Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN PRODUK

Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan memberi asas dalam melahirkan individu yang dapat berdikari dan yakin utuk menjalani kehidupan dalam dunia teknologi yang serba canggih ini. Mata pelajaran ini dapat melahirkan generasi yang mahir dalam bidang reka cipta, pengurusan diri dan bidang perniagaan serta keusahawanan. Selain itu, individu yang kreatif, inovatif dan inventif dapat dipupuk dari kecil lagi. Generasi inilah yang bakal mewarisi negara pada masa hadapan dikatakan akan mampu meningkatkan taraf hidup dan memberi sumbangan ke arah menetukan hala tuju negara nanti. Rekacipta ditakrifkan sebagai kebolehan mereka cipta iaitu membuat ciptaan teknikal antaranya memerlukan bahan-bahan dan peralatan seperti kayu, gergaji, pahat, paku, dan sebagainya. Rekacipta juga dimaksudkan sebagai penghasilan sesuatu produk baru dan pengubahsuaian produk sedia ada untuk menyelesaikan masalah untuk memenuhi kehendak pengguna masa kini. Oleh itu , saya dan rakan saya telah bersepakat untuk mereka cipta projek berasaskan kayu yang boleh digunakan sebagai alat menyimpan barang dan juga kerusi. Kami namakan projek kami RAK SERBAGUNA. Rak serbaguna ini mempunyai fungsi sebagai tempat menyimpan peralatan seperti buku, majalah, dan surat khabar. Boleh juga digunakan sebagai kerusi bagi kanakkanak ataupun meletakkan barang-barang. Rak ini sesuai sekali digunakan di ruang tamu dan bilik tidur. Oleh itu, saya dan rakan sayha berharap projek yang kami laksanakan ini dapat memberikan manfaat kepada semua dan diaplikasikan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai