Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA HARI GURU---doa guru

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ َّ ِ‫ِب ْس ِم هللا‬
َ
‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َعلى آلِ ِه‬ َ َ
َ ‫السال ُم َعلى‬
َّ ‫الصالة َُو‬ َ َّ ‫العاقِ َبة لِ ْل ُم َّتقِ ْينَ َو‬
َ ‫ َو‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬
َ‫اب ِه أَ ْج َم ِع ْين‬ ْ َ‫َوأ‬
ِ ‫ص َح‬
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis
sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama Sekolah) pada pagi yang berbahagia ini
dengan tema :
(Tema Hari Guru Tahun Semasa)
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu
kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat
ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan
sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar
Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik
mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah
kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan ,
semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul
tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi
meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena
pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau
mengurniakan kepada anak murid kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan mereka
akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru mereka , mendengar tunjuk ajar daripada
guru-guru, dan menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta .
Ya Allah ya tuhan kami,
Bersempena dengan sambutan hari lahir sahabat-sahabat kami , kami memohon
dengan penuh pengharapan kepadaMu). Kau panjangkanlah umurnya dan kurniakan
kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun sebelumnya.
Kurniakanlah kepadanya rezeki yang melimpah berkat dan direstuiMu Ya Allah.
Jauhkanlah sahabat kami ini dari belenggu kesusahan, kemiskinan darinya dan keluarga.
Ya Allah Ya Tuhan kami, bukakanlah kepadanya pintu kebajikan, pintu keberberkat,
pintu kenikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan dan segala pintu
kebaikan di dunia dan akhirat yang menjurus ke SyurgaMu Ya Allah. Dan kami jua
memohon kepadaMu Ya Allah, jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan
darinya dan keluarga.
Ya Allah ya tuhan kami,
Bersempena dengan pertukaran cikgu .......  kami menadah tangan memohon kehadrat-
Mu ya Allah agar beliau diberkati, dikurniakan rahmat dan nikmat yang berpanjangan ,
sihat walafiat yang berkekalan.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau jadikanlah perpisahan kami ini, satu perpisahan yang
mendapat naungan kasih sayangMu, serta berkatilah beliau di tempat yang baru.
Kuatkanlah semangat beliau untuk terus berbakti di tempat barunya. Tunjukkanlah
jalan agar beliau sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dalam kerjayanya
sebagaimana yang beliau telah laksanakan sewaktu bersama-sama kami di sini.
Ya Allah Ya Tuhan kami, andainya dulu pertemuan kami demi kebaikan ,maka Engkau
jadikanlah perpisahan ini sebagai satu jalan kebajikan.Tetap dan satukanlah rongga
murni hati kami ini ke arah keredhaan Mu meskipun kami berjauhan namun tetap segar
diingatan.

َ‫ َوالَ َت ْج َع ِل اللَّ ُه َّم ِف ْي َنا َوال‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َو َت َف ُّر َقـَ َنا مِنْ َب ْع ِد ِه َت َف ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اج َعلْ َج ْم َع َنا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
. ‫شقِ ًّيا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ َ ‫َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا‬
َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬، ‫سلَّ َم‬
َ‫العالَ ِم ْين‬ َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai