Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PERUNTUKAN MEMBINA KANDANG LEMBU

PENDAHULUAN

Peningkatan jumlah penduduk di sesebuah Negara memerlukan keperluan makanan. Di Malaysia,


pengeluaran daging lembu merupakan salah satu sumber protin utama yang perlu dipertingkatkan.

Sistem ternakan lembu di kandang merupakan satu sistem penternakan secara intensif yang tidak
memerlukan kawasan yang luas. Sistem ini mendatangkan pelbagai faedah dan kebaikan kepada
penternak dan memberi dan menguntungkan cara ternakan tradisional. Sistem ternakan lembu yang
ditempatkan dikandang lebih bersistematik.

Menternak lembu dikandang yang dibina mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian akan memastikan hasil yang lebih efektif dan berkelansungan. Dari segi pemakanan lembu
akan lebih terjamin kualitinya dan memastikan unsure halal pemakanannya dapat dipantau serta dijaga
dengan rapi.

Cadangan permohonan ini untuk membina kandang lembu yang baru dan lebih bersistem ini
adalah kerana saya terpanggil untuk memperkembangkan lagi hasil ternakan yang sedia ada dan
menyahut seruan kerajaan dalam mengurangkan import makanan daging ternakan. Dengan adanya
sokongan dana untuk membina kandang lembu yang baru dan galakan yang diberikan dari pihak kerajaan
serta intensifnya, saya yakin dengan adanya kandang yang baru ini hasil produk akan lebih terjamin dan
bertambah memandangkan permintaan yang tinggi dan pasaran yang luas.

Untuk makluman tuan, saya telah menjalankan projek ternakan lembu selama 10 tahun
bermodalkan RM 7,000.00 saya telah membeli baka/ induk lembu jenis LIB/ Berhaman (K) Chroler
sebanyak 2 ekor. Saya memulakan projek ternakan ini pada tahun 2008. Kini saya memiliki sebanyak 80
ekor lembu. Buat masa sekarang, kandang yang telah saya bina sudah tidak dapat menampung kuantiti
lembu yang yang telah semakin banyak. Oleh yang demikian, saya mohon pihak tuan untuk membantu
saya membina kandang lembu baru yang lebih bersistematik bagi menjamin pengeluaran hasil yang
maksima.

Projek ini dijalankan kerana ingin memenuhi permintaan setempat, disamping ingin melahirkan
usahawan yang Berjaya dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, ini
bertepatan dengan seruan Perdana Menteri Malaysia bahawa penternakan pemangkin ekonomi Malaysia.

TUJUAN

1. Tujuan permohonan peruntukan membina kandang lembu ini adalah berjutuan untuk menambah
bilangan produk yang sedia ada. Dengan adanya kandang tersebut hasil ternakan akan bertambah
dan akan lebih berdaya saing.

2. Ianya juga dapat memastikan lembu berada di dalam keadaan yang selesa, selamat dan dapat
memastikan ternakan berada dalam keadaan terkawal.

1
3. Dengan adanya kandang yang bersistematik, segala urusan untuk mengendalikan ternakan akan
secara automatic menjadi lebih mudah terurus.

4. Di sini saya Mohamed Fauzi bin Mohamed Tajuddin memohon peruntukan agar pihak tuan dapat
membina kandang lembu yang baru untuk saya.

5. Dengan bantuan yang diberikan, kami yakin dapat mengeluarkan hasil dengan lebih banyak dan
menguruskan ternakan lembu dengan jayanya. Selain itu juga ianya dapat memajukan lagi
industri perikanan di Kuala Lipis.

LOKASI CADANGAN

Lokasi yang dicadangkan adalah bersebelahan dengan


kandang lembu yang sedia ada.

2
CADANGAN PEMBINAAN KANDANG

1. Berbimbung

3
2. Reka bentuk kandang yang sesuai

3. Kandang kurungan

4. Ruang kandang mengikut kesesuaian

5. Lantai konkrit

6. System saliran

7. Peluang makanan

8. Palung minuman

9. Takungan najis

10. Tempat rawatan.

Cadangan di atas merupakan cadangan yang disyorkan untuk pembinaan kandang lembu yang di
mohon mengikut keluasan kandang yang diperuntukkan oleh pihak tuan untuk permohonan saya ini.

Khidmat nasihat untuk keluasan pembinaan kandang dan pasiliti ianya bergantung dari pihak tuan
untuk pertimbangan kelak.

CONTOH KANDANG CADANGAN

4
5
6
KESIMPULAN

Perusahaan ternakan lembu adalah satu bidang yang menguntungkan kerana melibatkan
pengurusan ternakan yang mudah dan berkesan.

Peratusan bilangan ternakan akan kian bertambah dari masa ke masa. Kuantiti dan kualiti akan
lebih terjamin dengan adanya kandang ternakan lembu yang baru. System ini juga dapat mengatasi
pelbagai masalah dalam menternak.

Dengan itu, saya berharap permohonan peruntukan membina kandang lembu yang baru untuk
saya ini dapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Saya juga berharap dengan adanya bantuan
ini secara tidak langsung dapat menjana ekonomi setempat.

Justeru itu, saya benar-benar berharap supaya pihak tuan dapat meluluskan permohonan
pembinaan kandang untuk ternakan lembu saya ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai