Anda di halaman 1dari 6

EMCEE AGM IHP SKRIP

BIL AGENDA TEKS


1 Ketibaan mahasiswa di Selamat datang kepada pelajar uitm bukit besi. Minta
Google Form perhatian. Mahasiswa dan mahasiswi diminta untuk mengalihkan
mic ke mod senyap di sepanjang program berlangsung dan
mendiamkan diri semasa pengumuman ketibaan Yang Berbahagia
Dr Baktiar Musa selaku Penolong Rektor UiTM Kampus Bukit Besi
dan Mohd Rasyidi Bin Mat, Penasihat Kelab IHP.
2 Ketibaan tetamu Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia DR BAKTIAR BIN MUSA
kehormat PENOLONG REKTOR, UiTM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS
BUKIT BESI/Mohd Rasyidi Bin Mat, Penasihat Kelab IHP.
3 Nyanyian lagu Hadirin sekalian diminta untuk menghormati Lagu Wawasan Setia
Wawasan Setia UiTM UiTM dan bacaan Asmaul Husna.
dan bacaan Asmaul
Husna. Indah berbalam si awan petang,
Berarak megah di Tanjung Bidara,
Bacaan doa. Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu Ilahi.

Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis ini, dijemput saudara AHMAD ASYRAF BIN


ZAIDI
bagi mengalunkan bacaan doa. Diminta semua dapat memberikan
perhatian bagi doa yang akan dibacakan.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Semoga majlis kita pada hari ini berjalan dengan lancar dan
dilimpahi berkat Ilahi.

4 Permulaan Majlis Bismillahirrahmanirrahim,


Yang berbahagia,
DR BAKTIAR BIN MUSA
PENOLONG REKTOR, UiTM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS BUKIT BESI
Mohd Rasyidi Bin Mat, Penasihat Kelab IHP.

Yang dihormati,
SAUDARA CHE MOHAMAD FAIZ BIN CHE AZMAN, Presiden
kelab IHP, Barisan Ahli Majlis Tertinggi, seterusnya barisan EXCO
serta rakan-rakan sekalian.

Hadirin yang dikasihi.

Selamat datang ke Majlis Annual General Meeting bagi Kelab IHP


untuk tahun 2020. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk
memperkenalkan barisan ahli Majlis Tertinggi dan EXCO Kelab IHP
yang baharu kepada ahli kelab sekalian. Majlis ini juga diadakan
untuk memberikan laluan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi yang
lama untuk menyerahkan jawatan kepada ahli yang baharu.

Jadi, untuk tidak membuang masa lagi, izinkan saya untuk


menjemput Yang Berbahagia Dr Baktiar bin Musa, Penolong
Rektor UiTM Kampus Bukit Besi untuk memberikan ucapan beliau
dan seterusnya, merasmikan majlis kita pada hari ini. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Baktiar bin


Musa,di atas ucapan dan kesudian merasmikan majlis sebentar
tadi.

Seterusnya, majlis menjemput En Rasyidi Bin Mat selaku penasihat


kelab Iron Hill Photography untuk memberikan sepatah dua kata.
Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En Rasyidi bin Mat


atas ucapan beliau sebentar tadi.
5 Laporan aktiviti Kelab Sekarang, kita beralih kepada Laporan aktiviti Kelab yang bakal
dibentangkan oleh SAUDARA CHE MOHAMAD FAIZ BIN CHE
AZMAN. Laporan ini merangkumi semua aktiviti yang telah
dilaksanakan oleh Kelab IHP sepanjang sesi 2019 dan 2020.

Dengan segala hormatnya, saya mempersilakan SAUDARA CHE


MOHAMAD FAIZ untuk membentangkan Laporan aktiviti Kelab.

Terima kasih diucapkan.

6 Laporan Kewangan Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Seterusnya, majlis mempersilakan


SAUDARA MUHAMMAD HAZMIE BIN SHAHRUM SELAKU
BENDAHARI KELAB IHP, untuk membentangkan laporan
kewangan.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada SAUDARA


MUHAMMAD HAZMIE di atas pembentangan laporan kewangan
sepanjang sesi 2019 dan 2020 sebentar tadi.

7 Ucapan para majlis Sebelum itu, hadirin sekalian diminta untuk mengundi calon-
calon menerusi link yang telah diberikan di dalam ruangan
komen dengan segera.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada SAUDARA CHE


MOHAMAD FAIZ BIN CHE AZMAN selaku Presiden IHP dan
seterusnya membubarkan Barisan Ahli Majlis Tertinggi serta
barisan EXCO bagi sesi 2019 dan 2020..

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dengan berakhirnya ucapan daripada saudara FAIZ sebentar tadi


secara rasminya menandakan pembubaran jawatan ahli Majlis
tertinggi bagi sesi 19/20.
Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.
Kami warga IHP sentiasa mengingati segala budi dan bakti serta
kepimpinannya sepanjang tempoh berkhidmat di sini.

8 Paparan Statistik Majlis diteruskan dengan agenda kita yang selanjutnya iaitu
undian untuk Majlis Bacaan Statistik undian untuk Majlis Tertinggi tahun 2020/2021.
Tertinggi tahun Diminta para hadirin untuk memberikan perhatian kepada bacaan
2020/2021. statistik yang akan dibacakan.

Untuk pengetahuan semua, seramai __ orang yang telah


mengundi sebentar tadi.

Hadirin, hadirat sekalian,

Dengan undian yang dilakukan sebentar tadi, bagi jawatan


SETIAUSAHA DAN BENDAHARI. Saudari NURAIN SYAFIQAH
BINTI AZHAR memperoleh __% undian dan Saudara WAN
AHMAD SYAMIL ASYRAF BIN WAN AZMAN telahpun mendapat
undian sebanyak __% undian. Secara tidak langsung jawatan
SETIAUSAHA KELAB IRON HILL PHOTOGRAPHY akan disandang
oleh saudari NURAIN SYAFIQAH BINTI AZHAR dan seterusnya bagi
jawatan BENDAHARI IRON HILL PHOTOGRAPHY disandang oleh
WAN AHMAD SYAMIL ASYRAF BIN WAN AZMAN yang telahpun
layak secara automatik untuk mengisi kekosongan jawatan ini.

Tahniah diucapkan.

Kini kita beralih pula kepada jawatan presiden dan naib presiden
bagi sesi 2020/2021 kelab ihp.

Keputusan statik undian menunjukkan MUHAMMAD AFIF BIN


RIZAL mendapat __% undian daripada ahli kelab IHP. Dan AMMAR
ARIEF pula mendapat ___% undian.
Maka, jawatan presiden akan disandangi oleh saudara MUHAMMAD
AFIFF BIN MOHD RIZAL. Dan seterusnya menjadikan AMMAR
ARIEF sebagai naib presiden kelab IRON HILL PHOTOGRAPHY
BAGI SESI 2020/2021.
Tahniah diucapkan sekali lagi.

9 Penyerahan jawatan Setelah selesai kita mendengar bacaan Statistik undian sebentar
tadi, kini, kita akan teruskan untuk acara Penyerahan Jawatan dari
ahli Majlis Jawatan Tinggi Kelab IHP sesi 2019/2020 kepada ahli
Majlis Jawatan Tinggi Kelab IHP sesi 2020/2021.

Kita teruskan untuk jawatan Presiden Kelab IHP.

Bagi jawatan Presiden Kelab IHP sesi 2019/2020 yang dipimpin


oleh saudara CHE MOHAMAD FAIZ BIN CHE AZMAN
akan menyerahkan jawatannya kepada saudara MUHAMMAD
AFIFF BIN MOHD RIZAL yang akan menggalas jawatan sebagai
Presiden Kelab IHP bagi sesi 2020/2021.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, saudara MUHAMMAD HAZMIE


BIN SHAHRUM
akan menyerahkan jawatannya sebagai Naib Presiden IHP untuk
sesi 2019/2020 kepada saudari AMMAR ARIEF BIN AINOL
AHMAM
yang akan memegang jawatan sebagai Naib Presiden IHP
sepanjang sesi 2020/2021.

Hadirin sekalian,

Kita teruskan kepada jawatan Setiausaha Kelab IHP.

 Still pegang jwtn


Saudari NURAIN SYAFIQAH BINTI AZHAR yang telah memegang
jawatan sebagai Setiausaha Kelab IHP bagi sesi 2019/2020 akan
kekal jawatannya sebagai setiauaha Kelab IHP bagi sesi
2020/2021.

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan jawatan Bendahari.

Saudara MUHAMMAD HAZMIE BIN SHAHRUM


akan menyerahkan jawatannya sebagai Bendahari Kelab IHP sesi
2019/2020 kepada saudara WAN AHMAD SYAMIL ASYRAF BIN
WAN AZMAN. Saudara WAN AHMAD SYAMIL ASYRAF BIN WAN
AZMAN akan menggalas tanggungjawab sebagai Bendahari Kelab
IHP bagi sesi 2020/2021.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli Majlis


Jawatan Tinggi Kelab IHP bagi sesi 2019/2020 yang telah
menyerahkan jawatan masing-masing.
Kami, ahli IHP akan sentiasa menghargai pimpinan yang telah
dilaksakan oleh anda.

Semoga ahli Majlis Jawatan Tinggi IHP yang baharu ini dapat
melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan dengan baik.

10 Ucapan Presiden Kelab Bagi meneruskan lagi majlis kita pada malam ini, dijemput saudara
IHP 2020/2021 MUHAMMAD AFIFF BIN MOHD RIZAL selaku Presiden Kelab IHP
bagi sesi ini untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan
penutupan Annual Grand Meeting IHP pada tahun 2020.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

11 Majlis penutup Terima kasih diucapkan kepada saudara MUHAMMAD AFIFF BIN
MOHD RIZAL selaku Presiden Kelab IHP di atas ucapan yang
disampaikan.

Hadirin sekalian,

Dengan itu, berakhirlah majlis kita pada hari ini. Sekali lagi, saya
ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Baktiar Bin Musa
dan Mohd Rasyidi Bin Mat, barisan majlis perwakilan pelajar,
barisan Majlis Tertinggi Kelab IHP dan para hadirin sekalian.
Tidak lupa juga majlis mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam penganjuran Majlis Annual Grand Meeting IHP
pada tahun 2020.
Saya selaku pengacara majlis ingin memohon maaf sekiranya
terdapat sebarang kesilapan dalam mengendalikan majlis ini.

Mari dipetik sirih puan,


Sirih dipetik di tepi perigi,
Terima kasih diucapkan,
Di lain masa bersua lagi.

Para hadirin diminta untuk menghidupkan kamera masing-masing


bagi sesi fotografi.

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum W.B.T.


Sebelum itu, para hadirin diminta melengkapkan BORANG KI yang
telah diberikan di ruangan komen.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai