Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih, saudara pengerusi majlis.

Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.
Yang Berbahagia,
Puan Datin Norhayati Bt Hood
Penasihat
Persatuan SRIM UPSI
Yang Dihormati,
Jawatankuasa-jawatankuasa pelaksana,
Serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian..
Alhamdulillah, terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersua mesra dalam majlis
malam ini iaitu Mesyuarat Agung Tahunan RIM kali ke-5. Di kesempatan ini juga, saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara dan saudari yang sudi datang untuk
memeriahkan majlis kita pada malam ini.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Seperti yang sudah kita maklum sebentar tadi, majlis ini pada malam ini merupakan satu
langkah kepada kita untuk mengeratkan ukhwah sesama ahli kita. Malah, majlis ini juga
bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa baru yang bakal menerajui barisan kepimpinan RIM
pada sesi hadapan. Oleh itu, saya berharap barisan kepimpinan yang bakal dipilih sebentar lagi
akan dapat menjalankan tugas mereka dengan baik dan berdisiplin. Saya juga berharap pucuk
kepimpinan yang baru ini dapat memberi komitmen sepenuhnya dan menjalankan
tanggungjawab mereka seperti yang telah dijanjikan dalam Perlembagaan Rakan Integriti
Mahasiswa. Hal ini kerana, kita harus mempersiapkan generasi muda dengan berbagai
kemahiran hidup dan ilmu pengetahuan supaya tidak menyimpang kepada perkara yang tidak
berfaedah.

Walaupun pembubaran jawatan kepimpinan lama akan dijalankan sebentar lagi, saya
selaku Pengerusi RIM ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada barisan
MT dan EXCO yang sanggup berluang masa dan menabur bakti mereka sepanjang sesi
2013/2014. Pelbagai kenangan manis dan pahit telah dapat dikongsi bersama dalam pelbagai
program yang telah dijalankan. Malah, saya juga berbangga dengan kerana barisan kepimpinan
pada sesi ini telah memberikan kerjasama yang baik dan sanggup memikul tanggungjawab yang
telah diberikan. Oleh itu, saya berharap hubungan antara sesama kita akan terus terjalin
walaupun selepas ini kita akan membawa haluan masing-masing.

Akhir kata, jutaan tahniah saya ucapkan kepada semua barisan kepimpinan RIM sidang
2014/2015 kerana telah berusaha untuk menjayakan majlis ini dan menerajui persatuan ini
dengan jayanya. Sedikit nasihat saya kepada bakal barisan kepimpinan RIM, saya berharap
mereka dapat menjalankan pelbagai aktviti dan program yang menarik serta melibatkan ahli-ahli
RIM untuk turut aktif. Saya berharap persatuan ini dapat menjadi sebuah persatuan yang aktif
dan setanding dengan persatuan yang lain. Saya ucapkan tahniah kepada mereka yang bakal
menerajui barisan kepimpinan sebentar lagi. Selamat maju jaya.
Sekian, terima kasih.

dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, tepat jam 9.55 malam, saya dengan ini
membubarkan Majlis Tertinggi dan exco Sekretariat rakan integriti mahasiswa sidang
2014/2015.."

Anda mungkin juga menyukai