Anda di halaman 1dari 68

TEKS EMCEEMAJLIS PERASMIAN KARNIVAL

BELIA SABAH 2023

MC JAFFAR HJ KUMAH & ENN XAVIERA


PEMBUKA KATA
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera & Salam Belia
Negara Malaysia Madani
Baiklah sidang hadirin, bila-bila masa kita akan mulakan
majlis untuk itu dipersilakan semua tetamu agar dapat
mengambil tempat duduk masing-masing. Terima Kasih

MELATI KUNTUM TUMBUH MELATA


SAYANG MERBAH DI POHON CEMARA
SEJARAH TERUKIR NILAI PERMATA
MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL BELIA SABAH BAKAL BERMULA
1. KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

Mengumumkan ketibaan
YANG AMAT BERHORMAT
DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI BIN HAJI NOOR
KETUA MENTERI SABAH serta tetamu-tetamu kehormat yang lain

SELAMAT DATANG YAB

Sidang hadirin berikan tepukan yang amat gemuruh kepada PEMIMPIN NO 1


SABAH INI

Selamat Datang YB Datuk serta tetamu-tetamu kehormat yang lain


Berikan tepukan yang gemuruh buat tetamu kehormat kita
2. NYANYIAN LAGU
Mohon hadirin terus berdiri bagi menghormati nyanyian
Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku
...................................................................
Hadirin dipersilakan duduk
...................................................................
Keluarga Malaysia Madani yang dikasihi sekalian,
Acara hari ini terus disemarakkan
dengan Lagu “Sabah Maju Jaya”
& Lagu Integriti Perkhidmatan Awam Negeri.
3.PANTUN PEMBUKA
MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG
MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

Dimulai dengan salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan kami mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria
Pertama-tamanya majlis mengalu-alukan ( SALUTASI )
4. SALUTASI
1.Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor,
Ketua Menteri Sabah

2.Yang Berhormat Datuk Ellron Angin,


Menteri Belia dan Sukan Sabah
Merangkap Pengerusi J/kuasa Induk Karnival Belia Sabah 2023

3. Yang Berhormat Datuk Dr Hj Arifin Bin Hj Arif


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah

4.Yang Berhormat Datuk Fairuz bin Renddan,


4. SALUTASI
5.Yang Berbahagia Datuk Nor Asiah Binti Mohd Yusof
Peguam Besar Negeri Sabah

6. Yang Berbahagia Datuk Zainudin Bin Aman,


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

7.Yang Berbahagia Datuk Mansur Haji Asun,


Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah

8.Yang Berbahagia Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian


4. SALUTASI
9.Yang Berbahagia Encik Apui Jan
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan)
Negeri Sabah

10.Yang Berbahagia Ketua-Ketua Jabatan Negeri


dan Persekutuan

11.Yang Berbahagia Encik Abqaree Fawwaz bin


Abekan
Presiden Majlis Belia Sabah
4. SALUTASI

12. para belia yang diraikan, Dif- dif jemputan, dan


sidang hadirin yang kami muliakan.

ASSALAMUALAIKUM WBT, SALAM


SEJAHTERA, SALAM SABAH MAJU JAYA dan
pastinya SALAM MALAYSIA MADANI
5A. ALU-ALUAN EMCEE

ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA KEHADRAT ILLAHI


KERNA ATAS LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA SAMA-SAMA
BERHIMPUN SEKALI LAGI DI BALLROOM YG CUKUP INDAH
DAN SELESA INI UTK SAMA-SAMA MENYAKSIKAN
SETERUSNYA MENYEMARAKKAN LAGI MAJLIS PERASMIAN
KARNIVAL BELIA SABAH 2023 SEMPENA SAMBUTAN HARI
BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2023 YANG
GILANG GEMILANG INI.
SEMOGA KESELESAAN DAN KECERIAAN INI BERTERUSAN
SEHINGGA KE PENGHUJUNGNYA INSYA ALLAH.
5B. ALU-ALUAN EMCEE

SAYA JAFFAR HJ KUMAH


DAN SAYA ENN XAVIERA
Akan menjadi pengacara pada majlis ini
untuk itu Dari kami berdua pastinya ingin mengucapkan
SELAMAT DATANG,
KE MAJLIS PERASMIAN
KARNIVAL BELIA SABAH
2023
5C. ALU-ALUAN EMCEE
Anak dara gemalai menari,
Si Anak Teruna tertambat hati,
Karnival Belia Sabah terus dirai,
Lambang perpaduan masyarakat madani.

Sesungguhnya majlis pada hari ini sangat berbesar hati


dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Ketua Menteri
Sabah, hadir bersama-sama warga belia untuk sama-sama
meraikan Majlis Perasmian Karnival Belia Sabah pada
tahun ini.
5D. ALU-ALUAN EMCEE
Apa2 pun SEKALUNG TAHNIAH untuk KEMENTERIAN BELIA &
SUKAN NEGERI SABAH dengan kolaborasi HEBAT bersama
MAJLIS BELIA SABAH & JABATAN BELIA & SUKAN
(PERSEKUTUAN) SABAH
kerana terus BERUSAHA SEHABIS BAIK untuk memartabatkan
BELIA SABAH di mata masyarakat samada diperingkat
nasional mahupun dunia. Untuk makluman, KARNIVAL BELIA
SABAH ini sudah lama bertapak di bumi Sabah. Ianya
bermula sejak tahun 1957 dan kini menjangkau musim yang
ke-66.
Untuk itu harus kita berikan tepukan yang paling gemuruh
sekali lagi untuk KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
NEGERI SABAH, MAJLIS BELIA SABAH & JABATAN
BELIA & SUKAN (PERSEKUTUAN) SABAH.
6. BACAAN DOA
Baiklah Enn jom kita teruskan upacara
Sidang hadirin yang saya muliakan
TAK MOLEK JIKA ADA AGAMA, TIADA
PENGANUTNYA
TAK BERERTI JUGA JAY JIKA ADA PENGANUTNYA
TAPI TIDAK MENGAMALKANNYA

BEGITULAH JUGA TAK LENGKAPLAH MAJLIS INI


JIKA TIADA YANG MENDOAKAN
6B. BACAAN DOA
MAKA DENGAN INI, MAJLIS DENGAN PENUH
TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN
AL FADHIL USTAZ MOHD ALWIE BIN NOORBAKI
DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI SABAH UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN
-----------------------------------------------------
Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga Doa tadi termakbul
hendaknya. Majlis merakamkan jutaan terima kasih di
atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
7. IKRAR
Sepenuh iltizam, bersatu hati menabur bakti,
Belia negara pewaris generasi.

Seterusnya, majlis mempersilakan SAUDARA


HILMIE BIN MILUS (TIMBALAN PRESIDEN
MAJLIS BELIA SABAH)
DAN NAIB-NAIB PRESIDEN MAJLIS BELIA
SABAH
Untuk mengetuai PELAFAZAN IKRAR BELIA.
Dipersilakan
7. IKRAR
Majlis juga mempersilakan seluruh WARGA BELIA
yang ada di DEWAN KINABATANGAN SICC ini

untuk turut serta berdiri bagi sama-sama


melafazkan IKRAR BELIA. DIPERSILAKAN
7. IKRAR
Terima kasih atas lafaz Ikrar yang dipimpin oleh
SAUDARA HILMIE BIN MILUS (TIMBALAN
PRESIDEN MAJLIS BELIA SABAH) DAN NAIB-NAIB
PRESIDEN MAJLIS BELIA SABAH sebentar tadi.

Begitulah tadi sempurnanya lafaz ikrar belia.


Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.
8. UCAPAN PRESIDEN
Baiklah Jay kita teruskan lagi upacara,
Belia adalah Tulang belakang
kepada keutuhan dan kekuatan bangsa,
merekalah insan yang kita raikan pada hari ini.

Dengan itu Majlis mempersilakan


YANG BERBAHAGIA EN. ABQAREE FAWWAZ BIN ABEKAN
PRESIDEN MAJLIS BELIA SABAH
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

MAJLIS MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS


UCAPAN ALU-ALUAN SEBENTAR TADI
9. UCAPAN MENTERI BELIA & SUKAN
Untuk makluman para hadirin
Sabah Negeri di bawah Bayu , dengan populasi 58% belia
daripada populasi penduduk Negeri Sabah telah terpilih
selaku penganjur Hari Belia Negara sebanyak 2 kali iaitu
pada tahun 2006 dan 2022. Wow. Pastinya, ia adalah
satu penghargaan yang cukup bermakna bagi para belia
di Negeri Sabah.

Dengan itu, ayuh kita dengarkan ucapan daripada YB


Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah
selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Karnival Belia
Sabah Tahun 2023. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan.
10. UCAPAN PERASMIAN
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas ucapan
sebentar tadi.
sidang hadirin, Jika institusi Keluarga boleh diibaratkan
seperti sebuah perahu, maka perahu itu tidak akan bergerak
laju & maju, kecuali semua yang duduk di dalamnya
mendayung bersama.

Begitulah juga, kesinambungannya, apabila kerajaan negeri


turut ‘mendayung bersama’ dalam pelbagai inisiatif yang
direncana oleh setiap Kementerian.

dengan itu, tibalah masa untuk kita dengarkan amanat


perasmian Karnival Belia Sabah 2023.
10. PANTUN
Baiklah Enn jom kita teruskan upacara

Daun Semulur di Pekan Sari,


Batang Jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
10B. PANTUN

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang Jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
10. UCAPAN PERASMIAN
Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya
mempersilakan

YANG AMAT BERHORMAT


DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI BIN HAJI NOOR
KETUA MENTERI SABAH
Untuk naik ke pentas utama bagi menyampaikan ucapan
seterusnya menyempurnakan lafaz perasmian.

Dipersilakan.
11. GIMIK PERASMIAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat
Ketua Menteri di atas ucapan dan lafaz perasmian sebentar
tadi.
YAB Ketua Menteri diminta kekal di pentas utama bagi
upacara seterusnya iaitu GIMIK PERASMIAN.

Majlis turut menjemput Tetamu-tetamu kehormat yang lain


untuk naik ke pentas utama bagi sama-sama
menyempurnakan gimik perasmian bersama YAB Ketua
Menteri Sabah. Dipersilakan
11. GIMIK PERASMIAN
Hadirin sekalian,
Sambutan Hari Belia Negara Peringkat
Kebangsaan 2023 merupakan sambutan Hari Belia
Negara yang ke-66 sambutannya.

Tanggal 15 Mei setiap tahun merupakan tarikh


keramat kepada seluruh rakyat Malaysia
khususnya golongan Belia untuk hari penuh
bersejarah ini.
11. GIMIK PERASMIAN
Di pentas utama ketika ini tersergam gah dan hebat
YAB Ketua Menteri serta seluruh pemimpin-pemimpin
Belia. ianya pastinya memberikan suntikan semangat
kepada warga Belia Sabah.

Sidang hadirin, Ayuh kita pakukan mata ke pentas


utama untuk sama-sama menyaksikan Gimik
Perasmian Karnival Belia Sabah 2023 di mana YAB
KETUA MENTERI akan menekapkan telapak
tangannya ke IPAD KERAMAT tersebut. kita akan kira
sebanyak 3 kiraan. Ayuh sama-sama kita saksikan
dengan kiraan 3 2 dan 1…..!!
11. GIMIK PERASMIAN
Terima kasih kepada YAB Ketua Menteri atas
penyempurnaan perasmian sebentar tadi.

Mohon YAB Ketua Menteri & dif-dif kehormat untuk


kekal berada di pentas utama untuk acara seterusnya.

INI MASA KITA itulah slogan Hari Belia Negara


BELIA SABAH MAJU JAYA
Ia merupakan keprihatinan kerajaan dalam mendengar
serta mengiktiraf suara belia di peringkat tertinggi..
12. PENGUMUMAN KEPUTUSAN
Hadirin sekalian, Kini tibalah kita ke UPACARA LERAIAN
DEBARAN Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara
Peringkat Negeri Sabah 2023
Dup Dap Dup Dap makin terasa

Keputusan telahpun berada di tangan kami.


Untuk makluman Upacara penyampaian Anugerah akan
disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
13. PENGENALAN ANUGERAH
Program Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri
Sabah 2023 dan Anugerah Khas Kementerian Belia dan
Sukan Sabah telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat
Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Program Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri


Sabah 2023 ini diadakan setiap tahun. Kategori yang
dipertandingkan adalah Kategori Pertubuhan Belia, Kategori
Individu Wanita dan Kategori Individu Lelaki.
13. PENGENALAN ANUGERAH
Objektif program ini adalah bagi memberi penghargaan
kepada belia-belia Sabah yang telah banyak
menyumbangkan tenaga kerja, khidmat dan kepakaran diri
dalam pembangunan belia di negeri Sabah.

Pada tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan Sabah


menambah kategori Anugerah Khas Kementerian Belia dan
Sukan Sabah iaitu Kategori Pertubuhan Beruniform dengan
peruntukan tambahan sebanyak RM33,000.00.

Inisiatif ini diilhamkan sendiri oleh YB. Datuk Ellron Angin,


selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Anugerah Perdana
Belia Negera Peringkat Negeri Sabah.
13. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Wanita )

So Ayuh Enn kita leraikan satu persatu

Kita mulakan dengan Kategori Wanita terlebih


dahulu...silakan Enn.....
13. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Wanita )
TEMPAT KETIGA KATEGORI INDIVIDU WANITA :
NAMA : PUAN ASMAH BINTI KADIR
UMUR : 30 TAHUN
ASAL : KG.TANJUNG BATU TENGAH, BUKIT KUKUSAN TAWAU

PENCAPAIAN TERTINGGI :
Merupakan Usahawan Muda dan memilik syarikat sendiri iaitu Asmah
Kadir Empire.

Pemenang bagi ANUGERAH WANITA IKON MUDA 2022


HADIAH : RM 2000
13. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Wanita )
NAIB JOHAN KATEGORI INDIVIDU WANITA :
NAMA : PUAN NUR FADILAH BINTI MOHAMAD
UMUR : 32 TAHUN
ASAL : KG.ANDAP JAWA, SIKUATI KUDAT

PENCAPAIAN TERTINGGI :
Merupakan Penaung dan Penasihat kepada Empat Kelab Belia di
Daerah Kudat, Kota Marudu, Penampang dan Kota Kinabalu.
Pengerusi NFM Resource
Pengasas DEDAUN AGRO
Pengarah Akademi RP
13. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Wanita )

Bergiat aktif dalam kegiatan berpersatuan dan


kesukarelawanan NGO dan Program-Program Kementerian
Belia dan Sukan di peringkat negeri dan kebangsaan sejak 13
tahun yang lepas.
Kini menguruskan 5 Kebun Komuniti di sekitar Daerah
Kudat dan Kota Kinabalu.

HADIAH : RM 3000
13. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Wanita )

JOHAN KATEGORI INDIVIDU WANITA :


NAMA : PUAN ALESYAH BINTI ASA
UMUR : 21 TAHUN
ASAL : KG.ENAM, NABAWAN, KENINGAU

PENCAPAIAN TERTINGGI:
Pemenang Global Hackathon Literasi Maklumat & Media
UNESCO.
13. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Wanita )
Merupakan Pemenang Anugerah Khas Menteri Belia dan
Sukan Sabah tahun 2022.

Dan merupakan 10 Finalist terbaik bagi Global Student Prize


2022 di peringkat Antarabangsa daripada 7000 pencalonan
dari 150 buah negara yang menyertai.

Mendapat Anugerah Bintang Kebesaran Bintang Kinabalu


pada tahun 2022.

HADIAH : RM 5000
14. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Lelaki )
TEMPAT KETIGA KATEGORI INDIVIDU LELAKI :
NAMA : ENCIK MOHD FADZWAN BIN ALI
UMUR : 35 TAHUN
ASAL : Kg. Meridi, Ranau

PENCAPAIAN TERTINGGI:
Merupakan Usahawan Tani Muda, Bergiat Aktif dalam
bidang Keusahawanan dan menghasilkan produk sendiri
iaitu Beras Meridi.
HADIAH : RM 2000
14. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Lelaki )
NAIB JOHAN KATEGORI INDIVIDU LELAKI:
NAMA : MOHD DHIHYA BIN SAHLAN
UMUR : 33 TAHUN
ASAL : KG SONDOTON BARU, KENINGAU

PENCAPAIAN TERTINGGI :
Merupakan Pengerusi kepada 2 Kelab Belia iaitu Kelab Belia
Pekan Keningau dan Kelab Rakan Muda Keningau.
14. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Lelaki )
Bergiat aktif dalam berpersatuan, program-program
komuniti dan kegiatan kesukarelawanan negeri dan
Peringkat Antarabangsa.

Beliau juga merupakan Penyampai Berita RTM dan juga


Penolong Pegawai di Kementerian Kewangan Malaysia,
Perbendaharaan Malaysia Sabah.

HADIAH : RM 3000
14. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Lelaki )
JOHAN KATEGORI INDIVIDU LELAKI

NAMA : ENCIK AZIZUL JULIRIN


UMUR : 35 TAHUN
ASAL : Kg.Lembah Permai, Kundasang Ranau
14. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Lelaki )
Merupakan Usahawan Belia Tani berjaya dan merupakan
Pemilik dan Pengarah Urusan, Syarikat Kundasang
Aquafarm dan memiliki Perniagaan Penginapan Homestay
dan Cafe sendiri.

juga Merupakan Konsultan dan Tenaga Pengajar bagi


Usahawan Tani.

HADIAH : RM 5000
15. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Pertubuhan Belia )

TEMPAT KETIGA KATEGORI PERTUBUHAN BELIA :


NAMA PERTUBUHAN :
KELAB ANAK MUDA PROGRESIF BERVERLY HILL

PENCAPAIAN : PENARAFAN 3 BINTANG DARIPADA


PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA ( ROY )

Persatuan ini bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelaan


terutama Program-Program Rakan Muda di bawah
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
HADIAH : RM5000
15. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Pertubuhan Belia )

NAIB JOHAN KATEGORI PERTUBUHAN BELIA :


NAMA PERTUBUHAN :
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA CAWANGAN
RANAU
DAERAH : Ranau

PENCAPAIAN :
PENARAFAN 5 BINTANG DARIPADA PEJABAT
PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA (ROY)
15. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Pertubuhan Belia )

Persatuan ini memimpin belia bergiat aktif dalam


program-program keagamaan kepada komuniti setempat
di daerah Ranau. Juga aktif dalam aktiviti
kemasyarakatan.

HADIAH : RM8000
15. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Pertubuhan Belia )

JOHAN KATEGORI PERTUBUHAN BELIA :


NAMA PERTUBUHAN :
PERSATUAN SUARA BELIA BEAUFORT
DAERAH : BEAUFORT

PENCAPAIAN :
Merupakan perintis Up Town Belia dan Pasar Malam Belia di
Daerah Beaufort dan menjadi Inspirasi kepada Belia di
Daerah lain.
15. Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat
Negeri Sabah 2023 ( Kategori Pertubuhan Belia )

Merupakan Persatuan tunggal yang mendapat kerjasama


dari Syarikat Sukan Terkenal, Sabah Ultron Sdn Bhd bagi
mengelola Program-program Sukan di bawah Sabah Ultron
di Daerah Beaufort.

HADIAH : RM15000
16. Anugerah Khas Kementerian Belia &
Sukan Sabah Kategori Badan Beruniform

TEMPAT KETIGA KATEGORI KHAS KEMENTERIAN


BELIA DAN SUKAN SABAH KATEGORI BADAN
BERUNIFORM:

NAMA PERSATUAN :
*PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN
SABAH*
16. Anugerah Khas Kementerian Belia &
Sukan Sabah Kategori Badan Beruniform

Pertubuhan ini berdaftar di bawah Akta Parlimen 784


Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia
(Pemerbadanan) 1968 serta By-Laws Pengakap Negeri
Sabah 1976.

Bergiat secara aktif memperkasakan keahlian mereka


dengan pengisian pelbagai program dan aktiviti di
peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun
antarabangsa.

HADIAH : RM5000
16. Anugerah Khas Kementerian Belia &
Sukan Sabah Kategori Badan Beruniform

NAIB JOHAN KATEGORI KHAS KEMENTERIAN


BELIA DAN SUKAN SABAH KATEGORI BADAN
BERUNIFORM:

NAMA PERSATUAN :
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
PERHUBUNGAN NEGERI SABAH

HADIAH : RM8000
16. Anugerah Khas Kementerian Belia &
Sukan Sabah Kategori Badan Beruniform
Pertubuhan yang memegang moto Berilmu beriman dan beramal.
Berteraskan 8 bidang kurikulum yang menjadi panduan dalam
pelaksanaan pelbagai aktiviti dan program melibatkan keahliannya.
Antaranya seperti bidang kemahiran, kerohanian dan pelbagai lagi.

Turut bergiat aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan yang


melibatkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama
bangsa mahupun jantina.

Seterusnya, ingin terus kekal relevan dan menyumbang bakti demi


Agama, bangsa juga negara.
16. Anugerah Khas Kementerian Belia &
Sukan Sabah Kategori Badan Beruniform

JOHAN KATEGORI KHAS KEMENTERIAN BELIA


DAN SUKAN SABAH KATEGORI BADAN
BERUNIFORM:

NAMA PERSATUAN :
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
NEGERI SABAH

HADIAH : RM15000
16. Anugerah Khas Kementerian Belia &
Sukan Sabah Kategori Badan Beruniform

Pertubuhan yang berfungsi sebagai badan sokongan dalam


arena kemanusiaan mengutamakan 7 prinsip asas iaitu
kemanusiaan, kesaksamaan, keberkecualian, kebebasan,
khidmat sukarela, ketunggalan dan kesejagatan.

Pertubuhan ini sentiasa komited untuk pembangunan


organisasi dan belia. Pelbagai program pembangunan
diadakan untuk memastikan belia BSMM bergiat aktif.
Antaranya Townhall Belia, Perkampungan &
Perkhemahan Belia, Seminar Pemimpin dan lain-lain.
17. SESI FOTOGRAFI

Begitulah tadi terlerainya segala debaran para


peserta dan anda semua.
Kenangan ini mungkin tidak akan berulang kembali
maka dengan itu harus dipahat melalui satu citra
iaitu gambar kenangan
majlis dengan itu mempersilakan para pemenang
untuk melakar citra kenangan melalui SESI
FOTOGRAFI EKSLUSIF bersama tetamu kehormat
kita. dipersilakan
18. GRAND LUCKY DRAW

Begitulah tadi terlerainya debaran calon-calon belia dan


pertubuhan untuk anugerah utama. Dipohon YAB Ketua
Menteri serta tetamu-tetamu kehormat yang lain terus
kekal di pentas utama untuk upacara seterusnya pula

seterusnya kita akan leraikan pula debaran seluruh


warga belia yang ada di DEWAN KINABATANGAN ini
melalui satu upacara istimewa iaitu GRAND LUCKY DRAW
yezzzzzaaa...
18. GRAND LUCKY DRAW

Untuk makluman HADIAH UTAMA CABUTAN TIKET


BERTUAH ialah SEBUAH MOTORSIKAL tajaan
YAB KETUA MENTERI SABAH sendiri...WOW
Siapa agaknya pemiliknya..sama-sama kita nantikan

Untuk itu majlis mempersilakan YAB KETUA MENTERI


untuk menyaksikan putaran roda keramat untuk
mengetahui SIAPAKAH INSAN BERTUAH tersebut.
Sama-sama kita saksikan dengan kiraan 3, 2 dan 1
18. GRAND LUCKY DRAW

TAHNIAH BUAT PEMENANG


GRAND LUCKY DRAW
19. PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Seterusnya kita beralih ke penyampaian cenderahati

majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha


Encik Abqaree Fawwaz bin Abekan,
Presiden Majlis Belia Sabah untuk menyampaikan
cenderahati kepada
YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah
Dipersilakan
19. PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Seterusnya sebagai lambang apresiasi setinggi-tinggi tanda
penghargaan kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji
bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan


YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah
untuk menyampaikan cenderahati kepada
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Dipersilakan
20. SESI FOTOGRAFI EKSLUSIF
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas
penyempurnaan penyampaian cenderahati sebentar
tadi. Majlis mempersilakan pula TETAMU KEHORMAT
untuk kembali ke tempat duduk bagi SESI FOTOGRAFI
EKSLUSIF seterusnya BERSAMA SEMUA TETAMU di bawah
pentas. Dipersilakan

Majlis juga mempersilakan SEMUA TETAMU untuk


berdiri bagi menyempurnakan SESI FOTOGRAFI
EKSLUSIF YAB KETUA MENTERI BERSAMA
SELURUH TETAMU YANG HADIR. Dipersilakan
20. SESI FOTOGRAFI EKSLUSIF
Inilah ciri pemimpin berjiwa rakyat
Walau dia berada di puncak
pasti dia tidak akan lupa kita semua.

Ayuh kita LAKAR KEGEMILANGAN dengan FOTOGRAFI


EKSLUSIF bersama PEMIMPIN HEBAT NEGERI SABAH
20. SESI FOTOGRAFI EKSLUSIF
1. SEBAGAI LAMBANG BELIA SABAH
ALWAYSSS THE BEST
KITA TUNJUKKAN SIMBOL 2 THUMBS UP

2. SETERUSNYA SEBAGAI LAMBANG BELIA SABAH,


CINTAKAN NEGERI TERCINTA,
SABAH NEGERI DIBAWAH BAYU,
KITA TUNJUKKAN PULA SIMBOL MINI LOVE
20. SESI FOTOGRAFI EKSLUSIF
Dan akhir sekali kita rakamkan video
LAUNGAN KERAMAT INI
Iaitu INI MASA KITA, BELIA SABAH MAJU JAYA

kami akan laungkan INI MASA


Dan anda akan sahut perkataan KITA sebanyak 1 kali
Kemudian kami akan laungkan BELIA SABAH dan anda
akan sahut MAJU JAYA sebanyak 3 kali
20. SESI FOTOGRAFI EKSLUSIF
Ayuh kita mulakan
INI MASA......KITA
BELIA SABAH....MAJU JAYA

BEGITULAH TADI BERAKHIRNYA SESI FOTOGRAFI


EKSLUSIF BERSAMA YAB KETUA MENTERI.
Hadirin dipersilakan duduk.
21. PENUTUP ( FINALE )
Baiklah Enn, Akhirnya sempurnalah sudah Majlis
Perasmian Karnival Belia Sabah 2023
Nampaknya kita juga sudah menghampiri
penghujung acara
SUBUR PADI ALLAH KURNIA,
HIDUP MULA DI ALAM AIR
SUDAH MENJADI LUMRAH DUNIA,
SETIAP YANG BERMULA PASTI BERAKHIR
21B : FINALE
Terima kasih kepada semua yang bersama kami pada majlis ini.
Saya Enn Xaviera.
Dan saya Jaffar Hj Kumah

DARI HATI TURUN KE MATA


MENIMBULKAN SEGUNUNG RASA CINTA
JIKA ADA TERKASAR BAHASA
TIADA YANG LAIN MAAF DIPINTA

Sehingga bertemu lagi di lain hari di lain ketika.


Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT

JAAFAR
SALAM SABAH MAJU JAYA!

ENN
SALAM KELUARGA MALAYSIA!
21C : FINALE
Sehingga bertemu lagi di lain hari di lain ketika.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT
SALAM SABAH MAJU JAYA!
SALAM KELUARGA MALAYSIA MADANI!
Majlis dengan ini mempersilakan
YANG AMAT BERHORMAT KETUA MENTERI SABAH
Dengan diiringi
YANG BERHORMAT MENTERI BELIA & SUKAN
SABAH
Serta dif dif kehormat yang lain untuk beredar
meninggalkan majlis. Dipersilakan
21D : FINALE
Sidang hadirin sekali lagi BERIKAN TEPUKAN YANG AMAT
GEMURUH kepada PEMIMPIN-PEMIMPIN HEBAT NEGERI
SABAH KITA
Doa kami semoga YAB Ketua Menteri dan dif2 kehormat
yang lain akan terus SUKSES sampai bila-bila
Terima kasih, Keluarga Malaysia Madani!
Kopiruba kawagu!
Alapppp Bana!

Anda mungkin juga menyukai