Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MESYUARAT

,




Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, komitmen
dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta
mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada
agama, bangsa dan negara.
Justeru berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah
dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang
jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan
ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami,
eratkanlah silatur rahmi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk
memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan
dan kegemilangan.
Ya Aliim, Wa Ya Khabiir,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur.
Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya
Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna ,
minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
segala kebaikan di dunia, dan di akhirat.


Anda mungkin juga menyukai