Anda di halaman 1dari 3

Masalah Inventif dan bukan inventif

A.Masalah bukan inventif :


Masalah bukan inventif bermaksud masalah yang
tiada kesan sampingan apabila penambahbaikan
berlaku.Kita sering berhadapan dengan pelbagai
situasi yang memerlukan kita untuk membuat
pilihan.Masalah ini dapat memberikan satu
pengalaman yang baharu kepada kita dalam
membina pemikiran yang matang.situasi ini juga
memaksa kita menyelesaikan masalah tersebut
dengan pantas.

Contohnya:
Dalam hal ini, masalah yang dikenal pasti ialah pisau tumpul.Penyelesaiannya
adalah dengam mengasah pisau tersebut sehingga tajam.Kemudian , barulah
kerja-kerja memotong dan menghiris dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.
Tiada kesan sampingan apabila menghiris pisau tersebut malahan dapat
melakukan kerja memotong dan menghiris dengan lebih mudah dan cepat.
B.Masalah inventif:
Masalah inventif bermaksud masalah yang ada
kesan sampingan apabila penambahbaikan
berlaku. Masalah seperti ini sering berlaku dalam
kehidupan seharian. Proses penyelesaian
masalah ini banyak digunakan dalam industri.
Masalah lain yang timbul dalam industri akan
diubah suai mengikut cadangan penyelesaian
masalah secara inventif.

Contohnya:
Dalam hal ini, masalah tidak dapat menampung berat beban. Jadi
penambahbaikan berlaku iaitu menukarkan kaki meja daripada kayu ke besi.
Namun apabila penambahbaikan berlaku jumlah tenaga yang mengalihkan meja
bertambah daripada yang asal.

Anda mungkin juga menyukai