Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

ِ ِ ِِ ٍ ِ ِّ ‫اَحْلَ ْم ُد لِلَّ ِه َر‬


َّ ‫ َو‬, َ ‫ب الْ َعالَ ِمنْي‬
َ ‫َأص َحابِه َأمْج َعنْي‬
ْ ‫السالَ ُم َعلَى َسيِّدنَا حُمَ َّمد َو َعلَى آله َو‬
َّ ‫الصالَة َُو‬
Terima kasih diucapapkan kepada adik pengacara majlis yang bertugas pada pagi ini.

Yang Berbahagia, Tn. Hj Raja Kamarudin Bin Raja Ismail,


Guru Besar SK Sering,

Barisan Penolong Kanan,

Penolong Kanan Pentadbiran,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Penolong Kanan Kokurikulum

Kaunselor Sekolah, barisan guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kita semua masih diberi nikmat kesihatan
dan usia untuk sama-sama berada di dalam majlis pada pagi ini.

Untuk makluman semua murid dan guru-guru, guru bertugas pada minggu ini :

Diketuai oleh :
Cikgu Mat Zakri bin Hamat

Tazkirah,
En. Zihanuddin Ramli,

Penyeliaan RMT pada minggu ini,

Ustaz Zul Husni bin Abdullah


Ustazah Rosliza binti Che Ismail

Manakala Guru Penyayang :

Cikgu Nasiah binti Abdul Rahma


Cikgu Mohd Ariffin bin Mat

Sekiranya ada apa-apa permasalahan, bolehlah berjumpa dengan salah seorang dari
guru yang bertugas sebagaimana yang disebutkan tadi.

Diharapkan agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini dalam minggu ini
dan minggu-minggu yang seterusnya.
Tazkirah pada minggu ini bertajuk : Ciri-ciri Anak Soleh

Saya akan sebut 3 sahaja ciri-ciri anak soleh dan solehah untuk hari ini sebagai panduan
untuk diri saya sendiri dan murid-murid sekalian.

Menjadi anak yang soleh sudah sememangnya menjadi idaman kita semua. Adakah
adik-adik tergolong dalam ciri-ciri anak soleh atau solehah?

1.       Sentiasa mendoakan kedua ibu bapa

Doa sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah di dalam al-Qur’an, iaitu :

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan
rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

2.       Kasih dan sayang kepada ibu bapa

Anak soleh dan solehah perlu meletakkan kasih sayang orang tua yang paling utama
daripada kasih sayang selain mereka.

Ini kerana, tanpa mereka tidak mungkin kita dilahirkan ke dunia ini.

3.       Rajin beribadat kepada Allah SWT

Sebagai anak yang taat kepada ibu bapa, adik-adik juga perlu mengabdikan diri dengan
beribadat kepada Allah SWT. Lakukan segala suruhan dan tinggalkan segala larangan-
Nya. InsyaAllah adik-adik akan menjadi ank yang soleh.

Itulah antara ciri-ciri yang boleh kita terapkan dalam diri, dalam usaha menjadi anak
yang soleh dan solehah.

Semoga segala usaha dan amal baik yang kita lakukan setiap hari, akan mendapat
keredhaan dan diberkati Allah SWT.

Jom kita berusaha bersama-sama gembirakan ibu dan bapa kita. Merekalah permata
hati.

Sekian, wallahu a’lam.


1.       Mentaati kedua ibu bapa

Sentiasa mentaati kedua orang tua selagi ia tidak terkeluar dari syariat Islam.
 
Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA’ ayat yang ke 23 juzuk yang ke 15 yang
bermaksud :

“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA
(ALLAH) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa mu dengan sebaik-
baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut
dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya
perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka
ucapan yang mulia “.
 
2.       Tingkah laku dan akhlak dipelihara

Anak soleh dan solehah sentiasa menjaga tingkah laku daripada melakukan perkara-
perkara yang boleh mengaibkan diri, apatah lagi melakukan perkara yang boleh
mendatangkan malu kepada keluarga.
 
 
 
5.       Ikhlas dalam melakukan sesuatu

Ikhlas ini amat penting dan amat perlu ada di dalam diri manusia. Tidak perlu
melakukan sesuatu perkara dengan niat untuk menunjuk-nunjuk dan seeloknya
lakukannya kerana Allah SWT.
 

Anda mungkin juga menyukai