Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB RAKAN ISLAH SESI 2020

ATUR CARA TEKS


Tetamu Jemputan Bimillahirahmanirahim/ Selamat datang diucapkan kepada tetamu jemputan kita pada malam ini. Yg
Masuk Ke Dalam Berbahagia Puan Pengarah IPGKBM serta Penasihat Kelab Rakan Islah ke Mesyuarat Agung Tahunan Kelab
Google Meet Rakan Islah sesi 2020. Untuk makluman hadirin sekalian, Mesyuarat Agung ini juga dipancarkan secara “live
(Emang)
streaming” di FB Kelab Rakan Islah IPGKBM.

Alunan Hadirin yang dimuliakan, majlis dimulakan dengan alunan Asma Husna.
Asma Al Husna
(Emang)
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
SALUTASI
(Emang) Yg. Berbahagia, Puan Hajah Nor Asilah Binti Osman,
Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu.

Yang Dihormati Dr. Nirwana Binti Mohd Rashid,


Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu.

Yg. Berusaha , Ustazah Nor Ildahayati Binti Ilias,


Penasihat Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu.

Barisan Para Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Bahasa Melayu,
Barisan Pensyarah Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa IPG Kampus Bahasa Melayu
Barisan Kepimpinan Kelab Rakan Islah,
Seterusnya, para hadirin sekalian.
Selamat datang ke Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Rakan Islah tahun 2020.
Bacaan Doa Hadirin,
(Emang) Bagi memohon agar majlis kita pada malam ini dilimpahi dengan keberkatan, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara Nasiruddin Bin Mis Man.
Dipersilakan.
......................................................................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan doa sebentar tadi.

Pengenalan KRI Hadiri yang dimuliakan,


(Emang) Alhamdulillah, kita menadah tangan ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan Yang Maha Agung, kerana dalam kita
meniti episod-episod kehidupan sebagai seorang Muslim yang dipagari variasi mehnah dan tribulasi, masih
lagi kita dapat dipertemukan dalam sebuah majlis yang menjadikan Islam dan sunnah sebagai tunjang dan
panduan kehidupan. Mudah-mudahan usaha ini menjemput redha dan rahmat daripada Allah s.w.t
Sebagai pengenalan, izinkan saya membaca bingkisan ringkas mengenai Kelab Rakan Islah IPGKBM.
Matlamat, peranan, halatuju dan gerak kerja organisasi ini dirangkumkan di bawah 3 gagasan kalimah utama

iaitu :

TAQWA – Usaha mengajak seluruh warga kampus Muslim, untuk menjunjung dan patuh kepada segala
perintah Allah s.w.t

ISLAH - Usaha memperbaiki urusan manusia yang bercelaru dan menghulurkan tali persaudaraan Islam
yang kuat dan kukuh.

MUSLEH – Usaha melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan
berjihad pada jalan Allah, di samping menjadi pencetus perubahan ke arah keadaan yang lebih baik.
UCAPAN Hadirin yang dihormati,
PENGERUSI KRI
SESI 2019 Majlis diteruskan/ dengan mempersilakan/ saudara Muhammad Shafiq Hafizuddin/ Bin Md Fadil, pengerusi
(Izzat) Kelab Rakan Islah/ tahun 2020/ bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Shafiq Hafizuddin atas ucapan sebentar tadi.
UCAPAN Hadirin sekalian,
PENASIHAT KRI
2019 Majlis diteruskan/ dengan menjemput/ Ustazah Nor Ildahayati Binti Ilias, Penasihat Kelab Rakan Islah,
(Izzat)
untuk menyampaikan/ ucapan dan amanat beliau. Dipersilakan.

………………………………………………………..

Majlis merakamkan/ ucapan terima kasih kepada Ustazah Nor Ildahayati Binti Ilias atas ucapan sebentar
tadi. Semoga/ segala amanat dan nasihat yang diberikan/ dapat dihayati bersama/ seterusnya/ menjadi
panduan kepada kita semua.

UCAPAN Hadirin yang dikasihi sekalian,


PENGARAH
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yg. Berbahagia, Puan Hajah Nor Asilah Binti
(Izzat)
Osman, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu/ untuk memberi sepatah dua kata/ seterusnya/ merasmikan
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Rakan Islah tahun 2020. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan/
........................................................
Terima kasih diucapkan/ kepada Yang Berbahagia Puan Pengarah atas taujihat dan ucapan perasmian yang
disampaikan sebentar tadi.

TAYANGAN Hadirin yang dimuliakan,


VIDEO MONTAJ
Marilah sama-sama kita menyaksikan/ rangkuman aktiviti Kelab Rakan Islah/ sepanjang tahun 2020.
KRI
(Izzat) *Tayangan video”
Begitulah tadi/ rangkuman aktiviti Kelab Rakan Islah yang dijalankan/ sepanjang tahun 2020. Hadirin, siapa
sangka, pada tahun 2020 ini/ seluruh dunia dikejutkan dengan penularan wabak Covid-19. Pandemik ini
sekaligus/ merencatkan serba sedikit/ aktiviti yang dirancang dan disusun oleh Jawatankuasa Kelab Rakan
Islah. Namun, atas usaha/ serta semangat yang ada pada Ahli Jawatankuasa Kelab Rakan Islah, program-
program sebentar tadi tetap dilaksanakan dan disesuaikan mengikut keadaan. Alhamdulillah. Tahniah dan
syabas diucapkan buat Kelab Rakan Islah

GIMIK Hadirin yang dikasihi,


PEMBUBARAN
Sekali lagi, majlis mempersembahkan tayangan montaj gimik pembubaran Kelab Rakan Islah bagi tahun 2020
(Izzat)
…………Tayangan video gimik pembubaran……………..
Manis memori dibuat kenangan;
Pahit tragedi usah dilupa;
Sudah adat orang berjawatan;
Sampai masanya dilepaskan jua.
Terima kasih. Syukran jazilan diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Rakan Islah 2020. Semoga jasa
dan pengorbanan kalian dibalas oleh Allah S.W.T dengan syurga-Nya

PENGUMUMAN Hadirin yang dirahmati,


PEMBUBARAN
Majlis diteruskan dengan Pengumuman Pembubaran Kelab Rakan Islah sesi 2020 dan Pengumuman
AHLI KRI 2020
DAN Keputusan Undian bagi Ahli Jawatankuasa baharu Kelab Rakan Islah sesi 2021. Dengan itu, majlis
PELANTIKAN
diserahkan kepada penasihat Kelab Rakan Islah, Ustazah Nor Ildahayati Binti Ilias. Dipersilakan.
AHLI BAHARU
(Izzat) Pengumuman pembubaran kri
Maka dengan ini diumumkan bahawa barisan Jawatankuasa Kelab Rakan Islah 2020 dibubarkan secara rasmi
berkuatkuasa serta merta.
Pengumuman keputusan undian ahli Kelab Rakan Islah sesi 2021.
Terima kasih kepada penasihat Kelab Rakan Islah, Ustazah Nor Ildahayati Binti Ilias.
Sebelum itu, majlis merakamkan/ ucapan tahniah/ dan syabas buat calon-calon yang bertanding. Kepada
yang dilantik/ sirru ala barakatilah. Manakala buat yang kalah. Jangan menyerah, kalian bukan tidak dipilih.
Namun/ masanya belum tiba.

NYANYIAN LAGU Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu tema Kelab Rakan Islah iaitu “Aku Mujahid Dakwah”.
TEMA KRI
(Emang)
PENUTUP Muslimin, Muslimat, hadirin yang dimuliakan,
(Emang)
Majlis kita sudah pun sampai ke penghujungnya. Kepada ahli Kelab Rakan Islah yang lama, terima kasih atas
budi dan jasa yang anda taburkan. Buat Saf Kepimpinan Kelab Rakan Islah 2021, tahniah dan selamat
menjalankan amanah yang diberi/ dengan penuh dedikasi. Sirru ala barakatilah.
Saya akhiri majlis dengan memetik firman Allah s.w.t/ mafhumnya:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga)
janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.
( Surah Al-Anfaal ayat-27 )
Terima kasih diucapkan kepada tetamu jemputan, Yg Berbahagia Puan Pengarah serta hadirin/ yang masih
setia hingga ke akhir mesyuarat. Semoga, kalian dilimpahkan segala kebaikan dan keberkatan.
Sekian, Assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai