Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA

MAJLIS PERASMIAN LIGA AKADEMI TUNAS PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA
PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2021
Pembukaan/Aluan Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Encik Khairul Shahril Bin Mohamed, Pengerusi
Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak diiringi oleh
tetamu-tetamu jemputan ke Majlis Perasmian Liga Akademi Tunas, Program
Pembangunan Bola Sepak Negara, Peringkat Negeri Perak Tahun 2021. Selamat Datang
diucapkan.

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku”. Untuk itu mohon hadirin untuk sama-
sama berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku.

Terima kasih. Tetamu dan hadirin dipersilakan duduk.

Indah Berbalam Si Awan Petang,


Berarak Di Celah Pepohon Ara,
Pemanis Kalam Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Bicara.

1. Yang Dihormati Encik Hassan Sazali Bin Mohd Waras. Ketua Jurulatih Remaja
Negeri Perak,
2. Yang Berhormat Encik Khairul Shahril Bin Mohamed,
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak.
3. Yang Dihormati, Tuan Harun Bin Awang,
Pengarah Pusat Koreksional Kamunting merupakan tulang belakang dalam
Akademi Tunas Larut Matang dan Selama selaku penaja Veneu.
4. Yang Berhormat Encik Hazizam Bin Haji Mat Yatim,
Penghulu Mukim Tronoh merangkap Penaung NFDP Perak.
5. Yang Berhormat Encik Ahmad Faizal Bin Dato Seri Mohd Zulkifli,
Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Baharu daerah Larut Matang dan
Selama,
6. Encik Mohamad Izwan Bin Rojehan,
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut Matang dan Selama.
7. Ketua Jurulatih Sekolah Sukan Negeri Perak,
8. Ketua Jurulatih Akademi Tunas Negeri Perak,
9. Jurulatih jurulatih Akademi Tunas Negeri Perak,
10. Pelatih-pelatih Akademi Tunas Negeri Perak,

Lenggang Bertapak Seni Memandang


Silat Sendeng Menyusun Jari
Salam Sembah Selamat Datang
Sudi Tuan Ke Majlis Kami.

Hadirin Sekalian,
LEBAT KEMIRI POHONNYA RENDAH,

DAHAN TERIKAT TALI PERKASA;

SEPULUH JARI KAMI MENADAH,

MOHON BERKAT YANG MAHA ESA.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Al Fadhil Ustaz
Mohd Ikhsan Bin Fauzi untuk membacakan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin Ya Rabbal Alamin..

Terima kasih diucapkan

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita
diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam MAJLIS PERASMIAN LIGA AKADEMI
TUNAS PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA PERINGKAT NEGERI
PERAK BAGI TAHUN 2021 . Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh
cemerlang dan membawa seribu makna kepada kita semua.

Hadirin hadirat sekalian,


Untuk makluman, LIGA AKADEMI TUNAS PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK
NEGARA PERINGKAT NEGERI PERAK ini diadakan adalah untuk
mencungkil bakat-bakat baru dan memilih pemain yang berpotensi dan berdisiplin tinggi
untuk diserapkan ke Akademi Mokhtar Dahari atau AMD di Gambang, Pahang.

Untuk pengetahuan semua lagi, seramai tiga orang pelatih Akademi Tunas Perak telah
terpilih ke Akademi Mokhtar Dahari untuk sesi 2022. Beliau yang dimaksudkan ialah :
1. Muhammad Faiz Naufal Bin Zuhairi ( AT LMS )
2. Muhamad Zarif Altaf Bin Muhamad Zahidi ( AT KU )
3. Muhammad Syazani Yusairi Bin Yusnazairi ( AT KU )
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN.
Ucapan Anak muda mengalun qasidah
Pengerusi Tiada kekok tampil ke depan
Pembuka kata berlalu sudah
Mari kita mendengar ucapan

Majlis menjemput Yang Dihormati Encik Hassan Sazali Bin Mohd Waras. Ketua Jurulatih
Remaja Negeri Perak, untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Encik Hassan Sazali Bin Mohd Waras.
Ketua Jurulatih Remaja Negeri Perak di atas ucapan tadi . Kini, tibalah masa yang dinanti-
nantikan.

Ucapan Perasmi Hadiran sekalian,


EMAS TEMPAWAN BUATMU PUTERI,

BUSANA INDAH BUAT RUPAWAN;

SUDILAH TUAN TAMPILKAN DIRI,

BERSAMA MADAH KATA ALUAN.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Encik Khairul Shahril
Bin Mohamed,
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan LIGA AKADEMI TUNAS PROGRAM
PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2021 . Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan perasmian sebentar tadi.
JALAN LENGKOK REDUP BERKALIS
DAMBA PEDOMAN MENYONGSONG ARAH
UCAPAN TUAN MERASMI MAJLIS
TANDA KEJOHANAN BERLANGSUNG MERIAH
SEPAK MULA Sebagai tanda perasmian, dijemput Yang Dihormati Encik Hassan Sazali Bin Mohd
Waras. Ketua Jurulatih Remaja Negeri Perak bagi mengiringi Yang Berhormat Encik
Khairul Shahril Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan
Multimedia Negeri Perak untuk Padang A untuk tendangan penalti.

Terima Kasih diucapkan.

Undangan Hadirin sekalian,


Jamuan SUNGGUH INDAH BUNGA KEMBOJA,

DI BAWAH ATAP TEPI HALAMAN;

JUADAH SUDAH LETAK DI MEJA,

SUDILAH SANTAP TUAN BUDIMAN.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berhormat bersama tetamu jemputan untuk menjamah juadah yang terhidang di meja.

Penutup Majlis perasmian berakhir di sini.

Anda mungkin juga menyukai