Anda di halaman 1dari 18

Penghargaan Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan bahawa kerja kursus ini dapat disiapkan bukannya disebabkan oleh

kebolehan diri saya sendiri semata-mata, tetapi adalah atas jasa dan kerjasama pelbagai pihak. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali, orang yang saya ingin berterima kasih ialah pensyarahpensyarah yang mengajar saya, iaitu DR. SAKILAH BINTI SHAHKAT ALI, USTAZ ILIAS BIN EMBONG, USTAZ TUMON BIN MOROMO. Mereka telah memberi penerangan yang cukup jelas tentang kerja kursus ini. Selain itu, mereka juga sentiasa bersedia untuk menerima pertanyaan daripada saya tentang masalah yang dihadapi semasa membuat kerja kursus ini. Mereka telah banyak berkorban masa dan tenaga dalam membantu saya menyelesaikan kerja kurus ini. Namun, mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan walaupun banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka. Saya memang bersyukur kepada mereka. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan kesyukuran saya terhadap ibu bapa saya. Mereka telah memberi sokongan dari segi kewangan dan moral kepada saya. Apabila saya memerlukan wang untuk membeli buku rujukan, mereka akan menyediakannya dengan serta merta, dan apabila saya menghadapi tekanan dalam melaksanakan kerja kursus, mereka sentiasa berada di sisi saya untuk mendengar masalah saya dan membantu saya. Mereka memang berkorban banyak untuk saya. Selain itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tingginya terima kasih kepada rakan sekelas saya. Mereka banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus saya. Kami sentiasa berbincang tentang permasalahan yang kami hadapi dalam membuat kerja kursus dan mereka memang tidak teragak-agak untuk

mengkongsikan pengalaman mereka membuat kerja kursus kepada saya. Kesimpulannya, tanpa bantuan daripada pihak-pihak tersebut, tidak mungkin saya dapat menyempurnakan kerja kursus saya dengan baik. Oleh itu, sekali lagi saya menyampaikan kesyukuran saya kepada mereka.

1.0 Penulisan Esei 1.1 Pengenalan Agama memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Malaysia. Rukun Negara meletakkan Kepercayaan kepada Tuhan sebagai prinsip pertama. Oleh itu, beragama merupakan prasyarat utama sebagai rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana agama mengajar rakyat Malaysia ke arah kebaikan. Mengikut Perlembagaan Malaysia, rakyat Malaysia diberi kebebasan untuk menganut agama masing-masing. Oleh itu, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bersifat majmuk mengamalkan pelbagai agama dan kepercayaan yang berbeza. Menurut perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000, kira-kira 60.4% penduduk menganut agama Islam; 19.2% Buddha; 9.1% Kristian; 6.3% Hindu; dan 2.6% yang lain mengamalkan Konfusianisme, Taoisme dan agama Cina tradisional yang lain. Yang selebihnya dikira menganut kepercayaan animisme, agama rakyat, dan Sikhisme, melainkan 0.9% yang tidak beragama atau tidak memberikan maklumat. Selain agama, pendidikan moral juga memainkan peranan yang penting di Malaysia. Pendidikan moral merupakan salah satu misi utama dalam proses pendidikan di Malaysia sejak zaman berzaman. Selagi ada perbincangan intelektual, para pemikir pendidikan sentiasa memberi perhatian dan membincangkan tentang perkembangan dan pembangunan peribadi insan terutamanya dalam aspek berkaitan pendidikan moral dan akhlak. Apatah lagi bila melihat semakin meningkatnya kes-kes delikuensi dan jenayah juvenil yang dipaparkan oleh media. Mata pelajaran Pendidikan Moral menekankan aspek-aspek kerohanian,

kemanusiaan dan kemasyarakatan. Tumpuan khusus telah diberikan kepada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia, sejajar dengan nilai murni sarwajagat. Pemupukan dan penghayatan nilai-nilai ini akan menyumbang ke arah pembentukan insan yang mulia dan bertanggungjawab selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Masyarakat yang berilmu, bertatasusila, berbudi dan penyayang akan memenuhi hasrat negara bagi mewujudkan masyarakat yang aman damai.

1.2 Peranan Agama-agama Utama di Malaysia dalam Membentuk Insan Bermoral Agama memainkan peranan yang penting dalam membentuk insan bermoral. Sebelum saya pergi lebih lanjut dalam hal ini, saya akan menjelaskan konteks insan bermoral terlebih dahulu. Apakah yang dimaksudkan dengan insan bermoral? Menurut modul HBME3103 Pendidikan Moral Tahun 4, pada halaman 6, menyatakan insan bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral merujuk kepada individu yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Insan bermoral lahir daripada amalan nilai murni berasaskan kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Insan yang bermoral mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Penaakulan nilai moral ialah suatu proses di mana seseorang individu memperkembangkan kebolehan membuat pertimbangan dan / atau keputusan moral yang matang dan tersendiri tanpa dipengaruhi oleh perasaannya dan pandangan orang lain dalam suatu situasi moral. Dengan perkataan lain, penaakulan moral bagi seseorang individu itu adalah berdasarkan kepada pemikiran yang bebas dan rasional yang mana penekanan utamanya ialah memahami tentang nilai-nilai moral dan bertindak atau menunjukkan tingkah laku yang berasaskan nilai-nilai murni yang diterima dalam sesebuah masyarakat. Perasaan moral atau emosi moral memberi perangsangan kepada seorang untuk bertindak secara bermoral dengan yakin dan merupakan sesuatu yang tidak dapat diketepikan dalam suatu keputusan dan tindakan moral kerana manusia mempunyai perasaan. Ia adalah berkaitan dengan emosi yang menunjukkan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen, simpati, empati, murah hati, motivasi dan sebagainya. Dalam amalan seharian perasaan moral ini, ianya melibatkan kepentingan harga diri (self esteem), kepentingan kepedulian, kawalan diri, menyayangi dan disayangi yang melibatkan hati nurani. Perasaan moral akan menjadikan diri individu bertindak secara positif sekiranya mengamalkan emosi yang positif dan dapat mengawal emosi yang negatif. Dengan lain perkataan mendahulukan fikiran daripada perasaan. Tingkah laku moral adalah dimensi moral yang menterjemahkan penaakulan dan emosi moral. Tingkah laku yang baik dan buruk adalah hasil daripada

bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam tingkah lakunya. Sebagai contohnya, seseorang yang membantu orang lain dalam kesusahan seperti ditimpa kemalangan jalan raya adalah hasil daripada pemikiran baik hati iaitu kita mesti membantu orang dalam kesusahan. Di samping itu, emosi pula menyatakan rasa empati dan belas kasihan kepada orang yang dalam kesusahan. Sebenarnya ketiga-tiga dimensi moral ini adalah sama penting dalam penghayatan dan amalan dari segi moral. Rumusannya, insan yang bermoral mengamalkan dan mengembangkan penaakulan moral, emosi moral serta perlakuan moral dengan seimbang. Dengan lain perkataan, ketiga-tiga dimensi ini mesti saling berinteraksi atau mempengaruhi antara satu sama lain untuk membina satu insan yang bermoral. Secara umumnya, seseorang insan yang bermoral adalah insan yang berautonomi, rasional dan bebas dalam penaakulan, perlakuan dan perasaannya. (sumber: Modul HBME3103: Pendidikan Moral Tahun 4) Berdasarkan konsep insan bermoral yang dijelaskan, bagaimanakah agama memainkan peranan dalam membentuk insan bermoral? Saya akan menjelaskan soalan ini dari perspektif dan contoh agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu, di mana keempat-empat agama ini mempunyai penganut yang paling ramai di Malaysia. Agama Islam ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah, kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]". Rukun Islam dan Syariah membimbing Muslim untuk menjadi insan bermoral. Contohnya, salah satu Rukun Islam bagi Muslim Sunnah ialah Zakat, atau pemberian sedekah. Amalan pemberian tersebut wajib untuk semua Muslim yang mampu, berdasarkan pada kekayaan yang dikumpul. Bahagian yang ditetapkan digunakan untuk membantu yang miskin dan yang memerlukan, dan juga untuk membantu menyebarkan Islam. Dari segi penaakulan moral, seseorang Muslim itu akan menentukan sama ada dia ada kemampuan untuk memberi sedekah atau tidak, dan siapakah yang akan menerima sedekahnya berdasarkan pertimbangan yang rasional. Dia sedar bahawa pemberian sedekah tersebut dapat membantu orang yang memerlukannya. Dari segi emosi moral, dia akan berasa simpati terhadap 4

mereka yang miskin dan memerlukan bantuan, dan seterusnya dia akan mempunyai keinginan untuk membantu mereka. Dari segi perlakuan moral pula, dia akan memberi sedekah kepada orang yang memerlukannya setelah membuat keputusan dalam hati. Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Sepuluh Rukun dalam agama Kristian boleh membimbing penganutnya untuk menjadi insan yang bermoral. Sepuluh Rukun, atau Dekalog, merupakan satu senarai perintah agama, yang menurut tradisi al-Kitab, disampaikan oleh Tuhan kepada Musa di Bukit Sinai dalam bentuk dua tablet batu. Kandungannya diamalkan oleh Yahudi dan Kristian. Antara Sepuluh Rukun ialah Kamu tidak harus membunuh, Kamu tidak harus mencuri, Kamu tidak harus melakukan perzinaan dan lain-lain. Contohnya, seseorang individu mengamalkan Rukun Kamu tidak harus membunuh. Dari segi penaakulan moral, dia sedar bahawa membunuh adalah menyalahi di sisi undang-undang dan juga moral. Maka dia akan mengelakkan tindakan tersebut. Dari segi emosi moral, dia akan mempunyai perasaan salahkan diri serta perasaan berasa bersalah yang mengelakkan dia daripada membunuh. Dari segi perlakuan moral pula, dia tidak akan melakukan pembunuhan berdasarkan penaakulan moral yang dilakukan. Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha kyamuni (Siddhrtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan timur Asia. Penganut agama Buddha mempercayai kewujudan undang-undang karma. Secara ringkasnya, undang-undang karma membawa maksud bahawa setiap

manusia harus bertanggungjawab atas segala yang dilakukan dan akan menerima balasannya yang setimpal. Undang-undang karma dapat membimbing manusia untuk menjadi insan bermoral. Dari segi penaakulan moral, individu tidak akan melakukan perkara yang buruk seperti mencuri kerana dia takut menerima balasan yang buruk. Dari segi emosi moral, individu akan mempunyai perasaan takut kepada 5

balasan yang buruk dan tidak akan melakukan perkara yang jahat. Dari segi perlakuan moral pula, individu tidak akan melaksanakan sebarang perlakuan jahat atas emosi takut dan penaakulan moral yang rasional. Hinduisme, juga dikenali sebagai Dharma Vaidika (Veda) ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari benua India dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia, dan tidak dapat mengenal pasti pengasas-pengasasnya, atau dimana wujudnya agama tersebut atau bandar suci yang utama masih lagi menjadi tanda soal. Salah satu cara agama ini membimbing penganutnya untuk menjadi insan bermoral adalah melalui sistem kelahiran semula. Mereka percaya bahawa amalanamalan seseorang dalam hidupnya akan mempengaruhi kehidupannya di alam lain. Jika seseorang banyak berbuat baik dalam hidupnya, maka dia berpeluang untuk dilahirkan semua sebagai brahmin. Dari segi penaakulan moral, individu akan rajin membuat kebaikan agar dia dapat menjalani kehidupan yang baik selepas kematian. Dari segi emosi moral, individu akan mengamalkan emosi yang positif seperti murah hati dan bermotivasi kerana emosi yang positif dapat membantu individu untuk membuat kebaikan. Dari segi perlakuan moral pula, individu akan melakukan kebaikan berdasarkan kemampuannya. Kesimpulannya, boleh dikatakan agama-agama utama di Malaysia

memainkan peranan penting dalam membentuk insan yang bermoral. Semua agama membimbing manusia untuk melakukan kebaikan. Insan yang bermoral merupakan insan yang melakukan kebaikan. Maka boleh disimpulkan bahawa ajaran agama membimbing penganutnya untuk menjadi insan bermoral.

1.3 Peranan Agama dalam Membentuk Aliran Pemikiran Moral Individu Aliran pemikiran yang biasa digunakan oleh seseorang individu adalah bergantung kepada situasi yang dihadapi dan alternatif penyelesaian masalah. Cara pemikiran dan persepsi seseorang terhadap sesuatu isu juga berbeza. Aliran pemikiran individu banyak bergantung kepada pengalaman, tahap akademik dan bahan rujukan persekitaran. Di sini, saya akan cuba membuktikan bahawa agama memainkan peranan dalam membentuk aliran pemikiran moral individu.

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan kepada keadaan sebenarnya. Seorang yang beraliran pemikiran naturalis akan melihat sesuatu objek itu pada keadaan yang sebenarnya. Ia akan menerima apa yang ada. Orang naturalis ini sentiasa merendah diri. Orang yang beraliran pemikiran ini cepat memenuhi kepuasan hidup, kurang membantah dan menjadi pengikut yang setia. Agama Buddha menekankan bahawa penderitaan atau kesengsaraan hidup atau dukkha adalah lumrah alam dalam Empat Kebenaran Mulia. Tiga aspek dalam Kebenaran Mulia yang pertama ini ialah, Adanya dukkha. Dukkha harus difahami. Dukkha telah difahami. Kesengsaraan atau dukkha ialah kelahiran, menjadi tua, sakit, perpisahan dengan orang yang disayangi dan tidak mendapat sesuatu yang dikehendaki. Kebenaran mulia yang pertama ini membantu membentuk aliran pemikiran naturalisme dalam diri penganutnya kerana ia mengajar mereka untuk menerima penderitaan atau kesengsaraan hidup yang dihadapi. Emotivisme berasal dari perkataan emosi. Emosi adalah kebangkitan perasaan terhadap sesuatu objek atau situasi. Perasaan ini boleh wujud sama ada gembira atau benci. Perasaan gembira biasanya merujuk kepada perkara yang menyenangkan, disetujui dan puas hati. Perasaan benci wujud apabila keadaan yang tidak menyenangkan, cemburu dan iri hati. Tiap-tiap orang suka kepada situasi yang gembira dan cepat bertindak atau menjauhi diri dari perasaan yang tidak menyeronokan dirinya. Oleh itu, aliran pemikiran emotivis merujuk kepada manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi dan tidak melihat kepada fakta atau bukti. Perasaan ini diketahui atau ditunjukkan melalui tingkah laku, air muka, suara tinggi dan kata-kata yang digunakan. Orang yang beraliran ini rajin membaiki sendiri supaya mendapat perhatian orang lain. Mereka boleh menjadi orang yang serius, bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap kerjayanya. Hampir semua agama mengajar penganutnya untuk mengamalkan aliran pemikiran emotivisme. Kebanyakkan agama meminta penganutnya untuk

mempercayai kewujudan Tuhan, cinta dan tunduk kepada Tuhan. Contohnya, agama Kristian, Islam, Buddha dan Hindu. Mereka percaya dan mengikut ajaran agama walaupun tiada bukti yang boleh membuktikan kewujudan Tuhan. Mereka juga mengikut ajaran serta tuntutan agama kerana mereka beranggapan berbuat demikian membolehkan mereka mendapat ketenangan hati, kegembiraan,

kebahagian dan emosi lain yang disukai. 7

Menurut Mustafa Daud (1998), al-Maududi mengatakan bahawa: Nilai akhlak yang baik dan akhlak yang keji adalah berbentuk sejagat, iaitu semua masyarakat di dunia ini pada keseluruhannya mempunyai pandangan yang sama terhadap akhlak yang baik dan sama mengeji akhlak yang keji. Justeru itu, al-Quran menggunakan istilah al maruf dan al mungkar untuk akhlak yang buruk. Menurut Ibnu Khaldun pula, Agama bermatlamatkan ke arah pembinaan akhlak yang baik sama ada melalui perintah ataupun tegahan. Di sini saya boleh merumuskan bahawa semua agama termasuk Kristian, Islam, Buddha, Hindu dan lain-lain membantu membentuk aliran pemikiran emotivisme. Manusia suka kepada perkara yang menyenangkan iaitu akhlak yang baik dan menjauhi diri daripada perkara yang tidak menyenangkan iaitu akhlak yang keji. Maka dengan membimbing manusia mengamalkan akhlak yang baik, agama sebenarnya menyuruh manusia berfikir secara emotivisme. Rasionalisme berasal dari perkataan ratio yang bermakna reason atau sebab. Ahli-ahli falsafah menganggapkan penaakulan atau pemikiran rasional sebagai yang mutlak dalam soal ilmu, agama dan lain-lain. Segala tingkah laku moral adalah berasaskan hasil pemikiran rasional yakni sentiasa memikir sesuatu dengan waras dan logik. Pendekatan jenis rasionalis ini menekankan nilai-nilai seperti kebenaran, kegunaan dan mempunyai logiknya tersendiri. Pemikiran ini adalah pemikiran yang akan mewujudkan pengalaman, pemikiran logik sendiri dan fikiran kerohanian yakni hasil ciptaan Tuhan. Orang yang beraliran pemikiran ini akan sentiasan mencari bukti dan kebenaran. Individu itu akan sentiasa berfikir untuk membaiki mutu kerjanya. Usaha dan ketekunan ini akan membawa kejayaan dan kemajuan diri. Mereka suka berbahas isu-isu dan ingin meningkatkan pengetahuan dalam perkara-perkara yang ditemuinya. Sifat meneroka dan sukakan inkuari dalam setiap perkara adalah keunikan mereka. Menurut Ghazali Darusalam (1997), akhlak terhadap diri sendiri dalam lslam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, menjaga tubuh badan dan akal fikiran supaya sihat dan cergas. Oleh itu, individu dilarang membuat sesuatu perkara yang boleh merosakkan kesihatan badan dan akalnya seperti merokok, meminum minuman keras serta menyalahgunakan dadah. Di sini kita boleh lihat bahawa

agama Islam menggalakkan pemikiran rasionalisme di mana larangan perbuatan merokok, meminum minuman keras dan menyalahgunakan dadah adalah untuk kebaikan dan kesihatan individu. Contoh yang lain dalam agama Islam ialah akhlak dalam hubungan manusia dengan alam sekitar di mana manusia dilarang merosakkan alam sekitar dengan melakukan pencemaran, meratakan bukit-bukau, menebang pokok yang boleh meyebabkan ketidakseimbangan dan kemusnahan alam. Muslim yang mengamalkan akhlak tersebut akan berfikir secara rasional dan logik kerana mereka tahu akan akibat tindakan mereka. Agama Buddha juga menggalakkan pemikiran rasionalisme. Agama ini menggalakkan penganutnya mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia, iaitu kefahaman benar, pemikiran benar, kata-kata benar, tingkah laku benar, usaha benar, kehidupan benar, kesedaran benar dan meditasi benar. Hal ini bersamaan dengan orang aliran pemikiran rasionalisme yang sentiasa mencari kebenaran. Perkataan intuision dalam bahasa Latin Intueor bermakna saya

memandang tepat kepada sesuatu. Ia merupakan suatu proses melihat dan memahami sesuatu perkara secara intektual. Orang beraliran intuision ini biasanya bertindak mengikut bisikan hati kecilnya. Pemikiran dan perasaan hanya

menggunakan maklumat atau apa yang ada di matanya. Unsur intuision ini boleh melahirkan perasaan dalaman yang lebih bermakna dengan mengikut pengetahuan dan kefahaman individu. Jadi pemikiran intuision merupakan refleksi atau maklum balas separuh sedar terhadap objek atau tinggi atau dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Henri Bergson (1859-1941) berpendapat intuision adalah naluri yang membolehkan individu memahami hidupnya dari segi kerohanian. Orang yang beraliran ini akan melihat, mentafsir dan bertindak mengikut gerak hatinya. Individu ini cepat membuat keputusan, mudah menerima arahan dan mudah berkawan serta tidak mudah tersinggung. Agama Buddha boleh membentuk aliran pemikiran intuision dalam diri penganutnya. Tujuan utama dalam ajaran Buddha ialah perkembangan minda yang reflektif dalam melepaskan kepercayaan palsu. Keadaan mental ini amat penting untuk mengatasi penderitaan. Ini adalah pemikiran terbuka terhadap Empat Kebenaran Mulia dan renungan tentang apa yang ternampak dalam pemikiran sendiri. Di sini saya boleh rumuskan bahawa agama Buddha menggalakkan

pemikiran intuisionisme. Penganut agama Buddha memandang tepat pada fikirannya dan melepaskan kepercayaan palsu. Mereka juga melibatkan refleksi atau maklum balas separuh sedar untuk mengatasi penderitaan. Selain itu, insan yang berfikiran intuisionisme juga mudah terbentuk di bawah agama Buddha. Amalan Buddha, meditasi membolehkan kerohanian dalam pengajaran agung atau ilham dalam diri individu tercapai. Ini memerlukan naluri yang membolehkam individu memahami hidupnya dari segi kerohanian yang ada pada orang yang berfikiran intuisionisme. Mereka juga muda melepaskan nafsu kerana sifat mereka yang tidak mengambil hati atas sesuatu perkara.

1.4 Agama serta Aliran Pemikiran yang Pelbagai dapat Dijadikan Panduan dalam Mengatasi Masalah Moral atau Isu Semasa Dua rakan didakwa rogol gadis 15 tahun Keratan akhbar di atas melibatkan masalah moral atau kesalahan jenayah, iaitu merogol. Dalam keratan akhbar tersebut, seorang gadis berumur 15 tahun telah dirogol oleh dua orang remaja yang berumur 18 dan 19 tahun. Kedua-dua orang remaja tersebut mungkin tidak dapat berfikir dengan waras atau tidak mempunyai pegangan agama yang teguh. Mungkin mereka tidak dapat menahan nafsu mereka. Jika kedua-dua remaja tersebut dapat mengamalkan pemikiran rasionalisme atau memegang teguh kepada ajaran agama, maka perkara seperti ini tidak akan berlaku. Jika kedua-dua remaja itu mengamalkan pemikiran rasionalisme, dia akan dapat membuat penaakulan atau pemikiran yang rasional dan waras tentang perbuatan yang diambilnya. Mereka akan tahu akan tindakan mereka, iaitu merogol akan mendatangkan banyak keburukan. Antaranya, masa depan mereka akan terjejas kerana dikenakan tindakan makhamah, menjejaskan nama baik gadis tersebut serta mencederakan gadis itu dari segi fizikal dan emotional. Semua keburukan-keburukan yang besar ini akan diterima oleh mereka jika mereka memilih kegembiraan sementara yang diberikan oleh tindakan rogol tersebut. Itupun 10

kegembiraan mereka adalah terhasil atas kesengsaraan gadis tersebut. Jika mereka dapat membuat pertimbangan dengan rasional, mereka tidak akan memilih untuk melakukan perbuatan rogol ini. Selain itu, mungkin kedua-dua remaja tersebut tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh. Semua agama mengajar manusia ke arah kebaikan. Dalam Islam contohnya, Muslim dituntut untuk menjaga diri daripada melakukan perkara yang dilarang agama, undang-undang, adat serta kehendak masyarakat yang diakui syarak. Dalam Islam juga dinyatakan bahawa mereka yang melakukan perbuatan keji dan mungkar, akan mendapat dosa dan ditempatkan di neraka yang penuh dengan azab dan kepedihan. Sekiranya kedua-dua remaja tersebut berpegang teguh kepada ajaran Islam, maka kes rogol ini tidak akan berlaku kerana rogol merupakan satu jenayah yang dilarang dalam undang-undang Malaysia. Dalam Buddha pula, ada dinyatakan dalam Kebenaran Mulia yang kedua, Adanya punca penderitaan yang berkaitan dengan nafsu. Nafsu harus dilepaskan. Nafsu telah dilepaskan. Nafsu ini merangkumi nafsu untuk keseronokan, nafsu untuk menjadikan sesuatu dan nafsu untuk menghapuskan sesuatu. Perbuatan rogol itu tergolong dalan nafsu untuk keseronokan dan ajaran Buddha menggalakkan penganutnya untuk melepaskan nafsu. Jika tiadanya nafsu untuk keseronokkan, maka kes rogol ini tidak akan terjadi. Salah satu rukun agama Kristian dalam Injil Baru ialah cinta kepada jiran. Rukun ini ialah cinta kepada jiran. Jiran di sini termasuklah orang di sekeliling. Contohnya, gadis tersebut. Cinta di sini pula membawa maksud kasih sayang. Jika kedua-dua remaja tersebut mempunyai kasih sayang terhadap gadis tersebut, maka mereka tidak akan melakukan perbuatan rogol yang mencemarkan nama baik dan mencederakan hati gadis tersebut.

Gambar Norazman Mohammad : Kes Bunuh di Bandar Baru Bangi (Bapa Kelar Anak Perempuan 7 Tahun Sampai Mati + 2 Anak Cedera Parah) Ini merupakan keratan akhbar kedua yang saya cari. Dalam kes ini, seorang bapa telah membunuh anak perempuannya yang berumur 7 tahun dan mencederakan 2 lagi anak dia. Selepas itu, dia melarikan diri. Kemungkinan punca yang menyebabkan berlakunya kes ini ialah tekanan hidup yang menyebabkan lelaki

11

tersebut hilang waras. Kes ini telah mendatangkan implikasi yang buruk di mana satu nyawa telah terkorban dan satu keluarga telah musnah. Jika lelaki tersebut mengamalkan pemikiran naturalisme, mungkin dia tidak akan melakukan perbuatan kejam tersebut. Hal ini demikian kerana pemikiran naturalisme mendorong individu untuk menerima keadaan yang sebenar. Mungkin lelaki tersebut tidak dapat menerima tekanan hidup yang terlalu besar atau fakta di mana dia sudah kehilangan kerja untuk satu tahun. Selain itu, jika lelaki itu berfikiran rasionalisme, dia mungkin tidak akan melakukan perkara tersebut. Lelaki tersebut mungkin hilang waras atau ingin melepaskan tekanan yang banyak dengan melepaskan tekanan tersebut melalui perbuatan yang keterlaluan seperti membunuh anak kandungnya. Jika dia tidak hilang waras dan dapat berfikir dengan rasional dan logik, dia akan tahu akibat perbuatannya dan tidak akan mengambil perbuatan tersebut. Dari segi agama pula, mungkin lelaki tersebut tidak mempunyai pegang agama yang kukuh atau tidak beragama. Hal ini demikian kerana dalam Islam, keluarga merupakan institusi yang paling dicintai. Sebagai seorang ayah, dia seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan memberi kasih sayang kepada anaknya. Dia juga memainkan peranan sebagai sumber kewangan bagi keluarganya. Namun, pada realitinya, dia telah kehilangan kerja untuk masa satu tahun dan dia telah membunuh dan mencederakan anak kandungnya. Dia langsung tidak mengikut ajaran agama Islam. Agama Buddha menekankan karma, yang dikatakan bahawa alam semesta tertakluk kepada sebab musabab yang semula jadi. Kebaktian dan kekurangan individu dalam kewujudan yang lepas akan menentukan keadaan kewujudannya kini. Dalam kata yang lebih ringkas, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Jika lelaki tersebut berpegang kepada ajaran Buddha, dia tidak akan melakukan perbuatan bunuh kerana takut ditimpa balasan yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawanya.

Pelajar ponteng sekolah, lepak di pusat siber Ini merupakan keratan akhbar ketiga saya, di mana beberapa pelajar telah ditangkap semasa mereka ponteng kelas dan melepak di pusat siber. Punca perbuatan mereka 12

mungkin ialah kebosanan pergi ke sekolah, sikap malas serta tidak ingin menuntut ilmu dan tidak dapat menahan nafsu untuk mencari keseronokan. Implikasi tindakan mereka ialah maruah dan imej keluarga mereka terjejas, dan masa depan mereka juga terjejas kerana mereka tidak mahu menimba ilmu dan membazirkan masa di pusat siber. Jika mereka mengamalkan pemikiran rasionalisme, mereka akan tahu kepentingan ilmu pengetahuan dan tidak akan melakukan perbuatan ponteng. Mereka akan tetap pergi ke sekolah walaupun kelas memang bosan, tetapi untuk tujuan menimba ilmu dan melengkapkan diri untuk masa depan mereka. Mereka juga tidak akan melaku perbuatan merokok yang akan menjejaskan kesihatan mereka di samping membazir wang mereka. Jika mereka mempunyai pegangan agama yang kuat, mereka tidak akan memilih untuk melepak di pusat siber. Dalam agama Islam contohnya, ilmu pengetahuan amat dipentingkan. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad adalah mengenai ilmu pengetahuan, di mana umat Islam dituntut untuk menuntut ilmu. Jika mereka memegang kepada ajaran agama, maka mereka tidak akan muncul di pusat siber. Selain itu, ibu bapa mereka juga tidak menjalankan tanggungjawab mereka dalam keluarga. Islam ada menyatakan peranan dan kewajiban ibu bapa dalam keluarga iaitu memberi kasih sayang dan mendidik anak-anak. Namun kelihatan bahawa ibu bapa mereka gagal berbuat demikian kerana kesibukan untuk bekerja. Jika ibu bapa mereka dapat mengikut tuntutan agama dan mendidik anak mereka dengan baik, kes lepak ini tidak akan berlaku.

1.5 Kesimpulan Kesimpulannya, agama dan pendidikan moral adalah saling mempengaruhi dan sama-sama memainkan peranan yang penting dalam melahirkan insan yang bermoral. Aliran pemikiran moral dan ajaran agama adalah diperlukan untuk menbendung masalah-masalah moral atau isu-isu sosial.

13

Refleksi Saya berasa saya telah mendapat banyak faedah melalui penyiapan kerja kursus ini. Hal ini demikian kerana saya telah mempelajari banyak ilmu baru dan mendalam mengenai aliran pemikiran moral dan ajaran agama yang pelbagai. Saya telah tahu bahawa moral dan agama adalah dua aspek yang saling mempengaruhi dan penting dalam melahirkan insan yang bermoral. Saya juga mempelajari konsep tentang insan bermoral. Insan yang bermoral mengamalkan dan mengembangkan penaakulan moral, emosi moral serta perlakuan moral dengan seimbang. Dengan lain perkataan, ketiga-tiga dimensi ini mesti saling berinteraksi atau mempengaruhi antara satu sama lain untuk membina satu insan yang bermoral. Secara umumnya, seseorang insan yang bermoral adalah insan yang berautonomi, rasional dan bebas dalam penaakulan, perlakuan dan perasaannya. Saya mempelajari bahawa agama dapat membantu membentuk insan yang bermoral. Agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu dapat membantu membentuk insan bermoral dalam hal ini. Semua agama mengajar manusia ke arah kebaikan. Insan yang bermoral pula ialah insan yang membuat baik. Maka saya mendapat kesimpulan bahawa agama dan moral mempunyai kesamaan dan agama akan membentuk insan yang bermoral. Di samping itu, saya juga mempelajari bahawa agama memainkan peranan penting dalam membentuk aliran pemikiran yang berbeza. Terdapat empat aliran pemikiran moral yang berbeza iaitu pemikiran naturalisme, pemikiran emotivisme, pemikiran intuitionisme dan pemikiran rasionalisme. Agama-agama di Malaysia dapat membentuk individu yang berbagai aliran pemikiran moral mengikut situasi yang berbeza dan ajaran agama yang berbeza. Juga terbukti bahawa aliran pemikiran moral dan ajaran agama dapat mengatasi masalah moral. Dengan adanya pemikiran moral dan pegangan yang kukuh, seseorang individu itu tidak akan melibatkan diri dalam masalah moral. Jika sesebuah masyarakat itu mempunyai tahap moral dan pegangan agama yang tinggi, maka kadar jenayahnya rendah kerana semua orang dapat membuat pertimbangan dengan waras dan bermoral dalam tindakannya. Saya berharap saya juga dapat mencapai standard bagi seorang insan bermoral pada suatu hari nanti. Pengetahuan yang saya dapati di sini pasti akan membantu saya untuk mencapai matlamat tersebut. Hal ini demikian kerana semua 14

manusia suka akan perbuatan yang mulia, baik dan bermoral. Hal ini juga sama dengan saya, di mana saya juga ingin menjadi seorang yang bermoral. Sebagai seorang penganut agama Kristian, sebenarnya saya tidak berapa mempercayai kewujudan Tuhan. Hal ini demikian kerana saya lebih cenderung kepada aliran pemikiran rasionalisme. Tiada bukti kukuh yang boleh membuktikan kewujudan Tuhan sehingga hari ini. Namun demikian, tiada bukti juga yang boleh membuktikan ketidakwujudan Tuhan. Maka saya boleh dikatakan berada di keadaan tengah dan tidak menyokong mana-mana pihak, hanya tungga dan melihat sehingga bukti baru yang lebih kukuh dijumpai. Namun saya bersetuju bahawa agama memang membawa kebaikan untuk orang yang mempercayainya. Sebenarnya banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan kerja kursus ini, antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya. Saya berasa kesal kerana saya tidak dapat menguruskan masa saya dengan baik dan menyiapkan kerja kursus ini pada saat-saat terakhir. Kerja kursus ini telah lama diberikan, namun saya hanya memulakannya pada sehari sebelum tarikh hantarnya. Itupun tarikh hantarnya terlanggar dengan tarikh hantar tugasan yang lain dan menyebabkan saya sangat tergesa-gesa dalam menghasilkan kerja kursus ini. Masa yang saya boleh gunakan dalam kerja kursus ini amat singkat dan saya tidak dapat menjamin kualitinya. Selain itu, saya juga menghadapi masalah di mana terdapat banyak maklumat yang kena saya cari dan maklumat-maklumat tersebut susah untuk dicari di mana-mana. Saya tidak mendapat maklumat-maklumat yang baik dan sistematik mengenai agama-agama di Malaysia. Buku yang saya ada dan internet tidak mempunyai maklumat yang tersusun atur atau saya tidak dapat mencarinya. Nasib baik kawan saya ada meminjam buku yang berguna daripada perpustakaan dan saya dapat meminjam daripadanya. Kesimpulannya, dengan suka citanya saya mampu menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya, walaupun kualitinya tidak dapat dijamin. Saya juga mendapat banyak faedah dalam proses melaksanakan kerja kursus ini. Ilmu

15

pengetahuan yang saya dapati ini akan saya manfaatkan pengajaran dan pembelajaran saya pada masa akan datang. Saya akan berusaha menjadi seorang insan yang bermoral agar dapat menjadi role model untuk murid-murid saya kelak. Saya juga berharap saya dapat melahirkan murid-murid yang bermoral dan berakhlak mulia.

16

Senarai Kandungan Buku Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Penerbit Universiti Putra Malaysia Dr. Tam Yeow Kwai (2005). Pendidikan Moral: Konsep dan Pedagogi Pendidikan Moral untuk Pelajar-pelajar KPLI, LPBS dan PISMP Maktab-maktab Perguruan.Maktab Perguruan Raja Melewar

Rujukan Internet Sepuluh Rukun. diambil pada 21/4/2014 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Sepuluh_Rukun#Teks_Sepuluh_Rukun Katolik. diambil pada 21/4/2014 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Katolik#Ignatius_dari_Antiokhia Islam. diambil pada 21/4/2014 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam

17

Lampiran

18

Anda mungkin juga menyukai