Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH


PEMANGKIN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT DAERAH KLANG
2023
Masa Skrip Tindakan
7.00 am Hadirin diminta untuk bersedia kerana majlis akan bermula sebentar Sahaja Fatin &
Bersedia lagi Irwan
7.20 am Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha, TN. HJ. BADRUL HISHAM Irwan
Ketibaan BIN MOKHTAR, TIMBALAN PEGAWAI PPD, SEKTOR PERANCANGAN, Yang
Dihormati, SUPERINTENDEN MOHD KHAIRI BIN SHAFIE, TIMBALAN KETUA POLIS
DAERAH IPD KLANG UTARA, serta tetamu jemputan untuk naik ke atas pentas.

Lagu Negaraku (Muzik lagu negaraku & negeri Selangor terus dimainkan) -
& Lagu Negeri
Selangor
Ikrar Rukun Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Fatin
Negara
Majlis akan bermula dengan bacaan Ikrar Rukun Negara. Majlis mempersilakan
pengawas bertugas, Wan Aliff Qaiyum Bin Wan Mohd Amri untuk mengetuai bacaan
Ikrar Rukun Negara.

-------------------------------------------- BACAAN IKRAR----------------------------------------------


-----

Terima kasih diucapkan kepada Wan Aliff Qaiyum Bin Wan Mohd Amri di atas
bacaan ikrar sebentar tadi.

Hadirin dipersilakan duduk

Bacaan Doa Hadirin yang dimuliakan, IRWAN

Intan permata cantik tersemat,


Dihias indah corak melati,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan, mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
pengawas bertugas, Mohd Akmal Darwisy Bin Mohd Nuri.

----------------------------------------------------BACAAN DOA-------------------------------------------
-----
Aminn aminn ya rabbal alamin, terima kasih diucapkan kepada Mohd Akmal
Darwisy di atas bacaan doa sebentar tadi.
KATA ALUAN Sirih berlipat sirih pinang, FATIN
MC Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara

Assalammualaikum W.B.T, Salam Malaysia Madani, Salam Karamah Insaniah,


Salam Anak Baik lagi cerdik, Salam JPN selangor sentiasa berkualiti dan terus
unggul, Salam Klang cemerlang dan terbilang, salam serantau hebat.

---------------------------------------------(BACA SALUTASI)----------------------------------
-----

Alhamdulillah, pada pagi ini, kita berkumpul di Dataran SK Rantau Panjang


ini, dengan satu tujuan yang sama iaitu Pelancaran Duta Sahsia Pemangkin
Pembentukan Karamah Insaniah peringkat daerah Klang bagi tahun 2023.
Pelancaran ini akan mengangkat murid sebagai duta yang merupakan
pemegang taruh terbesar selain guru, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
(JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
ALUAN MC Penganjuran majlis ini bertujuan memantapkan kerjasama antara IRWAN
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia. Antara inisiatif
yang dilaksanakan adalah melalui penglibatan pegawai Polis Diraja Malaysia
sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM dalam
membantu menangani isu salah laku disiplin murid sekolah.
ALUAN MC Sehubungan dengan itu, pelantikan murid sebagai duta sahsiah pada FATIN
peringkat sekolah dapat menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala tuju
sahsiah murid dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual di
Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Garis Panduan
Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
UCAPAN YDH Hadirin yang dimuliakan, IRWAN
KP DAERAH Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan oleh Yang Dihormati,
KLANG UTARA SUPERINTENDEN MOHD KHAIRI BIN SHAFIE, TIMBALAN KETUA POLIS
DAERAH IPD KLANG UTARA untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

----------------------------------------------(UCAPAN)--------------------------------------------
-----
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, SUPERINTENDEN MOHD
KHAIRI BIN SHAFIE, TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH IPD KLANG UTARA
atas ucapan sebentar tadi.
UCAPAN Para Jemputan, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian, FATIN
PERASMIAN
YBRS Bagi meneruskan majlis pelancaran pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya
TIMBALAN menjemput YANG BERUSAHA, TN. HJ. BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR
PPD TIMBALAN PEGAWAI PPD, SEKTOR PERANCANGAN
untuk menyampaikan ucapan sekaligus melancarkan Duta Sahsiah Pemangkin
Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Daerah Klang bagi tahun
2023. Majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan.

----------------------------------UCAPAN PERASMIAN----------------------------------------
-----
Dijemput Tn. Haji Badrul Hisham untuk menarik bunting yang disediakan
sebagai simbolik perasmian DUTA SAHSIAH PEMANGKIN KARAKTER
KARAMAH INSANIAH PERINGKAT DAERAH KLANG 2023.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YANG BERUSAHA, TN. HJ.
BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR di atas ucapan dan penyempurnaan simbolik
perasmian disampaikan sebentar tadi.

GIMIK Elok anak kerana dikandang, IRWAN


PELANCARAN Dikandang dengan budi senonoh,
DUTA Elok akhlak nama terpandang,
SAHSIAH Sepanjang zaman menjadi contoh

Hadirin sekalian,
Tibalah masa pada acara kemuncak, iaitu Gimik Pelancaran Duta Sahsiah
Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah peringkat Daerah Klang
bagi tahun 2023, dijemput sekali lagi, YANG BERUSAHA, TN. HJ. BADRUL
HISHAM BIN MOKHTA bersama-sama dengan YANG DIHORMATI
SUPERINTENDEN MOHD KHAIRI BIN SHAFIE, diiringi oleh Yang Berusaha,
Encik Hazi Bin Kadir untuk menyempurnakan upacara gimik pelancaran. Majlis
dengan segala hormatnya dipersilakan.
GIMIK Hadirin sekalian, FATIN
PELANCARAN
Gimik pelancaran pada pagi ini adalah pemakaian selempang sebagai simbolik
pelantikan Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah
peringkat SK Rantau Panjang, Klang dalam kalangan murid. Untuk
pengetahuan hadirin sekalian, 10 murid yang dilantik terdiri daripada murid
tahun 4,5 dan 6 yang cemerlang tidak kira di dalam sahsiah, akademik dan juga
kokurikulum.

DUTA SAHSIAH
1. MUHAMMAD AQIL BIN SYAHRUL NAZMI (4 AZALEA)
Bersama bapanya, Encik Syahrul Nazmi Bin Yahaya dan ibu nya, Puan
Nurul Ain Binti Anuar
2. FATIMAH HANA BINTI MOHD SALMAN (4 AZALEA)
Bapa : Encik Mohd Salman Bin Abdul Rahim
Ibu : Puan Sofiah Binti Baidawi

3. Ad Deen Nul Haq Bin Norafidi (5 AZALEA)


Bapa : Encik Norafidi Bin Mohd Jaludin
Ibu : Puan Misrifah Binti Mohd Noh

4. Nurhadirah Binti M. Khairol Hamizi (5 AZALEA)


Bapa : Encik M. Khairol Hamizi Bin Mat Mokhtar
Ibu : Puan Zulfahanim Binti Mohamad Sidek

5. Muhammad Al-Fayyadh Bin Mohd Azlan (6 AZALEA)


Bapa : Encik Mojd Azlan Bin Saidon
Ibu : Puan Nooraishah Binti Yahaya
GIMIK 6. Durratul Mubarakah Binti Mohd Khuzaifah (6 AZALEA) IRWAN
PELANCARAN Bapa: Encik Mohd Khuzaifah Bin Zainal Abidin

7. Muhammad Aqil Bin Hamidi (6 LILY)


Bapa: Encik Hamidi Bin Mohamad Saruman

8. Nur Husna Humairah Binti Mohamad Hazril


Bapa: Encik Mohammad Hazril Bin Othman

9. Nur Qaleesya Balqis Binti Mohd Yunus


Bapa: Encik Mohd Yunus Bin Mohd Yasin

10. Nur Iman Qaisara Binti Mohd Zamri


Bapa: Encik Mohd Zamri Bin A. Rahman
Ibu: Puan Suraya Binti Ramli

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, TN. HJ.
BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR di atas kesudian menyempurnakan gimik
pelancaran sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput wakil duta sahsiah SK Rantau
Panjang Klang bagi tahun 2023 iaitu Muhammad Al Fayyadh Bin Mohd Azlan
dan Durratul Mubarakah Binti Mohd Khuzaifah untuk menyampaikan mesej duta
murid.
--------------------------PENYAMPAIAN MESEJ DUTA MURID---------------------------
-
MESEJ DUTA Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil duta murid, Muhammad FATIN
MURID Al-Fayyadh Bin Mohd Azlan dan Durratul Mubarakah Binti Mohd Khuzaifah di
atas penyampaian mesej duta murid sebentar tadi. Semoga duta sahsiah yang
dilantik ini dapat membantu memberi kefahaman dengan lebih mendalam
kepada rakan-rakan berkaitan salah laku kes buli dan seksual.
PENYAMPAIAN Hadirin sekalian, IRWAN
CENDERAHATI
Majlis akan diteruskan dengan penyampaian cenderahati untuk tetamu
jemputan. Bagi menyempurnakan acara ini, dijemput Yang Berusaha, Encik
Hazi Bin Kadir, Guru Besar SK Rantau Panjang, Klang untuk menyampaikan
cenderahati.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan YANG BERUSAHA


TN. HJ. BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR
TIMBALAN PEGAWAI PPD
SEKTOR PERANCANGAN
B.P PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PPD KLANG
Untuk menerima cenderahati

Seterusnya, pihak majlis menjemput YANG DIHORMATI


SUPERINTENDEN MOHD KHAIRI BIN SHAFIE
TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH IPD KLANG UTARA untuk menerima
cenderahati

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, Encik Hazi Bin
Kadir, di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi
SESI Hadirin sekalian, IRWAN
BERGAMBAR
Majlis kita sudah sampai ke kemuncaknya. Sebelum itu, saya mewakili pihak
majlis menyusun 10 jari memohon maaf seandainya ada tersalah bicara semasa
mengendalikan majlis ini.

Sebelum mengakhiri majlis, satu acara sesi bergambar akan diadakan. Oleh
itu, dijemput, semua tetamu jemputan, duta sahsiah SK Rantau Panjang
bersama ibu bapa untuk ke Dataran 1 LOVE SKRP untuk sesi bergambar.

Selepas sesi bergambar tetamu jemputan boleh melwat ke tapak pameran.

Anda mungkin juga menyukai