
َ ‫األواخَر م ْن َر َم‬
َ ‫الع ْشَر‬
َ
Dari Ibn Umar ra katanya : Adalah menjadi adat Rasulullah saw beriktikaf pada 10 terakhir
dalam bulan Ramadhan. Riwayat al Bukhari dan Muslim.

‫الع ْش َر‬ ِ َّ : ‫وعن عائش ة َر ِض ي اهللُ عنه ا‬


َ ‫ف‬ ُ ‫ َك ا َن َي ْعتَك‬- ‫ ص لى اهلل علي ه وس لم‬- ‫يب‬
َّ ‫أن الن‬ َ
. ‫متفق َعلَْي ِه‬ ِ ِ ِ ‫ مُثَّ اعت َكف ْأزو‬، ‫ حىَّت َتوفَّاه اهلل َتعاىَل‬، ‫اخر ِمن رمضا َن‬
ِ
ٌ . ‫اجهُ م ْن َب ْعده‬ ُ َ َ َْ َ ُ ُ َ َ َ َ َ ْ َ ‫األو‬
َ
Dari Aishah ra, bahawa Rasulullah saw adalah menjadi adat Rasulullah saw beriktikaf pada
10 terakhir dalam bulan Ramadhan sehingga Allah mewafatkan baginda saw. Kemudian
isteri-isteri baginda meneruskan ibadah ini selepas pemergian baginda saw. Riwayat al
Bukhari dan Muslim.

45
‫ف‬ ِ
ُ ‫ َي ْعتَك‬- ‫ صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫النيب‬ ُّ ‫ َك ا َن‬: ‫ال‬ َ َ‫ ق‬، - ‫ رضي اهلل عنه‬- ‫وعن َأيب هريرة‬
ِ ِ‫ َفلَ َّما َك ا َن الع ام الَّ ِذي قُبِض ف‬، ‫ُل رمض ا َن ع ْش رةَ أيَّ ٍام‬
ِ ‫يه ْاعتَ َك‬
َ ‫ف ع ْش ِر‬
‫ رواه‬. ً‫ين َي ْوم ا‬ َ َ َُ َ َ َ َ َ ِّ ‫يف ك‬
‫البخاري‬
Dari Abi Hurairah ra katanya : Adalah menjadi adat Rasulullah saw beriktikaf pada setiap
bulan Ramadhan selama 10 hari. Apabila tiba tahun yang baginda saw diwafatkan, baginda
beriktikaf selama 20 hari. Riwayat al Bukhari.

Perkataan Ulama';

Imam al Zuhri berkata: “ Pelik sungguh perihal kaum muslimin! Mereka boleh meninggalkan
amalan i’tikaf sedangkan Rasulullah saw tidak pernah meninggalkannya sejak tiba di
Madinah sehingga baginda saw wafat.

Imam Malik pula menyebut: “ Aku telah membuat pemerhatian terhadap perkara i'tikaf dan
riwayat-riwayat yang datang mengenainya. Aku pelik bagaimana kaum muslimin boleh
meninggalkannya sedang Nabi saw tidak pernah meninggalkannya.”

Ibnu al Qayyim menghuraikan maksud sebenar amalan i'tikaf dalam catatan berikut :

‫وش رع هلم االعتك اف ال ذي مقص وده وروح ه عك وف القلب على اهلل تع اىل‬
‫ومجعيت ه علي ه واخلل وة ب ه واالنقط اع عن االش تغال ب اخللق واالش تغال ب ه وح ده‬
‫ حبيث يص ري ذك ره وحب ه واالقب ال علي ه يف حمل مهوم القلب وخطرات ه‬، ‫س بحانه‬
‫ والتفكري يف‬،‫ واخلطرات كلها بذكره‬، ‫ ويصري اهلم كله به‬، ‫بدهلا‬ َ ‫فيستوىل عليها‬
‫ فيُعِ دُّه‬، ‫ فيصري أنسه باهلل بدالً عن أنسه باخللق‬، ‫قرب منه‬
ِّ ُ‫حتصيل مراضيه وما ي‬
‫ وال م ا يف رح ب ه‬،‫ب ذلك ألنس ه ب ه ي وم الوحش ة ىف القب ور حني ال أنيس ل ه‬
. ‫فهذا مقصود االعتكاف األعظم‬، ‫سواه‬
“ Allah swt mensyariatkan i'tikaf dengan tujuan dan semangatnya ialah supaya
tumpuan,fokus,hala tujuan, penyendirian dan segala kegembelingan hati hanya kepada Allah
swt. Akhirnya segala ingatan, kecintaan dan tumpuan hanya kepada Allah swt semata-mata
dan menguasai segala perkara yang menjadi kesibukan dan lintasan bicara hati. Natijahnya,

46
tumpuan hati dan lintasannya hanya kepada Allah swt dengan mengingatinya sentiasa dan
berfikir ke arah perkara-perkara yang mengundang keredhaannya dan berpotensi
mendekatkan diri kepadanya. Perasaannya pun senang dan selesa mendampingi Allah swt
sebagai ganti mendampingi makhluq. Ini menjadi bekalan yang sangat baik untuk
menghadapi hari-hari yang penuh dengan kesunyian dan kebosanan di dalam kubur ketika
tiada lagi teman untuk bermesra dan berdamping. Maka bagi mereka yang berbekalkan amal
i'tikaf, tiada lagi kesunyian dan kebosanan ini kerana mereka telah terbiasa dengan
membahagiakan diri bertemankan Allah swt sebagai tempat berdamping. Inilah yang
menjadi tujuan terbesar i'tikaf.

Makna i’tikaf

Menurut bahasa i’tikaf punya erti menetapi sesuatu dan menahan diri agar sentiasa
tetap berada padanya, baik hal itu berupa kebajikan ataupun keburukan. Allah
Subhaanahu wa Ta’ala berfirman: Al A’raf ayat 138:

       


          
      
138. Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada
suatu kaum Yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan Yang demikian)
mereka (Bani Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk Kami suatu Tuhan (berhala)
sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya
kamu ini adalah kaum Yang jahil.

Menurut syara’ i’tikaf bererti seseorang muslim itu menetap dirinya di dalam masjid
untuk melaksanakan ketaatan dan ibadah kepada Allah Ta’ala.

Hukum i’tikaf

Para ulama sepakat bahwa i’tikaf hukumnya sunnah, sebab Rasulullah Shallallaahu
‘alaihi wa sallam sentiasa melakukannya tiap tahun untuk mendekatkan diri kepada
Allah dan memohon pahalaNya. Terutama pada hari-hari di bulan Ramadhan dan

47
lebih khusus ketika memasuki sepuluh akhir dari bulan suci itu. Demikian tuntunan
Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam.

Yang wajib beri’tikaf

Sebagaimana dimaklumi bahwa i’tikaf hukumnya sunnah, kecuali jika seseorang


bernazar untuk melakukannya, maka wajib baginya untuk menunaikan nazar
tersebut. Hal ini sebagaimana dijelaskan dalam hadits Umar bin Khaththab
Radhiallaahu ‘anhu yang diriwayatkan imam Al Bukhari dan Muslim.

Di sebutkan bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah


meninggalkan i’tikaf semenjak beliau sampai di Madinah hingga akhir hayat.

Tempat i’tikaf

I’tikaf tempatnya di setiap masjid yang di dalamnya dilaksanakan shalat berjama’ah


kaum laki-laki, firman Allah Ta’ala:

       


dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid.
Al Baqarah: 187.

Orang yang beri’tikaf pada hari Jumaat disunnahkan untuk beri’tikaf di masjid yang
digunakan untuk shalat Jum’at. Tetapi jika ia beritikaf di masjid yang hanya untuk
shalat jama’ah lima waktu saja maka hendaknya ia keluar hanya sekadar untuk
shalat jumaat (jika telah tiba waktunya), kemudian kembali lagi ke tempat i’tikafnya
semula.

Waktu i’tikaf

I’tikaf di sunnahkan di bila-bila waktu. Maka diharuskan bagi setiap muslim untuk
memilih waktu bila dia memulai i’tikaf dan bila pula mengakhirinya. Namun yang
paling utama adalah i’tikaf di bulan Ramadhan, khususnya sepuluh hari terakhir.
Inilah waktu i’tikaf yang terbaik sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadits
shahih:“Bahwasanya Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam selalu beri’tikaf pada
sepuluh akhir bulan Ramadhan sampai Allah mewafatkannya. Kemudian para isteri
baginda saw beri’tikaf setelah kewafatan baginda saw ” (HR. Al-Bukhari dan Muslim
dari Aisyah Radhiallaahu ‘anhua)

48
Sunnah-sunnah bagi orang yang sedang i’tikaf

Disunnahkan bagi para mu’takif supaya memanfaatkan waktu yang ada dengan
sebaik-baiknya untuk berzikir, membaca Al Qur’an, mengerjakan solat sunnah
(terkecuali pada waktu-waktu terlarang), serta memperbanyak tafakur tentang
keadaannya yang telah lalu, hari ini dan masa mendatang. Juga memperbanyakkan
merenungkan tentang hakikat hidup di dunia ini dan kehidupan akhirat kelak.

Hal-hal yang harus dihindari mu’takif

Orang yang sedang i’tikaf dianjurkan untuk menghindari perkara-perkara yang tidak
bermanfaat seperti banyak berbual kosong yang tidak berguna sehingga
mengganggu tumpuan i’tikafnya. Kerana i’tikaf bertujuan mendapatkan keutamaan
bukan malah menyibukkan diri dengan hal-hal yang tidak disunnahkan.

Sesetengah orang yang beri’tikaf namun dengan meninggalkan tugas dan


kewajibannya. Hal ini tidak dapat dibenarkan kerana sungguh tidak profesional
seseorang meninggalkan kewajiban untuk sesuatu yang sunnah. Oleh karena itu
orang yang i’tikaf hendaknya ia menghentikan i’tikafnya jika ada tanggungjawab atau
kewajiban yang harus dikerjakan.

Hal-hal yang mebolehkan mu’takif keluar dari masjid

Seorang mu’takif diperbolehkan meninggalkan tempat i’tikafnya jika memang ada


hal-hal yang sangat mendesak. Diantaranya; buang hajat yaitu keluar ke tandas
untuk buang air, atau untuk mandi, keluar untuk makan dan minum jika tidak ada
yang menghantarkan makanan kepadanya, dan pergi untuk berubat jika sakit.
Demikian pula untuk keperluan syar’i seperti; solat Jumaat jika tempat dia beri’tikaf
tidak digunakan untuk solat Jum’at, menjadi saksi atas suatu perkara dan juga boleh
membantu keluarganya yang sakit jika memang mengharuskan untuk dibantu. Juga
keperluan-keperluan seumpamanya yang memang termasuk kategori dharuri
(keperluan penting).

49
Larangan-larangan dalam i’tikaf

Orang yang sedang bei’tikaf tidak dibolehkan keluar dari masjid hanya untuk
keperluan remeh dan tidak penting, Ertinya tidak boleh dikategorikan sebagai
keperluan syar’i. Jika dia memaksa keluar untuk hal-hal yang tidak perlu tersebut
maka i’tikafnya batal. Selain itu ia juga dilarang melakukan segala perbuatan haram
seperti ghibah (mengumpat), tajassus (mencari-cari kesalahan orang), membaca dan
memandang hal-hal yang haram. Pendeknya semua perkara haram diluar i’tikaf
maka pada saat i’tikaf lebih ditekankan lagi keharamannya. Mu’takif juga di larang
untuk menggauli isterinya, kerana hal itu membatalkan i’tikafnya.

Menentukan syarat dalam i’tikaf

Seorang mu’takif diperbolehkan menentukan syarat sebelum melakukan i’tikaf untuk


melakukan sesuatu yang mubah. Misalnya saja ia menetapkan syarat agar makan
minum harus dirumahnya, hal ini tidak salah. Lain halnya jika dia pulang dengan
tujuan menggauli isterinya, keluar masjid agar boleh santai atau menguruskan
perniagaannya, maka i’tikafnya menjadi batal. Kerana semua itu bertentangan
dengan makna dan pengertian i’tikaf itu sendiri.

Hikmah dan Manfaat i’tikaf

I’tikaf memiliki hikmah yang sangat besar yakni menghidupkan sunnah Rasul saw
dan menghidupkan hati dengan selalu melaksanakan ketaatan dan ibadah kepada
Allah Ta’ala.

Antara manfaat i’tikaf adalah sebagai berikut:

1. Muhasabah diri untuk merenungi perlakuan masa lalu dan memikirkan hal-hal
kebaikan yang akan dilakukan di hari mendatang.
2. Mendatangkan ketenangan, ketenteraman dan cahaya yang menerangi hati
yang penuh dosa.
3. Mendatangkan berbagai macam kebaikan dari Allah Subhaanahu wa Ta’ala .
Amalan-amalan kita akan diangkat dengan rahmat dan kasih sayangNya

50
4. Orang yang beri’tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan akan terbebas dari
dosa-dosa kerana pada hari-hari itu salah satunya bertepatan dengan Lailatul
Qadr.

10. Adab Pelengkap Kesempurnaan Puasa.

10 . Adab-Adab Utama Pelengkap Kesempurnaan Puasa.

Adalah menjadi adab terpenting dalam menjalan ibadah berpuasa untuk menjaga menjaga
semua anggota terutamanya lidah dari pelakuan dosa dan sia-sia.

Asal sandaran adab ini ialah hadith-hadith berikut;

: - ‫ ص لى اهلل علي ه وس لم‬- ‫اهلل‬ ِ ‫ول‬ ُ ‫ال رس‬ َ َ‫ ق‬: ‫ال‬َ َ‫ ق‬، - ‫ رض ي اهلل عن ه‬- ‫عن َأيب هري رة‬
، ُ‫أح ٌد َْأو قَاَتلَ ه‬ ْ ُ‫ فَالَ َي ْرف‬، ‫َأح ِد ُك ْم‬ ِ ‫(( ِإ َذا َك ا َن ي وم‬
َ ُ‫ فَ إ ْن َس ابَّه‬، ‫ب‬ْ ‫ص َخ‬ْ َ‫ث َوالَ ي‬ َ ‫ص ْوم‬
َ َُْ
. ‫متفق َعلَْي ِه‬ ‫ إيِّن ِئ‬: ‫َف ْلي ُقل‬
ٌ )) ‫صا ٌم‬
َ ْ َ
Dari Abi Hurairah ra katanya; Rasulullah saw bersabda : “ Apabila tiba hari berpuasanya
seseorang kamu, janganlah dia bercakap lucah dan jangan pula dia membuat bising. Jika ada
seseorang yang mengutuknya atau menimbulkan pertengkaran dengannya maka hendaklah
dia berkata : “ Sebenarnya aku berpuasa “. Riwayat al Bukhari dan Muslim.

‫الع َم َل بِ ِه‬
َ ‫الزو ِر َو‬
ُّ ‫ (( َم ْن مَلْ يَ َد ْع َق ْو َل‬: - ‫ صلى اهلل عليه وسلم‬- ‫النيب‬ ُّ ‫ال‬ َ َ‫ ق‬: ‫ال‬
َ َ‫ ق‬، ‫وعنه‬
. ‫ع طَ َع َامهُ َو َشَرابَهُ )) رواه البخاري‬ ِ ‫َفلَي‬
َ ‫اجةٌ يف أ ْن يَ َد‬
َ ‫س هلل َح‬َ ْ
Dari Abi Hurairah ra juga ; Rasululullah saw bersabda : “ Sesiapa yang tidak boleh tinggalkan
percakapan bohong atau melakukan perlakuan batil, sebenarnya Allah swt tidak mempunyai
sebarang kepentingan untuk dia meninggalkan makan dan minumnya. Riwayat al Bukhari.

Al Muhallab menyebut : Hadith ini menjadi bukti bahawa menjadi hukum kepada orang yang
berpuasa untuk menahan diri dari perkataan kotor dan bohong sebagaimana dia menahan

51
diri dari makan dan minum. Mereka yang tidak dapat menahan diri dari perlakuan ini, maka
sebenarnya puasanya telah berkurang, dia terdedah kepada kemurkaan tuhan dan boleh
menjauhkan penerimaan puasanya di sisi Allah swt.

Inilah yang menjadi kefahaman para salaf. Umar ra pernah berkata;

ِ ‫ ولَ ِكنَّه ِمن الْ َك ِذ ِب والْب‬، ‫اب وح َده‬


‫اط ِل َواللَّ ْغ ِو‬ ِ َّ ‫الص يامُ ِمن الطَّع ِام و‬
َ َ َ ُ َ ُ ْ َ ‫الش َر‬ َ َ َ َ ِّ ‫س‬ َ ‫ لَْي‬: ‫قَ َال عُ َم ُر‬
.‫ف‬ ِ ِ‫واحْل ل‬
َ َ
“ Bukanlah puasa itu hanya puasa dari makan dan minum semata-mata. Sebenarnya puasa
juga menahan diri dari pembohongan, kebatilan, perkara sia-sia dan sumpahan ( bertujuan
menipu ).

Jabir ibn Abdullah ra pula menyebut;

‫اص ِة‬ ِ ِ
َّ َ‫ب َوالْ َم َح ا ِر َم َو َد ْع َأ َذى اخل‬َ ‫ك َع ِن ال َك ذ‬ َ ُ‫ص ُر َك َول َس ان‬ َ َ‫ك َوب‬ َ ُ‫ص ْم مَسْع‬
ُ َ‫ت َف ْلي‬
َ ‫ص ْم‬ ُ ‫ِإ َذا‬
ِ
‫ رواه‬.‫ك َس َواءًا‬ َ ‫ص ْو ِم‬َ ‫ك َواَل جَتْ َع ْل َي ْو َم فطْ ِر َك َو‬َ ‫ك َوقَ ٌار َو َس ِكْينَةٌ َي ْو َم ِص يَ ِام‬ َ ‫َولْيَ ُك ْن َعلَْي‬
‫البيهقي يف شعب اإلميان‬
“ Apabila engkau berpuasa, maka hendaklah berpuasa juga pendengaranmu, penglihatanmu
dan lidahmu dari pembohongan dan perkara-perkara haram. Jauhilah menyakiti golongan
tertentu. Hendaklah engkau menjaga kehormatan dan ketenangan pada hari puasa engkau.
Jangan jadikan hari berbuka dan berpuasa engkau sama sahaja.

Abu Zarr ra menyebut;

‫رواه ابن أيب شيبة والبيهقي‬. ‫ت‬ ْ ‫ت َفتَ َح َّف ْظ َما‬


َ ‫استَطَ ْع‬ َ ‫ص ْم‬
ُ ‫إ َذا‬
“ Apabila engkau berpuasa maka hendaklah engkau berjaga-jaga setakat mana engkau
mampu.”

Mujahid pernah berkata;

‫ب‬ ِ ِ َّ ‫ان ُت ْف ِس َد ِان‬


ِ َ‫ِخصلَت‬
ُ ‫الص ْو َم ؛ الغْيبَةُ َوال َكذ‬ ْ
“ Dua perlakuan boleh merosakkan puasa ; mengumpat dan berbohong. “

Ubaidah al Salmaniy pula berkata;

َ‫ب َوالْغِْيبَة‬ ِ ِ ِ
َ ‫َّات ُق ْوا املُْفطَريْ ِن ؛ اَلْ َكذ‬
“ Jauhilah dua perkara yang boleh membatalkan puasa; berbohong dan mengumpat “.

52
Al Imam al Ghazali ( Ihya’ Ulumiddin 1/110 ) membuat satu huraian tentang adab ini. Di
bawah tajuk “ Adab berpuasa “ beliau menulis;

Iaitu mengawal anggota dari kerja-kerja dosa,maka tahap kesempurnaannya dicapai melalui
6 perkara;

Pertama : Menunduk pandangan dan menahannya dari terlalu bebas melihat perkara
dikutuk dan dibenci syara’. Begitu juga melihat perkara yang boleh mengganggu tumpuan
hati atau melalikan dari mengingati Allah.

Ke dua : Menjaga lidah dari kata-kata kosong, mengumpat, mengadu domba, perkataan keji,
kekasaran, perbalahan dan perdebatan yang tidak berfaedah. Sebaliknya hendaklah dia
mendidik lidahnya agar lebih banyak berdiam. memperbanyakan sebutan (zikir) Allah dan
membaca al Quran. Inilah puasa lidah.

Ke tiga : Mencegah telinga dari menumpukan pendengaran kepada perkara yang dibenci
syara’. Kerana kaedahnya ialah semua perkara yang haram mempertuturkannya, maka
haram jugalah mendengarnya.

Ke empat : Mencegah anggota-anggota lain dari pelakuan dosa dan makruh, terutamanya
tangan dan kaki. Perut pula hendaklah dicegah dari perkara syubhat waktu berbuka. Tiada
makna jika berpuasa dengan menahan diri dari makanan yang halal kemudian berbuka
dengan makanan yang haram. Perumpaan perbuataan ini seperti seorang yang membina
satu istana namun kemudiannya meruntuhkan satu kota.

Rasulullah saw pernah bersabda:

ِِ ِ ِ ٍ ‫َك ْم ِم ْن َ ِئ‬
ُ‫س لَهُ م ْن صيَامه ِإاَّل اجْلُوع‬
َ ‫صا م لَْي‬
Maksudnya : “ Berapa ramai mereka yang berpuasa sedangkan tiada faedah dari puasanya
selain lapar.22

Ada yang berpendapat bahwa yang dimaksudkan ialah seseorang yang berbuka dengan
perkara haram. Ada pula pendapat yang dimaksudkan ialah yang menahan diri dari perkara
halal tetapi berbuka dengan memakan daging manusia dengan mengumpat sedangkan ianya
haram. Ada yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan ialah yang tidak menjaga
anggotanya dari perkara haram.

Ke lima : Janganlah seseorang yang berpuasa itu memperbanyakkan pengambilan makanan


halal ketika berbuka sehingga penuh perut. Bagaimana boleh diperolehi faedah berpuasa
untuk menundukkan musuh Allah swt dan memecahkan syahwat jika seseorang yang
berpuasa itu cuba untuk menuntut semula apa yang dia terlepas di siang hari.

22
Sambungan hadith dalam riwayat Imam Ahmad dalam al Musnad dan al Zuhd ialah;

َّ ‫س لَهُ ِم ْن قِيَ ِام ِه ِإاَّل‬


‫الس َه ُر‬ َ ‫ي‬
َْ‫ل‬ ٍ ‫و َك ْم ِم ْن قَاِئ‬
‫م‬ َ
Bermaksud : Berapa ramai orang berqiamullail (menghidupkan malam ) sedangkan tiada faedah dari
qiamullailnya selain letih berjaga.

53
Apatah lagi kadang-kadang ditambah lagi dengan kepelbagaian sajian sehingga menjadi
perangai mengumpulkan semua jenis makanan sebagai juadah berbuka puasa Ramadhan.
Banyak makanan yag tidak dapat dinikmati di bulan lain, tiba-tiba dinikmati di bulan
Ramadhan. Menjadi hidangan dalam sebulan Ramadhan dalam kuantiti yang boleh dimakan
beberapa bulan yang lain. Sedangkan semua maklum tujuan puasa adalah pengosongan
perut bagi memecahkan hawa nafsu supaya jiwa menjadi kuat mengisi sifat ketaqwaan.

Ke enam : Bahawa hatinya selepas berbuka menjadi gementar serba salah antara takut dan
harap. Ini kerana kita tidak tahu adakah puasa diterima puasanya untuk digolongkan dalam
golongan yang hamper dengan Allah atau ditolak maka dimasukkan di dalam golongan yang
dimurkai. Demikianlah yang sepatutnya berlaku di penghujung setiap ibadah yang yang
seseorang itu menyelesaikannya.

Kata Ibnu al Jawzi ( at Tabsirah 2/80 ) : “ Puasa ada beberapa adab yang boleh dirumuskan
seperti berikut; Menjaga anggota lahir, mengawasi lintasan-lintasan batin, menyambut
kehadiran Ramadhan dengan taubat sejujurnya dan keazaman secukupnya, mendahului
puasa dengan niat wajib setiap malam, memperbanyakkan diam dari perkataan kotor dan
mengumpat kerana tiada puasa bagi yang memakan daging oaring lain, menahan pandangan
dari perkara haram selain berhati-hati juga dari mengulangi melihat perkara yang halal.“

Ibnu al Qayyim ( al Wabil al Soyyib : 43 ) pula menyebut : “ Orang yang berpuasa ialah
seorang yang berpuasa anggotannya dari dosa-dosa, lidahnya dari berbohong, kata-kata
kesat dan rekaan, perutnya dari makan dan minum, kemaluannya dari bersetubuh. Kalau dia
bercakap, percakapannya tidak melukakan puasanya. Kalau dia bertindak, dia tidak
bertindak sesuatu yang merosakkan puasanya. Maka keluarlah semua percakapannya yang
berguna dan elok sahaja. Begitu jugalah perbuatannya. Semuanya umpama bauan wangi
yang dapat dicium wangiannya oleh sesiapa juga yang dapat duduk bersamanya.
Demikianlah mereka yang duduk dengan seorang berpuasa mendapat faedah dengan
bergaul dengannya. Mereka akan aman dari rekaan,pembohongan, kejahatan dan
kezaliman. Inilah puasa yang sebenar mengikut syariat.Bukan setakat menahan diri dari
makan dan minum.. Maka puasa yang sebenar ialah berpuasanay anggota dari dari pelakuan
dosa dan puasanya perut dari makan dan minum. Sepertimana makan dan minum boleh
merosakkan puasa, demikianlah kerja-kerja dosa boleh merosakkan pahala puasa. Akhirnya
puasanya sama seperti tidak berpuasa” .

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, shalawat dan salam kepada Nabi kita
Muhammad dan kepada seluruh keluarga dan shahabatya.

54
55

Anda mungkin juga menyukai