Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGERUSI PUSPANITA MADA

PROGRAM BICARA SANTAI “MENGGAPAI BAHAGIA DI LAUTAN CABARAN”

Terima kasih saudari pengacara majlis.

YBhg. Datin Paduka Hariyanti binti Amit


Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah

YBhg. Datin Hajah Suriyati binti Haji Sabar


Pengerusi Biro Agama Dan Kerohanian PUSPANITA Negeri Kedah
Merangkap Pengerusi PUSPANITA Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

YBhg. Puan Fuziah binti Mohd Sharif


Pengerusi PUSPANITA Daerah Kulim

Pengerusi dan wakil-wakil Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil

Kepimpinan tertinggi Puspanita MADA

Panel jemputan dan moderator yang diraikan,

Seterusnya kesemua peserta Program Bicara Santai bertemakan Menggapai


Bahagia di Lautan Cabaran” yang saya raikan dan saya hormati sekalian. Salam
Keluarga Malaysia.

Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah


S.W.T, kerana kita masih lagi diberikan kesempatan untuk bersama-sama pada pagi
ini.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua,
kerana dapat hadir ke Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Illahi Program Bicara
Santai bertemakan “Menggapai Bahagia di Lautan Cabaran” yang merupakan
kerjasama sulung antara Puspanita Negeri Kedah dan Puspanita MADA berjaya
direalisasikan pada hari yang penuh berbahagia pada hari ini bertempat di Dewan
Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar.

Untuk makluman hadirin sekalian,

Puspanita MADA telah ditubuhkan pada tahun 1994 terdiri dengan keahlian terkini
berjumlah 246 orang ahli. Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi Puspanita
menjadi wadah kepada penyatuan golongan wanita dalam mendokong
pembangunan negara.

Namun, pandemik Covid-19 telah menjadi cabaran terbesar yang dihadapi oleh
negara dan juga dunia. Malah kita juga turut dirundung dengan episod duka banjir
negara yang ternyata mendatangkan korban nyawa dan harta kepada rakyat
Malaysia.

Tidak dinafikan ianya turut menjejaskan pelaksanaan program Puspanita yang telah
dirancang sejak tahun 2020. Namun, ianya tidak mematahkan semangat kita semua
dalam meneruskan agenda Puspanita menyumbang kepada pembangunan negara.

Untuk makluman semua, pada tahun 2021, pihak Puspanita MADA telah berpeluang
menyampaikan bantuan kepada barisan hadapan negara antaranya kepada pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia serta menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada
mangsa banjir di Negeri Selangor dan Negara Pahang. Pihak Puspanita MADA
berasa amat simpati dan terkesan dengan keadaan yang telah menimpa kepada
rakyat Malaysia. Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban mereka
yang terkesan.
Hadirin yang dikasihi,

Program pada hari ini menjadi platform dan peluang terbaik kepada ahli Puspanita
mendapatkan ilmu pengetahuan yang sangat relevan dengan kehidupan seharian.
Benarlah seperti bicara Imam Syafie iaitu “Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam
kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat membimbing manusia ke arah
kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan
kepada cahaya dan kebenaran.”

Oleh yang demikian, ayuh kita rebut peluang mendapatkan ilmu yang sangat
bermakna melalui penglibatan kita dalam program hari ini.

Untuk penghunjung bicara, pihak Puspanita MADA amatlah besar hati atas seinergi
kerjasama dengan Puspanita Negeri Kedah untuk program ini. Diharapkan agar
Kerjasama ini dapat diteruskan pada program yang akan datang.

Kepada semua ahli Puspanita, ayuh kita laksanakan tanggungjawab kita selaku ahli
Puspanita dengan penuh amanah dan mudah-mudahan suatu hari nanti segala
amalan mulia yang kita lakukan akan menjadi bekal ketika bertemu dengan Allah
Azza Wa Jalla.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

“WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”

Anda mungkin juga menyukai