Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

TAKLIMAT DAN DIALOG PRESIDEN CUEPACS BERSAMA ANGGOTA PERKHIDMATAN


AWAN PERLIS
MASA
9.30

CUE
Pengumuman

BUTIRAN PENYAMPAIAN

CATATAN

Para hadirin yang dihormati.


Bagi memastikan kelancaran program pada pagi ini, majlis ingin
memaklumkan kepada para hadirin sekalian beberapa
pengumuman penting.
Para hadirin semua diminta berdiri semasa ketibaan tetamu
kehormat ke dewan ini.
Para hadirin diminta terus berdiri sehinggalah selesai
menyanyikan 3 buah lagu iaitu LAGU NEGARAKU, LAGU
PERKHIDMATAN AWAM dan LAGU CUEPACS.
Para hadirin juga diminta untuk mematikan atau meletakkan ke
dalam mod senyap telefon bimbit masing-masing agar tidak
mengganggu perjalanan majlis sebentar lagi
Kerjasama hadirin sekalian adalah sangat dihargai.
Sekian, terima kasih

MASA

CUE

BUTIRAN PENYAMPAIAN

CATATAN

10.05 Tetamu masuk ke


dalam dewan ke
pentas

Lagu dimainkan

Tetamu Khas
Duduk
Selesai Tetamu
Khas Duduk

Mengumumkan ketibaan
Yang Berhormat Dato Azizan bin Hamid ,
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
bersama
Yang Berbahagia Dato Haji Omar bin Osman,
Presiden CUEPACS ke dalam Dewan Warisan.
Nyanyian LAGU NEGARAKU, LAGU PERKHIDMATAN
AWAM dan LAGU CUEAPACS. Hadirin semua diminta
berdiri.

Sirih Berlipat Sirih Pinang


Sirih Dari Pulau Mutiara
Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara
Bismillahirahmanirahim.
Assalamu'alaikum wbt. Salam Sejahtera, Salam Perpaduan
Dan Salam Satu Malaysia
Yang Berhormat Dato Azizan bin Hamid , Setiausaha
Kerajaan Negeri Perlis

MASA

CUE

BUTIRAN PENYAMPAIAN

CATATAN

10.05

Yang Berbahagia Dato Haji Omar bin Osman, Presiden


Kongres Keasatuan Pekerja-pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
Yang Berusaha Encik Md Jamel Khir bin Ismail, Pengerusi
Bahagian CUEPACS Perlis
Ketua-ketua Jabatan,Wakil Kesatuan Gabungan Bahagian
CUEPACS Perlis, Pihak Media, dan seterusnya Tuan-tuan
dan Puan-puan Anggota Perkhidmatan Awam yang
dihormati dan dirahmati Allah sekalian.
Alhamdulillah.
Dimajlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta
limpah rahmat-Nya kita diberikan kelapangan masa untuk
bersama-sama menjayakan Majlis Taklimat dan Dialog
Presiden CUEPACS bersama Anggota Perkhidmatan Awam
Negeri Perlis.

MASA
CUE
10.15 Selesai aluan

BUTIRAN PENYAMPAIAN
Kalau pergi Tanjung Keramat,

CATATAN

Anak manis jangan diangkat


Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Bagi memberkati majlis kita pada pagi yang mulia ini,
pihak majlis dengan ini menjemput En Zaini bin Salleh
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Doa dibacakan
Selesai Bacaan
Doa
10.20 Ucapan Aluan Yang
Berusaha
Pengerusi
Bahagian CUEPACS
Perlis
Ucapan
10.50 Selesai Ucapan

MASA

CUE
Ucapan Yang
Berhormat
SUK

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Zaini bin Md


Salleh atas pimpinan doa sebentar tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan mempersilakan
Yang Berusaha Encik Md Jamel Khir bin Ismail, untuk
menyampaikan ucapan aluan. Dengan hormatnya
dipersilakan.
Demikian tadi, ucapan aluan oleh Yang Berusaha
Pengerusi Bahagian CUEPACS Perlis. Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih.
BUTIRAN PENYAMPAIAN
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang
Berhormat Dato Azizan bin Hamid untuk menyampaikan
ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

CATATAN

Selesai Ucapan
Yang Berhormat
SUK

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berhormat Dato Azizan bin Hamid , Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis atas ucapan itu tadi.

Ucapan Yang
Berbahagia
Pengerusi
CUEPACS

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang


Berbahagia Dato Haji Omar bin Osman, Presiden
CUEPACS untuk menyampaikan ucapan. Dengan
hormatnya dipersilakan.

Selesai Ucapan
Yang Berbahagia

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Dato Haji Omar bin Osman, Presiden
CUEPACS atas ucapan itu tadi.
Tuan-Tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.
Kini tibalah masanya sesi dialog dengan Presiden
CUEPACS. Untuk itu, para hadirin yang mempunyai
sebarang persoalan boleh tampil ke tempat pembesar
suara yang telah disediakan.

Dialog

MASA
12.30

CUE
Majlis
Penyampaian
Cenderamata

BUTIRAN PENYAMPAIAN
Seterusnya adalah acara penyampaian cenderahati
Bagi menyempurnakannya majlis dengan sukacitanya
menjemput Yang Berusaha Encik Md Jamel Khir bin Ismail,
Pengerusi Bahagian CUEPACS Perlis untuk

CATATAN

menyempurnakan acara. Dipersilakan.


Majlis dengan berbesar hatinya menjemput Yang
Berhormat Dato Azizan bin Hamid , Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis untuk menerima cenderahati .

Selesai Majlis
Penyampaian
Cenderamata

MASA
12.45

CUE
PENUTUP

Dan seterusnya dijemput Yang Berbahagia Dato Haji


Omar bin Osman, Presiden CUEPACS untuk menerima
cenderahati.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

BUTIRAN PENYAMPAIAN
Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Taklimat dan Dialog
Presiden CUEPACS bersama Anggota Perkhidmatan Awam
Negeri Perlis.
Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis dan Yang Berbahagia Presiden CUEPACS,
Ketua-Ketua Jabatan, Wakil-wakil Kesatuan Gabungan
Bahagian CUEPACS Perlis, Pihak Media, Tuan-Tuan dan

CATATAN

Puan-Puan yang hadir menjayakan majlis yang penuh


bermakna pada pagi ini.
Gunung Pantai tinggi mengawan
Nampak dari Padang Temu
Sampai di sini tuan dan puan,
Ada hayat kita bertemu
Sekian, selamat sejahtera dan Assalamu'alaikum
Sidang akhbar
Jemput makan

Dijemput pihak media naik ke pentas untuk siding akhbar.


Dijemput para tetamu untuk menikmati jamuan makan
tengahari di medan jamuan diruang yang telah disediakan

Anda mungkin juga menyukai