Anda di halaman 1dari 2

TEKS EMCEE MAJLIS PENGHARGAAN AMAR UKM SESI 2022/2023

6 MEI 2023 (SABTU)

Keterangan Skrip Catatan

Housekeeping Perhatian bagi para hadirin, disini terdapat beberapa tatacara yang harus dipatuhi Emcee
sepanjang kursus berlangsung. bersedia
1. Para peserta digalakkan untuk membuka kamera bagi mencipta suasana
kondusif dan interaktif.
2. Sila pastikan semua mikrofon berada dalam mod senyap. Peserta tidak
dibenarkan membuka mikrofon sehingga sesi soal jawab dibuka dan jika
perlu. Para peserta boleh menggunakan ruangan chat untuk
berkomunikasi.
3. Hadirin diminta menjaga adab dan tatatertib sepanjang webinar
berlangsung.

Pembukaan Emcee
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam mulakan
sejahtera dan salam suara mahasiswa memerangi rasuah. selepas
lagu
Mencari timba si anak dara, berhenti
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang dihormati, penasihat Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah UKM, Encik Rajan
A/L Munusamy, barisan Majlis Tertinggi AMAR UKM sesi 2022/2023, barisan
Majlis Tertinggi AMAR sesi 2021/2022 dan ahli AMAR sekalian. Bersua kita
pada hari ini dalam MAJLIS PENGHARGAAN anjuran AMAR UKM Sesi
2022/2023
Bagi memberkati majlis, saya menjemput saudara Ahmad untuk mengetuai bacaan
doa, dipersilakan.

Aamiin aamiin ya rabbal ‘alamin. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu


Negaraku dan Varsiti Kita.

Ucapan Duduk sekawan gadis jelita, slide


Penasihat Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Tanpa membuang masa, majlis menjemput yang dihormati, Encik Rajan A/L
Munusamy, Penasihat AMAR UKM Sesi 2022/2023, bagi menyampaikan ucapan
alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Kata-kata aluan oleh Encik Rajan)


Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Rajan atas ucapan dan perasmian
sebentar tadi. Sebelum kita beralih kepada agenda utama,

Saya ingin. menjemput ketua pengarah program kita untuk memberikan sedikit
sebanyak kata-kata.

Ucapan ketua Terima kasih banyak kepada ketua program kita, SITI SABRINAH dalam
program usahanya bersama exco lain dalam menjayakan majlis ini.

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan ucapan bekas YDP AMAR,
kita ingin mendengar ucapan khas dari bekas YDP AMAR kita yang sangat
komitmen dalam memegang jawatan dalam kelab AMAR, dipersilakan Visalini
A/P Sivaji.
.

Ucapan bekas Sungguh terusik ya dengan ucapan dari bekas YDP kita, segala yang disampaikan
ydp kita haruslah ambil untuk menaikkan lagi nama AMAR.

Penutup
Terima Kasih kepada barisan ahli AMAR sesi lepas atas kesudian hadir pada
majlis ini.

Semoga majlis penghargaan kal ini memberi makna kepada kita semua.

. Sebelum saya mengakhiri majlis, terimalah serangkap pantun saya,

Melarik halus papan di jawa,


Tersergam kukuh di gerbang batu,
Adat berjumpa berpisah jua,
Moga bertemu di lain waktu.

Saya mewakili pihak AMAR UKM sesi 2022/2023 mengucapkan ribuan terima
kasih atas perhatian dan kesudian para hadirin dalam meraikan majlis penghargaan
ini.

Sesi Fotografi
Marilah kita bersama-sama mengambil foto sebagai tanda kenang-kenangan . Para
hadirin dipersilakan membuka kamera.

Satu, dua, tiga… Smile!

Sekian, terima kasih dan selamat tengahari.

Anda mungkin juga menyukai