Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

MESYUARAT KETUA UNIT AUDIT MOA BERSAMA KETUA/PENGARAH AUDIT


DALAM AGENSI-AGANSI DI BAWAH MOA BIL.1/2019

Tarikh : 19 Februari 2019


Tempat : Dewan Syed Nahar, Lemabaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Masa : 9.00 pagi-1 tengahari

Bismillahirahmanirrahim…..

Yang Berbahagia,
DATO’ FOUZI BIN ALI
PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA)

Yang Berusaha,
Puan Norhana Binti Abdul Azis M54
Timbalan Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan
Malaysia

Yang Dihormati
M48
MURSYIDAH BINTI MAHJUDDIN BELUM PASTI
KETUA SEKSYEN NAMA PENUH
BAHAGIAN PENILAIAN STRATEGIK DAN JAWATAN
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Jabatan Perdana Menteri

YANG DISANTUNI
Puan Teh Kamsiah binti Ahmad Amiruddin @ Amir
Ketua Unit Audit Dalam
Unit Audit Dalam
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI (MOA)

WAKIL DELEGASI DARIPADA

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI (MOA)


INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI)
LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)
LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM)
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP)
LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU (KADA)
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
SETERUSNYA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA) SELAKU
PENGANJUR DAN URUSETIA MESYUARAT DAN HADIRIN YANG DIHORMATI
SEKALIAN.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Dalam suasana ceria dan gemilang,

Dari DEWAN SYED NAHAR MADA, NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Majlis mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan hadirin


sekalian ke

MESYUARAT KETUA UNIT AUDIT MOA BERSAMA KETUA/PENGARAH


AUDIT DALAM AGENSI-AGANSI DI BAWAH MOA BIL.1/2019

Bagi memulakan Majlis kita pada pagi ini, semua hadirin diminta untuk
sama-sama berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku.

Hadirin dengan segala hormatnya dipersilakan.

LAGU NEGARAKU BERKUMANDANG

Terima kasih diucapkan.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dengan sukacitanya dijemput

AL-FADHIL USTAZ AMRIL AZHAM BIN MD ROZAI

Untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Amin-Amin Yarabbalalamin. Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi


Untuk makluman sidang hadirin sekalian,

MESYUARAT KETUA UNIT AUDIT MOA BERSAMA KETUA/PENGARAH


AUDIT DALAM AGENSI-AGANSI DI BAWAH MOA BIL.1/2019 merupakan
inisiatif tahunan menjadi medium perbincangan dan perkongsian pintar
antara agensi di bawah MOA berfokuskan kepada skop pengauditan.

Oleh yang demikian, tanpa melengahkan masa lagi, pihak majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan

YANG BERUSAHA DATO’ FOUZI BIN ALI


PENGURUS BESAR LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA)

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan sekaligus merasmikan mesyuarat


kita pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan YANG


BERUSAHA DATO’ FOUZI BIN ALI.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Fouzi bin Ali atas
ucapan perasmian sebentar tadi.

Di Sungai Kedah mekar andani,


Sayang senduduk tepian muara;
Santapan juadah tersedia kini,
Samalah duduk menjamu selera.

Majlis mempersilakan dif-dif jemputan mengiringi Yg Berusaha, Dato’ Fouzi


bin Ali untuk smana-sama menikmati JAMUAN PAGI YANG SEDIA
TERHIDANG.

UNTUK MAKLUMAN DIF JEMPUTAN, MAJLIS KITA AKAN DISAMBUNG


SEMULA PADA JAM 10.45 PAGI DENGAN SESI TAKLIMAT YANG PERTAMA.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


Para hadirin dan hadirat sekalian Majlis diteruskan lagi dengan menjemput

Puan Norhana Binti Abdul Azis


Timbalan Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan
Malaysia

Untuk menyampaikan taklimat sesi pertama pada pagi ini yang bertajuk
PENGURUSAN DAN TADBIR URUS BADAN BERKANUN
PERSEKUTUAN.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

TAKLIMAT PERTAMA BERJALAN

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PUAN NORHANA BINTI ABDUL AZIS


TAKLIMAT YANG SANGAT BERINFORMATIF SEBENTAR TADI.

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN TAKLIMAT SESI KEDUA


BELUM PASTI
MURSYIDAH BINTI MAHJUDDIN NAMA PENUH
KETUA SEKSYEN DAN JAWATAN
BAHAGIAN PENILAIAN STRATEGIK
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Jabatan Perdana Menteri

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN

TAKLIMAT KEDUA BERLANGSUNG

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PUAN MURSYIDAH TAKLIMAT YANG


SANGAT BERMANFAAT SEBENTAR TADI.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Dengan berakhirnya sesi taklimat kedua sebentar tadi, maka berakhirlah


mesyuarat kita bagi sesi pagi.
Pihak majlis ingin memohon kemafaan kepada hadirin sekalian atas
keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa sepanjang sesi pagi ini
berlangsung.

Sukacita juga diumukan majlis kita pada hari ini ditangguhkan kepada jam 2
petang.
Majlis dengan berbesar hati menjemput dif-dif jemputan untuk menjamu
selera tengahari di Anjung Syed Nahar.

Sekian, terima kasih dan salam sejahtera

Anda mungkin juga menyukai