Anda di halaman 1dari 32

PENGHARGAAN

Assalamualaikum.... Pertamanya saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana tanpa dengan izinNya saya pasti tidak mampu menyiapkan tugasan ini dengan baik dan sempurna. Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada En Abdul Sukur iaitu pensyarah saya kerana beliau banyak memberikan bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan buat rakan-rakan saya terutama sekali rakan sekelas saya yang telah banyak memberikan pandangan serta pendapat mereka mengenai tugasan terbabit. Juga kerana mereka turut membantu menyumbangkan idea-idea bernas mereka kepada saya ketika penghasilan tugasan ini. Tidak lupa juga penghargaan ditujukan kepada kedua ibubapa dan keluarga kerana berkat doa serta semangat yang diberikan kepada saya dapat saya siapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir kata dari saya semoga Allah dapat membalas segala bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang perlaksanaan tugasan ini. Saya amat menghargai segala bantuan yang diberikan sehingga saya mampu menyiapkan tugasan yang saya anggap susah ini dengan jayanya.

Sekian terima kasih.

PENGENALAN
Subjek Teknologi Bahan dan Pembuatan dalam kursus RBT 3102 memberi pendedahan kepada guru pelatih mengenai perkembangan teknologi dan pembuatan bahan, jenis-jenis bahan mentah, sifat bahan mentah, asas pembinaan produk, barangan logam dan kelengkapan, bahan hiasan dalaman dan luaran, perkembangan industri pembuatan tempatan, penggunaan bahan kitar semula dan penerapan unsur pedagogi dan pentaksiran. Saya diberikan tugasan untuk menyiapkan satu projek iaitu projek rak kasut. Projek rak kasut ini merupakan tugasan saya bagi subjek teknologi bahan dan pembuatan. Rak kasut ini dapat menyelesaikan masalah bagi pengguna yang mempunyai masalah untuk meletakkan kasut-kasut mereka. Oleh itu, saya mencipta rak kasut yang sederhana kecil,mudah dialihkan, mudah digunakan, menarik serta mempunyai pelbagai kegunaan. Selain itu, rak kasut yang saya cipta ini ringan dan dapat memuatkan beberapa pasang kasut. Oleh itu, pengguna mudah untuk mengalihkan rak kasut itu serta dapat menggunakan ruang untuk kasut itu sepenuhnya. Melalui projek rak kasut ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menjanakan idea serta membolehkan pelajar untuk menggunakan peralatan secara amali. Selain itu, pelajar dapat menggunakan meningkatkan kemahiran dan pengalaman kepada pelajar. Disamping itu, para pelajar dapat meningkatkan keberanian dan keupayaan diri mereka dengan membuat projek ini secara individu. Kerja kursus ini juga menguji nilai kretif dan kesungguhan yang ada dalam diri pelajar.

RASIONAL PROJEK
Projek rak kasut ini dilaksanakan untuk: 1. Memudahkan pengguna untuk meletakkan kasut-kasut mereka. 2. Rak kasut yang mudah dipindahkan atau dibawa kemana sahaja kerana saiznya yang sederhana besar dan tidak terlalu berat. 3. Projek yang dapat menjimatkan penggunaan ruang dan menjadikan susunan ruang lebih kemas.

MATLAMAT
1. Melahirkan pelajar yang dapat menjana idea secara kreatif dan kritis dengan baik. 2. Mewujudkan daya cipta dan daya saing dalam diri pelajar. 3. Memberi pengalaman dan kemahiran kepada pelajar untuk belajar prosedur untuk mencipta. 4. Melahirkan pelajar yang cekap, berpegetahuan dan pakar dalam bidang yang diceburi.

OBJEKTIF
Objektif projek rak kasut ini dilaksanakan adalah untuk : 1. Membolehkan pelajar menggunakan kemahiran mengendalikan mesin dan alatan di bengkel. 2. Mewujudkan sifat daya cipta dalam kalangan pelajar. 3. Membolehkan pelajar menimba pengalaman serta kefahaman yang berguna kepada pelajar. 4. Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan pakar dalam bidang kursus yang dipelajari.

PENYATAAN MASALAH
Melalui pemerhatian dan pengamatan yang saya lakukan, saya dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengguna atau pembeli rak kasut. Dari pemerhatian saya, pengguna amat mementingkan kekemasan, keringanan, kegunaan, kecantikan, kelasakan, harga, dan ketahanan.

Masalah yang sering menimpa para pengguna ialah: Bentuk yang tidak menarik. Tidak tahan lasak. Berat dan banyak memakan ruang. Harga yang tidak berpatutan.

Oleh itu,bagi projek saya kali ini saya akan mencipta sebuah rak kasut yang memenuhi ciri-ciri rak kasut yang diingini pengguna seperti: Rak kasut yang mempunyai reka bentuk yang menarik serta mempunyai nilai estatika. Tahan lasak dan kukuh. Saiz yang sederhana besar dan ringan. Harga yang berpatutan dengan kualiti mutu yang tinggi.

MENGUMPUL MAKLUMAT
Sumber yang digunakan untuk mendapatkan maklumat melalui: 1. Pemerhatian Membuat pemerhatian terhadap rak kasut yang berada di persekitaran tempat kediaman. Membuat pemantaun dipasaraya-pasaraya untuk mengetahui mutu,kualiti dan harga.

2. Internet Melihat reka bentuk yang terdapat di laman web.

3. Rujukan buku dan majalah. Melihat reka bentuk rak kasut yang ada di dalam majalah dan buku.

4. Bimbingan pensyarah dan rakan Meminta pendapat dan pandangan daripada mereka. Meminta bantuan untuk mendapatkan reka bentuk rak kasut yang baik.

PROSES PEMBINAAN PROJEK


PROSES-PROSES KERJA

Pengukuran Dan Penandaan

Pemotongan Bahan

Pemasangan Bahan

Membuat Kemasan

Pengujian projek

Menyediakan folio

persembahan

Perbincangan Pensyarah pelajar

Kemasan

Mengenal pasti masalah

PROSES PEMBUATAN RAK KASUT

Pembinaan & pemasangan projek

Perkembangan idea

Penyediaan tanggam yang sesuai

Pemilihan idea

Penyediaan bahan

Pemilihan idea terbaik

Menyediakan lukisan kerja menggunakan perisian CAD

Susunatur & merancang kerja.

BAHAN YANG DIGUNAKAN.


Kayu

Kayu sesuai dijadikan bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya dalam menanggung beban. Kekuatan kayu ini adalah berbeza mengikut jenis pembebanan dan tidak boleh dikelaskan kepada beberapa iaitu kekuatan tegangan, kekuatan mampatan, kekuatan ricih, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah bentuk serta penekanan mendalam. Dalam projek rak kasut saya ini, kekuatan struktur kayu ricihan dan tegangan struktur sambungan jejari diberi penekanan. Kekuatan tegangan kayu ialah kebolehan struktur kayu dalam menahan daya yang meregangkan dari kedua-dua arah. Kekuatan tegangan kayu yang selari dengan ira merupakan kekuatan tertinggi kayu. Kekuatan ini bergantung kepada kekuatan serat,panjang dan tentu-arah tersebut. Kekuatan tegangan dikaitkan dengan sifat mekanik struktur kayu yang meliputi tiga keadaan iaitu rintangan terhadap ubah bentuk dan sifat kenyal, sifat kekuatan dan sifat prestasi yang lain. Sebelum menggunakan struktur kayu sebagai bahan binaan, beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dari segi kekuatan struktur kayu. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi nilai kekuatan kayu ialah sudut kecondorongan ira, ketumpatan, kandungan lembapan, buku, cerun ira, ciri ortotropik, dan saiz kayu yang digunakan. Kesemua faktor tersebut memainkan peranan penting dalam penentuan kekuatan dan ketegangan sesuatu kayu.

A. Jenis Kayu Kayu Keras 1) Cengal 2) Sepetir 3) Kapur B. Saiz Kayu Kayu Lembut 1) Kayu Getah 2) Jelutung 3) Meranti

1. Papan Tebal Tebal 38 mm - 100 mm Lebar 150 mm ke atas Panjang 3 m - 6 m 3. Kayu Beroti Tebal 38 mm - 100 mm Lebar 75 mm - 150 mm Panjang 3 m - 4 m

2. Papan Nipis Tebal 10 mm - 38 mm Lebar 76 mm ke atas Panjang 3 m - 6 m 4. Kayu Jerjak Tebal 20 mm - 38 mm Lebar 25 mm - 76 mm Panjang 3 m - 6 m

C. Kecacatan Kayu I. Meleding II. Berspring

III.

Berpiuh

IV.

Berpintal

V.

Berpusar

VI.

Merekah

D. Ciri-ciri kayu

1) Boleh di dapati dalam pelbagai saiz 2) Mempunyai ira dan urat kayu yang menarik 3) Boleh dibina dengan pelbagai jenis tanggam 4) Boleh mengecut jika tidak dikeringkan dengan betul 5) Mudah diserang serangga perosak

PAPAN LAPIS

Papan Lapis terdiri beberapa lapisan kayu yang dipotong nipis disusun secara berselang-seli dan diglu dan dimampatkan bersama-sama melalui proses kilang. Papan lapis dijual dalam saiz yang besar seperti 4' x 8' dan digredkan berdasarkan ketebalan

Jenis : Kalis air Tidak kalis air Kegunaan : Untuk membuat dinding bilik, perabot, pintu, rak dan kotak Kelebihan : Mudah dipotong Tidak retak dan meleding Kukuh dan tahan Keburukan : Mudah lekang apabila terkena air Hanya boleh digunakan di dalam rumah

MDF

Medium Density Fibreboard (MDF) ialah bahan komposit yang berasaskan serat kayu lembut dan kayu terbuang. MDF ialah papan gentian yang dikeringkan dan dimampatkan bersama glu urea. Mempunyai sifat fizikal yang lebih baik daripada papan yang lain. Mempunyai permukaan yang licin dan sesuai untuk pembinaan perabot dan pembinaan am. Kegunaan : digunakan dengan meluas dalam industri perabot dan perumahan moden. Kelebihan : i. ii. iii. iv. Tahan haba Tidak retak Tidak mudah bengkok dan meleding Permukaannya lebar dan rata

PROSES MENANDA

Alatan Menanda
Pembaris Keluli.

Diperbuat daripada keluli kalis karat atau keluli alat.Skalanya ialah dalam unit inci dan metrik. Digunakan untuk mengukur jarak lurus, menguji keratan permukaan benda kerja, dan membuat garisan lurus.

Pensil Penanda

Mata dan badan pensil ini lebih tebal dan lebar dan permukaanya berbentuk segi empat tepat. Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan merancang tanda. Ciri-cirinya lasak dan tidak mudah patah seperti pensil biasa.

Sesiku L.

Merupakan satu tolok yang digunakan untuk memasang dan mengukur sudut 90 sama ada bahagian luar ataupun dalam. Digunakan untuk menguji ketepatan sudut dan menanda garisan bersudut tepat dengan sesuatu permukaan yang lurus.

Pita Ukur Keluli.

Digunakan untuk mengukur jarak.

Pembaris keluli, pensil penanda, dan pita pengukur untuk melakukan proses menanda bagi projek rak kasut saya. MDF dan kayu diukur menggunakan pembaris keluli dan pita pengukur. Setelah mengukur, saya menandakan ukuran saya dengan menggunakan pensil penanda, sesiku L dan pembaris keluli.

PROSES MEMOTONG

ALATAN MEMOTONG

Mesin Gergaji Lengan.

Digunakan untuk mengerat lurus atau serong, membuat tetingkat dan parit. Digunakan untuk mengerat lurus atau serong bahan kerja. Juga digunakan untuk membuat tetingkat dan parit. Memotong kayu yang tebal seperti MDF. Mesin ini juga dapat menghasilkan pemotongan yang licin dan berketepatan yang jitu.

Mesin Gergaji Bulat.

Digunakan untuk membelah kayu, membuat lurah dan membuat tetingkat.

Gergaji Jig.

Gergaji

ini antara lain digunakan untuk membuat potongan dalam yang

beraneka bentuk bagi bahan kayu atau logam yang nipis. Berbagai-bagai jenis mata gergaji boleh di dapati untuk memotong bahan bahan yang berlainan. Kayu keras hingga 50 mm tebal boleh dibelah ataupun dikerat dengan gergaji ini.

PENCANAI (GRINDER)

Mesin ini terdiri daripada satu motor dipasakkan di atas meja. Pada pengumpar motor dipasangkan roda canai yang diperbuat daripada batu karborundum. Biasanya satu pengumpar dipasangkan dengan rob canai gred halus dan satu lagi dipasangkan dengan rob canai gred kasar. Alat-alat tangan seperti pahat, mata ketam, mata gerudi dan sebagainya ditajamkan dengan mesin pencanai. Setelah lama digunakan, roda canal perlu dibersihkan dengan salah satu cara berikut: (a) Rola canai ini perlu dikisarkan dengan kikir yang dikerah sebagai alat dressing. (b) Ia hendaklah direndamkan dalam minyak tanah. (c) Ia hendaklah dipanaskan dalam dapur.

PROSES MENYAMBUNG, MENGAPIT DAN MENYANGGA

ALATAN MENYAMBUNG

Mesin Gerudi Tangan

Digunakan bagi kerja menebuk kayu, keluli, tembok bata dan struktur konkrit. Gerudi merupakan alat mudah alih yang paling banyak digunakan. Ada tiga kategori gerudi iaitu: ringan, am dan kerja berat yang dihasilkan dalam beberapa saiz dan julat laju. Gerudi ini direkabentuk untuk menebuk lubang yang berlainan saiznya pada sebarang bahan: kayu. konkrit, keluli, plastik dan lain-lain lagi

Skru

Digunakan untuk memegang dan merapatkan kepingan-kepingan kayu dan juga untuk memasang engsel dan kunci. Glu

Glu ialah bahan pengikat untuk melekatkan dua bahan supaya kukuh. Digunakan untuk melekatkan dua bahan yang berlainan seperti plastik dengan kayu. Gandin Kayu

Digunakan untuk mengetuk pahat dan kerja pemasangan tanggam.

Gergaji Puting

Digunakan untuk membuat puting dalam kerja membuat tanggam.

Apit G

Digunakan untuk mengapit dua keping kayu yang bercantum pada permukaannya. Apit ini diperbuat daripada besi tuangan berbentuk G dalam beberapa saiz. Apit ini digunakan untuk mengapit bahagian kerja muka ke muka dan kerjakerja am.

Pahat Peraut

Digunakan untuk mengemas potongan kerja tanggam.

Mesin Router

Digunakan untuk kerja-kerja membentuk (kumai) sisi dan kayu.

Kikir

Digunakan untuk memotong, menipiskan atau melicinkan permukaan sesuatu komponen atau benda kerja. Proses memotong, menipiskan dan melicinkan dinamakan mengikir.

JENIS TANGGAM YANG DIGUNAKAN Tanggam Parit Terus. Proses membina tanggam parit terus: a) Ketam papan ke ukuran yang diperlukan. b) Pertapakan tanggam. c) Potong papan untuk dijadikan bahagian-bahagian tanggam. d) Surih garisan pertapakan dengan menggunakan pisau penanda dan sesiku L serta tandakan bahan buangan. e) Gergaji di sebelah dalam bahan buangan sehingga sampai ke had dalam parit. f) Tarah bahan buangan dengan menggunakan pahat. g) Ratakan dasar parit dengan menggunakan ketam gigi. h) Pasangkan bahagian-bahagian tanggam.

Tanggam Puting.

Proses membina tanggam puting biasa: a) Merancang tanda puting pada hujung dan lubang pada tengah pemidang kayu. Ketebalan puting adalah 1/3 daripada tebal kayu dan ditanda menggunakan tolok penanda. b) Menggergaji hujung kayu bagi menghasilkan puting. c) Memahat bagi menghasilkan lubang. d) Tanggam dicantum dengan memasukkan puting ke dalam lubang.

e) Uji ketetapan dengan sesiku L. f) Tanggam lubang dan puting biasa yang telah siap dipasang. Tanggam ini adalah tanggam yang paling kuat dalam kategori tanggam pemidang. Ia mempunyai berbagai-bagai bentuk dan tiap-tiap bentuk ini pula mempunyai fungsi yang tertentu. Tanggam ini boleh dipasakkan dengan menembuskan muka pemidang tegak dan puting untuk menguatkannya.

KEMASAN.
kkh

ALATAN UNTUK KEKEMASAN Mesin Pelelas (Pemasir)

Digunakan untuk melicinkan permukaan kayu.

Syelek

Berfungsi untuk melindungi dan mencantikkan permukaan projek. Syelek disapu ketika cuaca kering menggunakan berus syelek atau disembur menggunakan penyembur dan mesin pemampat udara. Berus Syelek

Digunakan untuk menyapu syelek atau lekar. Tepung Penyumbat

Tepung penyumbat digunakan untuk menyumbat liang atau ira kayu dan juga menyumbat tanggam yang terlalu besar untuk mengukuhkannya. Tepung penyumbat dibancuh menggunakan pewarna atau air dan adunan tersebut disapukan pada permukaan kayu menggunakan pengikis atau kain. Setelah tepung penyumbat kering, barulah permukaan tersebut digosok menggunakan kertas las.

Kertas Las

Digunakan untuk membersih, melicinkan, dan menghilangkan kesan cacat atau tanda kecil pada permukaan kayu. Dibuat daripada bahan jati seperti, kayu api, garnet, kaca, atau bahan tiruan, iaitu silikon karbida dan aluminium oksida. Penggunaan kertas las: a) Gosok permukaan kayu menggunakan kertas las yang dibalutkan pada bongkah kayu atau gabus. b) Naikkan urat kayu dengan membasahkan permukaanya menggunakan kain reja basah. c) Arah menggosok mestilah mengikut urat kayu. d) Bersihkan permukaan kayu menggunakan berus atau kain. Lekar i. Mengandungi resin yang akan mengeraskan melalui tindak balas kimia.

ii. Lekar ini juga bertujuan untuk mengilatkan dan melicinkan permukaan rak kasut.

Carta Gantt

BULAN

JAN

FEB

MAC

MINGGU

M4

M1

M2

M3

M4

M1

M2

M3

M4

Perbincangan dengan pensyarah- pelajar.

Mengenal pasti masalah.

Perkembangan idea.

Pemilihan idea terbaik.

Menyediakan lukisan kerja menggunakan perisian CAD.

Susun atur dan merancang kerja.

Penyediaan, memotong, menanda bahan.

Pembinaan tanggam yang sesuai.

Pembinaan, pemasangan projek.

Kemasan.

Pengujian projek.

Persembahan.

Menyediakan folio.

NILAI- NILAI ESTETIKA

Rak kasut yang saya hasilkan mestilah mempunyai nilai estatika dan ergonamik yang sesuai mengikut pasaran.

1. Rupa Bentuk Yang Menarik. Rak kasut saya mempunyai rupa bentuk yang menarik kerana reka bentuknya yang ringkas dan tidak terlalu sarat dengan corak-corak.

2. Tahan Kelasakan. Rak kasut saya mempunyai ketahanan yang kukuh kerana saya menggunakan kayu beroti untuk menyokong MDF. Selain itu, ianya juga tahan lasak kerana rak kasut saya seimbang dan tidak mudah goyang dan menggunakan tanggam putting.

3. Kestabilan Rak Kasut. Rak kasut yang saya hasilkan ini ringan dan mudah dialihkan. Ianya adalah sederhana besar dan tidak terlalu memakan ruang.

4. Nilai Komersial di pasaran Rak kasut saya dihasilkan sesuai dengan kehendak pasaran kerana reka bentuk yang ringkas, mempunyai sifat tahan lasak dan mempunyai kestabilan yang tinggi. Di samping itu, harga yang saya tawarkan juga berpatutan dan tidak membebankan pengguna.

Anggaran kos

BAHAN

HARGA SEUNIT(RM)

KUANTITI

HARGA(RM)

KAYU MEDIUM DESNITY BOARD(MDF) 800mmX300mm (200mm) 10.00 1 keping 10.00

KAYU Kayu Beroti (600mmX40mm) Kayu Jerjak 2.00 0.70 4 batang 3 batang 8.00 2.10

Gam PVA 4.00 Wood Filler 3.50 Kertas Las 0.50 Syelek 10.00 1/4 Tin 2.50 2keping 1.00 1/8 tin 0.50 1/8 tin 0.50

Jumlah

24.60

Kos tenaga kerja = 1 orang = 1.30 x 6 jam = RM 7.80 Kos elektrik = 0.30 x 6jam = RM 1.80 Jumlah Keseluruhan = kos bahan + kos tenaga kerja + kos elektrik = RM 24.60 + RM 7.80+ RM 1.80 = RM 34.2 Keputusan harga pasaran = 35.00

Rujukan
Abd. Azis Bin Samad, Subri Bin Abu Kassim, Mohd Sukri Yasin (2005) Teknologi Binaan Tingkatan 4 dan 5 : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Noh bin Sarip, Azman bin Mohamed Dum (2003) Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 5: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.slideshare.net/zaxx/bab-2-3-alatan-tangan-dan-mesin http://pertukangan.blogspot.com/2009_04_01_archive.html http://www.freewebs.com/khbsatu/rbt.htm Asnull Dahar Minghat(2005). Teknologi Kayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Refleksi
Alhamdulillah, akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan KKP ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa saya hadapi untuk menjayakan tugasan ini dengan sempurna. Dalam tempoh saya melakukan tugasan ini saya telah mengalami beberapa masalah dalam usaha saya untuk memastikan tugasan ini dapat disiapkan mengikut kehendak soalan. Saya mencari maklumat yang berkaitan melalui media cetak, internet dan juga daripada rakan-rakan. Pada mulanya saya mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk ini di Pustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Kemudiannya mencari maklumat tambahan melalui teknologi yang ada kini iaitu internet. Selain itu juga rakan-rakan terutama sekali rakan yang banyak membantu saya dalam pencarian maklumat dan mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu mereka bersama saya. Melalui tugasan ini dapat membuatkan saya lebih memahami mengenai bidang ini. Berdasarkan apa yang telah saya kaji dan teliti dalam usaha saya untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah mengetahui cara-cara untuk menghasilkan tanggam dan juga cara-cara untuk membina rak kasut. Melalui tugasan ini juga, akan dapat memupuk dan juga mengasah bakat para guru pelatih supaya menjadi seorang yang lebih kreatif.

Anda mungkin juga menyukai