Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, Ya Tuhan kami

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu
ya Allah
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak murid kami, dosa
saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum
muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Ikhlaskan hati anak-anak murid kami dalam mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka
agar apa yang mereka lakukan semata-mata kerana Mu ya Allah
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka
ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya
Allah.
Ya Allah,
Pada pagi ini, anak-anak murid kami akan menduduki peperiksaan (UPSR/PMR/SPM/STPM).
Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah mereka dalam peperiksaan ini yang mereka hadapi
ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan ini. Permudahkanlah mereka
menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan
peperiksaan ini. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema
jawapan.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah
hati mereka untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya
daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya Alah,
Berikanlah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan
keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi,
semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan
menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak-anak murid kami insan yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan
cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami.
Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamkanlah
sihat mahmunah dalam diri dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertaqwa
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkau tuhan kami. Kami
meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang mencipta kami. Kami merayu kepada Mu kerana
Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Anda mungkin juga menyukai