Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, kami memanjatkan kesyukuran ke atas keizinan-Mu, untuk kami

berkumpul did e w a n y a n g m u l i a i n i , s e m p e n a . . . . . . . . . . . . . . , menadah


tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri, agar kami dilimpahkan
kurnia, taufik dan hidayah, kesihatan dan kekuatan, tekad dan azam yang tinggi
untuk berjaya, serta dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan
tanggungjawab.
Jadikanlah MAJLIS ...... pada hari ini, pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang
menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya dalam memelihara agama-
Mu dan menjalankan amanah yang diberikan. Hamparkan di dalamnya
hamparan rahmat
sepertim a n a e n g k a u b e r i k a n k e p a d a h a m b a - h a m b a m u y a n g t e r
p i l i h , r a h m a t y a n g d a p a t menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan.
Ya A l l a h , t e r i m a l a h s e g a l a k e r j a d a n k h i d m a t b a k t i k a m i , s e b a g a i a
a l i b a d a t y a n g engkau redai. Semoga segala hasil usaha dan kejayaan kami, dapat
dirasai dan dinikmati oleh seluruh umat manusia dalam membina umat Islam yang
cemerlang, demi memartabatkan bangsa, agama dan negara .
Ya Allah, engkau tingkatkan lah keilmuan, keazaman dan komitmen kami,
untuk terus menjalankan segala tanggungjawab. Ya Allah, tingkatkan lah
semangat dan hasil kerja kami, untuk terus mencapai kejayaan demi
kejayaan, dengan penuh dedikasi cekal dan proaktif. Berikanlah kekuatan
kepada kami, agar dapat membantu pihak pengurusan sekolah, guru-guru
kami dan seluruh warga sekolah, dalam mewujudkan budaya sihat dan cemerlang.
Ya Al l a h , w a h a i t u h a n k a m i , j a d i k a n l a h m a j l i s . . . . . . . i n i , s e b a g a i
s a t u majlis yang dirahmati dan perpisahan selepas majlis ini sebagai perpisahan
yang terpelihara dari sebarang bencana dan kemaksiatan. Ampunkan lah dosa kami,
dosa kedua-dua ibu bapa kami, dosa mukminin dan mukminat seluruhnya, sama ada
yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia

Anda mungkin juga menyukai