Anda di halaman 1dari 1

‫من ْال َّر ِح ْيم‬

ِ ‫س ِم هللاِ ْال َّر ْح‬


ْ ِ‫ب‬
ٌ‫سنَة‬ ٌ
َ ‫س َوة َح‬ ُ ‫هَّللا‬
ْ ‫ول ِ أ‬ ِ ‫س‬ ُ َ َ َ َ
ُ ‫ ﴿ لق ْد كانَ لكم ِفي َر‬$‫رب العالمين القائل في كتابه المبين‬
ّ ‫﴾ الحمد هلل‬.
Pada pagi yang berbahagia ini, kami berhimpun bersama-sama bagi meraikan majlis
sambutan maulidurrasul iaitu sambutan mengenang hari kelahiran Nabi Besar Muhammad
SAW. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaMu.

Ya Allah Sesungguhnya kelahiran dan perutusan junjungan besar NabiMu adalah merupakan
peristiwa agung yang akan kami hayati. Perjalanan hayat dan perjuanganya adalah qudwah
setiap mukmin dalam menegak hak dan meruntuh kebatilan, panduan dalam menyemarak
obor perpaduan serta kejayaan menyatukan yang bertelingkah.

Restuilah prinsip hidup kami atas asas keimanan yang kukuh dan ketakwaan agar kami
terhindar daripada penderitaan dan kesengsaraan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat
kelak.

Wahai Tuhan kami yang sentiasa mempunyai sifat belas ihsan.

Jadikanlah kami insan yang mengenal erti kesyukuran, berterima kasih di atas nikmat dan
pemberianMu. Kami sedar Ya Allah, nikmat yang kami kecapi pada hari ini, tidak semua
dirasai oleh semua hambaMu di dunia ini.

Peliharakan lah kami, negara kami dan seluruh negara Islam dari perpecahan dan
pertelingkahan, huru-hara dan bala bencana serta ancaman musuh dari luar mahupun
dalam. Dorongkanlah kami kearah kejayaan dalam memajukan negara mengikut
keredhanMu Ya Rab Bal Alamain.
Ya Allah,

‫ الخالق السماوات واألرض‬،‫الله ّم يا كريم‬


Berilah kami keberkatan dalam segala gerak laku kami. Kebahagiaan dan kesenangan
dalam kehidupan kami dan jadikan kami sebagai Muslim sejati yang sentiasa dahagakan
ibadat dan ketakwaan padaMu. Penuhilah diari kehidupan kami dengan amal ibadat sebagai
bekalan kami untuk menuju akhirat Mu.

‫الله ّم يا ربّ العالمين‬


Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu. Perteguhkanlah
ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jadikanlah kami bangsa yang taat kepada
perintahMu, kuat berusaha, kuat beribadat dan mampu menghadapi segala cabaran serta
ingin terus maju ke hadapan sesuai dengan peredaran zaman. Jauhilah kami dari segala
sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana
kepada kami.

‫ يا غفّار‬،‫ يا عزيز‬،‫الله ّم يا رحمن‬


Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada
yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan
belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Anda mungkin juga menyukai