Anda di halaman 1dari 28

Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan bahawa kerja kursus ini dapat disiapkan
bukannya disebabkan oleh kebolehan diri saya sendiri semata-mata, tetapi adalah
atas jasa dan kerjasama pelbagai pihak. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini.
Pertama sekali, orang yang saya ingin berterima kasih ialah pensyarah yang
mengajar saya, iaitu En. Abd Rahman bin Abdullah dan En. Zainol bin Hassan.
Mereka telah memberi penerangan yang cukup jelas tentang kerja kursus ini. Selain
itu, mereka juga sentiasa bersedia untuk menerima pertanyaan daripada saya
tentang masalah yang dihadapi semasa membuat kerja kursus ini. Mereka telah
banyak berkorban masa dan tenaga dalam membantu saya menyelesaikan kerja
kurus ini. Namun, mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan walaupun banyak
pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka. Saya memang bersyukur kepada
mereka.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan kesyukuran saya terhadap ibu
bapa saya. Mereka telah memberi sokongan dari segi kewangan dan moral kepada
saya. Apabila saya memerlukan wang untuk membeli buku rujukan, mereka akan
menyediakannya dengan serta merta, dan apabila saya menghadapi tekanan dalam
melaksanakan kerja kursus, mereka sentiasa berada di sisi saya untuk mendengar
masalah saya dan membantu saya. Mereka memang berkorban banyak untuk saya.
Selain itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tingginya terima kasih kepada
rakan sekelas saya. Mereka banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus
saya. Kami sentiasa berbincang tentang permasalahan yang kami hadapi dalam
membuat kerja kursus dan mereka memang tidak teragak-agak untuk
mengkongsikan pengalaman mereka membuat kerja kursus kepada saya.
Kesimpulannya, tanpa bantuan daripada pihak-pihak tersebut, tidak
mungkin saya dapat menyempurnakan kerja kursus saya dengan baik. Oleh itu,
sekali lagi saya menyampaikan kesyukuran saya kepada mereka.

1.0 Pengenalan
Kursus Proses dan Kaedah Reka Bentuk (RBT3162) memerlukan saya untuk
menghasilkan satu inovasi porduk yang jarang atau masih tidak ditemui dalam
pasaran. Berdasarkan laman web Kumpulan Inovasi dan Kreatif Universiti Malaysia
Perlis (KIK UNIMAP), inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk
atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau
penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam
mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan
prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Dalam erti lain,
inovasi perlu ditingkatkan supaya dapat memudahkan manusia untuk melakukan
sesuatu tindakan.
Pada abad yang ke-21 ini, semua orang memokuskan kepada kecekapan
dan produktiviti. Dengan kata lain, amalan yang dipentingkan dalam masa kini ialah
work smart,bukannya work hard. Kreativiti dan inovasi diperlukan untuk
membolehkan sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa
(cekap dan produktiviti). Untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini kita tiada
pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi.
Projek Rak Cubic merupakan hasil yang saya keluarkan untuk memenuhi
kehendak kerja kursus Proses dan Kaedah Reka Bentuk. Saya telah menggunakan
pelbagai sumber menjana idea bagi menghasilkan projek ini, Projek ini dihasilkan
berasaskan konsep inovasi dan mampu menyelesaikan masalah yang saya hadapi
dengan berkesan.

2.0 Proses Pencetusan Idea


2.1 Pernyataan Masalah
Dalam kehidupan seharian saya di IPG Kampus Pendidikan Teknik ini, satu
masalah yang agak mengacau saya ialah barang-barang saya di dalam bilik asrama
terlalu banyak dan bertaburan di merata-rata tempat. Masalah ini bertambah serius
dari semester ke semester kerana barangan saya semakin bertambah semakin lama
saya berada di IPG. Tambahan pula kampung asal saya terletak di Sarawak maka
saya susah untuk mengalihkan benda-benda yang tidak digunakan lagi balik ke
rumah. Sebagai akibatnya, saya selalu berhadapan dengan situasi di mana
barangan saya terlalu banyak dan dibiarkan bertaburan. Contohnya, buku, peralatan
memasak, alatan menjahit, bekas-bekas, alatan lukisan dan sebagainya.
Saya percaya bahawa masalah ini merupakan masalah yang umun bagi
majoriti mahasiswa ataupun pelajar yang tinggal di asrama. Satu jalan penyelesaian
yang ringkas bagi masalah ini ialah membeli sebuah rak di bilik. Namun jalan
penyelesaian ini tidak berguna bagi saya kerana rak tidak murah dan tidak mungkin
saya akan dapat membawa rak yang bersaiz besar itu balik ke Sarawak selepas
tamat pengajian. Saya tidak kaya sampai dapat membuang sebuah barangan yang
berharga RM70 ke atas begitu sahaja di IPG. Tambahan pula, asrama di IPG
Kampus Pendidikan Teknik memerlukan kami bertukar bilik setiap tahun. Rak yang
berat juga menyukarkan saya untuk mengalihkannya ke stor.

2.2 Penyelesaian Masalah


Untuk menyelesaikan masalah barangan terlalu banyak dan bertaburan, rak
merupakan satu jalan penyelesaian yang paling relevan. Rak boleh menjimatkan
penggunaan ruang dan mengorganisasikan barangan dengan kemas. Namun rak
yang biasa terlalu berat dan tidak mudah dialih kerana saiznya yang besar. Oleh itu,
tercetus idea saya untuk mereka cipta sejenis rak yang ringgan dan boleh
dibongkarkan dan dipasang semula.

6. Pencetusan Idea

Idea untuk melakarkan projek rak gantung serbaguna ini adalah semasa
menerima soalan tugasan daripada pensyarah pembimbing saya iaitu Tuan Haji
Rosehan Bin Hashim. Pencetusan idea ini saya dapati atau perolahi daripada
masalah yang saya alami sendiri dimana peralatan dan buku yang ada dibilik sangat
berterabur dan rak yang sedia terlalu besar serta tidak fleksible. Melalui masalah
yang sedia ada ia dapat memberi serba sedikit idea kepada saya untuk
menghasilkan projek yang lebih baik daripada rak yang sedia ada. Tambahan
pula,peralatan seperti alat tulis,alat solek dan alatan lain ini menyebabkan sukar
untuk dicari ketika barangan yang diperlukan pada satu-satu masa. Masalah
barangan ini pula amat memakan ruang yang besar dan tidak kelihatan tidak kemas.
Oleh itu,idea untuk menghasilkan rak gantung serbaguna merupakan idea yang amat
baik dan berinovasi.

3. Carta Alir Proses Kerja

TIDAK
YA

YA
TIDAK

4. Carta Gantt

7. Perkembangan Idea
7.1 Lakaran Perkembangan Idea

7.2 Lakaran Akhir

8. Lukisan Kerja
8.1 Lukisan Orthografik

8.2 Isometrik

8.3 Oblik

9. Senarai Bahan

10. Peralatan/ Mesin


10.1 PERALATAN YANG DIGUNAKAN
BIL

ALATAN TANGAN

Pembaris keluli

FUNGSI

Digunakan untuk mengukur dan memindah ukuran.

Membina garisan lurus pada permukaan dan menguji kerataan kayu.

Sesiku L

Menguji ketetapan 90

Menguji kerataan permukaan kayu

Membuat garisan bersudut tepat

Tolok penanda

Membuat garisan selari dengan muka atau tepi kayu bagi menanda

lebar dan tebal kayu.


4

Tolok serong

Menanda atau memindahkan sudut selain daripada sudut tepat serta

untuk membina tanggam.


5

Pahat tepi serong

tanggam.

Kerja memahat, meraut, meratakan tanggam dan mengemaskan bucu

Membuat parit dan lurah tanggam

Kikir parut

Membentuk lengkuk pada kayu

Meratakan kayu

Gergaji puting

Memotong kayu kecil

Membuat tanggam

Tukul kuku kambing

Untuk kerja am, menukul dan mencabut paku

Bahagian kuku untuk mencabut paku

Gandin kayu

Mengetuk pahat

Memasang tanggam

10

Apit G

11

Mengapit projek kecil mengglu, memahat dan menggergaji.

Tukul warrington

Untuk kerja ringan

Memukul paku kecil

Bongkol tirus untuk mula memaku

12

Ketam kayu

Untuk kerja penyediaan dan pengemasan

10.2 MESIN
BIL

MESIN FUNGSI

Mesin gergaji jig

Untuk memotong garisan lurus atau lengkung pada bahan kerja.

Senang digunakan dan mudah alih.

10.3 ALAT KEMASAN


BIL

KEMASAN

Syelek

FUNGSI

Digunakan pada permukaan kayu.

Disapu dengan berus syelek

Kertas las

Membersihkan dan melicinkan permukaan bahan kayu dan logam

Cat sembur

Memberi warna

Mencegah karat

Digunakan pada permukaan kayu, logam dan plastik

Guna bersama berus cat

11. Langkah-langkah Menghasilkan Projek

Gambar
Langkah-langkah

1. Set Up Rod
Kami membuat satu set up rod, iaitu proses merancang tanda bagi keseluruh reka
bentuk rak serbaguna gantung.
Semua ukuran dan jenis tanggam dinyatakan dalam set up rod.
Set up rod ini dijadikan panduan untuk langkah-langkah yang seterusnya.

2. Mengukur dan Menanda Bahan MDF dan Kayu Beruti


Saya mengukur dan menanda bahan MDF dan kayu beruti yang disediakan
mengikuti set up rod.
Proses ini dibuat dengan bantuan alatan seperti pensil tukang, tolok penanda, sesiku
L, pembaris keluli dan sebagainya.

3. Memotong Bahan MDF dan Kayu Beruti


Saya memotong bahan MDF dan kayu beruti yang ditanda tadi menggunakan mesin.

Dengan ini, saya akan mendapat sisi kiri, sisi kanan, sisi atas, sisi bawah, rak
tengah, panel pintu dan kotak kecil.

4. Mengukur dan Menanda Bahan MDF dan Kayu Beruti untuk Membuat
Tanggam
Saya mengukur dan menanda bahan MDF dan kayu beruti mengikut keperluan
tanggam.
Tanggam yang saya gunakan ialah tanggam bajang, tanggam parit, tanggam serong
dan tanggam kekang penjuru.
Proses ini dibuat dengan bantuan alatan seperti pensil tukang, tolok penanda, sesiku
L dan sebagainya.

5. Memotong dan Menghasilkan Tanggam


Saya memotong bahan MDF dan kayu beruti yang ditanda tadi menggunakan mesin
dan alatan tanggan seperti mesin gergaji jig, gergaji puting dan apit G.
Saya akan mendapat tanggam bajang, tanggam parit, tanggam serong dan tanggam
kekang penjuru.

6. Mencantum Projek
Saya mencantum projek dengan menggunakan glu PVA.
Selepas itu, saya memaku projek saya dengan paku kepala panel yang berlainan
saiz mengikut bahagian.
Saya memasang kumai pada projek.

Saya juga mencantumkan panel pintu kepada kotak rak serbaguna menggunakan
engsel.

7. Kemasan
Saya membuat kemasan kepada rak serbaguna saya yang siap dicantum.
Saya mengetam projek.
Selepas itu, cat disapu pada projek dengan menggunakan berus syelek.
Akhir sekali, projek dikemaskan menggunakan kertas pasir.

12. Projek Siap Mengikut Lukisan Kerja

13. Strategi Pemasaran dan Promosi


a)

Facebook / Twitter / Instagram

Pada zaman sekarang, internet merupakan antara medium yang terbaik dalam
urusan perniagaan. Salah satu medium perantaraannya ialah melalui laman sosial
Facebook, Twitter dan Instagram. Oleh itu saya akan memasarkan rak gantung
serbaguna saya melalui medium ini kepada kenalan saya yang terdiri daripada
pelbagai lapisan masyarakat.
Medium promosi ini sangat menjimatkan dan menijimatkan masa. Pasarannya
sangat luas kerana ianya bergantung kepada kenalan di laman sosial. Promosi ini
juga terus kepada pelanggan.

b)

Risalah

Promosi menggunakan risalah adalah di antara medium promosi yang menjimatkan.


Ianya mudah disampaikan dan memberi keselesaan kepada pelanggan tanpa kita
perlu memujuk, dan ianya juga menjimatkan masa kita dan juga pelanggan. Risalah
boleh menjadi rujukan pada bila-bila masa.
Saya akan menampal risalah ini pada setiap kolej kediaman dan disertakan dengan
nombor telefon untuk memudahkan proses penjualan. Hal ini kerana rak gantung
serbaguna ini sesuai dipasarkan di kalangan pelajar kerana mereka dapat
menyimpan barang dengan kemas dan sistematik.

Anggaran Kos

13. Strategi Pemasaran dan Promosi

KOS MODAL ( HARGA PASARAN )

KOS BAHAN
JUMLAH KESELURUHAN BAHAN = RM 91.80

KOS PEMBUATAN
KOS TENAGA KERJA + KOS ELEKTRIK
RM 6.00 + RM 1.20
= RM 7.20

KOS PEMASARAN
RM 5.00

HARGA PASARAN
KOS BAHAN + KOS PEMBUATAN + KOS PEMASARAN
RM 91.80 + RM 7.20 + RM 5.00
= RM 104.00

14. Refleksi

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai