Anda di halaman 1dari 10

PENYATAAN MASALAH DAN PENYELESAIANNYA

Kebanyakan golongan wanita masa kini gemar bersiar-siar dan melancong ke dalam dan juga luar negeri. Saya juga merupakan salah seorang daripada golongan wanita tersebut. Setiap kali saya melancong ke tempat-tempat tertentu, semestinya barang-barang cenderamata seperti keychain dan barang perhiasan lain menjadi pilihan untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Namun begitu, barang-barang tersebut mendatangkan masalah kepada saya. Hal ini kerana barang- barang berharga dan disayangi ini sering kali diletakkan bertaburan di merata tempat. Sebagai contoh saya sering kali meletakkannya di atas meja solek, dalam laci almari dan sebagainya. Hal ini menyebabkan saya sukar menemuinya apabila ingin menghadiahkan barang tersebut kepada kenalan saya.

Selain itu, hal ini juga tidak dapat menjamin keselamatan barangan tersebut. Adik-adik saya yang kecil seringkali masuk ke bilik dan mengambil barangan tersebut dan digunakan sebagai barangan mainan. Kemudian mereka akan sepahkannya di merata tempat. Disebabkan hal tersebut, saya menghadapi masalah untuk mencarinya.

Oleh itu, saya bercadang untuk menghasilkan satu produk khas yang dipanggil kotak penyimpanan bertutup De Amour. Produk tersebut berfungsi menyimpan dan mempamerkan barang-barang saya seterusnya mengatasi masalah tersebut. Sebagai langkah awal, saya telah melakar beberapa lakaran yang berbeza bentuk. Yang palina utama, lakaran tersebut masih lagi berfungsi untuk membantu saya untuk menyelesaikan masalah saya itu.

REFLEKSI INDIVIDU OLEH : NORSHAKEERAH BINTI ABEDU RASHID

Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah Rendah bertujuan memberi asas dalam melahirkan individu yang dapat berdikari dan yakin untuk menjalani kehidupan dalam dunia teknologi yang sentiuasa berubah. Mata pelajaran ini juga dapat mewujudkan individu yang mahir dalam bidang reka cipta, pengurusan diri dan bidang perniagaan dan keusahawanan. Malahan secara tidak langsung dapat melahirkan individu yang kreatif, inovasi dan inventif serta boleh menghasilkan rekaan yang sesuai dengan perubahan dan perkembanagn teknologi untuk meningkatkan taraf hidup di samping memberikan sumbangan kearah menetukan hala tuju masa depan.

Tugasan Projek ini merupakan satu cabaran baru kepada saya kerana tidak pernah mengajar mata pelajaran RBT ini. Sebelum mereka satu projek kayu tersebut, saya dikehendaki mengenalpasti masalah yang saya hadapi. Idea untuk mencipta rak serbaguna ini tercetus apabila melihat kebanyakan barang-barang perhiasan yang kecil tidak dapat dipamerkan. Masalah yang dinyatakan ini adalah masalah utama yang sering di hadapi oleh ramai rakyat di Negara kita khususnya kaum wanita. Dan saya sebagai wakil kaum wanita tergerak hati untuk cuba menyelesaikan permasalahan ini. Pelbagai rujukan telah saya jalankan untuk menyelesaikan tugasan ini. Sesungguhnya peranan internet sebagai sumber ilmiah begitu memudahkan saya, bakal guru untuk terus mendapat bahan-bahan rujukan serta penyelidikan yang berkesan. Terlalu banyak kekangan yang terpaksa saya lalui tatkala menyiapkan tugasan ini. Antaranya termasuklah lambakan tugasa-tugasan bagi subjek Major yang terpaksa dibereskan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Tetapi semua kekangan itu berjaya diatasi dengan penyusunan jadual yang teliti walaupun padat. Dengan siapnya tugasan ini telah memberikan saya dimensi baru mengenai mata pelajaran RBT 3118 ini. Ianya menjadikan saya seorang yang lebih teliti dalammelaksanakan sesuatu kerja. Saya juga amat berharap agar ilmu yang

diperolehi ini akan dapat diaplikasikan dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru dan juga dalam keperluan saya. Oleh yang demikian, saya amat berbesar hati dengan selesainya

perlaksanaan tugasan Kerja kursus ini, saya mendapat pengalaman serta ilmu yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Saya berharap agar dengan ilmu yang ada di dada, saya dapat laksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru dalam mencungkil bakat dalam kalangan murid dan dapat melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif pada suatu hari nanti.

ANALISIS PROJEK

PEMILIHAN REKABENTUK KOTAK PENYIMPANAN BERTUTUP De Amour.

Kotak barang hiasan yang biasa dan terdapat dipasaran lazimnya pelbagai bentuk. Contohnya ada yang berbentuk bulat, love, segi empat sama sisi, segi empat tepat dan sebagainya. Strukturnya juga terdiri daripada pelbagai material seperti kaca, besi, aluminium, kayu dan sebagainya. Setelah berbincang, kami telah mengambil keputusan untuk membina kotak yang mempunyai ciri dan fungsi seperti berikut :

Fungsi Kotak Penyimpanan Bertutup De Amour dapat berfungsi untuk membantu kaum wanita terutama kami mengatasi masalah sering keciciran barangan perhiasan dan alat tulis mereka serta barangan tersebut diletakkan bertaburan di merata tempat.

Rupa bentuk Rupa bentuk kotak ini adalah mudah dan biasa sahaja iaitu berbentuk segi empat tepat. Bentuk ini dipilih adalah kerana ianya mudah dibina dan agak mudah disimpan dengan cara, disusun ataupun diletakkan di atas almari atau mana-mana tempat lain yang dikehendaki oleh pemiliknya.

Kaedah Pembinaan Kaedah pembinaan kotak ini tidak terlalu rumit, kerana ianya menggunakan kayu dan berbentuk segi empat tepat. Anggaran ukurannya ialah 30cm x 30 cm x 50cm.

Kos Pembuatan Kos pembuatan dan pemasangannya tidaklah terlalu mahal, kerana ianya menggunakan peralatan yang mudah diperolehi dan tidak terlalu canggih.

Kotak ini mudah untuk digunakan dan diselenggarakan. Malah ianya sangat mudah disimpan yakni boleh di simpan di mana- mana lokasi sahaja.

CIRI-CIRI KOTAK PENYIMPANAN BERTUTUP De Amour. Setiap projek yang dihasilkan semestinya mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. begitu juga dengan projek yang telak kami hasilkan. Rajah dibawah menunjukkan ciri-ciri kotak penyimpanan bertutup De Amour.

Mampu menampung beban yang sesuai dengannya. Laci kotak tersebut mampu menampung beban < 5 kg.

Tahan Lasak

Kalis Air

Kotak ini diperkemaskan dengan papan Formika yang mana menjadikan ia kalis air. dan tidak kembang apabila terkena air. Jika terdapat kotoran, ia boleh dibersihkan dengan menggunakan kain lembab sahaja.

Selamat untuk digunakan. setiap permukaan berbucu dibentuk agar tidak mendatangkan bahaya.

Ciri Keselamatan

Nilai Estetika

Dihasilkan dengan warna yang lembut Corak seakan-akan kayu menampakkan ia lebih eksklusif dan mempunyai nilai-nilai estetik tersendiri.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KOTAK PENYIMPANAN BERTUTUP De Amour.

KEBAIKAN Tahan lasak Bahan mudah diperoleh Rupa bentuk yang kecil, comel dan menarik Boleh menampung beban yang berat Mengamalkan aspek keselamatan yang tinggi Kalis air

KEBURUKAN

Tempat penyimpanan terhad Tidak mempunyai banyak pilihan warna Sukar dibawa ke mana-mana

KONSEP PEMASARAN (4P) Bagi merancang aktiviti pemasaran, kami menggunakan strategi pemasaran iaitu 4P (product, place, price and promotion). Berikut adalah rancangan pemasaran yang telah dibuat :

CAMPURAN PEMASARAN 1. Produk (Product)

STRATEGI PEMASARAN Produk buatan malaysia

SPESIFIKASI

Produk yang dibuat adalah 100% hasil rekaaan oleh bumiputera. Berfungsi menyimpan alat tulis dan barang perhiasan. Kekuatan : tahan lasak,kalis air dan menarik

2. Tempat (place)

Sekolah Pasaraya Kedai perabot

Sesuai dijadikan salah satu perabot mini untuk kegunaan rumah Dijual dengan pakej pasang siap.

3. Harga (price)

Harga pasaran

Harga yang boleh mempengaruhi kuasa pengguna Harga cadangan : RM99.70

4. Promosi (Promotion)

Brosur

mengandungi gambar dan spesifikasi produk dan diedarkan di kawasan terpilih. Bungkusan yang menarik.

Pembungkusan

Diskaun Diberikan kepada pelanggan yang beli dengan kuantiti yang banyak dan terlakluk kepada syarat. Untuk pelanggan yang membuat tempahan awal dan banyak tidak akan dikenakan caj penghantaran.

Secara keseluruhannya, setelah dinilai dari segala sudut dan perspektif, kami dapati projek reka cipta Kotak Penyimpanan Tertutup De Amour yang dilengkapi dengan bahagian yang menarik adalah lebih praktikal untuk dibina. Hal ini adalah berdasarkan penilaian yang telah kami buat berdasarkan beberapa aspek tertentu seperti faktor yang paling penting sekali iaitu kosnya yang lebih murah, ianya tidak memerlukan kemahiran dan teknologi yang terlalu tinggi dan canggih, mudah dibina, mudah digunakan serta boleh diselenggarakan oleh sesiapa sahaja dan sebagainya.

Walau bagaimanapun hasil produk kami memerlukan beberapa penambah baikkan bagi menjadikannya lebih mudah bagi pengguna menggunakannya. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah; 1. Meletakkan tayar di bahagian bawah produk. Hal ini dapat memudahkan pengguna akan datang membawanya ke mana sahaja mereka mahu. 2. Idea penambahbaikkan kedua adalah dengan meletakkan perspek di bahagian atas ruang yang terbuka. Hal ini dapat menyerlahkan keunikan produk tersebut dan menjadikannya lebih menarik apabila dilihat oleh pengguna. 3. Seterusnya, hiasan di sekeliling produk boleh menarik perhatian pengguna ataupun pembeli terhadap projek tersebut. Contoh hiasan yang boleh diletakkan adalah reben, rama-rama plastic dan sticker yang seiring dengan perkembangan semasa.

Secara kesimpulannya, dengan terhasilnya produk kotak penyimpanan bertutup De Amour dapat memudahkan lagi para pengguna yang

menggunakannya.jadi, mereka tidak perlu memeningkan kepala mereka memikirkan tempat penyimpanan alat tulis dan barang perhiasan mereka. Hal ini kerana, kotak ini sudah pun berjaya menyelesaikan masalah pengguna.

Anda mungkin juga menyukai