Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS

AGL OPS & ENG STAFF ENGAGEMENT


TARIKH : 07 DISEMBER 2023
TEMPAT : 2B PARKIR BERTINGKAT
PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En. Amir Hamdan Ketua Pegawai


Eksekutif Rapid Rail dan Yang Berbahagia En. Nur Azmi Mohd Yusof Ketua
Pegawai Operasi Rapid Rail.

Para hadirin dimohon untuk berdiri.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Nyanyian lagu Negaraku

(selesai nyanyian lagu Negaraku)

Para hadirin dipersilakan duduk.

SALUTASI

Yang Berbahagia En. Amir Hamdan Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

Yang Berbahagia En. Nur Azmi Mohd Yusof Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail

Yang Berusaha En. Adlan Ezanee Noordin Ketua Operasi Ampang Line

Yang Berusaha Tn. Hj. Azmale Amzah Ketua Kejuruteraan Ampang Line

Ketua-Ketua Unit seterusnya para hadirin yang saya hormati


MUKADIMAH

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

Selamat datang ke program AMPANG LINE OPERATION & ENGINEERING STAFF


ENGAGEMENT 2023.

Limpahan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang


diberikan untuk kita bersama-sama menjayakan program pada tengahari ini.
Program ini bertujuan untuk mendekati staf Ampang Line dengan pengurusan
Rapid Rail.

BACAAN DOA / DOA SELAMAT / TAHLIL ARWAH

Hadirin sekalian,

Bagi memberkati program kita pada tengahari ini, dengan ini saya menjemput
SM Mohd Azri bagi memimpin bacaan doa seterusnya memimpin bacaan tahlil
untuk arwah arwah kakitangan Ampang Line.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(Selesai bacaan doa)

Amin Ya Rabbal Alamin

Terima kasih atas pimpinan bacaan tahlil dan doa sebentar tadi..

UCAPAN YANG BERBAHAGIA CEO & HOO

Hadirin sekalian,

Pergi ke kota membeli selasih,


Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Untuk itu, majlis ingin menjemput Yang Berusaha En. Adlan Ezanee Noordin
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(selesai ucapan HOO)

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Yang Berbahagia En. Amir
Hamdan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(selesai ucapan CEO)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Amir
Hamdan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

SESI SOAL JAWAB

Hadirin sekalian,

Majlis kita akan diteruskan dengan sesi soal jawab yang bertujuan untuk sama
sama meningkatkan mutu perkhidmatan atau apa apa isu berbangkit yang boleh
kita sama sama kongsi.

Untuk itu saya akan mengajukan beberapa soalan kepada Yang Berbahagia En.
Amir Hamdan

1. Adakah gaji siling akan dibuka terutamanya kepada staf yang telah
berkhidmat lebih 20 tahun atau grade 6.
2. IJP merupakan platform career growth untuk staf. Mengapa IJP perlukan
approval HOU & HOE. Sedangkan karier masih dalam rapid rail dan
bukan dari rapid bus atau corporate department.
3. Mengapa interim tidak diperluaskan kepada staf teknikal dan non-
technical hanya untuk bahagian kejuruteraan
4. Mengapa dan adakah wajar kenaikan gaji digabungkan dengan kenaikan
union sebanyak 3%.
5. Elaun telefon kepada staf non-executive memandangkan pihak
pengurusan meminta gambar-gambar dan video untuk mencapai MKBF
dan sebagainya.
Baiklah, jadi setakat di sini sahaja sesi soal jawab kita. Terima kasih Yang
Berbahagia En. Amir Hamdan atas kesudian menjawab soalan yang diajukan
sebentar tadi.

MAKAN DAN BERSURAI

Hadirin sekalian,

Kita telah sampai di penghujung acara. Saya mewakili pihak majlis mengucapkan
ribuan terima kasih terutamanya kepada tetamu kehormat dan para hadirin
yang sudi meluangkan masa bersama-sama bagi memeriahkan majlis pada pagi
ini.

Sungguh indah bunga kemboja,


Di bawah atap tepi halaman,
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan Budiman.

Dipersilakan Yang Berbahagia En. Amir Hamdan dan semua tetamu jemputan
untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan. Majlis mempersilakan.
Sekian sahaja daripada saya Luqman Alrazzi, Assalamualaikum W.B.T

Anda mungkin juga menyukai