Anda di halaman 1dari 1

DOA HARI GRU

‫السالَ ُم‬
َّ ‫َالصالَة َُو‬
َّ َ‫العاقِ َبة لِ ْل ُم َّتقِيْن‬
َ ‫ َو‬, َ‫العالَ ِميْن‬
َ ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َر ِّب‬
‫ي‬‫ع‬ِ ‫م‬ ‫ج‬ ‫َأ‬
َ‫َ ْ َ ِ ْ َ ْن‬ ِ
‫ه‬ ‫اب‬ ‫ح‬ ‫ص‬ ‫َأ‬ ‫و‬ ِ
‫ه‬ ِ ‫ل‬‫آ‬ ‫ى‬َ ‫ل‬‫ع‬ ‫و‬ ‫د‬
ٍ ‫م‬ ‫ح‬‫م‬ ‫ا‬ َ ‫َعلَى‬
َ َ َّ َ ُ ‫س ِّي ِد َن‬

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan Majlis sambutan Hari Guru pada pagi yang berbahagia ini.

‫يا هللا ياعزيزد‬

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang
zaman , justeru kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas untuk
menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati
guru-guru kami agar menjadikan seluruh
aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah, mengharapkan rahmat dan
keredhaan-Mu semata-mata .

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan
pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik
yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan
menyayangi anak- anak mereka sendiri . Kurniakanlah kepada mereka kesabaran ,
ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat
permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul
tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea
dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar
sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

‫يا اهللا‬

Pada kesempatan ini , berkat kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah kami mohon 


kurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami
akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar
tunjuk ajar daripada guru-guru kami , sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan
guru-guru kami , semoga kami
menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,
bangsa dan negara yang tercinta .
.
َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬
‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫ِ ر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ
َّ‫سل َم‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ َ
َ ‫صلى هللاُ َعلى ُم َح َّم ٍد َو َعلى َءالِ ِه َو‬ َّ َ ‫ َو‬،
َ ‫َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬
َ‫العالَ ِم ْين‬

Anda mungkin juga menyukai