Anda di halaman 1dari 4

Eiz19

TEKS JURUACARA

MAJLIS PELANCARAN “SCAN AND DONATE”


PADA 25 FEBRUARI 2020 BERSAMAAN 1 REJAB 1441H
DI TINGKAT 8, BAITUL MAKMUR

BIL BUTIRAN PENYAMPAIAN TINDAKAN/


CATATAN
Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia Datuk
1. Kehadiran Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai,
CEO
Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Amanah
LAKMNS
Kebajikan Masjid Negeri Sarawak.

Yang Berbahagia Datuk serta hadirin sekalian


2. Jemput dipersilakan duduk. Majlis merakamkan ucapan
Duduk
terima kasih.

Bismillahirahmanirrahim,
3. Alu-aluan Alhamdulillahirobbil alamin, washolatu wassalamu
'ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi
wasohbihi aj ma'in

a. Yang Berbahagia, Datuk Haji Abang Abdul


Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai
Eksekutif, Lembaga Amanah Kebajikan
Masjid Negeri Sarawak

b. Yang Dihormati, Encik Mohamad Feisal bin


Said, Pemangku Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif, Lembaga Amanah Kebajikan
Masjid Negeri Sarawak

c. Yang Berusaha, Cik Asther Joy Melkin


Spencer, Senior Executive, Sales and
Marketing, SiliconNet Technologies

d. Ketua-ketua Pegawai, Ketua-ketua Bahagian

e. Pegawai-pegawai dan kakitangan Lembaga


Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak

Assalamualaikum wbk dan Salam Sejahtera buat


para hadirin-hadirat sekalian

1
Eiz19

4. Selamat Alhamdullilah dan bersyukur kita kepada Tuhan,


Datang
kerana dengan izinnya kita dapat berhimpun
bersama-sama pada hari yang cukup indah ini. Bagi
pihak majlis, setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih diucapkan di atas kesudian tuan-tuan,
puan-puan dan terutama untuk Yang Berbahagia,
Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang
Julai, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah
Kebajikan Masjid Negeri Sarawak kerana sudi hadir
bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran ”Scan and
Donate” anjuran Lembaga Amanah Kebajikan
Masjid Negeri Sarawak.

Dengan kesempatan ini juga, saya mewakili pihak


majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih di
atas kehadiran wakil-wakil dari Sarawak Pay serta
para wakil media kerana sudi bersama-sama bagi
menjayakan lagi majlis kita pada petang ini. Terima
kasih sekali lagi diucapkan.

5. Bacaan Yang Berbahagia Datuk, tuan-tuan, puan-puan,


Doa
hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah kita bersama-sama
mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan.
Pada yang bukan Islam sama-samalah berdoa
mengikut kepercayaan masing-masing. Dengan ini
majlis mempersilakan Encik Muhammad
Hisyamuddin Bin Yahya untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.

Amin-Amin Yarabbalalamin. Terima kasih diucapkan


kepada Encik Muhammad Hisyamuddin Bin Yahya
di atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita
berjalan dengan lancar dan diperoleh perkenan dan
izin dari-Nya.

2
Eiz19

6. Ucapan Tuan-tuan, puan-puan hadirin sekalian, YBHG. Datuk


CEO Haji Abang
LAKMNS Abdul Wahap
Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini,
bin Haji
majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Abang Julai
Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji
Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga
Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak bagi
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
majlis kita pada hari ini. Dengan segala hormatnya
dipersilakan

**********
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

Yang Berbahagia Datuk, tuan-tuan, puan-puan dan


7. Gimik hadirin sekalian, YBHG. Datuk
Pelancara Haji Abang
n Abdul Wahap
Majlis diteruskan ke upacara utama kita pada hari
bin Haji
ini iaitu upacara gimik pelancaran ”Scan and Abang Julai
Donate”. bersama dif-
dif jemputan
Untuk itu dijemput Yang Berusaha Encik
Mohammad Feisal Bin Said bersama Puan Nona
Zaharia Binti Fadzil dan Cik Asther Joy Melkin
Spencer untuk mengiringi Yang Berbahagia Datuk
bagi menyempurnakan upacara gimik pelancaran
“Scan and Donate”.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan buat Yang Berbahagia


Datuk di atas perlaksanaan gimik pelancaran
sebentar tadi.

Yang Berbahagia Datuk serta Encik Mohammad


8. Sidang Feisal, Puan Nona Zaharia dan Cik Asther Joy
Media
Melkin Spencer dipersilakan duduk.

Majlis kita diteruskan ke sesi sidang media bersama


wakil-wakil media untuk majlis kita pada hari ini.
Dengan ini dipersilakan.

3
Eiz19
9. Majlis Yang Berbahagia Datuk, Tuan-tuan, puan-puan dan
Tamat hadirin sekalian,

Dengan selesainya sesi sidang media sebentar tadi,


maka tamatlah sudah majlis kita pada hari ini. Bagi
pihak majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima
kasih kepada Yang Berbahagia Datuk, pihak
Sarawak Pay, wakil-wakil media dan hadirin-hadirat
sekalian kerana sudi menyempurnakan majlis kita
pada hari ini. Akhir kata, maaf jua dipinta bagi
segala kekurangan dan kepincangan sepanjang
majlis.

Dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik


walhidayah wassalamualaikum w.b.t dan sekian,
terima kasih.

*mohon para pegawai dan kakitangan yang lain


untuk mengambil pek makanan yang telah
disediakan di ruang hadapan pejabat sayap kiri ini.

24/02/2020

Anda mungkin juga menyukai