Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN MAJLiS ORIENTASI TAHUN 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BARU


2017
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan & salam 1 Malaysia.
1. Yang Berusaha Puan Siti Zaleha Binti Sulaiman Penolong Kanan Kurikulum,
2.Puan Haslina Binti Harun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
3.En.Abd. Razak Bin Salleh, Penolong Kanan Ko-kurikulum, dan Yang dialu-alukan
para ibu bapa, guruguru dan murid murid yang dikasihi sekalian.
Selamat datang ke Majlis Orientasi Murid Pra Sekolah dan Tahun 1 bagi sesi 2017.
Saya selaku pengacara majlis ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan
tahniah dan terima kasih, kepada para ibu bapa kerana telah memilih sekolah ini
sebagai tempat untuk menzahirkan kecemerlangan akademik anak-anak, bermula
tahun 2017 ini.
A. Untuk itu, tanpa membuang masa, majlis dengan ini mempersilakan Yang
Berusaha Puan Haslina Binti
Harun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kampung Baru untuk memberikan
ucapan alu-aluan dan
seterusnya menyampaikan beberapa informasi berkaitan Pra Sekolah dan
Tahun 1.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Demikian tadi, ucapan penuh pengharapan oleh Puan Haslina Binti Harun. Majlis
mengucapkan
ribuan terima kasih atas ucapan tadi.
B. Sekarang tibalah masa untuk kita mendapatkan informasi berkaitan dengan
Pentaksiran Berasaskan
Sekolah atau PBS yang akan disampaikan oleh Puan Shafiza Binti Idrus selaku
Setiausaha Peperiksaan
Sekolah Kebangsaan Kampung Baru. Majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat itu tadi.
C. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat yang yang berkaitan dengan Disiplin yang
akan disampaikan oleh Puan Manjeet Kaur, selaku Guru Disiplin dan Pengawas
sekolah.
Dengan sukacitanya, dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas taklimat yang telah disampaikan
itu tadi.
D. Seterusnya, majlis mempersilakan Pn.Ruhil Hayati Binti Mohd Yusoff selaku
Penyelaras Program
LINUS Sekolah Kebangsaan Kampung Baru untuk memberikan taklimat
mengenai Program LINUS

khusus untuk murid Tahun 1 sesi 2017 Dengan sukacitanya, Dipersilakan.


Demikianlah tadi ucapan dan taklimat yang telah disampaikan oleh Pn.Ruhil
Hayati Binti Mohd Yusoff sebentar tadi.Majlis dengan ini mengucapkan ribuan terima
kasih atas taklimat yang telah disampaikan itu tadi.
Dengan ini,maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Majlis dengan ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibubapa dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama menjayakan Majlis Suaikenal Murid Tahun 1
Sekolah Kebangsaan Kampung Baru bagi sesi 2015.
Sekian,Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai