Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS PERKAHWINAN

[Siti Fazlina Binti Hairani & Mohammad Khazsrulhazmie bin Husaini]


___________________________

‫الرحِ ي ِْم‬
َّ ‫مـن‬ ِ ْ‫الرح‬َّ ِ‫بِس ِْم هللا‬
‫ي‬ ‫ع‬ ‫م‬ َ ‫أ‬ ‫ه‬‫ب‬ ‫ص‬ ‫و‬ ‫ه‬ ‫ل‬‫ا‬‫ء‬ ‫ى‬ َ ‫ل‬‫ع‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫س‬ ‫ر‬ ‫م‬ ْ
‫ال‬
َ‫ِ َاءِ َ ُ ْ َ ِ ْنَ َ َ َ ِ ِ َ َ حْ ِ ِ جْ َ ِ ْن‬‫و‬ ‫ي‬ ‫ب‬‫ن‬ْ َ ‫أل‬ْ ‫ا‬ ِ‫ع َلى أ َ ْش َ ف‬
‫ر‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ب ْال َعا َلمِ يْنَ َوال‬
َّ ‫صالَة ُ َوال‬ ِ ِ ‫ا َ ْل َح ْم ُد‬.
ِ ‫هلل َر‬
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami.
Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami di atas
nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai
dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan …………………………………………………….dan
psangannya…….]
ْ َ‫اَللَّ ُه َّم يَا َرحِ ْي ُم َيا َود ُْو ُد َيا ذ‬
‫اال ُج ْو ِد َواْلك ََر ِم‬
Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua
mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan
solehah. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia
dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah pada setiap masa.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Kami sedar bahawa engkau telah menyediakan jalan yang paling mudah untuk menghalalkan cinta
sepasang anak Adam ini. Bahagiakanlah pasangan ini dahulu, kini dan selamanya. Engkau
semaikanlah putik dan bunga-bunga kasih yang mekar dalam mahligai pasangan ini. Jadikanlah
pasangan ini merpati dua sejoli yang berkongsi kasih, kehidupan dan segalanya. Engkau
tegakkanlah pintu ketenteraman dan kedamaian dalam kehidupan pasangan ini biar apapun badai
yang melanda. Ya Allah, engkau anugerahkanlah pepohon cinta yang berpanjangan dan hubungan
yang berkekalan dan semaikanlah bibit cinta mereka keranaMu ya Allah

‫ض‬ َ ‫اَللَّ ُه َّم يَا بَ ِد ْي َع الس‬


ِ ‫َّمـوات ِِِ ِِ َواأل َ ْر‬
Berkat keagungan-Mu dan sifat Rahim-Mu Ya Allah, kami memohon agar peliharakanlah kami dari
malapetaka dan mara bahaya. Daripada Sifat Buruk Manusia Yang Berniat Serong serta jauhilah kami
dari segala keburukan yang akan menimpa sama ada berupa peringatan mahupun ujian yang tidak dapat
diduga. Jika ia berupa ujian, maka kurniakanlah kepada kami ketabahan dan kesabaran. Jika ia berupa
peringatan maka ampunilah kami sebelum ia mendatang. Ya Allah,
Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi
keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan dan memeriahkan majlis yang diberkati ini.

َ‫ َو َبيْن‬،َ‫ب َو َرحْ َمة‬ َ ‫ َوبَيْنَ أَي ُّْو‬،‫ف َو ُز َل ْيخَة‬ َ ‫س‬ُ ‫ َوبَيْنَ ي ُْو‬،‫اره‬ َ ‫س‬ َ ‫ َوبَيْنَ إِب َْرا ِهي َْم َوهَا َج َر َو‬،‫الطي ِْن َو بَيْنَ آ َد َم َو َح َّواء‬ ِ ‫ِف بَيْنَ اْلعَ ُر ْو َسي ِْن َك َما أَلَّ ْفتَ بَيْنَ ْال َماءِ َو‬
ْ ‫اَللَّ ُه َّم أَل‬
‫علَ ْي ِه َّن أَجْ َم ِعيْنَ ِب َرحْ َمتِكَ َيا أ َ ْر َح َم‬
َ ِ‫ت ِرض َْوانُ هللا‬ َ ‫سلَّ َم َوزَ ْو َجاتِ ِه ْال ُم‬
ِ ‫ط َّه َرا‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َ ُ ‫صلَّى هللا‬ َ َ‫ َو َبيْن‬،‫سلَ ْي َمانَ َو َب ْل ِقيْس‬
َ ‫س ِي ِدنَا ُم َح َّم ٍد‬ ُ َ‫ َو َبيْن‬،‫صفُ ْو َره‬َ ‫سى َو‬ َ ‫ُم ْو‬
َ‫الراحِ مِ يْن‬.
َّ

َ‫ش ِقيًّا َوالَ َمحْ ُر ْو ًما َيا أ َ ْك َر َم اْأل َ ْك َرمِ يْن‬ ُ ‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج ْم َعنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما َوتَف َُّرقَنَا مِ ْن بَ ْع ِد ِه تَف َُّرقًا َم ْع‬.
َ ‫ص ْو ًما َوالَت َجْ َع ْل فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا‬
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas
ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

{‫ب ْال َعالَمِ ْي‬


ِ ‫صحْ ِب ِه أَجْ َم ِعيْنَ َو ْال َح ْم ُد ِهللِ َر‬
َ ‫علَى َءا ِل ِه َو‬
َ ‫س ِي ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ُ ‫صلَّى هللا‬
َ ‫على‬ ِ َّ‫اب الن‬
َ ‫ار} َو‬ َ ‫سنَةً َو ِقنَا‬
َ َ‫عذ‬ َ ‫سنَةً َوفِى اْآلخِ َرةِ َح‬
َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِى ال ُّد ْن َيا َح‬
Ya Rahman Ya Rahim, Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada kedua pasangan
mempelai pada hari ini kerana mereka telah menunaikan salah satu daripada sunnah junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w.. Mantapkanlah iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat -
menghormati sesama mereka. Perkasakan akhlak dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah
kepada pasangan pengantin yang diraikan hari ini keintiman, kecenderungan dan perasaan
tenteram sentiasa. Jalinkahlah perhubungan mereka dengan ikatan kasih sayang,
persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya pasangan yang diraikan dalam walimatul’urus ini telah
menunaikan salah satu suruhan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dalam sabda baginda
yang bermaksud: “Sejahtera ke atas kamu yang memilih jalan pernikahan kerana kamu telah
memilih untuk menutup jalan maksiat”. Anugerahkanlah zuriat yang berkualiti dan warisan anak-
pinak yang banyak kepada mereka.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami sedar betapa hebatnya hikmah orang yang
bernikah berbanding mereka yang hidup bujang dan betapa Islam memuliakan mereka yang
memilih jalan pernikahan daripada mereka yang masih terdedah dengan pintu-pintu
kemaksiatan. Dengan hanya satu lafaz agung, yang haram menjadi halal, yang maksiat menjadi
ibadah, yang keji menjadi suci terpuji.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Kami sedar bahawa engkau telah menyediakan jalan yang paling mudah untuk menghalalkan
cinta sepasang anak Adam ini. Bahagiakanlah pasangan ini dahulu, kini dan selamanya. Engkau
semaikanlah putik dan bunga-bunga kasih yang mekar dalam mahligai pasangan ini. Jadikanlah
pasangan ini merpati dua sejoli yang berkongsi kasih, kehidupan dan segalanya. Engkau
tegakkanlah pintu ketenteraman dan kedamaian dalam kehidupan pasangan ini biar apapun
badai yang melanda. Ya Allah, engkau anugerahkanlah pepohon cinta yang berpanj angan dan
hubungan yang berkekalan dan semaikanlah bibit cinta mereka keranaMu ya Allah

Anda mungkin juga menyukai