Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Majlis

Bissmillahirrahmanirahim
Assalamualaikum wbt

Yang dihormati
Cikgu Saifuddin Amir bin Abd Hamid, Guru Besar
Cikgu Zolkifli bin Muhamat, Penolong kanan pentadbiran,
Cikgu Johari bin Mohamad Isa, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
Cikgu Aslinda binti A. Aziz, Penolong kanan Kokurikulum
Guru-guru, AKP serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian..

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izinNya kita
dapat bersama-sama berkumpul di sini. Sebagai pembuka Majlis, saya
mempersilakan rakan kami Mohammad Zikry Irffath untuk membacakan doa.
Dipersilakan.

>>>>> IRFFATH BACA DOA

Amin..amin Yarabbal Alamin..Semoga majlis kita pada hari ini lebih diberkati.
Rakan-rakan sekalian pasti sudah tahu tujuan kita berkumpul pada hari ini. Majlis
ini diadakan sebagai tanda kami murid-murid tahun 6 Genius telah menamatkan
sesi persekolahan sekolah rendah kami. Sedih hati tidak terkira..berat hati ingin
meninggalkan guru-guru yang disayangi serta sekolah tercinta ini...namun apa
kan daya walaupun dengan linangan air mata, kami tetap akan pergi jua.

Hadirin sekalian, marilah kita mendengar sepatah dua kata ucapan daripada
guru kelas kami yang disayangi..dipersilakan Cikgu Salwa bt Masod

>>>>> UCAPAN CIKGU SALWA

Terima kasih Cikgu Salwa di atas ucapan dan nasihat sebentar tadi.
Majlis seterusnya mempersilakan cikgu........................................................ [ guru
besar / guru penolong kanan .............. ] bagi menyampaikan amanat terakhir
buat pedoman kami di masa akan datang.

>>>>> UCAPAN GB / GPK

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian


cikgu .................................................... menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Kata-kata dan ungkapan penuh bermakna, tersemat di hati kami sampai bila-bila.

Majlis seterusnya mempersilakan rakan kami Nur Aleya Asyiqin bagi


menyampaikan ucapan perpisahan wakil murid tahun 6 genius. Dipersilakan.

>>>>> UCAPAN ALEYA

Terima kasih diucapkan kepada Nur Aleya Asyiqin atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian, upacara seterusnya adalah penyampaian cenderahati kepada


guru-guru yang kami sayangi. Untuk itu dipersilakan ketua dan penolong kelas
bagi menyampaikan cenderahati tersebut.
Dipersilakan... cikgu (ikut senarai nama)

>>>>> CIKGU TERIMA HADIAH

Sudilah kiranya guru-guru menerima seadanya tanda ingatan daripada kami itu.
Kini tiba lah masa yang di tunggu-tunggu iaitu sesi menjamu selera. Untuk itu
majlis mempersilakan Mohammad Irfan Danish untuk membacakan doa makan.
Dipersilakan..

>>>>> IRFAN BACA DOA


Selamat menjamu selera buat semua hadirin, kami sudahi dengan serangkap
pantun,
sutera batik bertenun indah
dipakai si dara nampak berseri
biar jauh jarak memisah
pastinya ada rindu di hati

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt, dan yang buruk itu
daripada diri kami sendiri, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warrah
matullahiwabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai