Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

ِ ِ ِِ ٍ ِ ِّ ‫اَحْلَ ْم ُد لِلَّ ِه َر‬


َّ ‫ َو‬, َ ‫ب الْ َعالَ ِمنْي‬
َ ‫َأص َحابِه َأمْج َعنْي‬
ْ ‫السالَ ُم َعلَى َسيِّدنَا حُمَ َّمد َو َعلَى آله َو‬
َّ ‫الصالَة َُو‬

Yang Berbahagia, Tn. Hj Raja Kamarudin Bin Raja Ismail,


Guru Besar SK Sering,

Barisan Penolong Kanan,

Penolong Kanan Pentadbiran,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Penolong Kanan Kokurikulum

Kaunselor Sekolah, barisan guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kita semua masih diberi nikmat kesihatan dan
usia untuk sama-sama berada di dalam majlis pada pagi ini.

Untuk makluman semua murid dan guru-guru, guru bertugas pada minggu ini ialah :

Diketuai oleh :
Zihanuddin Bin Ramli

Tazkirah,
Ustazah Ruziah Binti Omar,

Guru Penyayang :
Pn. Norfatiah Binti Yasin,

Manakala Penyelaras RMT pada minggu ini,

En. Mohd Zulfikar Bin Yusoff


Ust. Mokhtar Lotfi Bin Mohamed
Pn. Nor Afzawati Binti Adit
Pn. Noraini Binti Mat Zain

Sekiranya ada apa-apa permasalahan, bolehlah berjumpa dengan salah seorang dari guru yang
bertugas sebagaimana yang disebutkan tadi.

Diharapkan agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini dalam minggu ini dan
minggu-minggu yang seterusnya.

Semoga semua murid akan sihat dan dapat hadir ke sekolah untuk mempelajari ilmu dan
pengetahuan yang akan diajar oleh guru-guru nanti.

Sekian saja dari saya selaku guru bertugas minggu ini. Terima kasih.
Tajuk tazkirah pada pagi ini ialah Masa.

Apa itu masa?

Masa dalam bahasa inggeris disebut TIME.


Dalam bahasa arab disebut al-waqtu, ataupun as-sa’ah.

Firman Allah Taala :

Surah Al-Asr

Yang bermaksud : “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-
orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3).

Allah bersumpah dengan memulakan surah Al-Asr dengan menyebut masa. Ini menunjukkan
betapa pentingnya masa di dalam hidup manusia.

Ada 4 golongan manusia yang terkecuali daripada kerugian :

1. Orang yang beriman

Orang yang beriman ialah mereka yang mempercayai dengan sepenuh yakin kepada rukun
Iman. Ada berapa rukun Iman?

Allah
Malaikat
Kitab
Rasul
Hari Akhirat
Qadha’ dan Qadar

2. Orang yang beramal soleh

Iaitu mereka yang sentiasa melakukan amal perbuatan yang baik, selalu menjaga tutur kata,
dan semua tingkah lakunya selari dengan adab dan tuntutan agama Islam.
Contohnya, dia sentiasa melakukan solat, membantu ibu bapa dan selalu bersedekah.

3. Orang yang berpesan-pesan

Iaitu mereka yang selalu menasihati orang lain ke arah kebaikan, memberi tunjuk ajar dan
teguran sekiranya kawan dia ada melakukan salah dan silap.

4. Orang yang sabar

Kita diminta bersabar atas usaha yang dilaksanakan untuk melihat hasilnya. Contohnya
sebagai murid, kita kena sentiasa bersabar dan tekun untuk belajar.

InsyaAllah kejayaan akan akan menjadi milik mereka yang sabar dan gigih berusaha dalam
menuntut ilmu.

Akhir kata, semoga kita semua terhindar daripada berada dalam golongan mereka yang
berada dalam kerugian kerana tidak memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik mungkin.

Sekian, wallahu a’lam.


Senarai guru bertugas :

Diketuai oleh :
Zihanuddin Bin Ramli

Tazkirah :
Ustazah Ruziah Binti Omar

Guru Penyayang :
Pn. Norfatiah Binti Yasin

Penyelaras RMT pada minggu ini :

En. Mohd Zulfikar Bin Yusoff


Ust. Mokhtar Lotfi Bin Mohamed
Pn. Nor Afzawati Binti Adit
Pn. Noraini Binti Mat Zain
3 HARI DALAM HIDUP INI

Yang pertama :

"HARI KELMARIN"

Kita tidak bisa mengubah apapun yang telah terjadi.


Kita tak bisa menarik perkataan yang telah terucapkan.
Kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan.
Dan mengulangi kegembiraan yang Kita rasakan kemarin.
Biarkan hari kemarin berlalu,
LEPASKAN saja.

Yang kedua :

"HARI ESOK"

Hingga mentari terbit esok hari,


Kita tak tahu apa yang akan terjadi.
Kita belum bisa melakukan apa-apa untuk esok hari.
Kita tak mungkin tahu, sedih atau ceria di esok hari.
Kerana esok hari belum tiba,
BIARKAN saja.

Yang tersisa kini hanyalah :

"HARI INI"

Pintu masa lalu telah tertutup.


Pintu masa depanpun belum tiba.
Pusatkan saja diri kamu untuk hari ini.
Kita dapat mengerjakan lebih banyak hal untuk hari ini.
Bila kamu mampu melupakan hari kemarin.
Dan melepaskan ketakutan akan esok hari.

Hiduplah HARI INI.

Karena masa lalu dan masa depan hanyalah permainan pikiran yang rumit.
Hiduplah apa adanya.
Kerana yang ada hanyalah hari ini.
Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa hormat.
Meski mereka berlaku buruk pada kita.

Sayangilah seseorang sepenuh hati hari ini kerana mungkin besok cerita sudah berganti.
Ingatlah bahwa kamu menunjukkan penghargaan pada orang lain bukan kerana siapa mereka
tetapi karena siapakah diri kamu sendiri.
Jadi, jangan biarkan masa lalu mengekangmu.
Atau masa depan membuatmu bingung.
Apapun juga yang kamu perbuat, perbuatlah dengan segenap hatimu. Sepenuh jiwa ragamu.
Berterima kasihlah pada orang yang telah melukai hatimu, kerana dia telah membuat hatimu
kuat.

Berterima kasihlah pada orang yang telah membohongimu, kerana dia membuat hidupmu
makin bijaksana.
Berterima kasihlah pada orang yang telah membencimu, kerana dia yang mengasah
ketegaranmu.

Dan berterima kasihlah pada orang yang telah menyayangimu, kerana itulah ANUGERAH
TERINDAH dalam hidupmu

Anda mungkin juga menyukai