Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK NEGERI SEMBILAN TEL: 06-7979616 FAKS:

06-7979699

KERTAS CADANGAN KARNIVAL PERMAINAN PING PONG PERINGKAT IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK SESI 2013

DEWAN SERBAGUNA IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK 04/10/2013 (JUMAAT)

ANJURAN KELAB PINGPONG 2PISMP 2013 IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK NEGERI SEMBILAN

KARNIVAL PERMAINAN PING PONG PERINGKAT IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK SESI 2013
TUJUAN Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Tuan Pengarah ataupun barisan pentadbir IPG Kampus Pendidikan Teknik mengenai cadangan mengadakan karnival permainan ping pong peringkat IPGM Kampus Pendidikan Teknik sesi 2013 di Dewan Serbaguna IPGM Kampus Pendidikan Teknik.

1.0

OBJEKTIF 1.1 Bagi mencungkil bakat- bakat baru yang boleh diketengahkan untuk mewakili IPGM Kampus Pendidikan Teknik pada masa hadapan. 1.2 Bagi menggalakkan para guru pelatih IPGMKPT bersukan kerana ia adalah salah satu aktiviti riadah yang baik. 1.3 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. 1.4 Melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, sosial dan intelek.

2.0

LATAR BELAKANG 2.1 Karnival permainan ping pong peringkat IPGM Kampus Pendidikan Teknik ini merupakan satu aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh kelab ping pong. Peserta karnival ini terdiri daripada guru pelatih, para pensyarah, staf-staf sokongan IPGM Kampus Pendidikan Teknik. 2.2 Aktiviti ini merupakan latihan bagi para guru pelatih kelab ping pong untuk mengelola sesuatu karnival atau program apabila sudah berada di medan utama iaitu di sekolah nanti.

3.0

MATLAMAT Pelaksanaan karnival ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada setiap ahli pengurusan kelab ping pong tentang satu sistem pengurusan acara sukan yang bakal berlangsung dengan jayanya. Selain itu, guru pelatih dapat menambah ilmu dari segi pengurusan yang ditadbir melalui perancangan strategik, pengelolaan efisien, pengarahan adil, kerjasam sepasukan, koordinasi, pelaporan tugas, penganggaran dan kegunaan belanjawan yang bijak. Guru pelatih yang mengikuti karnival pertandingan ini juga dapat memperoleh ilmu pengetahuan dari segi teknik bermain, syarat dan peraturan serta lain-lain. Dengan ini, para guru pelatih dapat mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. Melalui karnival ping pong ini juga, secara tidak langsung dapat memupuk minat serta semangat kesukanan yang tinggi dalam permainan ping pong. Oleh itu, dengan adanya karnival ini, dapat melatih guru untuk mengelola karnival apabila sudah berada di alam sebenar iaitu alam persekolahan nanti.

4.0

ASAS PERTIMBANGAN

Karnival permainan ping pong untuk para guru pelatih di IPGMKPT ini dilaksanakan bagi memastikan pelajar: 4.1 Memberi peluang kepada guru pelatih merasai sendiri pengalaman dan cara menguruskan prosedur pengelolaan dalam mengelola program karnival permainan ping pong. 4.2 Melatih guru pelatih untuk memupuk sikap bertoleransi,

bertanggungjawab dan berkeyakinan diri. 4.3 Membentuk guru pelatih yang mampu berdikari dan mampu untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi 4.4 Melahirkan guru pelatih yang berupaya untuk mengeluarkan buah fikiran yang bernas semasa menjalankan pegelolaan permainan atau karnival dalam sesebuah organisasi yang dijawatkan.

4.5

Membuka peluang kepada para guru pelatih untuk mencungkil bakat yang terpendam.

4.6

Mengeratkan hubungan silaturahim antara para guru pelatih, pensyarah dan staf-staf sokongan IPGMKPT.

4.7

Memupuk semangat kerjasama antara penganjur dan peserta dalam menjalankan sesuatu program

5.0 RASIONAL PEMILIHAN GELANGGANG PING PONG IPGMKPT Kawasan dewan serbaguna IPGMKPT ini merupakan gelanggang ping pong yang sesuai dan mempunyai kelengkapan yang secukupnya. Gelanggang ini membolehkan aktiviti dijalankan dengan lancar. Gelanggang ini sesuai kerana terlindung daripada tiupan angin serta kawasan gelanggang yang mampu menghalang bola ping pong daripada bergerak jauh apabila bermain.

6.0

CADANGAN PELAKSANAAN

Cadangan pelaksanaan bagi mengadakan karnival permainan ping pong adalah seperti berikut: Tarikh Masa Tempat : 04/ 10 / 13 ( Jumaat) : 2. 30 petang : Dewan Serbaguna IPGMKPT

7.0

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLAAN KARNIVAL

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari

: En. Azemi bin Ismail : Asri bin Abbas : Chow Yun Sin : Nur Anati binti Nor `Azam : Nor Atasha binti Normi

7.1

AHLI JAWATANKUASA URUSETIA

1. AJK Peralatan & Gelanggang Kam Ke Yin Patrick Wong Pak Ying 2. AJK Dokumentasi Nur Anati binti Nor `Azam 3. AJK Hadiah & Sijil Sangeethe a/p Muthusamy Chu Hui Yuon 4. AJK Minuman Nurul Hidayah binti Morni 5. AJK Pendaftaran & Promosi Tan Zhi Leng Loke Chiew Horng 6. AJK Persiapan T-shirt Vikneswaran a/l Ramachanderen 7. AJK Teknikal Nur Zawani binti Mokhtar Masmunirah binti Abu Hasan AJK Pengadilan Semua AJK terlibat kecuali AJK Teknikal

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Seperti di dalam Lampiran B

9.0

SENARAI TUGAS Seperti di dalam Lampiran C

10.0

JADUAL PERLAWANAN Seperti di dalam Lampiran D

11.0

BORANG PERMAKAHAN Seoerti di dalam Lampiran E

12.0

Syor / Penutup Semoga dengan apa yang kami rancangkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta dapat kami aplikasikan ilmu dan manfaat yang kami perolehi secara bersama. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan amatlah kami harapkan dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

( NUR ANATI BINTI NOR `AZAM) Setiausaha, Karnival Permainan Ping Pong Kelab Ping Pong 2PISMP 2013, IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan

LAMPIRAN

PENGESAHAN DAN ULASAN

Ulasan Ketua Jabatan : .................................................... ........................................... ( )

Ulasan Unit Kewangan : ................................................... ................................................... ................................................... .......................................... ( )

Ulasan Pengarah / Timbalan Pengarah : ...... .. ...................................................... ............................................ ( )

LAMPIRAN A

ANGGARAN PERBELANJAAN KARNIVAL PING PONG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK ANJURAN KELAB PING PONG 2 PISMP 2013

PERKARA
BAJU AHLI PING PONG 1 helai = RM 15

ANGGARAN

14 ahli ping pong x 15 = RM 210 Kordial, gula, dan cawan kertas = RM 26.35 Ditaja oleh EncikAzmi dan Kelab Pensyarah

MINUMAN

HAMPER

Piala

Ditaja oleh Encik Azmi dan Kelab Pensyarah

Jumlah anggaran

= RM 210 +RM 26.35 = RM 236.35

Disediakan oleh,

( Nor Atasha binti Normi )

LAMPIRAN B

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK DAN AHLI-AHLI

PENGERUSI Mempengerusikan semua mesyuarat dan tanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. Memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasa.

NAIB PENGERUSI Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Mempengerusikan mesyuarat ketika ketiadaan pengerusi. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasa.

SETIAUSAHA Menyiapkan kertas kerja untuk urusan permohonan seperti permohonan kelulusan mengadakan karnival ping pong. Mengeluarkan memo untuk panggilan mesyuarat. Menguruskan segala bentuk permohonan kepada pihak-pihak tertentu. Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada individu tertentu atau badan-badan tertentu.

LAMPIRAN C-1

BENDAHARI Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan. Melaporkan laporan terkini tentang kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

JAWATANKUASA PERALATAN Membuat tempahan berkaitan dengan sebarang peralatan yang hendak dipinjam dari IPGMKPT. Memantau dari semasa ke semasa permohonan tempahan yang dibuat. Mengira kuantiti barang dan peralatan yang dipinjam sebelum dan selepas peminjaman dibuat agar tidak berlaku sebarang masalah. Memastikan peralatan selamat untuk digunakan

Jawatankuasa Dokumentasi Mengambil gambar untuk dijadikan laporan dokumentasi projek. Membuat laporan akhir projek sebagai simpanan.

LAMPIRAN C-2

Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan, menyelaras dengan Jawatankuasa Permainan dan Pengadilan. Jawatankuasa Makanan dan Minuman Menentukan jenis minuman pada hari tersebut. Menguruskan minuman yang disediakan untuk pengelola, peserta dan pensyarah. Memastikan pengurusan minuman berjalan lancar dengan pembahagian tugas yang baik. Menyusun hadiah dan hamper. Menyediakan senarai pemenang hadiah.

Jawatankuasa Pendaftaran & Siaraya Menguruskan tempat pendaftaran Menyediakan kaunter pendaftaran untuk sebarang urusan pendaftaran dan pertanyaan. Memastikan keperluan borang-borang yang diperlukan semasa pendaftaran. Bekerjasama dengan AJK pendaftaran untuk mengumpul peserta-peserta yang ingin menyertai dengan cara publisiti. Menghebah maklumat berkaitan pertandingan dengan cara yang berbeza seperti di laman sosial Facebook. LAMPIRAN C-3

Jawatankuasa Teknikal Menyediakan petak pemarkahan untuk digunakan oleh pengadil sewaktu pertandingan berlangsung. Memastikan keselamatan kawasan pertandingan selamat dan tidak licin untuk mengelakkan sebarang kecederaan kepada peserta. Memastikan jadual pertandingan mengikut susunan yang telah ditetapkan.

Jawatankuasa Pengadilan

Mengadili pertandingan yang diadakan secara adil. Menyusun jadual pertandingan dan memastikan ianya berjalan lancar Bekerjasama dengan Jawatankuasa Teknikal tentang kiraan mata. Memastikan peserta mempunyai waktu rehat selepas satu-satu perlawanan. Memastikan pertandingan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

LAMPIRAN C-4

LAMPIRAN D1 DAN 2, SILA PRINT FILE JADUAL PERLAWANAN

11.0

BORANG PERMAKAHAN

Para pengadil akan menandakan ( / ) pada setiap mata yang diperoleh oleh pemain. Set 1 A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 B 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Set 2 B 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Set 3 B 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

LAMPIRAN E

RUJUKAN

Kertas Kerja Kejohanan Badminton Beregu Lelaki Terbuka (2008, Ogos), Disunting 18 Januari2011, daripada http://www.scribd.com/doc/12916476/Kertas-Kerja-

Kejohanan-Badminton-Beregu-Lelaki-Terbuka-2008-Ada-Karpet Kertas Kerja Program Super (2010, April), Disunting 18 Januari2011, daripada http://www.scribd.com/doc/13574388/Kertas-Kerja-Program-Super Kertas Kerja Karnival Sukan Staf(2005, Februari), Disunting 1 Februari2011, daripada http://www.docstoc.com/docs/20994946/Kertas-Kerja-Karnival-Sukan-StafKUiTTHO-2005-bagi-acara Kertas Kerja (2007, Februari), Disunting 1 Februari 2011, daripada

http://www.scribd.com/doc/13801448/Contoh-Kertas-Kerja

Anda mungkin juga menyukai