Anda di halaman 1dari 2

ِ ‫هللا ا َّلرمْح َ ٰـ ِن َّالر ِحمْي‬

ِ ‫ب ِْس ِم‬
‫الس َال ُم عَىَل َر ُسو ِلنَا اَأل ِم َني َوعَىَل َاهِل ِ َوأحْص َ اب ِه‬ َّ ّ ‫الْـ َح ْمدُ ِهلل اذَّل ِ ي ِب ِن ْع َم ِت ِه تَمِت‬
َّ ‫ َو‬،‫ُالصا ِلـ َح ُات‬
َّ ‫الص َالةـ َُو‬
‫أ ْجـ َم ِع َني‬
Tajuk tazkirah pada pagi ini sempena program Ihya’ Ramadan ialah Pengertian Puasa di Bulan
Ramadan dan Kewajipan Melaksanakannya.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kita diberi kesempatan dan kelapangan, kesihatan
dan kekuatan untuk sama-sama kita menjalani ibadah puasa Ramadhan.

Hari ini, 13 April 2021, bersamaan dengan 1 Ramadhan 1442 Hijrah merupakan hari pertama
umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa.

Apakah pengertian Puasa Ramadan.

Puasa ialah menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa,
bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat pada malam hari.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa :

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja


2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad, iaitu keluar dari agama Islam.

Dalil kewajipan puasa Ramadan. Dalilnya ialah firman Allah Taala di dalam al-Qur’an, surah al-
Baqarah, ayat 183 :

َ ‫الص َيا ُم اَمَك ُك ِت َب عَىَل اذَّل ِ َين ِم ْن قَ ْبلِمُك ْ ل َ َعلَّمُك ْ تَتَّ ُق‬
‫ون‬ ِ ّ ُ ‫اَي َأهُّي َا اذَّل ِ َين آ َمنُوا ُك ِت َب عَلَ ْيمُك‬
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi
orang-orang yang bertakwa”
Niat puasa Ramadan

‫السنَ ِة هَّلِل ِ تَ َعاىَل‬


َّ ‫ن ََويْ ُت َص ْو َم غَ ٍد َع ْن َأدَا ِء فَ ْر ِض َر َمضَ َان َه ِذ ِه‬
Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadan tahun ini kerana
Allah Taala”.

Doa berbuka puasa. Doanya ialah :

َ ‫َاللّه َُّم كَل َ مُص ْ ُت َوب َِك آ َمنْ ُت َوعَىَل ِر ْز ِق َك َأفْ َط ْر ُت ِب َرمْح َ ِت َك اَي َا ْر َح َم َّالرمِح ِ نْي‬
Maksudnya : “Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku
berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa), dengan rahmat-Mu, wahai Allah Tuhan
Yang Maha Pengasih”.

Untuk mengakhiri tazkirah pada pagi ini, saya bacakan sebuah hadis Rasulullah S.A.W., iaitu :

‫َم ْن َصا َم َر َمضَ َان ميَااًن َوا ْح ِت َسااًب غُ ِف َر هَل ُ َما تَ َقدَّ َم ِم ْن َذنْ ِب ِه‬
‫ِإ‬
Maksudnya : “Barangsiapa berpuasa Ramadan atas dasar iman dan mengharap pahala dari
Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni”.

Semoga kita semua mendapat manfaat dan mengambil pengajaran dari apa yang telah saya
sampaikan sebentar tadi.

Sekian, wassalamu alaikum W.B.T.

Anda mungkin juga menyukai