Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA
PROGRAM BIMBINGAN AKADEMIK ANAK ANGKAT
(MENTOR-MENTEE)
PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU)
PISMP RBT AMBILAN JANUARI 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
TARIKH
18 JULAI 2016 05 OGOS 2016
TEMPAT
SJK(C) KUO MIN, JALAN BESAR NILAI, 71800 NILAI, NEGERI
SEMBILAN DARUL KHUSUS

DISEDIAKAN OLEH
PATRICK WONG PAK YING
GURU PELATIH PISMP RBT AMBILAN JAN 2013

1.0

TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memenuhi keperluan pelaksanaan projek


internship bagi guru pelatih PISMP semester 8 sepanjang 4 minggu di
sekolah. Kertas kerja ini juga bertujuan untuk memohon pihak
pentadbiran SJK(C) Kuo Min Nilai bagi mempertimbangkan dan
meluluskan cadangan bagi melaksanakan Program Bimbingan Akademik
Anak Angkat (Mentor-Mentee).
2.0

LATAR BELAKANG

Internship merupakan salah satu program latihan di lapangan yang


bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada
dengan

amalan

sebenar

tugas

guru

permulaan.

Guru

pelatih

dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek atau aktiviti yang


berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik
darjah.
Saya, sebagai guru pelatih 8 PISMP dari IPG Kampus Pendidikan Teknik
telah memilih untuk melaksanakan Program Bimbingan Akademik Anak
Angkat (Mentor-Mentee) sebagai projek individu yang dikehendaki dalam
internship. Program ini merupakan satu platform bagi membantu
penguasaan kemahiran asas murid sasaran Tahun 6 dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris melalui tunjuk ajar individu oleh gurunya.
Rasional

saya

memilih

mata

pelajaran

Bahasa

English

ialah

kebanyakkan murid SJK(C) Kuo Min lemah dalam mata pelajaran ini.
Oleh itu, saya merancang program ini untuk membantu pihak sekolah
meningkatkan kadar kelulusan murid dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris.
3.0

ASAS PERTIMBANGAN

3.1

Objektif Umum

Program Bimbingan Akademik Anak Angkat (Mentor-Mentee) ini


adalah untuk memenuhi keperluan program internship bagi siswa
dan siswi pendidik iaitu merancang, mengurus dan melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di
sekolah. Program Bimbingan Akademik Anak Angkat (MentorMentee) ini juga bertujuan untuk membantu murid sasaran Tahun 6
mendapat bimbingan secara individu untuk mencapai keputusan
akademik yang lebih baik dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Program ini juga diharapkan untuk membantu meningkatkan
peratus kelulusan mata pelajaran Bahasa Inggeris sekolah dalam
UPSR yang akan datang.
3.2

Objektif Khusus
3.2.1 Memberi bimbingan membaca dan menulis secara
individu kepada murid.
3.2.2 Memberi pendedahan kepada murid tentang cara
menjawab soalan ujian Bahasa Inggeris dengan bijak.
3.2.3 Meningkatkan keyakinan diri dan sifat berani murid
untuk mencuba serta bersikap positif terhadap Bahasa
Inggeris.
3.2.4 Mencapai matlamat kementerian dalam usaha ke arah
memperkasakan Bahasa Inggeris (MBI).
3.2.5 Meningkatkan keputusan mata pelajaran Bahasa
Inggeris murid dalam UPSR.

3.2.6 Meningkatkan peratus kelulusan UPSR sekolah dalam


mata pelajaran Bahasa Inggeris.

4.0

CADANGAN

PELAKSANAAN

PROGRAM

BIMBINGAN

AKADEMIK ANAK ANGKAT (MENTOR-MENTEE)


4.1

Maklumat Program Bimbingan Akademik Anak Angkat


(Mentor-Mentee)
Tarikh

: 18 Julai 2016 05 Ogos 2016 (3 minggu)

Tempat

: SJK(C) Kuo Min, Nilai

Masa

: 7.20 pagi 7.45 pagi

Penasihat: Pn. Loke Fong Ying

4.2

Penyertaan/ Senarai murid Tahun 6

Bil

Nama Murid

Kelas

1.

Preevin

6K

2.

Pavitran

6K

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Bil

Butiran

Bahan cetakan

Sumbangan Sekolah

Hadiah dan ganjaran

RM 10.00

JUMLAH

6.0

Kos

RM 10.00

KESIMPULAN

Usaha untuk mengadakan Program Bimbingan Akademik Anak Angkat


(Mentor-Mentee) ini adalah sangat baik dan relevan sebagai satu laluan
untuk membantu guru pelatih terus memupuk nilai keguruan dan lebih
peka kepada sistem pentadbiran pendidikan dan iklim serta budaya
sekolah masa kini. Program ini juga dapat membantu sekolah untuk
meningkatkan prestasi murid-murid tertentu dalam UPSR yang bakal
datang. Melalui program ini, guru akan lebih peka dan fokus kepada
masalah pelajaran murid dan maka guru lebih mudah untuk membantu
menyelesaikan masalah murid.

7.0

SYOR

Saya mengharapkan agar pihak pentadbiran SJK(C) Kuo Min Nilai dapat
mempertimbangkan dan meluluskan cadangan pelaksanaan Program
Bimbingan Akademik Anak Angkat ini. Saya amat bermotivasi dan ikhlas
dalam membantu pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi muridmurid berkenaan dalam akademik. Kerjasama dan sokongan daripada
pihak sekolah dipohon bagi menjayakan program internship guru pelatih
PISMP RBT Ambilan Januari 2013.

ULASAN

Ulasan Mentor/Guru Pembimbing:


..........................................................
..........................................................

.......................................

..........................................................

Ulasan Ketua Panitia


Mata Pelajaran Bahasa Inggeris:
..........................................................
..........................................................

.......................................

..........................................................

Ulasan Penolong Kanan I:


..........................................................
...................................................... ...

.......................................

...................................................... ...

Ulasan Guru Besar:


..........................................................
...................................................... ...

.......................................

...................................................... ...

Anda mungkin juga menyukai