Anda di halaman 1dari 2

P

ِ ِ‫ حَنْم ُده ونَس تَعِينُه ونَس َت ْغ ِفره و َنع وذُ ب‬،‫ِهلل‬


‫اهلل ِمن ُش ُرو ِر أَن ُف ِس نَا َو ِمن‬ ِ ‫اَلـحم ُد‬
ُ َ ُُ ْ َ ُ ْ َ ُ َ َْ
،ُ‫ي لَ ه‬ ِ ‫ض لِْله فَالَ ه‬
‫اد‬ ْ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫و‬ ‫ه‬ ‫ل‬
َ ‫ل‬
َّ ِ ‫ات أ َْعمالِنَا من يه ِد ِه اهلل فَالَ م‬
‫ض‬ ِ ‫س يِّئ‬
َ َ ُ ُ َ َ ُ ُ ُ ْ َ َ َ َ َ
ِ ‫ني وعلى آلِِه وأَصحابِِه أ‬ ِ ِ
. ‫ني‬َ ‫َج َـمع‬ْ َ ْ َ َ َ َ ِ ‫لى َر ُسولنَا األَم‬ َ ‫السالَ ُم َع‬
َّ ‫الصالَةُ َو‬
َّ ‫َو‬
Ya Allah, Tuhan Penguasa Alam,

Kami memanjatkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami


untuk menghadiri Seminar Keibubapaan Keluarga Islam, anjuran bersama Unit
Kaunseling dan Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya pada pagi
yang berbahagia ini.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu,

Kami berkumpul dalam majlis ilmu ini untuk mengisi seluruh hidup kami
dengan keredhaan-Mu,

Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim, bermusyawarah, bertukar-


tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah
meningkatkan kemahiran kami dalam mengemudi dan melayari kehidupan keluarga
kami dalam restu-Mu.

Ya Allah, Ya Qahhar Ya Jabbar,

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini),


anak-anak kami akan menjadi anak yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, anak-anak
yang mendengar nasihat ibu bapa mereka, sehingga mampu melahirkan generasi
pewaris yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera


melakukan kebaikan,

Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas
bersegera meninggalkan keburukan .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram,


Ampunkan dosa kami yang hadir, ibu bapa kami, guru-guru kami, anak-anak
kami dan orang yang telah berjasa kepada kami.

Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami iman yang teguh lagi kukuh, hati yang
tunduk patuh kepada kehebatan-Mu, anugerahkan kami kekayaan ilmu pengetahuan
dan hiasilah diri kami dengan sifat ingin menimba ilmu yang bermanfaat, dan
muliakanlah kami dengan keyakinan terhadap agama yang jitu dan padu.

Ya Mu’allafata Quluubinnas,

Perbaikilah hubungan antara kami, satukanlah hati-hati kami, dan tunjukilah


kami jalan kesejahteraan, selamatkanlah kami dari kegelapan agar kami dapat
mengecapi nur hidayah-Mu.

ِ َ‫اللَّه َّم ا ْغ ِفرلَنَا ذُنُوبنَا و ِإلخوانِنَا الَّ ِذين سب ُقونَا بِا ِإلمي‬
‫ان َوالَ جَتْ َع ْل يِف ُقلُوبِنَا‬ ََ َ َْ َ َ ْ ُ
.‫يم‬ ‫ح‬ِ ‫وف ر‬
ٌ ‫ء‬ ‫ر‬ ‫ك‬ َّ
‫ن‬ ‫إ‬ ‫ا‬‫ن‬ ‫ب‬
َّ ‫ر‬ ‫وا‬‫ن‬ ‫ام‬‫ء‬ ‫ين‬ ِ َّ‫ِغالًّ لِل‬
‫ذ‬
ٌ َ َُ َ َ ُ
َ ََ َ

ِِ ِ
َ‫ َوال‬،‫وما‬
ً ‫ص‬ُ ‫ َوَت َفُّرقَـَنَا من َب ْعده َت َفُّرقاً َم ْع‬،‫وما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
ً ‫اج َع ْل مَجْ َعنَا َه َذا مَجْ ًعا َم ْر ُح‬
ِ ِ
.‫وما‬
ً ‫ودا َوالَ حَمْ ُر‬ ً ‫جَتْ َع ِل اللَّ ُه َّم فينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمن َيْتَبعُنَا َشقيًّا َوالَ َمطُْر‬

ِ ِ ُّ ‫َربَّنَا ءَاتِنَا يِف‬


َ ‫الد ْنيَا َح َسنَةً َويِف الآخَر ِة َح َسنَةً َوقنَا َع َذ‬
.ِ‫اب النَّار‬

.‫ني‬ ِ ‫ب‬ ِ َّ‫ واحْل م ُد لِل‬،‫وصلَّى اهلل علَى حُم َّم ٍد وعلَى ءالِِه وصحبِ ِه وسلَّم‬
َ ‫العالَم‬
َ َ ِّ ‫ر‬ ‫ه‬ َْ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ ُ َ َ

Anda mungkin juga menyukai