Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI GURU

‫الس الَ ُم‬


َّ ‫الص الَةُ َو‬ َّ ‫ َو‬، َ ‫العاقِبَ ة لِْل ُمت َِّقنْي‬ َ ‫ َو‬، َ ‫الع الَمنْي‬
ِ ‫ب‬
َ ِّ ‫ْد هلل َر‬
ِ ُ ‫ اَحْل م‬، ‫الر ِحي ِم‬
َ
ِ
ْ َّ ‫بِ ْس ِم اهلل الرَّمْح َ ِن‬
‫ اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَ ا ذُنُ ْو َبنَ ا َوِإل ْخ َوانِنَ ا الَّ ِذيْ َن َس َب ُق ْونَا‬. َ ‫حابِِه َأمْج َعِنْي‬ ِِ ٍ ِ
َ ‫َأص‬
ْ ‫َعلَى َس يِّدنَا حُمَ َّمد َو َعلَى آل ه َو‬
.‫ف َر ِحْي ٌم‬ ِِ
َ ‫ َوالَ جَتْ َع ْل يِف ْ قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ للَّذيْ َن ءَ َامُن ْوا َربَّنَاإن‬، ‫ان‬
ٌ ‫َّك َرءُ ْو‬ ِ َ‫بِاِإل مْي‬
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahiim,

Kami merafakkan rasa bersyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami


berhimpun pada hari ini sempena Hari Guru SK FELDA Jengka 11
dengan tema : “ GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA “

Ya Allah, Ya Kariim,

Pada saat dan detik ini, kami merendah diri memohon ihsan dan pimpinanMu agar
Engkau anugerahkan rasa kasih dan sayang terhadap anak-anak didik kami,
sebagaimana kami mengasihi dan menyayangi anak- anak kami sendiri .

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia sepanjang zaman,
justeru itu kurniakanlah kepada kami hati yang ikhlas untuk menyempurnakan
tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati-hati kami agar
menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah bagi mengharapkan
rahmat dan keredhaanMu semata-mata.

Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Kurniakanlah kepada kami kesabaran dan ketabahan yang tinggi, semangat
kerjasama dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul
tanggungjawab sebagai seorang pendidik demi meningkatkan kualiti akademik dan
ko-kurikulum anak-anak didik kami.

Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatanMu ya


Allah, kurniakan kepada anak-anak didik kami sifat yang mulia dan akhlak yang
luhur, mudah-mudahan mereka akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati
para guru, mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru dan sentiasa
dahagakan ilmu pengetahuan, semoga mereka menjadi insan yang sempurna dan
berguna kepada agama, bangsa dan Negara yang tercinta .

ِِ ِ
،‫ص ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
ُ ‫ َوَت َفُّرقَـَنَا م ْن َب ْعده َت َفُّرقاً َم ْع‬، ‫اج َع ْل مَج ْ َعنَا َه َذا مَج ْ ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
ِ ِ ُّ ‫َربَّنَا ءَاتِنَا يِف‬
َ ‫ َوقنَا َع َذ‬، ً‫ َويِف األخَر ِة َح َسنَة‬، ً‫الد ْنيَا َح َسنَة‬
،‫اب النَّا ِر‬
....... َ ‫العالَ ِمنْي‬
َ ‫ب‬ ِّ ‫ َواحْلَ ْم ُد لِلَّ ِه َر‬، ‫ص ْحبِ ِه َو َسلَّ َم‬ ِِ ٍ
َ ‫صلَّى اهللُ َعلَى حُمَ َّمد َو َعلَى ءَاله َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai