Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PELANCARAN KERETA LUMBA TSYA R-TEAM

Bismillah
Assalammualaikum WTH
ROBBISY ROHLI SODRI WA YASSIRLI AMRI WAHLUL UQDATAM
MILLISANI YAFQOHU QOULI.
Yang Berbahagia, En Marzuki Bin Mahamad Radzi, Pengarah
IKM Tan Sri Yahaya Ahmad,
Yang Dihormati En Mohd Fadil Bin Senan, Tim. Pengarah
Khidmat Pengurusan dan Hal Pelajar IKM TSYA
En. Zainal Abidin Bin Alimi, Tim. Pengarah Hal Ehwal Akademik
Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Program, Ketua-ketua unit,
para pensyarah, warga kerja IKM TSYA, tuan-tuan dan puan-
puan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi, dapat kita bersama-


sama pada petang ini bagi majlis Pelancaran Kereta Lumba IKM
TSYA R-Team.

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir terutamanya


Yang Berbahagia En. Marzuki Bin Mahamad Radzi, Pengarah
IKM Tan Sri Yahaya Ahmad dan timbalan-timbalan pengarah ke
Majlis Pelancaran Kereta Lumba IKM TSYA R-Team.
Sidang hadirin sekalian.
Untuk pengetahuan semua, pembinaan kereta lumba IKM TSYA
R-Team adalah sebagai sebuah kereta lumba untuk 'Drag' dan
Litar Lumba.
Projek yang diilhamkan oleh Tuan Pengarah sendiri dan telah
mula dibangunkan oleh tim pasukan yang terdiri dari 18 staf
gabungan Program Diploma Teknologi Automotif Komersial dan
Program Sijil Teknologi Baik Pulih Badan Kenderaan terdiri dari:

dalam tempoh masa 2 minggu. Hasil dari kerjasama dan kepakaran


pasukan ini, Alhamdulillah lahirlah sebuah kereta lumba yang
menggunakan jentera jenis Proton Suprima 1.6 yang telah
diubahsuai. Kereta lumba TSYA R-Team ini telah bersedia untuk
bertanding dalam perlumbaan Pahang Test And Tune 2021 Anjuran
Pahang Motor Sport dalam kategori B 1.8 Engine NA OEM yang akan
berlangsung pada 30 Oktober 2021 bertempat di Litar Lumba Tasik
Abu Bakar, Pekan dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Oleh itu
dijemput semua warga IKM TSYA untuk bersama-sama hadir
memeriahkan acara tersebut serta memberikan sokongan moral
kepada tim pasukan TSYA R-Team dalam pertandingan tersebut.

Warga IKM TSYA yang dikasihi sekalian.


Seterusnya tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan
Pengarah IKM TSYA, En Marzuki bin Mahamad Radzi untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran
Kereta Lumba TSYA R-Team pada petang ini. Dipersilakan.

UCAPAN PENGARAH
PENGARAH
Demikianlah tadi ucapan dan perasmian Majlis Pelancaran Kereta
Lumba TSYA R-Team oleh Yang Berbahagia En Marzuki Bin Mahamad
Radzi, Pengarah IKM TSYA.
Seterusnya dipersilakan Tuan Pengarah untuk menyempurnakan
upacara menampal pelekat dan menurunkan tandatangan di badan
kereta lumba TSYA R-Team. Dipersilakan.

UPACARA MENAMPAL PELEKAT


DAN MENURUNKAN
TANDATANGAN
Terima kasih kepada Yang Berbahagia En Marzuki Bin Mahamad
Radzi, Pengarah IKM TSYA atas penyempurnaan upacara menampal
pelekat dan menurunkan tandatangan di badan kereta lumba TSYA
R-Team sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian.


Seterusnya kita akna menyaksikan gimik perasmian Pelancaran
Kereta Lumba TSYA R-Team pada petang ini iaitu aksi bebas
pemanduan TYSA R-Team yang akan didemontrasikan oleh En
Mohamed Fauzy Bin Sallehudin dari Program Diploma Teknologi
Automotif Komersial. Dipersilakan.
GIMIK PERASMIAN

Demikianlah tadi gimik


perasmian iaitu aksi bebas pemanduan oleh En Mohamed Fauzy Bin
Sallehudin dari Program Diploma Teknologi Automotif Komersial.
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia En Marzuki Bin
Mahamad Radzi, Pengarah IKM TSYA untuk melakukan demonstrasi
dan sesi uji pandu kereta lumba TSYA R-Team. Dipersilakan.

SESI PANDU UJI

Sidang hadirin sekalian.


Dengan berakhirnya sesi pandu uji dan demonstrasi oleh Yang
Berbahagia En Marzuki Bin Mahamad Radzi, Pengarah IKM TSYA itu
tadi, maka sampailah kita ke akhir majlis bagi petang ini. Diharapkan
agar TSYA R-Team akan membawa banyak kejayaan dan dapat
mengharumkan lagi nama IKM TSYA hendaknya.
Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya
dari diri saya sendiri.
Kita akhiri majlis pagi ini dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-
Asy.
Dengan itu, wabillah hitaufik walhidayah, wassalammualaikum wth.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai