Puspanita MADA telah ditubuhkan pada tahun 1994 terdiri dengan keahlian terkini
berjumlah 246 orang ahli. Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi Puspanita
menjadi wadah kepada penyatuan golongan wanita dalam mendokong
pembangunan negara.
Namun, pandemik Covid-19 telah menjadi cabaran terbesar yang dihadapi oleh
negara dan juga dunia. Malah kita juga turut dirundung dengan episod duka banjir
negara yang ternyata mendatangkan korban nyawa dan harta kepada rakyat
Malaysia.
Tidak dinafikan ianya turut menjejaskan pelaksanaan program Puspanita yang telah
dirancang sejak tahun 2020. Namun, ianya tidak mematahkan semangat kita semua
dalam meneruskan agenda Puspanita menyumbang kepada pembangunan negara.
Untuk makluman semua, pada tahun 2021, pihak Puspanita MADA telah berpeluang
menyampaikan bantuan kepada barisan hadapan negara antaranya kepada pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia serta menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada
mangsa banjir di Negeri Selangor dan Negara Pahang. Pihak Puspanita MADA
berasa amat simpati dan terkesan dengan keadaan yang telah menimpa kepada
rakyat Malaysia. Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban mereka
yang terkesan.
Hadirin yang dikasihi,
Program pada hari ini menjadi platform dan peluang terbaik kepada ahli Puspanita
mendapatkan ilmu pengetahuan yang sangat relevan dengan kehidupan seharian.
Benarlah seperti bicara Imam Syafie iaitu “Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam
kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat membimbing manusia ke arah
kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan
kepada cahaya dan kebenaran.”
Oleh yang demikian, ayuh kita rebut peluang mendapatkan ilmu yang sangat
bermakna melalui penglibatan kita dalam program hari ini.
Untuk penghunjung bicara, pihak Puspanita MADA amatlah besar hati atas seinergi
kerjasama dengan Puspanita Negeri Kedah untuk program ini. Diharapkan agar
Kerjasama ini dapat diteruskan pada program yang akan datang.
Kepada semua ahli Puspanita, ayuh kita laksanakan tanggungjawab kita selaku ahli
Puspanita dengan penuh amanah dan mudah-mudahan suatu hari nanti segala
amalan mulia yang kita lakukan akan menjadi bekal ketika bertemu dengan Allah
Azza Wa Jalla.